Saturday, December 31, 2011

Bye Bye 2011


Assalamualaikum .. ^__^

Curi masa walau seciput nak up entry terakhir untuk tahun 2011. Semestinya setiap tahun ada masam manis. Semua tu perasa kepada kehidupan di dunia yang sementara ni. Dalam otak, duk membilang hari weh nak exam. Tapi ...


Kenapa MALAS still melekat dalam jiwa ragaku. Nak halau pun payah. Baca doa selalu sebelum baca nota. Tuptup, 30 minit study. Jari plak duk tekan mouse. Sengal.


Buka sana sini. Macam dunia takde final gamaknya. Bajet cool sangat. Jangan nanti menangis di siang hari. Nak rajin, nak rajin, rajin, sila lah seru saya. Nak saya rajin. Ek ek ek ^^


Ni nak study subjek Open GL dulu lah, sebab tu part mengira-gira. Kira vector, matric dan macam-macam lagi. Nak rajin. Wuhuuuu ..


Sampaikan terpaksa buat jadual pinkpink dan dijadikan wallpaper kat desktop. Nak kasi ingat kat diri yang bakal menghadapi exam. Bukan masanya nak goyang kaki sambil gulung rambut , lepas tu layan Ombak Rindu dulu se-round


Tu tak nak download movie lagi. Kalau tak jadi camtu. Nak tengok time makan. Boleh plak sambung tengok sampai habis walau nasi goreng dah habis. Ngekkkkkssss ^____^

Ucapan untuk manusia yang akan berperang dengan exam.
Good luck !


Hai 2012. Moga tahun baru ni mendapat aura baru. Aura semakin dewasa dan matang. 2012 juga bakal praktikal. Oh yeah. Dah tak lama lagi nak habis study. Setahun setengah lagi. Insya-Allah :)


2011. Banyak suka duka gembira senyum pilu. Alhamdulillah diberi nikmat bernafas lagi sampai ke akhir tahun 2011. Bersyukur ('',)


Terkesima tak dapat pergi event yang Ustaz Azhar Idrus datang Shah Alam malam ni sempena tahun baru. Takde rezeki. Insya-Allah lain kali lah. *sedapkan hati.  -.-


p/s : Jom layan jiwa dengar lagu "Look what you've done" by JET. Love you sayang.



xoxo
kiss and big hug


Wednesday, December 28, 2011

Terima Kasih, Kasih Sayang


Assalamualaikum ....

Semoga semuanya sihat walafiat. Macam-macam berlaku sekarang, dengan ombak rindu dekat Dungun sana. Habis jalan raya hancur dengan ombak yang serius menakutkan. Tu memang port Pelangi zaman tahun lalu. Pelangi kan dulu study kat sana selama 3 tahun. Memang port melepak bila dah rasa tension ngadap assignment, port nak menjerit hilangkan stress bila final exam nak muncul. Rindunya kenangan bersama gadis tersayang tu semua.


Tak sangka semua tu berlaku dalam sekelip mata. Sememangnya dunia ni dah semakin tua. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk olehNya dan dijauhi daripada melakukan laranganNya. 


Okeylah, memandang lagi beberapa hari lagi nak masuk tahun baru. Maka, dapatlah hadiah tahun baru ku iaitu 6 paper yang kena bertarung minda dalam dewan yang sejuk membuatkan otak jadi beku seketika. 



"Rilek la, final exam tahun depan kot !!"..



HAHA. Tahun depan la sangat kan. Lagi beberapa kerat lagi tahun 2011 nak berlabuh ni. Ishhhhh! Malasnya nak study. Bila part Facebook, rajin pulak. Please lah malas, sila keluar dari badan ni. Biar rajin plak ganti tempat malas tu. Okey. Hukkk Hukkk Hukkkk...




Meh nak share jadual exam. Fuh Fuh Fuhhhhh.. Cuak weh ^_______^

4 Jan 2012 - Metodologi Kejuruteraan Perisian
9 Jan 2012 - Kawalan Proses Berstatistik
11 Jan 2012 - Pengaturcaraan Berorientasikan Objek
12 Jan 2012 - Analisis dan Rekabentuk Sistem
16 Jan 2012 - Asas Teknik Rekabentuk Berkomputer
18 Jan 2012 - Academic Communication 1


Fuh. Semua subjek nampak tahap high level jer ni. Moga dapat jawab dengan tenang. Study tak lagi, nak jawab dengan tenang konon. Hik3 ^__^


Besday dah lama lepas. Baru dapat hadiah. Heee ^__^


Chaiyok Chaiyok untuk diri sendiri dan untuk awak awak yang akan menghadapi final exam. Lepas final nanti baru nak balas segala jejak kat shoutbox. Thanks kalian. Tahun baru rasa nak tukar header baru lah. Tunggu lepas final okey Pelangi !! Eishhhh ^^



xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 24, 2011

Berseronok Sebelum Final Exam


Assalamualaikum .... ('',)

Happy-happy selalu. Jangan stress sangat. Nanti hari hari tak seceria pelangi. Memang la bila fikir, bila hitung hari dan tarikh final exam dah hampir mencemburui masa seronok. Tu yang jadi stress, bila dah stress, semua kerja tak jadi. Muka pun dah masam mencuka, dah tak manis macam gula gula :)

Harus tayang gambar tuan blog satu. ^__^


Dengan semangat waja wira myvi viva, Hik Hik Hik .. Kami ber-tiga (Pelangi, Atia , Rina), plan nak ke pantai. Pantai area tak jauh sangat dari UKM. Apa lagi, google jela kerja kita orang. Google sana, google sini. Akhirnya usha gambar pantai ni, macam cun gak. Tak delah nak jauh sangat sampai 2 3 jam dari UKM. 


Bab jalan nak ke sana, rilek je. Tak yah nak gelabah sangat. Kak G ada kan. Ala, Kak G tu la. Serius tak tau? Meh nak khabarkan, Kak G tu si GPS la. Kalau salah tempat dia kasi, ambil je Kak G, lepas tu baling dalam longkang. Baru puas hati. Ye dok ?


Akhirnya selamat sampai ke destinasi pilihan kami, "Pantai Bagan Lalang",Sepang. Seronok ke sana ke mari asyik snap gambar. Layan udara yang menyegarkan.Fuhh. Indahnya ciptaan Allah :)





Dalam pukul 3.30 petang, dah habis tempat kita orang dah terjah. Ambil keputusan nak merayau tempat lain plak. Sebab tak puas lagi merayaukan, malas balik kolej lagi. Heee ^___^


Penat nak baca eh? Lagi penat nak scroll down kan? Heeee..


Dah la takde idea nak pergi mana. Search dan search kat GPS tempat yang menarik. Lastly, berserah jer search " Paya Indah Wetland " area Dengkil. Dah la rupa tempat tu tak tau. Apa yang menarik kat sana, lagi lah kita orang tak tau. Pakai click "GO" je pada GPS. Ngeee~




Sebelum sampai sana, punyalah cuak, sebab macam masuk area hutan je. Bahaya gak rasa. Tuptup, masuk kat pintu pagar kawasan tu, siap tanya guard lagi pasal apa yang menarik kat situ. Bila guard cakap pasal kolam hippo, kolam buaya, teruja gila. Macam tak pernah tengok barangkali. HAHA.



Memang sempat tengok la si hippo, tapi dari jauh je. Sebab time tu hujan rintik rintik. Kami layan dari dalam kereta jer. Besar yang amat hippo tu, sedang nak mandi manda dalam tasik tu. Lepas layan hippo, usha usha pastu jumpa kolam buaya, tak nampak sangat buaya, tapi agak-agak tu buaya dah la, sebab cam ada nampak hidung dalam air tasik tu. Maybe tu buaya kan ?


 
 

Boleh tahan la tempat tu, siap ada untuk aktiviti kayuh basikal. Tak sempat nak kayuh basikal pun, sebab hujan rintik-rintik. Sempat lagi naik menara tinjau. Semput gak naik berapa tingkat ntah. Tak sempat nak kira plak. Excited punya pasal. 


Lepas selesaikan urusan solat Asar, kita orang menuju ke Serdang. Terjah kedai Chop N Steak. Yummy. Lama kemain nak cari kedai tu. Hohoho ^^


Jumpa juga akhirnya tau. Makan dan makan. Yummy. Pipi pun dah makin temtem. Uwaaaaa.. Fulamak! Kesemua gambar yang kita orang ambil pakai DSLR, dalam 600++. Banyak kot. Heeee. Sedar tak sedar gambar sebanyak tu. Tak puas nak tengok satu satu. Banyak sangat kan. ^__^


Oh yeah. Sampai sini dulu. Sedihnya, blok dah sunyi sepi, ramai orang dah balik rumah. Mentang-mentang study week kan. Kesian kat saya yang merempat kat bilik jer. Kalau balik, memang tak sentuh buku langsung, tu yang tak nak balik. Tunggu lepas final lah yea. Sabarlah wahai hati. Memang saya merindui kasih sayang mama :(



xoxo
kiss and big hug


Thursday, December 22, 2011

Selamat Jalan Romeo


Assalamualaikum ...

Senyum sokmo.. Dekat 4 hari entry tak ber-update. Macam rasa lama plak, sebenarnya baru 4 hari. Minggu ni paling busy dalam sem ni. Biasalah kan, minggu terakhir sebelum berperang dalam dewan. Alhamdulillah berakhir juga minggu ni dengan sempurna. Minggu ni pun 4 subjek yang kena bentang projek. Mau tak penat, kena settlekan report bagi setiap yang di-presentkan. Sapa suruh buat last minute.


Hari ni pun, kelas terakhir buat sem ni. Cepatnya masa berlalu, rupanya dah berakhir juga tahun 2 semester satu. Masih tinggal 3 sem untuk lakarkan kehidupan di UKM. Satu sem untuk latihan industri dan 2 sem untuk sesi kuliah. 


Bila difikirkan masa yang dah berlalu, rasa macam nak jadi mahasiswi UKM lagi. Takut nak menerjah kehidupan di alam pekerjaan. Tu semua tak sama yang kita imagine-kan. Serius sangat susah nak memahami dan melaluinya kan.


"Kaki ku berbelang pelangi"
Dekat setahun kot tak basuh kasut ni. Kotor baru nampak classickan? Hee



Bila dah kerja, nak sambung belajar plak. Bila tengah belajar, nak cepat-cepat kerja plak. Memang tu lah sering kali dibelenggu dalam kepala otak kita kan? Hehe ^__^


Minggu depan dah study week. Duk dengar ramai yang nak balik rumah. Untunglah kan rumah dekat. Kesian kita ni, rumah jauh. Takpelah, balik lepas final nanti. Walaupun hati sebak rindu keluarga tersayang dan terindu yang jauh dimata, dekat dihati. Emmmuahhhh ^^..


Hari ni genap 22 tahun 1 bulan. Orang lain nak cukup 23 tahun dah. Kita ni baru masuk zon 22 tahun, macam ni lah. Hik Hik Hik :)

Dalam dewan kuliah. Dah bosan memang cam gini. Spesis suka amik gambar kasut.HAHA


Budak - budak degree sekarang semua ni mesti bertarung hari-hari dengan habiskan sesi presentation dan submit report kan. Awal tahun nanti semua nak final dah. Good luck semua. Chaiyok Chaiyok ^^


Nak terjah semua yang tinggal warna kat shoutbox dan komen. Terima kasih atas kunjungan saudara & saudari sekalian. Dah 3042, cepatnya alahai. Terima kasih sekali lagi. Jaga diri. TAHNIAH pada adik-adik yang dapat result PMR yang cemerlang. Tak lupa jua pada hero bongsu kakak, I proud of you. I miss u. ^^



xoxo
kiss and big hug

Sunday, December 18, 2011

Uztaz Azhar Idrus Datang Bangi


Assalamualaikum dan Salam Ceria ...

Terima kasih sudi jenguk sini. Yang singgah datang komen dan follow. Terima kasih sekali lagi. Nanti ada masa free sikit, saya balas segala jenis kunjungan awak awak. Ni pun curi sedikit masa untuk up entry. Ingatkan nak capai target 3000 follower sebelum 2012. Pewit ! Tapi, tak sampai akhir bulan ni pun dah cecah 3028 pun. Serius terharu maru ^^


Ok. Straight to the point la kan, tak payah nak merepek panjang - panjang. Macam lah ada yang rajin nak baca sangat. Semalam (17Disember2011, Sabtu), Ustaz Azhar Idrus datang memberikan kuliah Maghrib di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Ustaz Azhar Idrus dimana ramai panggil Ustaz Youtube. Yang berceramah dalam loghat Terengganu. Tak kering gusi bila dengar segala jenis ceramah dari beliau.


Semalam lah 1st time dengar dan tengok sendiri Ustaz Azhar Idrus. Selama ni layan yang dalam youtube je. Semua video beliau, dah habis layan. Seronok wooo dengar setiap isu dan persoalan. Semalam memang ramai gila. Sampaikan solat pun part luar.

Cari parking pun susah. Ada yang parking atas divider tengah yang pembahagi jalan tu. Nak parking situ jugak, tapi tu semua hanyalah ilusi. Macam DBK ni pajero ke ? Dengan mula-mula mencari mana letaknya masjid tu. Bila masuk jalan tu, fuh. Jalam jem kot. Rupanya semua berpusu-pusu nak ke masjid yang sama.


Akhirnya parking dekat perumahan area situ. Tu pun dalam 5 6 kali pusing baru jumpa. Dah memang ramai sangat-sangat. Mengalahkan orang pergi konsert. Alhamdulillah :)


Memang tak rugi lah cari parking punyalah lama. Last last dapat jugak dengar ceramah tu. Dekat 2 jam lebih ceramah dari beliau. Asyik gelak dan gelak je. Dari semua peringkat umur yang datang, tak kira kanak-kanak, mak-mak, ayah-ayam, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, ada yang bawak baby lagi. Semuanya semata-mata nak dengar sendiri ceramah Ustaz Azhar Idrus. 


Tu di antara gambar yang sempat di ambil. Memang duk khusyuk dengar ceramah. Takde banyak masa nak snap sana sini. Maaf, kualiti gambar tak sehebat DSLR. Hanya pakai kamera phone jer. Asal dapat diabadikan sebagai kenangan. Nak pergi lagi ceramah Ustaz. Huk Huk Huk ...Insya-Allah :)

Ni baru sebahagian tau. Ramai sangat ..




Malam tu juga, satu kutipan derma dilaksanakan. Dapat tau yang jumlahnya sebanyak RM 47 000. Banyak kan? Alhamdulillah. Dengar orang cakap, solat Isyak pun ada 2 trip. Sebab ramai sangat. ^^


Ni otw nak ke masjid. Jalan punyalah jem. Kita ni dah la tak sabar nak dengar sendiri suara Ustaz. Asyik berdoa adalah parking yang terdekat. Hik Hik Hik ^^


Dah memang ramai. Hanya boleh lihat Ustaz secara jelas dari layar ni je. Nampak tu, nampak ,Ustaz Azhar Idrus dari jauh. Tapi, kecik sangat. Dah memang jauh sangat. Lebih lebih lagi saya duk tingkat atas. Tu yang dapat intai dan snap gambar dari atas. Heee :)


Sampai sini dulu berita dari TV AWANI PELANGI. Teruskan menonton rancangan di TV PELANGI CHENTA. *Tetiba .. Ngeee ..^^



xoxo
kiss and big hug

Friday, December 16, 2011

SEGMEN | Saya , Blog Pelajar IPTA 2011



Assalamualaikum =)


Rajin plak nak join segmen. Walau meja tengah bersepah dengan buku. Tengah siapkan report, sambil release tension, tu yang nak gatal join segmen. Mari mari join sebelum terlewat. ^^




Nak join eh ? Klik je kat banner kat atas tu. So easy la. Kan kan kan ?


Kena plak jawab soalan si Lyssa ni. "Nyatakan mengapa korang ambik jurusan tuh? Rasa menyesal tak?" ... Mengapa yea. Kejab nak fikir masak-masak. Okey dah tau. Mintak kos lain, dapat yang lain. Menangis 7 hari 7 malam tau. Sebab fikir kalau belajar benda yang kita tak minat ni, akan membawa kita ke lembah yang tidak sepatutnya. Disebabkan nasihat mama abah, redha jela dapat kos tu. Mungkin rezeki ku ke arah tu. Insya Allah .. Buat masa ni, takde plak rasa menyesal. Tapi, bersyukur dengan apa yang ditakdirkan. Bukan senang nak masuk UKM kan ?


Soalan seterusnya plak "Beri sedikit nasihat buat mereka yang nak masuk U." Cheh! Kena kasi semangat plak. Kat sendiri pun ni dah kurang semangat rajin, ada hati nak bagi nasihat kat orang. Okey lah, kepada mereka mereka yang membilang hari, membilang tahun nak masuk U, jangan give up kalau korang tak dapat pilihan pertama korang. Jangan lah korang reject apa yang korang dapat, kalau itu bukan minat dan pilihan korang. Mungkin akhir nanti korang bersyukur dianugerahkan jurusan tu. Rezeki Allah dah tentukan untuk umatnya. Kita je yang tak tau. Jangan sia siakan peluang yang ada. Semoga berjaya menjejakkan kaki ke U pilihan hati masing-masing. Mari lah apply kat UKM. Heeee..


Lupa nak state jurusan apa kan. Ni haaaa..^^



"Sarjana Muda Teknologi Maklumat Dengan Kepujian (Komputeran Industri)"


xoxo
kiss and big hug

Thursday, December 15, 2011

Boboiboy Comel



Assalamualaikum ... 

Semoga semuanya sihat sentiasa dan dirahmati olehNya. Insya-Allah. Alhamdulillah diberikan nikmat sihat tubuh badan. Semoga sentiasa sihat hendaknya. Sekarang UKM asyik hujan jugak,lepas tu mendung lagi. Buat diri ni begitu selesa tak kala beradu atas katil. Semestinya tidur yang paling best bila cuaca mendung. Sesi membusykan diri dengan buku adalah tak wajar ketika tu. Hek Hek Hek..


Baru je fikir awal minggu ni nak pergi car wash, kesian DBK dah dekat 5 minggu tak main sabun. Asyik main air hujan je. Makin comot dah, daki sana sini. Minggu yang singkat, dimana kuliah ada 3 hari jer, Selasa Rabu Khamis.Kan Isnin cuti. Syiokkk sangat !


Next week dah minggu terakhir sesi pembelajaran. Lepas tu, bermulalah study week sebelum berperang dengan kertas soalan. Dah namanya minggu terakhir,segala projek, assignment dan bla bla bla kena submit. Yang paling tak tahan, sesi presentation. Dalam 4 subjek lagi kena present. 1 subjek dah lepas. 


Minggu depan minggu yang kasi sangat penat. Serius! Bahang kepenatan dan mula membuka tirai dah ni.Semua sibuk nak siapkan report yang kena submit. Next week pun ada lab test JAVA, pasal GUI (Graphical User Interface). Yaaaa ampun.. Tak ready lagi.Nak tunggu ready, tak tau bila kan. Dah namanya minggu akhir.Semua kena selesaikan..


Doakan semuanya dalam keadaan baik. Amin :)


Dalam kepenatan melayan report, perut asyik lapar.Hik Hik Hik ^^



Tengah kepala tengah fikir pasal nak siapkan report, tangan duk cekap jer duk mengunyah biskut Munchys. Ala, yang baru tu..Best tau. Yang macam chipsmore. Tapi, yang tu lagi sedap dari chipsmore. Tu pandangan dari "manusia kuat makan". Heeee ..



Buka jer plastik biskut tu, walawehhhhhhhhhhhhh!! Ada pemadam comel comel dari geng Boboiboy.  Dah la siap boleh letak dekat pensil. Comel sangat.Ingat plak zaman darjah 2 dulu, suka sangat beli pemadam yang boleh cucuk dekat pensil. Dah la bentuk kartun gitu. Benda comel dengan perempuan tak dapat dipisahkan?


Penat. Nak rehat. Hari ni kelas dari 8.00pagi sampai 1.00petang. Lepas tu perah otak untuk coding  GUI.Susah sangat nak faham layout layout bagai. BorderLayout la, GridLayout la, lepas tu FlowLayout lagi. Kalau sesenang nak install macam layout Friendster tak pe jugak. Lepas tu ada plak discussion group sampai pukul 6.15petang. Sampai bilik dah pukul 7.10malam. 


Macam tu la perjalanan seorang student. Sabar jela. Bukan semua orang boleh melalui perjalanan seperti ni kan. Bersyukurlah kita dengan seadanya :)



xoxo
kiss and big hug

Saturday, December 10, 2011

Kesempatan Kedua



Assalamualaikum ... dan Salam Ceria ...

Terima kasih sudi singgah dan sudi baca entry kali ni. Terharu maru yang sudi singgah dan coretkan komen sekali. Terima kasih sekali lagi. Senyum sikit. Kan manis tu..


Senyum tu pengubat duka lara. Cuba kalau awak dan awak bila ada masalah, awak cuba senyum depan cermin. Mesti senyum paksa kan? Kot-kot nak pandang muka sendiri pun dah tak nak. Ada masalah katakan. Tak elok camtu. Kalau ada masalah, kena gigih dan berusaha untuk menyelesaikan masalah tu. Bukannya bersedih dan bersedih, lepas tu makan tak selera la, tidur tak lena la, semua kerja tak dapat buat, sebab tak fokus.


Memang tak sah dunia ni kalau takde masalah dan dugaan. Tak ceria lah kan? 


Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat dan yang kita capai. Tak semestinya yang kita ada tu, ada kat orang lain. Bersyukur dengan seadanya :)


Memang spesis suka ambik gambar kaki. Heee:)


Yeyeah cuti hujung minggu kali ni jadi 3 hari. Isnin cuti sebab Keputeraan Sultan Selangor kalau tak silap. Boleh rest lama-lama. Rest lama-lama kalau study takpe jugak, ni duk melayan movie. Kelmarin duk melayan "Aku Bukan Tomboy". Best jugak, sebab ada Sam kot. Hehe ^^


Tak lupa juga, hargai orang yang ada disekeliling kita. Walau ianya hanyalah selaku pelakon tambahan dalam dunia kita, kena hargai juga. Menyesal dikemudian hari tidak berguna.


Rindunya kat mama :(



xoxo 
kiss and big hug

Friday, December 9, 2011

Cendol Pulut Kawasan UKM



Assalamualaikum..
Ho Ho Horrey dah berakhir sesi kokurikulum seni batik. Jadi, setiap hari sabtu boleh rilex je. Tak yah nak celikkan mata untuk pergi siapkan karya. Pameran seni dah lepas minggu lepas dari 2 hingga 4 Disember. Walau dah lepas pameran, kerja Pelangi selaku Pengerusi tak berakhir di situ, lepas sebulan dari pameran kena submit laporan pada Jppel.


Jom terjah gambar-gambar kat bawah. Tu semua diambil sebelum pameran. Karya-karya semua dah dilekatkan pada board. Femes kejab masing-masing. Seronok la tengok karya dipaparkan. Yang tak seronoknya sebelum karya siap. Sebab setiap karya tu dinilai oleh penyelia.





Ni baru sebahagian ajk Seni Batik. Semua sekali ada 43 orang tau..


Kalau karya so so, kena REJECT. Mampu nak buat banyak kali ?


Banyak masa nak siapkan satu karya. Quite boring... Nak tau pasal Seni Batik UKM. Klik SINI.

Dah tak lama juga nak final exam. 3 minggu lagi. Habuk lagi otak tak ready ni. Macam baru je masuk untuk sem ni, dah nak final. Cepatnya masa berlalu. *Kata nak habis degree cepat-cepat..* 4hb Januari sampai 18hb Januari akan berperang dalam dewan peperiksaan yang sejuk dan membuatkan kaki kaku. Otak pun macam beku nak kena keluarkan segalanya yang tersirat dalam otak. Hehe..




Baru je dapat slip peperiksaan. Tapi, diri ni tak ready lagi untuk masuk dewan. Adessssss.. Kena mula rajin rajinkan diri la sekarang. Tak leh nak malas malas lagi ye Cik Pelangi. Nanti nak cuti, jadi kena tempuh dugaan berperang dengan kertas soalan. Huk Huk Huk ..


Oh yeah , kelas hari ni sejam je, dari pukul 3 petang sampai 4 petang. Lepas je kelas, cepat je merayap pergi gerai cendol. Order cendol pulut dengan laksa penang. Alhamdulillah kenyang. Gerai tu takde lah jauh dari UKM, gerai tu jalan nak ke Banting, selepas traffic light. Memang ramai jugak lah yang makan kat sana. Sapa sapa nak try, pergi lah sana. Sedap la jugak laksa penang dia.


Sampai sini dulu ceritera dari Pelangi. Terima kasih sudi baca sampai habis. Terima kasih juga sebab sudi singgah sini. Teratak buruk lagi tak cantik ni. Ada masa, klik sini untuk Hotlink bersama Yuna :)



xoxo
kiss and big hug

Monday, December 5, 2011

Ombak Rindu



Assalamualaikum ....dan Salam Sejahtera ...

Musim gelombang " Ombak Rindu " merebak di semua tempat. Yang pasti di panggung wayang yang berdekatan. Tak lupa juga di status facebook masing-masing. Semua nak " Ombak Rindu ". " Pelangi Rindu " takde la plak kan ?


Rindu pun ada ombak ek. Jiwangnya alahai. Sweet gitu duk rindu rindu yang berombak. Rindu dah macam pantai, sebab  ada ombak kan. Hehe ..


Fuhhh. Pergi nak beli tiket 3Disember2011 [Sabtu], memang lah tiket seat depan je tinggal. Sadis jugak. Memang lah si Pelangi takde lah teruja nak layan movie tu. Sebab macam " kureng best " je. Tu tanggapan pertama dari saya. Dah " Ombak Rindu " tak kasi peluang tengok lagi, layan " Misteri Jalan Lama ". Lain pada yang lain kot weh drama ni. Ingat ni cerita hantu. Tapi, macam cerita makhluk asing ataupun makhluk bunian maybe. Hehe. Ce tengok lah sendiri :)

Nape eah kalau bosan je, mesti nak snap kaki. Hehe


Melayan diri dengan " Ombak Rindu " juga akhirnya pada keesokkan harinya 4Disember2011 [Ahad]. Cam biasalah, di Alamanda Putrajaya lah. Dekat, tak perlu nak layan jalan jem kan ?


Ala, UKM dengan Alamanda, berapa minit je pun. Kan ?

Aaron Aziz pun ada datang Alamanda. Ramai kot gadis jelitawan duk serbu. Pelangi tengok dari jauh dah la..Ngeee ^^

Fuyoooooo.. Dah layan berjaya layan " Ombak Rindu ". Serius best gila. Meleleh jugak airmata ni haaa. Choiii habis plak kan. Memang mengusik jiwa dan perasaan serta sanubari Pelangi selaku seorang perempuan. Tu meleleh leleh airmata berderai kat pipi. Ada hero pun, tak jadi tukang lap airmata gak. Ish!

Kaki lagi sekali. Bajet kaki kurus macam kaki kucing.


Dalam kecelaruan hari-hari berada di sini, memang otak serabut dengan macam-macam masalah dan kerja yang tak siap. Dilupakan segalanya dalam suatu jangka masa yang singkat, untuk meliburkan diri seketika. Happy-happykan diri :)

Merokok amalan tidak baik. Kan ? Dush pada perokok!


Suka sangat OST Ombak Rindu, yang Hafiz & Adira nyanyi tu. Dekat 40 kali kot duk repeat. Tak cukup dengar kat laptop. Masukkan dalam pendrive, lepas tu cucuk kat radio kereta. Nak pergi kelas, sempat lagi berjiwang layan jiwa. Hampeh punya orang, kata minat indie, muzik bising bising. Lepas tu, layan lagu sentimental baik punya. HAHA.




Suara bro Ajek Hassan terbaik gila weh. Ce dengar !!



xoxo
kiss and big hug

Thursday, December 1, 2011

Hai Disember



Assalamualaikum :)



Disember menjelang tiba, November berakhir dengan comelnya. Memang November bulan paling disayangi dan November kali ni dapat plak kek comel macam tu. Eiii tengok pun dah rasa kenyang. Tak perlu nak makan. Over la tu kan ?


Comel kan ?


Disember muncul maka, tak lama lagi sesi presentation akan bermula juga. Boleh dikatakan semua subjek ada presentation. Semua projek kena submit. Parah betul bulan Disember ni. Nak fikir final exam lagi. Ish..


Kejab je masa berlalu, dah berada di penghujung tahun 2011. Dah tak lama lagi nak masuk tahun baru, means 2012. Dah masuk tahun baru tu, 4hb Januari dah mula final exam sampai 18hb Januari. Cuak tau ?


..Dicekau dari abang google..


Subjek sem ni rasa semua kasi nak rebus buku tu, lepas tu hirup sup buku tu. Sebab nak kena ingat dan hafal mana yang patut. Mostly, semuanya fakta. Jadi kena baca baca. Memang perangai sejak azali lagi, part baca baca ni lemah sikit. Mesti mengantuk terus bila pegang buku, biar lah baru baca 2 3 ayat baru. Melampau punya perangai.


Dari zaman 12 tahun dulu, masa nak study untuk UPSR dulu pun kena sediakan coklat cloud 9 tau. Ustazah tu kasi petua tu untuk Pelangi. Coklat cloud 9 tu memang mama beli satu bekas besar lagi. HikHikHik :)


Memang banyak duk ngap-ngap coklat daripada duk mengadap buku. Nakal betul Pelangi zaman muda mudi dulu. Rindu nak jadi budak darjah 6 la. Bila nak masuk tahun baru, dapat kasut baru, beg baru, baju sekolah baru, semua nak baru. Syiok kan ?


Tak lama dah nak habis untuk dapatkan ijazah. Lagi 3 sem. InsyaAllah. Fighting !


Penat tau nak habiskan ijazah, dah la sebelum ni dah ambik diploma selama 3 tahun. Ambik plak dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer). Tak sampai 2 bulan kat rumah, dah dapat tawaran sambung ijazah di UKM. Alhamdulillah rezeki.


Sekarang dalam proses sem ke 3 untuk ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi maklumat (komputeran industri).. 


Tak sabar nak habiskan belajar dan kerja. Nak tolong mama abah sara adik-adik. InsyaAllah :)



xoxo
kiss and big hug

Monday, November 28, 2011

Masih Belajar dan Pertunangan



Assalamualaikum ... Manusia yang menuntut di UKM dan semua agensi kerajaan di KL dan sewaktunya, hari ni cuti kan. Kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kalau tak silap Pelangi la.. Mana yang cuti tu, beronok-ronok kat rumah itu suatu yang paling best. Memang semua orang suka bila cuti. Takyah fikir pasal stress kerja, stress mengadap assignment, dan segalanya.


Ada yang plan nak pergi bercuti sana sini. Tak lupa juga yang save the date dengan pakwe makwe. Memang kalau pergi Midvalley hari ni, pasti penuh dan padat. Dalam KTM pun mesti padat juga. Cuti biasalah, semua nak habiskan masa dengan yang tersayang.


Dicekau dari abang google .



Pelangi je melepak kat bilik. Uruskan bilik yang tunggang terbalik. Bila hari cuti lah baru boleh uruskan pasal bilik. Kemas sana, kemas sini. Dah bila hari ada kuliah, habis kuliah pun dah pukul 6petang la. Malam plak sibuk nak buat kerja itu ini. Dugaan sebagai student camni lah.


Pertunangan ? Ataupun dengan kata lain. Mengikat perhubungan dengan lebih serius sebelum melangsungkan urusan perkahwinan. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum haram halal seperti mana hubungan bukan muhrim. Ikatan pertunangan juga bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa yang ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. 


 Dicekau dari abang google .


Apa pandangan korang mengenai pertunangan di alam masih belajar. Memang pandangan bagi setiap orang berbeza-bezakan. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju, ada yang tidak setuju langsung. Bila bertunang lama - lama, dugaan plak macam macam yang kena lalui. Kan kan kan ?


Bila lelaki menampakkan hubungan mereka lebih serius, memang si dia akan cuba untuk yang terbaik dalam hubungan. Berjumpa dengan keluarga si gadis dan inginkan pertunangan. Lelaki yang sudah merasakan kerjayanya sudah stabil dan ingin jadikan si gadis sebagai teman hidupnya yang halal. Tapi, si gadis masih di alam belajar. Kebiasaannya, ibu bapa si gadis kurang bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dikala usia anak gadis yang masih suam suam kuku untuk menjadi isteri, dengan kata lain juga, masih dalam proses menuntut ilmu. 


Memang, dah si gadis di alam menuntut ilmu, lelaki sentiasa risau / takut gadisnya disambar kumbang lain. Tu yang lelaki tu nak " to be serius " dengan ikat hubungan dengan pertunangan dulu. Adakah releven macam tu? Bagi Pelangi kan " Jodoh tak kemana kan ." Hehe :)


Dicekau dari abang google .

Pandangan Pelangi plak camni, belajar sampai habis, kerja dan kerjaya pun dah stabil, baru boleh langsungkan perkahwinan. Tapi, kita hanya merancang, Allah yang akan menentukan perjalanan rancangan kita tu cam mana. Berdoa dan berusahalah kan :)


Kat UKM ni pun, ramai je yang duk sebut " Haaa.. dia tu pun dah jadi tunang orang, patut lah muka berseri-seri, tunggu masa lepas belajar nak kahwin lewww tu ..."


Kat sini pun ramai jugak yang dah kahwin. Baru masuk semester dua untuk tahun 1, terus kahwin, umur pun baru 21 tahun. Dah jodoh dia awal nak buat cam mana kan. Semakin dewasa diri kita, semakin kita merasakan diri kita kurang ilmu dan kurang sempurna. Memang semua tak sempurna, tapi mencuba yang terbaik untuk menjadi sempurna. Insya-Allah :)


Cinta itu sesuatu yang suci. Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya. Cinta itu ibarat pelangi. Yang memberi warna kepada kehidupan ini. Cinta itu ibarat pelangi. Menenangkan mata, pendamai jiwa. Cinta itu ibarat pelangi. Siapa melihat pasti terinspirasi. Ya, cinta itu ibarat pelangi. Hanya cinta Ilahi itu, cinta yang hakiki.


" Saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai. Akan tetapi, saya akan mencintai orang yang saya nikahi... " [ suka sangat ayat ayat kasih sayang ni. Heeee~ ]


Ada info terbaik punya pasal Windows kat SINI. Thanks :)


xoxo
kiss and big hug

Saturday, November 26, 2011

Seni Batik | Kokurikulum Berkredit



Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H... Alhamdulillah diberi nikmat kesihatan yang baik. Semoga awak dan awak sihat juga. Tak sihat cepat cepat makan ubat. Sekarang memang musim hujan kan. Jangan leka nak main hujan pastu berangan duk berlari lari anak, nak tiru adegan dalam hindustan. Hik Hik Hikk..


Hari ni juga, bersamaan 26 November 2011 [Sabtu], berakhirnya kelas Seni Batik untuk sesi semester 1 2011/2012. Kejab je pejam celik, celik pejam dah hari terakhir. Maka, bila dah hari terakhir, segala karya wajib dihantar untuk pameran nanti. Memang tu selaku projek kepada kelab tu. 

Pelangi dan sebahagian ahli dan penyelia :)


Bagi pengetahuan awak dan awak sekalian, di UKM kan, mahasiswa / mahasiswi WAJIB ambik kokurikulum sebanyak 8 jam kredit. Kalau tak habiskan jam kredit tu, tak dapat konvo. Tau ? Memang sangat penting. Nampak leceh bukan sampai ke 8 jam kredit. Banyak tu. Universiti lain semua takde lah macam tu sekali kan? 


Gambar1 - Sesi Penyelia tunjuk ajar teknik canting atas kain.
Gambar2 - Candid ! HikHik. Tak ingat nama dia ni sapa. Ramai sangat sapa suruh ^_^



Untuk memenuhi 8 hasil pembelajaran. Antaranya adalah :
  1. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.
  2. Kemahiran komunikasi.
  3. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
  4. Kemahiran menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme.
  5. Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
  6. Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
  7. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
  8. Kemahiran kreatif & inovatif.

Kokurikulum di UKM juga sekarang bermula dengan teknik kontrak pembelajaran atau learning contract. Semua mahasiswa / mahasiswi kena settle kan sendiri. Nak pupuk 8 hasil pembelajaran tu. Bila dah jadi learning contract, untuk penilaian setiap mahasiswa / mahasiswa dengan menyiapkan projek. Projek bagi ahli Seni Batik adalah untuk Pameran Seni Batik UKM 2011. 


Untuk sem kali ni, seramai 43 ahli. Sem lepas dalam 10 orang macam tu. Sangat berbeza kot sem ni. Ramai yang amat. Nak handle satu satu susah gila. Kepala mahasiswi sorang-sorang lain kan. Jadi susah lah nak handle. Dalam 43 orang tu, semuanya gadis gadis. Takde jejaka. 


Hanya penyelia je jejaka. Best la kan dikelilingi gadis gadis. Sem lepas memang Pelangi join Seni Batik juga. Sem lepas juga jadi Pengerusi. Sem ni pun still lagi Pengerusi. Susah tau nak handle ramai ramai. Bila diberi tanggungjawab sedemikian, fuh.. Naik turun pejabat untuk itu ini. Settlekan kertas kerja la. Hantar learning contract kat pegawai di JPpel lagi. Mau tak muak pegawai kat Pejabat Kebudayaan nak tengok muka Pelangi setiap masa. Rasa dah turun 0.1 kg sebab naik turun tangga. HAHAHA (tipu..nak sedapkan hati la konon..)



Gambar1- Tu kaki Pelangi. Ngeee.. Time nak suruh Penyelia check karya ni diterima ke direject.
Gambar2 - Tu dah siap dikemaskan dengan mounting board.



Minggu depan dah start pameran untuk projek tu. 2 Disember hingga 4 Disember 2011. Dapat full marks bagi dua dua karya. Yeyeah. Alhamdulillah. =)


Tengok ! Sampaikan karya pun nama " PELANGI CHENTA ". ^^


Hari ni serius penat. Kelas dari pukul 9.00 pagi sampai 3.30 petang. Mabuk warna dah tengok segala jenis karya ahli semua. Tapi, warna pelangi tetap comel di hati ku. Chewah.. 


Ni dua karya Pelangi. ^_^


Sorry entry kali ni panjang macam surat cinta plak. Thanks pada korang yang sudi sudian yang baca. Tahniah pada cousin lelaki kita yang kahwin arini. Tak dapat nak pergi plak. Sadisnya. Dapat plak cousin baru dari Terengganu. Ruginya 28 November tak leh nak tolong sesi majlis hantar menantu. Selamat Pengantin Baru kepada mereka dan awak awak yang nak kahwin musim banjir ni. HEHE :)


xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails