Assalamualaikum & Salam Bahagia ....
Harap semuanya sihat walafiat. Syukur dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan. Dekat 4 ke 5 hari camtulah tak jejak kotak chatbox korang. Dah hadirkan untuk program. Walau program tu hanyalah 3 hari. Balik dari program, terus tak larat nak usha segala blog. Sempat jeling facebook je.
Kan Pelangi ada cakap yang ada kursus dekat UMK. Universiti Malaysia Kelantan. Program Pembina Negara Bangsa. Alhamdulillah dah berakhir program tu tengah hari tadi. Walau hanyalah dalam jangka masa yang tak lama. Tapi otak tengah ligat fikir pasal "bangsa melayu" yang hampir layu dimamah zaman.
Ni time tengah kemas barang, meow masuk dalam beg tetibe. Dia memang nakal.
Wakil dari kiri : USIM, UKM, USIM, UUM,UUM :)
Program kesedaran ini, ada sikit sikit macam program yang Pelangi telah join kat Pulau Pangkor aritu. Nak usha, klik SINI.
Pelangi wakil UKM untuk join program tu. Tak silap dalam 5 orang je wakil UKM. Aritu punya dengar khabar yang UKM hantar 20 orang. Program tu mengambil pelajar IPTA yang tinggal di Kelantan. Dalam 6 IPTA yang terlibat, iaitu UKM, UMK, UUM, UNISZA, USM dan USIM..
Jom layan lagu kat bawah. Jangan melayu jadi LAYU !! :)
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
13 comments:
mesti penat kan.. rehat2 dlu pastu singgah la blog kitorang eh? ^^
RINDU kt sys ..!! (:
wah jadi wakil UKM ye..power2..:)..welcome back tau..heheh..
kan best kalau UMK ada subject IT huhu boleh syuk sambung belajar heheh
ooo..program tu buat kat kelantan ehhh
wanie ade dapat mesej ajak join..tapi maklumat bagi pun tak lengkap..cakap last minit lak tu..
take a rest ok. surely u feel very tired. :)
wakil uum pom blh tahan..hehe
itu la lame tak update sampai apik rindu
wow..wakil ukm..tahniah!
comelnye beg kaler pink tu
;D
penat oh penat
rehat rehat lah ye .
:)
masa den dkt uitm dlu banyak program2 macam nh
wahh.. best la dpt jumpe ramai kwn.. huhu
kne pegi jugak. tp kat usm.
tak p pon..hihih
Post a Comment