Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri Tiba Pipi Makin Temtem.

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri....



Alhamdulillah, dah berjaya berpuasa di bulan Ramadhan dan diberi nikmat untuk merayakan Aidilfitri dalam keadaan sihat walafiat. Korang sihat?


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan semua yang selalu menjadi pengomen tegar dan yang tak berapa nak tegar serta yang tidak pernah komen. Ampun dan maaf jika ada salah silap or terkasar bahasa. Manusia tak lari dari kesilapan kan.





Walau kita seceria dan segembira mana untuk hari lebaran yang indah ni, semalam (malam raya) Pelangi dapat tau ada makcik tu kat kampung la, baru meninggal dunia. Arwah meninggal di malam raya, semestinya keluarga mereka tidak seceria kita di pagi hari tadi. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin ..


Semestinya bila bulan Syawal tiba, memang Pelangi sekeluarga akan beraya kat kampung. Tak syok kot beraya kat rumah sendiri. Tak meriah. Takde ketupat, takde tapai, takde segala bagai keceriaan lebaran.


Kini sedang beronok-ronok kat rumah, kembali dari kampung. Kalau kat kampung, memang tak boleh nak onlinekan diri tau. Heeee..


Kelmarin berbuka puasa yang terakhir kat kampung, makan nasi kerabu. The best lah. Memang yang masak sendiri lagi power dari yang kedai mari kan. Nasi kerabu dengan daging bakar. Perghhhhhh best woooo.. Makan plak ramai-ramai. Dalam 3 talam. Dah nak raya, ramai lah balik. Makan duduk bersila okey. Adat melayu tu. Hehe :)


Pagi raya plak makan nasi beriani, memang setiap tahun, lepas solat raya, nenek akan ajak semua dalam surau untuk berkunjung ke rumah untuk sesi makan-makan. Pagi tadi ada hidangan nasi beriani dan laksa & laksam kelantan. Best bro! Gigih tolong nenek masak sampai pukul 2 pagi tau.


Dah namanya hari raya. Macam-macam makanan muncul terhidang atas meja. Maknanya, perut pun akan terima dengan sebaiknya. Kesian perut hari ni. Mesti gigih duk proses. Sebab macam-macam duk telan. Dasyat lah Pelangi.


Bila raya, apa yang wajib korang nak makan? Takdelah wajib. Tapi mesti nak makan lah. Kalau takde tu, macam hambar sikit. Ce citer sikit. Pelangi bila nak raya mesti nak makan ketupat yang nenek buat. Ketupat yang manis punya. Sedap! Lemak manis. Wuuuuu takde tolok bandingnya dengan kuih raya. Zasssssss...



xoxo
kiss and big hug

36 comments:

syamsid dhuha said...

OMG comel nye pipi sudah jd TEM TEM XD . haha

Syazwan Che Deraman said...

tem tem tu tembam ke?
hehhe

Alfatihah.

SoLy SoLicious said...

tembam tp ttp comel...

selamat hari raya :)

sergeant keroro said...

comel jek, ada borang nak isi tak?? :P

Hanis MY said...

Tak bam bam pun comey jer, selamat hari raya dear...

cik ETTY said...

tomeyyyy :D

Namee Roslan said...

hehe, mana ada tembam. makin berseri2 ada lah! :) selamat hari raya pelangi. :)

meaw said...

rasa nak cubit2 je pipi si pelangi ni,hiks!

Wanie said...

ok je pp tembam..:D
aset tu..hihi
selamat beraya ye..

H.J said...

tembam tu tandanya bahagia.haha

bunbun said...

owwhh tem tem tu tembamm. ingatkan ape. HAHAHA.


selamat ari raya pelangi ^^

HAZWAN17 said...

biase la..musim-musim raye ni hehe

belog|amiyo said...

samat ari raya. normal lah kalau raya semua boleh jadi tembam. haha

enEnfeeL said...

al-fatihah.

nasi kerabu tu~ :p btw, selamat hari raye :)

sifu im said...

asal x dtg raya umh aku..kate jiran..haha..x baik tau

Liyana Zahim said...

Pipi tem tem ek? Hahaha.. Takpe.. Pp tem tem buleh kem kem lak.. Ape ke kem? Kempis la.. Hahahahah~

Anak Wak Mail said...

comelnya pelangi!!geram tengok..haha..:P

ARC™ said...

sama je pipi dengan gmba sidebar?

iMBobo said...

cun je hehe.. kat kelantan raya korban lagi meriah dari raya puasa kn?:)

buDAK keCIK said...

bila raya, kuih plg wajib utk ialah tat nenas!! sedap woo.

kalu ak beraya umah org, tat nenas kuih pertama yg akan ak carik. bila dh jumpa, satu balang pun ak mampu habiskan. mmuahhaaha

**x senonoh punya anak dara

shida'R said...

pipi tembam xpe la lg..kalo badan tembam lagu mana? huhuhuh....sabo jelah! raya tahun skali naseb lah!

~azillakhalison~ said...

tunggu mood datang nak update cite raye hhee..laaa ni biziii kejeeee

L.e.e.z.a said...

amboi makan sedap2 je budak bam-bam nie ;p hihi~ selamat hari raya!

belog|amiyo said...

samat ari rayaaa!

Cik Mira said...

perghhhh laksaaa. tahun ni raya tak dapat lagi makan laksa. oh maiiiii.

*licin nye muka! jelesssss

Rtp Farra Arisha said...

temtem means tembammm?? ehehe..nice words..

arisha suka makan rendang di pagi raya :))

apik pehe said...

masih belom terlambat untuk apik ucap salam aidilfitri..hehehe

syufaa said...

haha.
maintain comel pelangi!
camat hari raya! :)

kokser kokdam said...

rayo lagi ko terr..?

=D

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Raya makan hati je tgk org makan sbb sambut raya dlm pantang

アヌム ちゃん said...

sama la pipi kita pn makin tembam..sobsob

izzad b* said...

selamat hari raya!!!!!!!!!!tembam2 pon comel what!

JIJI YU said...

muka bulat cam buluh lemang..ekekke

Rozuan Ismail said...

makan byk sgt ni.tu yg temtem tuh

H.J said...

hohooho..tembam lagi ke skang ni cik pelangi??haha

komen ke dua

Anonymous said...

You can cеrtainly sее your ѕkills in the aгtіclе уou write.
The аrеna hopеs for moгe pasѕionate ωriters like уou ωho
aren't afraid to say how they believe. Always follow your heart.

My webpage :: free advice on how to get my ex back fast
my web site :: what to do if your ex contacts you during the no

Related Posts with Thumbnails