Tuesday, March 6, 2012

Awak Suka Saya Tak




Assalamualaikum   >,<


Ni bukan entry nak jiwang dan berbunga bunga dalam taman hati. Entry yang menunjukkan betapa rajinnya Pelangi nak up cerita walau penat sikit. Baru je balik dari meeting dengan pegawai kesenian dan kebudayaan. Pengerusi dan S/U perlu datang, untuk cerita lebih lanjut pasal kertas kerja & learning contract.


Alhamdulillah ada pengalaman sem lepas, hadapi segala jenis document mengenai kertas kerja projek. Sem ni lain lagi, kena upload kertas kerja & learning contract. Tak payah nak print lagi. Jimat kertas. Jimat duit. Hihihi  :)


Rindu makanan kat rumah.


Rindu nak masak masak bila tengah hari.


Rindu nak semua lah pasal makanan kat rumah.


(",)  Sabar je la. Bulan April nanti baru cuti seminggu. Huuuuu~ 



Awak suka saya tak ?  


Jawab jangan tak jawab. Sebenarnya, tengah baca novel tu. Novel karya Melur Jelita. Serius best. Tak rugi lah beli. Tebal tau, 1056 mukasurat. Baca buku pelajaran, asyik ngantuk jer ye. Tapi, bila novel tebal tebal, boleh plak tahan mata. Pelangi oh Pelangi  !


  
 


Dalam proses nak habiskan novel tu. Nanti dah siap baca, Pelangi review tau. Bila lenguh mata ngadap novel, layan drama korea plak. Dream High 2. Best best  :)


Awal awal sem la boleh rilex sikit. Hihi :)


Korang, meh la terjah SINI. Terima kasih daun keladi  -,-


xoxo
kiss and big hug

Saturday, March 3, 2012

Menu Breakfast Student



Assalamualaikum     >,<



Senyum manis-manis, semanis gula batu. Kalau senyum manis sekali pun, tak kena kencing manis punya. Hihi.. Ilex la, senyum itu sedekah. Muka kalau dah masam mencuka, nak tegur pun takut. Kucing pun takut nak manje manje tau.  


Straight to the point please .


Tengah takde idea, nak jugak up entry. Suka hati lah, bukan kena bayar pun. Free je pun. Tak payah nak gelabah sangat kan. Ngewww Ngeww Ngewww  *macam bunyi kucing pulak.


Iye, seriously. Saya rindu kucing !


Kucing dengan saya dah macam isi dengan kuku dah. Memang manusia yang tak reti nak takut kucing. Tak reti nak geli dengan kucing, tak reti nak alahan dengan kucing. Memang jenis suka tahap dewa dewi punya, tahap tinggi lah. Hehehe  -,-


I think, it is out of topic right ?    Hihihi  :)


Arini breakfast dengan se-mug kopi mahkota dewa dan biskut Jacob's sebagai probe untuk sesi patahkan, celup dan makan. Senang bukan? Makan 3 keping pun dah rasa kenyang. Hirup kopi yang suam suam tu, nikmatnya. Macam nak buat iklan dalam tv jer.  *merepek !


Kopi tu memang buat Pelangi tahan lapar. Ni tengah hari tak telan nasi lagi tau. Nanti nak pergi pasar malam dekat seksyen berapa entah kat Bandar Baru Bangi. *manusia jenis yang tak hafal ni seksyen berapa, pakai redah je, asal tau port tu ada kedai apa. Itu dah mencukupi.


Nak tau pasal kopi tu, usha kat SINI. Mama Pelangi jadi stokis tau. Eh! Jadi promoter pulak dah. Kot-kot ada yang terasa nak try. Mana la tau kan?  Hihihi  :)


Memang sejak ada kopi tu, dah tak minum nescafe dah. Satu family minum kopi ni. Best ! -,-


Sampai sini dulu. Jaga diri , jaga iman :)



xoxo
kiss and big hug

Thursday, March 1, 2012

Selamat Datang Mac



Assalamualaikum  >,<



Alhamdulillah dah masuk bulan Mac untuk tahun 2012 ni. Cepatnya masa berlalu pergi meninggalkan kita. Rumah kata pergi, kubur kata mari.  


Dah minggu 2 minggu masuk belajar untuk sem baru ni. Ni pun masih terkapai-kapai, macam tak berapa nak sure lagi dengan subjek elektif yang nak pilih. Haishhh !


Sem ni pun tambah satu subjek elektif dari tahun tiga. Tahun tiga nanti kan akan busy dengan final year project, tu yang beratkan sem ni sikit. Sem ni insyaAllah ambik 20 jam kredit. 


Pejam celik, pejam celik. Bulan Mac kembali tiba. Melabuhkan tirai bulan Februari. Bulan Mac, bulan cinta hati. Eh eh! Dalam bulan Mac, birthday orang yang Pelangi sayang. Bestfriend forever :)


Pelangi hati pun akan meningkat usia bulan ni. Makin matang ye awak. Tak boleh nak buat perangai macam budak budak darjah lima tau. Kena matang. Heee   :)


Semalam ada perjumpaan dengan pegawai kesenian dan penyelia penyelia kelab dan persatuan untuk bahagian kesenian dan kebudayaan. Malam tu juga, student akan jumpa penyelia kelab masing masing untuk discuss mengenai carta organisasi, aktiviti dll. 


Pelangi memang maintain lagi dengan Kelab Seni Batik. Tiga sem la kiranya masuk kelab tu. Ngewww Ngewww   -,-


Dah namanya nak create carta organisasi baru untuk semester baru. Memang dah set dalam otak, tak nak dah menyerah diri jadi orang atasan. Nak jadi ajk, ahli jong kalut bagi bahasa Kelate nya. Hihihi  


Panggggggggggggg !  *tutup muka.


Tuptup member cadangkan Pelangi jadi Pengerusi lagi. 


Rasa nak bom je bangunan time tu. Tapi, apakan daya, penyelia memang setuju. Uhuk Uhuk Uhuk .. Kiranya dah tiga sem berturut turut juga lah Pelangi jadi Pengerusi. Pengerusi yang tak berwibawa kot. Hahaha. Pengerusi yang selalu buat ikut suka. Pengerusi yang suka datang lambat.  Ngeeee..


Lagi sekali akan sibuk , dah la sem ni ada bengkel lagi untuk Pengerusi dan S/U kelab. Best kan. Huh! Rasa macam aduii malasnya nak naik turun pejabat, nak settlekan pasal kertas kerja. Takpela, terimalah dengan seadanya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak gitu ?   *sedapkan hati.


Sampai sini dulu edisi luahan perasaan. Jaga diri  T__________T



xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails