Thursday, May 24, 2012

Makan Makan Kawasan Bangi Part 2


Assalamualaikum  :)


Tak nak merepek. Ni entry khas untuk review kedai yang berjaya aku terjah buat masa sekarang. Memang terbaik lah. Kadang-kadang pergi order menu sama jer kat kedai tu, dah sedap, pasti aku akan nak makan selalu kan?  ^___^


Ni sambungan entry yang dulu, kiranya entry ni adalah part 2. Untuk terjah entry part 1, klik SINI. Terima kasih. Entry part 2 diberi penghormatan sebab aku tengok setiap minggu ada je masuk keywords "Makanan sedap kat Bangi" la, ada yang cari "Makan Bangi" la dan banyak lagi. Kiranya entry part 1 tu membantu korang  yang tercari-cari kedai yang best dekat Bangi  ;)


1) Restoran BBB Seafood. (BBB tu Bandar Baru Bangi)

Lokasinya tak susah. Tapi, susah aku nak bagitau. Restoran ni dekat seksyen 1. Cam mana nak pergi restoran ni? Sebelum sampai traffic light yang masuk kawasan pasar malam seksyen 1 tu, ada lorong masuk kawasan perumahan sebelah kanan. Masuk lorong untuk ke kolej Idris Al-Marbawi UKM. Kolej tu kat sebelah jalan je.  Kat tepi kolej tu ada Petronas. Bila dah masuk situ, terus je. Bila dah terus, jalan kat situ cam berbukit, terus masuk simpang ke kanan. Dah masuk simpang tu, memang nampak terus kedai tu. Kalau awak awak masuk satu simpang tu, tak nampak kedai tu. Memang salah lah ye. Hihi. Selamat mencari  :)


Selalu jugak lepak-lepak makan dekat restoran tu. Orang Kelantan punya. Jadi, makanan dia wajib sedap. Chicken chop pun ada jugak kat sana, satay pun ada. Best ! Harga pun berpatutan je. Takde lah mahal sangat. Memang kalau nak makan sedap, selalu lah terjah sana. Tiap tiap hari ramai orang, tapi kalau hujung minggu lagi ramai. Tomyam ayam punyalah sedap. Tapi sedikit pedas. Bila makan je, sampai berair-air mata ni haaa. Hihi :) Nasi goreng seafood pun sedap :)




2) Restoran Village View

Sebenarnya restoran ni ada cawangan jugak dekat Bandar Baru dengan Jalan Reko, Kajang. Yang selalu aku pergi dekat Jalan Reko, sebab dekat je dengan UKM ni. Sini pun makanan dia sedap sedap. Harga tu tak lah murah macam BBB tadi. Hihi. Restoran dia besar gedabak. Siap ada kolam ikan. Cantik lah kawasan restoran. Kat sini pun ramai jugak orang setiap hari. Kalau dah sedap, ramailah yang datang kan? Apa kata cuba pergi sana, baru rasai suasana. Nak buat majlis kahwin dekat sana pun boleh tau. Eh! Terpromote lebih pulak dah. Hihi  -,-





3) Restoran Yati Ayam Percik

Dah namanya aku orang Kelantan. Memang tak leh lari lah, mesti nak cari makanan dari sana jugak kan? Lidah orang Kelantan, camni lah. Restoran ni area dengan Ice Room, daripada MCD Bandar Baru Bangi tu, korang terus je, tapi tak jauh sangat dari MCD tu. Restoran ni sebelah kiri bila datang dari arah MCD. Kat sini, menu wajib yang aku order adalah nasi kerabu ayam percik dengan air bandung cincau. Sedap okey. Ayam percik tu yang power sungguh. Hilang rindu kejab dekat Kelantan. Rekabentuk dalaman restoran tu pun macam ada style jer. Cantik dimata. Kalau yang nak cuba nasi kerabu, boleh pergi sini. Tak rugi punya :)





4) Steamboat Antarabangsa

Bagi yang dah jemu asyik makan nasi. Boleh try makan steamboat dekat sini. Kedai ni dekat Seksyen 9, tak jauh pada Restoran Ayam Penyek Wan Solo. Hari tu aku pergi makan waktu malam, RM25 sekepala. Berbaloi-baloi. Kat sana banyak seafood yang yummy. Sampai kembang pipi aku ni, asyik makan itu ini. Aiskrim tak aiskrim lah. Jangan lupa singgah makan dekat sini. Tak rugi punyalahhhhhh  :)




p/s : Semua gambar diatas dicekau dari abang google. Nuffnang, terima kasih bagi BE baru yang NI.


xoxo
kiss and big hug

50 comments:

Unknown said...

sy pernah makan kat restoran village view... mmg sedap dan terbaik...

sy ni org johor... tp, sy suka maknan kelantan... mmg sedap... tp, xde geng plak yg same minat mcm sy... tak best plak nak mkn sensorg...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/05/wordless-wednesday-baby-rayyan.html

The day we meet said...

adoi...sdapnya tgkkkk
meleleh air liur yg mmg ngah lapar ni...
nyum3...

sarah mohamad said...

Selero kito xleh lari doh kan. Hehehe nok tra steambot tuu. =P

FnF Simple Life said...

salam kenal...wah bagus entry ni...both FnF dulu study undergraduate kat UKM juga...lama dah tak turun Bangi. kalau g Bangi boleh try mkn kt tmpt2 mkn ni.

Hafiz Hafizol said...

Tang BB Seafood tu mmg selalu p makan sana.. :D

Unknown said...

buat cheq terliuq sudahhh.sedapnya tomyam tu ek.merah pekat... ahhhh :)~

Lea Isnawi said...

suka tgk blog yg suka tayang makanan
tp last2 perut lak lapar
adehhh

Syazwan Che Deraman said...

semua tempat tu, wan tak pernah singgah.
duk kelate ni, sokmo duk hadap nasi kak wok, nasi kukus, nasi daging bakar kat sungai kelate, cendol.

terliur weh ngan gambar demo!

Asyiqin Haulisah said...

eh tetiba air liur meleleh.

StuntWomanWho :) said...

Terliur pulak tgk makanan ni :P

kura said...

dah mcm segmen jalan jalan cari makan. hekhek

Unknown said...

suda makan, terus lapar balik tgk makanan2 ne..! hehe

si ngokngek said...

nnti bila ending part boleh buat buku..haha

skrg nie pukoi 12.00 lapaqnya

hazanis said...

sedak ngoti tengok ko ayam percik tuh..berair doh mulut nie..=__='

ZAELIS said...

wahahaha...nampak hebat =) kena curik masa jugak gi mkn kat tempat2 ni...

~follow you ya dear =)

saffiya_aleesya @ echa said...

tomyam sotong tu nampak menarik laaaaa

saya_arief said...

yati ayam percik tu yang dulu dekat balai bomba kan?
:)

odahonebizz said...

ada tmpt yg dah pnh mkn & ada yg lum try lg...pasni kena try semua sekali yg ada kat dlm gambo tu...hoho

Misz-ella said...

Adik, thanks for this Entry. KC kan, bab makan2 area Bangi ni mmg 'fail'. Buta kawasan sungguh!! Hehehe.

Nurul Husna Mohd Hassan said...

yummy2. sedapnya... =)

hazila said...

Tak berapa familiar dengan Bangi. Last pergi bangi 2/3 bulan lepas. Sempat singgah Ice Room.

Anonymous said...

Sedapnyaaaa makanan kat atas. hehe. Lagi2 Tomyam ayam tu :D

Noor Fatin said...

okk memang bestt. tgk gambar pn dah terliur, kalau saya singgah bangi, saya xkan lupa singgah kedai2 ni. hehehe thanks!

A.R said...

mak aih sdapnyeee :D

dah follow balik:)

Mr. Asada said...

tengok gambar makanan tu je dah boleh terliur. nyummm.. nyumm..

tapi kan, kalau ada org belanja mesti jadi lebih super sedap. :P

eira hamzah said...

i follow...

Azlita Aziz said...

salam..

Akak tak pernah lagi gi makan kat sini nanti nak cuba lah macam sedap aje nampaknya..

MamaFaMi said...

Tak pernah lagi menjelajah ke restoren-restoren yang disenaraikan ni. Nantilah kalau ada rezeki, sampai juga kot. Terima kasih kerana sudi berkongsi ye...

Atiqah Wadiah said...

nomnomnom..sedapnyer..dh lah tgh lapa :(

Zul De Alexis said...

wah lapo pulak tengok..sedap2 mknanan..nnt belanja sm makn taw..janji yew..ahaha :P

ewanthology said...

dah cuba masakan western di restoren syarifah seksyen 7?

Unknown said...

aish stay bangi..mmg byk tpt mkn..village view sdp gak..tp aish suka mkn kat cempaka rimba dlm kompleks pkns..tomyam dia tomyam merah..n yg penting murah dan sedap! hehe

Jajas said...

mesti mahal...makan kat warung pon ok...hehe

Hans Hanis said...

Steamboat antarabangsa tu macam sedap jer
haihhh..lapar2

azalia hjsalleh said...

Tak pernah duk lepak kat bangi..
nasi kerabu ayam percik tu sumpah nampak marvelous sgt!

MalizaMah said...

tempat makan yg disenarai di atas, tak pernah leeza kunjungi.
apa2pun....
selamat roll kan tempat makan.
insyaallah berkesempatan, leeza terjah.

Aida Azryn said...

perghhh! tak tahan tengok makanan! O___O

Unknown said...

terus lapar lepas bca entry ni. hehe

eZmALiZa said...

steamboat antarabangsa memang ezma penah pegi!! bestttt!!! =D

Wadi AR said...

patot la gua gatal tangan nak bukak blog ni. makanan bangi mmg sedap. hahaha

ejulz said...

dan makan lapar balik tgk gmbr2 ni.. hehe

aindzaya said...

nomnomnomnom..dah la perut tengah berdangdut..nengok pulak tu...berair eden :)

"Alhamdulillah. ramai sebaya ain dah berkahwin seawal 20 tahun. Bangganya ain".

Nik said...

wah.banyak tenpat makan sedap2 kat bangi.nak kena pi ni.
terutamanya yg first tu .

Sya_Merpati Putih 88 said...

rasa laapr balik lepas tgok pic2 dekat entry nie..

Fakhruddin said...

fulamak...best!
kuat betul menternak lemak ya,
saya pun org klantan gak...tapi tak penah pulak tgk yati ayam percik tuh,,baru bukak eh?

EmeLiena said...

Waahh, semua makanan nampak sodapppp. Meleley air liur nih (Tak dapat nak kaver dahh). Haha

Asmara said...

rajinnya review. tp bagus jugak boleh la kami2 cuba nnti. hehe..

nabByla said...

dtg bangi t leh la try tmpat nie.. hehek!

salam kenalan. ;)

inspirasiizra said...

mohon tunjukkan lagi kedai makan besh kat bangi,,
da x tau nak cari mana lagi kedai makan best kat kajang ngan bangi =)

Unknown said...

semua tu pernah mkn!
kecuali yati ayam percik!
wah, mmg tinggal area bangi ker?
bangi byk tempat mkn best. paling suka dekat Restoren Syarifah Seksyen 7!
btw, fiq pun study kt bangi :)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails