Tuesday, July 5, 2011

Tahun baru, baby baru lah.

Assalamualaikum ...



#Entry cecah lantai. Harap Maaf. Bab meow memang semangat lebih nak taip. Fullstop..

Mood seceria bunga di taman bunga. Chewah! Chop!! Pelangi tak suka bunga, tak tau napa. Jiwa keras camni tak minat plak bunga bunga. Kental tak jiwa saya?


Kental la sangat, bila layan drama korea cepat jer airmata mengalir. Pastu mula lah menyorok belakang bantal kalau adik tengok. Control beb! Hahaha .. (nanti kena bahan, baik menyorok)


Ni bukan nak merepek pasal jiwa sekental mungkin. Tapi pasal meow beranak. Oh Yeah dapat baby-baby baru. Semestinya bukan sekor dua. Malah LIMA okey. Ramai betul cucu saya. Cheh, bajet tu cucu betul betul. Anak sendiri pun takde lagi, bukan setakat anak. Suami pun takde lagi buat teman tidur memalam. Hahaha (siot di situ ..)


Ibu oren yang selamat melahirkan 5 baby comel. Ibu oren tu dikenali sebagai "Vince" dalam rumah tau. Nama tu sejak turun temurun lagi. Zaman Akademi Fantasia 1 dulu kan ada Vince, memang Pelangi peminat kipas susah mati lah time tu. Zaman separa muda lagi time tu kan. Masa tu ada kucing warna oren/keperang-perangan, nampak macam HOT sikit macam tu kan. So kasi nama "Vince"..


Walaupun meow tu dah lama mati. Tettt! (rindu..). Kalau ada meow warna oren/keperang-perangan memang akan letak nama tu. So, jangan pelik & janggal bila sebut nama tu..


Vince melahirkan baby tu pada 3hb Julai 2011. Dah la memulanya dia bukan main baik lah baring atas katil Pelangi. Memang Pelangi tak kisah kalau si meow nak merempat atas katil. Dah tu kegiatan mereka, suka guling atas katil bertemankan kipas. Kekadang perlu ada aircond. Memang dia orang demand habis tau tak..


Kalau orang pasal aircond, suka sangat masuk bilik tu, pastu cari port nak tidur. Kalau ada tilam memang seronok lah mereka baring. Hish! Dah macam manusia kan? Mereka sangat manja. Yeah! Memang adik adik suka manjakan meow. Tu yang manja sesangat !


Ok, berbalik pada kisah Vince baring manja atas katil. Pelangi dengan muka kenyang, baru lepas makan katakan. Punyalah terkejut bila masuk bilik, tengok macam ada cecair putih bercampurkan darah. Oh Tuhan, mak bunting dah nak beranak ! Bising satu rumah okey. Panggil si adik bongsu, cepat sediakan kotak & kasi tempat selesa punya untuk mak bunting ..


Dalam dua jam lepas tu, Pelangi tengok baby baby cute dah ada dalam kotak. Wah ! Rasa nak pegang je. Tapi disebabkan fikir memang still penuh darah. Lupakan niat suci tu. Hahaha ..


Mama ada call tanya pasal apa ntah. Pelangi pun punyalah excited duk cakap Vince dah beranak dan bla bla bla ... Mama cakap " Alhamdulillah " tau tak. Dah macam orang plak dah.


Jom tengok gambar Vince bersama baby baby cute tu. Geram nak pegang telinga kecik baby tu tau. Tiga ekor warna oren + putih dan dua ekor plak semuanya putih. Comel sangat.

Ni sebelum beranak. Inilah mak bunting ! Hahaha .. (nasib dia buta IT)

Vince bersama baby baby secomel meow. 


Jaga diri. Jaga tutur kata. Pelangi nak mintak maaf, kalau ada salah silap atau terlepas cakap. Yang buruk tu datangnya dari diri Pelangi sendiri. Dan yang baik itu datangnya dari Allah ..

xoxo
kiss and big hug

8 comments:

PenDekAr LauT said...

Tahniah ada baby baru..

Niena Muhammad said...

tahniah, ada bby baru si tucing tu
hehe..kucing mmg la buta it ^^

syuxer said...

tahniah dapat baby cute2..:)..pasni pasti tak larat nk layan orang cucu tuh hheheh..

vince pun ada blog tau ahahah

Mek Onie said...

fuyamak dapat baby baru la,nak sewa sebulan..hahaha! btw,meaw penah tgk gak kucing beranak depan mata..ngeri gila,huhu...alhamdulillah selamat dengan jayanya :D

nasyitahahmadzaini said...

kucing sgt comel tp sygnye kite tkot ngn die ;)

Taufan Bin Ribut said...

nak sekor!!!!


Entri terkini : Sayang,bil air dah tertunggak ni.Bile nak bayar(18sx)
Entri sebelum :eh (amacam pendek tak tajuk entri aku)
Watch my video songs ^_^

♥MiZz-siHa♥ said...

salam singgah n follow
tq sudi singgah umah pink kt..
salam kenal..

tiey said...

hahaha..da dpt baby bawu..tapi tiey xssuke ank kuCing,,suke iBu kucing jewk,,,hahahaha,,wink2,, ;)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails