Sunday, July 3, 2011

Take over - MizzNina feat Florida

Assalamualaikum ...



Gatal tangan nak update entry kali ke 2 untuk hari ni. Nak kongsi pasal lagu terbaru dari MizzNina. Oh yeah! Gilers superb lah artis Malaysia boleh nyanyi dengan Florida. Kan?


Lagu "What You Waiting For" dulu pun HOT gilews kan? MizzNina bersama si Colby O'Donis. Memang MizzNina sesuai dengan muzik cam gitu. Memang artis hiphop negara kita. Memang rentak rasa nak menari nari tau. Bukan nak menari masuk disko. Menari kat rumah dah cukup. Boleh hilang lemak 0.4kilo pun dah okey kan. Hehehe

MizzNina dulu kan salah seorang ahli "The Teh Tarik Crew". Cayalah!

Bagi sesiapa yang belum dengar lagi "Take Over". Boleh play jer kat video kat bawah ni. Memang superb rentak muzik dia. Tak sabar nak tunggu video klip. Mesti mantap!







Amacam? Dah dengar belum? Best kan? Kan kan kan ?

Yang merindu nak dengar lagu "What You Waiting For". Pelangi selitkan juga video kat sini. Boleh lepas rindu nak dengar lagu tu. Tak payah nak pergi search kat youtube, buang masa kan. 






Nak mp3 lagu "Take Over", boleh klik kat sini. Terima kasih daun keladi..



Alhamdulillah MizzNina dah sah menjadi isteri Noh Hujan. Nak tengok kad kahwin mereka, tekan sini. Nak tengok video Noh Hujan sebelum akad nikah, tekan sini. Nak tengok video Noh Hujan masa akad nikah, tekan sini. Terima kasih sekali lagi..


Pada malam majlis akad nikah,  Noh membawa 7 dulang yang terdiri daripada setepak sirih junjung, dua set barang kemas, satu unit tablet Apple iPad 2 dan kek tradisional Sarawak. Noh turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11, 111.11 kepada MizzNina dan belanja mas kahwin sebanyak RM888.88.


Pihak MizzNina pula membalas sebanyak 7 dulang hantaran yang terdiri daripada setepak sirih junjung, sepasang kasut, dompet, baju bersanding, coklat, cincin, gelang perkahwinan dan satu unit tablet Blackberry Playbook. [Kredit kepada gua.com]

xoxo
kiss and big hug

1 comment:

Nur Sulastri said...

hoho, sangat suka dua2 lagu ni :)

Related Posts with Thumbnails