Saturday, October 19, 2013

Raya Anak Perantauan


Assalamualaikum  .


Raya dah basi sebenarnya. Raya tak raya, sama jer. Rasa macam tak beraya je bila stay kat rumah sewa. Sape lah tak rindu familyyyyy kan. Kesat airmata tepi katil sorang-sorang. Macam jauh beribu kilometer plak. Hanya di KL, mereka kat KB. Benda yang lepas, jangan di kenang. Tak gitu?


*sedapkan hati*


Sape tak sayuuuu wehhh bila bangun pagi dengar takbir raya. Kalau kat kampung, sekarang ni tengah siap wangi-wangi. Pakai baju cantik-cantik, sambil mama sibuk suruh pakai barang emas ni, itu lah. Pastu sesi pergi solat sunat hari raya, balik rumah, makan-makan. Dah makan tu, pergi tengok orang sembelih lembu. Sekarang, semua itu kenangannnnn. Bangun, sendiri masak, sendiri makan. Hehehe Bangun masak nasi, masak sambal ikan bilis jer la. Makan apa yang ada. Rezeki jugak tu. Kannnn  :')



Ni menu dinner beberapa hari yang lepas. Balik kerja, rajin kau bertukang kat dapur
(~.~)

Ni menu breakfast hari ni. Ehehe :)


Think positive jer, padahal hati sebak rindu family. Takpelah, nextweek family datang. InsyaAllah, akan hadiri majlis konvokesyen. Thanksss mama abah sudi cuti tiga hari datang sini. Lepas tu sudi bawak apa yang anak mu senarai panjang berjela, bawak itu ini. Kekekeke~ Lebiyuuuu so muchhh!


Sorang-sorang kat rumah sewa ni. Seronok je masak-masak. Macam kat rumah jugak, suka sangat masak itu ini. Kat sini takde microwave or pengukus. Kalau tak, dah lama nak masak kek bagai jugak. Heeee Sakannya housemate beraya, sekarang ni pun masih bercuti kat kampung -__-



Petang ni amik jubah konvoooooo.. Yeaaaaaaaaaaayyy :))))




xoxo
kiss and big hug


Sunday, October 13, 2013

Sebuah Pengorbanan


Assalamualaikum   :')


Yeayyyyyy blog dah cukup 4 tahun 1 hari. Bermula dari dengan sediakan blog sebagai assignment, lepas tu dah terlekat sampai ke sekarang. Ramai kenal kawan-kawan jugak dari blog. Rinduuuu sangat nak blogwalking. Macam cuti sem dulu-dulu, bila dah melepak dekat rumah. Mesti nak blogwalking jer. Sekarang ni, dah masuk alam pekerjaan, rehat itu lebih penting  -___-



Happy birthday bloggggg! Happy birthday Pelangi Chenta  :')



Sedihhhhhhh. Tak dapat balik beraya, tak apply cuti pun untuk raya. Sebab dah apply cuti untuk konvo. Awal-awal kerja tak boleh nak tunjuk asyik cuti kan, ekekeke~ Tak sabar nak konvo. Nak jumpaaaa family. Nanti nak sembang lama-lama. Rinduuuuu. Banyak topik nak bergosip dengan mama ni.

Indah ke KL ? Hurmmm...


Alhamdulillah, dah masuk rumah sewa baru. Selesa & cukup lengkap segalanya. Semoga semuanya baik-baik jer. Nak cari bilik untuk sewa pun, susah kemain. Macam-macam ragam housemate yang ada. Nak jumpa yang betul-betul boleh buat geng tu, bukan senang. Kalau boleh nak stay dengan orang-orang yang boleh buat geng. Kalau duk sorang-sorang, bosan jugak kan.


Ni sewa bilik area pantai dalam, nak pergi kerja pun dalam 15minit je, macam okey okey je kan. Aritu stay rumah makcik kat Puchong, pukul 6.30 pagi dah bertolak dari rumah. Sampai office pun, dekat pukul 8.00 pagi jugak. Penat jugak nak ulang alik hari-hari, campur segan nak menumpang rumah orang ni. Ngeeee..


Sedihnyaaaa, bila tengok tv. Semuanya pasal hari raya. Duduk sini, tak rasa macam raya jer. Macam hari biasa. Uhuhuhu  Pilunya!



xoxo
kiss and big hug

Sunday, October 6, 2013

Rezeki Sebelum Konvo :)

Assalamualaikum  :')


Rinduuuuu nak terjah blog orang. Dah lama rasa tak terjah sana, sini. Eermmmm dengan sekarang ni dah start dunia baru- tiada lagi istilah student. Tiada lagi istilah penganggur. Kini, sebagai pekerja. Nampak dewasa sikit. Kekekekee ..


Kiranya ni entry yang pertama untuk bulan OKTOBER. Hai Oktoberrrrr , macam-macam dah berlaku bulan ni. Biarlah Oktober baru bermula. Takpe. Takpe. Itu semua dugaannya. -____-


.google.


Tak payah sedih-sedih. Akhir bulan ni kitaaaaa konvooooo! Alhamdulillah, lepas dengan jayanyaaaa. Terima kasih mama abah sebab support. Akhirnyaa, degree tanpa pinjaman ptptn :')


Nomnomnom :-)


Happy-happy jugak. Raya haji tak dapat balik. Sedihhhhhhh sangat. Mane pernah tak balik waktu raya. Demi nak konvo, kita tabahkan hati beraya kat KL. Aduhai, rindu dengan lembu-lembu sekalian. I will miss you, myfamily, mymeow, myrainbow. Nanti datang jengukkkkk orang kat sini eh?  -,-


Kena banyak bersabar nak hadapi dunia yang macam-macam ni. Semoga dilindungi olehNya daripada orang-orang jahat dan sentiasa diberi petunjuk ke jalan yang lurus. Amin :))


Macam tak percaya jugak, sebab dah sebulan lebih kerja. Walaupun diri ni mane nak pandai sangat buat kerja. Nasib pengalaman kerja waktu internship dulu, banyak membantu sedikit sebanyak. Alhamdulillah, itu semua anugerah dariNya. Segala yang terjadi, ada hikmahnya. Kannn..


Oktober with love.
Bulan depan , birthday girl. Anniversary. Ehh . Hihihi

Okbye!



Much love
xoxo and big hug

Saturday, September 14, 2013

Dunia Baru



Assalamualaikum    :')


Dunia baru, tiada lagi istilah assignment, kuliah, kuiz, final exam, nak kena study. Alam pekerjaan bermula sudah. Betapa sibuknya hari-hari, bila dah start kerja. Nak cari pengalaman bukan senang kan. Bersabar dan terussss maju ke hadapan. Pasti ada yang terbaik untuk kita di hadapan sana. Wait and see je....


*google*


Sebenarnya, dapat kerja tu untuk 3rd interview. Dapat offer kerja pun on the spot, lebih kurang 15 minit lepas interview, masa tu dah vroom vroom nak balik Kelantan dari Petaling Jaya. Masa tu tengah sembang-sembang dengan mama. Share pasal soalan apa yang ditanya interviewer. Lepas tu, bunyi phone call, terus berhenti kereta tepi jalan, dapat offer kerja tu. Mestilahhhhhh happy kan. Tak sia-sia mama apply cuti kan. Thanks for everything , my family.


Dah tau dapat kerja, masa on the way balik tu, drive sambil senyum dan happy gituuu. Sape tak happy kan. Nanti boleh ringankan beban family, boleh belanja adik-adik sekali. Rezeki dapat kerja awal-awal. Bersabar itu indah  :-)


Bulan depan konvo, cannot wait to see my mama abah :")


Raya macam tak dapat balik. Beraya kat sini je la jawab dia. Seriussss sebak!



Okbye!




xoxo
kiss and big hug

Saturday, September 7, 2013

Mula Terasa Dewasa



Assalamualaikum   :')


Baru rasa dewasa. Selama ni stok remaja-remaja lagi. Alhamdulillah, 2nd September 2013 yang lepas, dah start masuk kerja. Rezeki kerja dapat awal, sebelum konvo lagi. Tak sempat nak jadi penganggur lama-lama. Ni semua jasa mama abah dan keluarga, tanpa mereka- siapalah saya ni  >,<


Btw, baru minggu lepas datang KL untuk interview. Lepas tu awal minggu ni dah kena lapor diri dah. Ada masa tiga hari lebih je kat rumah lepas interview aritu. Semua nak cepat, settle kan pasal medical checkup lagi, segala mak nenek barang-barang. Part nak packing baju dan barang-barang, tu yang SEBAK, MALAS, RASA NAK JADI PENGANGGUR lagi.


Bila jadi penganggur, hari-hari kau usha pasal jawatan kosong. Bila dah dapat, merungut itu ini. Manusia ni ada jer nak merungut. Ahahaha .


Bila tengok mama abah happy anak pertama dia dapat kerja. Diri sendiri pun rasa happy. Dah happy happy tu, part paling tak suka, kena berjauhannnnnn lagi. Mampu tak mampu. Dah rezeki kat situ. Cari pengalaman dulu kat sini, ada rezeki, balik kerja kat negeri sendiri plak. Takpe, tunggu kerja lama sikit, boleh balik setiap minggu. Flight ada kan. Kata dah kerja kan. Ekekekeke~


Sekarang dah jadi pekerja. Rasa dewasa sikit. Takde lagi masa nak enjoy enjoy tanpa buat kerja. Bila dah kerja, dah ada komitmen dengan kerja. Semoga sentiasa rajin nak buat kerja dan sentiasa belajar dari orang yang berpengalaman.

my lucky shoes :)


Dah kerja kat Petaling Jaya, memang tak dapat lari dengan jalan jemmmmm. Wajibbbbb hadapppp setiap masa. Mana tak stress. Semoga dipermudahkan nak cari bilik untuk sewa ni. Stress je rasa bila tak jumpa lagi bilik untuk disewa. Miss you, family!


Alhamdulillah, tahun 2013 beri kegembiraan dari segi kerja kat kita berdua. Moga diberkati olehNya. Dalam gembira, ada kala kesedihan yang telah kita lalui bersama. Jangan give up. Dugaan dan cabaran sentiasa datang bersaing dengan diri kita. Fighting! :-)


Happy 22 months, much  l o v e.

xoxo
kiss and big hug

Tuesday, August 20, 2013

Penganggur Yang Setia



Assalamualaikum  (^-^)


Bermula la detik-detik sebagai penganggur yang setia dekat rumah. Ekekeke~ Sesi ternak lemak kat rumah. Syiok amat! Masak , lepas tu tukang masak jadi tukang makan. Ermmmmm mana tak ternak lemak. Hargailah detik cuti yang tak tahu bila penghujungnya kan, dengan sebaiknya. Nanti dah kerja, takdenya nak cuti lama sangat. Think positive, katanyaaaa ...


InsyaAllah, semoga dimurahkan rezeki, dapat kerja cepat-cepat sebelum sesi konvo tiba. Alhamdulillah dapat konvo. 28hb Oktober nanti berkonvolah sambil pakai topi konvo. Dalam hati nak kerja sebelum konvo lagi, InsyaAllah dipermudahkan segalanya  ;')


*google*

Musim exam, test, dah berakhirrrr. Rasa macam tak percaya. Adakah saya dah digelar graduan ? Phewittttt!! Terima kasih mama abah dan family sebab support kakak sampai ke hari ini. Terima kasih lagi sekali sebab kakak sambung degree tanpa sebarang hutang dengan PTPTN. Tapi ada jugak hutang PTPTN waktu zaman diploma dulu, untuk tiga semester. Sob Sob Sob  (--,)


Bila fikir pasal penganggur ni. Mesti kena mengadap dengan soalan soalan ni :-


" Bila nak kerja .. ? "

Dah kerja nanti. Start dah fasa makcik kepoh..


" Bila nak kawen .. ? "

" Dah ada calon .. ? "

" Calon kerja apa jer .. ? "


Heyyyyy meluatttt gila dengan ayat-ayat makcik kepoh. Memang la nampak care sangat bila tanya khabar. Tapi bila dah dapat soalan bocor macam tu, memang anginnnnnn je nak jawab. Sambil jawab dengan nada mendatar. Hahaha

Makcik jangan kepoh sangat , boleh ? Hahahaha .



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya :)



Assalamualaikum  .



Kaku tak tau nak update ape kebenda lah kali ni. Eermmmmmm blank . Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini, yang mana tak kenal tu, Selamat Hari Raya juga. Semoga semuanya dalam keadaan baik selepas beberapa hari lepas kita mula menyambut bulan Syawal. Mohon ampun & maaf ,jika ada terkasar bahasa atau ada yang terasa hati dengan saya.


Raya kali ni, macam biasa lah. Bila dah meningkat umur--duit raya makin kering. Dah takde orang nak memberi duit raya, sob sob sob. Tak kerja lagi, patut dapat la duit raya lebih sikit. Untuk tampung kehidupan sebagai penanam anggur yang setia, tak gitu ?? Hahahaha  (>,<)


Anyway, raya tahun ni, 4 pasang baju kurung kauuuu. Kalah raya tahun sebelumnya, macam ter-over plak rasa. Dah rezeki dapat 4 pasang, syukur lah kan. Tahun ni pun, first time beli baju yang dah siap dekat Jakel, lagi tiga pasang, macam biasa, hantar kat tukang jahit. Tema turquoise tahun ni, ramai kot yang jadikan warna tu sebagai baju raya. Sekarang terrrrminat turquoise, sampaikan ada handbag warna tu, selipar warna tu. Habis semua nak turquoise. Musim warna pinkkk dah mula menghilang. Cheeeewah!


Tahun ni pun special, sebab beraya tanpa ada status sebagai STUDENT dah. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki, dapat kerja cepat. Amin  :')


Tak lupa juga pada sang pelangi hati. Terima kasih sudi datang beraya kat rumah, lain kali datang lagi ye, jangan nak serik pulak. Ngewwww ngewww  :))


Asal suka sangat warna pastel coral orange sekarang ni. Nampak macam gegirl gituuuuu warna tu. Selembuttttt suteraaaaaa katakannnnn . Eheheheee   Antara 4 pasang baju raya, ni dia warna pastel coral. Nampak soft je kan, lepas tu gatal nak letak lace. Meghelipppppp kejab.


Geng bas sekolah. Mama & adik-adik. 


Jaga diri kat sana, wahai pelangi hati. I gonna miss you . . . 

Sampai sini dulu celoteh buat kali ini. Tunggu rasa rajin, nak start blogwalking semula. Ada jugak perasaan nak start semula hobi tu, tapi hati tak terrrr-start lagi. Ekekekeke~ Take care !


xoxo
kiss and big hug




Thursday, August 1, 2013

Alhamdulillah Syukur



Assalamualaikum . . .  Dah mula bercuti sakan dekat rumah, cuti yang tak tau bila penghujungnya. Zaman study sudah berakhir, zaman bekerja akan tiba. Cececeee. Rasa diri macam tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab sebagai isteri. Ehhhhh, sebagai pekerja yang dedikasi. Waktu jadi student, boleh rilex dalam satu-satu masa, dah kerja nanti, takde masa nak enjoy sangat dah. Kena fokus! Huuuwaaaaa...



Alhamdulillah :-)



Result untuk tahun akhir semester akhir dah keluar 31hb Julai 2013--Alhamdulillah rasa gumbira gitu. Kiranya apa yang diusahakan, ada lah juga hasilnya. Dalam malas-malas nak study, dapat la naikkan pointer. Walaupun secoet je naik. Berbaloi juga lah dari usaha yang dilakukan. Thanks Allah :')

*google*


Lagi happy, final year project, fyp dapat A-, walaupun tak dapat A, kira ok ok la tu kan. Takde lah teruk sangat. Syukur sangat, segala susah payah nak siapkan THESIS dan fyp, tidur berapa jam je dalam dua tiga minggu sebelum nak submit draf THESIS. Tu semua jadi kenangan :)


*google*

Tetiba terrrrsuka dekat warna ni. Uwaaaaa meltingggggggg :')



Lagi satu, sem akhir hari tu rasa macam banyak sangat dugaan. Pasal tu, pasal ni. Semua tu kuatkan hati jugak, walaupun kadang-kadang ada la juga masa mengalirkan airmata. Bila kita fikir balik semua tu, kita dapat rasa, Allah bagi ujian tu sebab DIA tau kita boleh laluinya. Jadi, jangan merungut lagi. Layannn je mana-mana cabaran, dugaan yang menghalang hari-hari kita. Rasa bangga je diri ni dapat lalui fasa-fasa yang mencabar tu sorang-sorang, kakak sentiasa ingat pesan mama. Ingat lagi, awal-awal sem akhir aritu siap nangis-nangis, lepas tu share dekat mama. Panjang lebar mama nasihat. Dan tu semua penguat hati kakak. Family first :-)


InsyaAllah bulan Oktober nanti, dapatlah konvo. Tak sabar nak pakai jubah lagi sekali bersama topi :')



Semoga dipermudahkan segalanya. Nak dapat kerja cepat-cepat. This year, tak dapat nak bagi duit raya kat adik-adik. Sebab masih penganggur yang tak bertauliah. Sob Sob Sob . . . . Masa yang ada ni, isi dengan buat biskut raya. Lalalalalaaa~ Nanti kerja mesti beli je biskut, takde masa nak buat-buat dah.



Hai AH. Rindu. Jumpa raya nanti :')



Hai Ogos! >,<


xoxo
kiss and big hug

Thursday, July 25, 2013

Berakhir Sudah



Assalamualaikum & Salam Ramadhan :')


Nak dekat seminggu dekat rumah, baru nak update bloggg. Ohhoiiii seronok sangat bercutiiii sakan dekat rumah. Cuti yang tak tau sampai bila penghujungnya. Penganggur katakan. Alhamdulillah , dapat lalui tiga tahun kat UKM dengan jayanya. Siap join program lagi lepas habis viva projek akhir. Tahniah untuk diri sendiri  (Y___Y)


Balik rumah aritu, kereta padat dengan harta karun. Tiga tahun kat UKM, dah namanya gegirl, barang harus banyak. Setiap kali balik, setiap kali tambah barang. Bila dah habis belajar, nak bawa balik rumah, baru tau erti penyesalan bawak barang banyakkkkkk. Bertolak lepas solat Subuh macam tu, dengan kereta penuh barang di segenap seat. Tak cukup space dah. Drive sorang plak dari Bangi sampai Kota Bharu. Alhamdulillah selamat sampai. Dulu memang dah biasa drive sorang dari Dungun ke Kota Bharu, sekarang catat record baru-- Bangi ke KB. Syabasssss beteyyyy! Nak berjaya, jangan mudah susahkan orang. Cuba dulu berdiri dengan kebolehan diri sendiri. Belum cuba, belum tau. Kan ?




Btw, bila dah seronok buka puasa kat rumah. Lupa plak diri ini dah habis belajarrr. Kena cari kerja la pulakkk. Aigoooo.. Semoga dimurahkan rezeki, nak cepat-cepat dapat kerja. Sekarang ni dapat feedback dari company untuk sesi interview dah. Kena pergi KL la pulak, aduhai.. Dugaan bulan-bulan puasa ni kan. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Berdebar jugak wei nak kena attend interview ni.




Semalam siap kena interview by phone. Tu pun dah gelabah walau tak nampak muka orang yang bertanya. Nanti nak kena face to face interview plak dah. Harusss cuak! Do the best je la, dapat tak dapat tu belakang kira. Asal diri dah mencuba kan  :-)


Minggu depan tu interview. Dua interview sedang menanti. Semoga berjaya untuk diri sendiri.


Hati fikir nak kerja lagi , berbanding nak beraya. Tahun ni 4 pasang baju kurung. Apahal? Mentang-mentang next year, kena guna duit sendiri beli baju raya kan. Ermmmmm tahun depan mesti kena bagi duit raya kat adik-adik dah kan. Rasa macam tua plak. Agak-agak dah boleh kawen tak? Hihihihi .



Kasi poket tebal dulu, ilmu penuh di dada. Baru fikir kawenggggg. Auuuuwwwwmmm -,-

xoxo
kiss and big hug

Sunday, July 14, 2013

Unofficially Graduate


Assalamualaikum & Salam Ramadhan ;)


Selamat berpuasa untuk hari yang ke-5 pada bulan Ramadhan. Serius rindu nak menaip dekat sini. Nak share everything pasal itu ini, sebab nanti memang suka baca balik bila dah rindu ;-)




Alhamdulillah, diberi peluang dan nikmat masih dapat berpuasa di bulan Ramadhan untuk kali ini. Tahun lepas, puasa dekat kolej jugak, sebab buat shortsem. Sekarang, puasa pun still kat kolej, disebabkan program semata-mata. Orang lain dah start cuti panjang, berpuasa dekat rumah bersama family. Nak buat cam mana, ada program. Program summer school, under IBM. Program ni bakal habis nextweek, harap-harap habis 18hb Julai, nanti 19hb dah boleh balikkkkkkkkkk! Balik rumah kali ni, barang penuh dalam kereta. Segala jenis barang ada, dah tiga tahun kat UKM kan. I gonna miss you, UKM  :)



Tak lupa jugaaaaaa nak bagitau, yang saya dah unofficially graduate ! Alhamdulillah. Semua ni jasa mama abah, yang sentiasa bagi support dari A to Z. Dari dulu yang memang taknak proceed with this course, akhirnyaaaaa berjaya habiskan, walaupun selama 3 tahun. Lepas tu tanpa ada pinjaman dari mana-mana. 100% family support. Mencabar kot kehidupan kat UKM tanpa ada pinjaman, dalam usia camni , serius rasa segan , malu nak mintak duit setiap masa kan. Dengan bawak kereta kat kolej plak, makin duit mengalir bagai air yanggggggg laju.




Thesis pun dah siap jilid. Alhamdulillah ;')


Raya tahun ni, dah tak sebagai student dah. Sebagai penganggur terhormat. Heeeee^^ Nak kena siapkan laporan teknikal ni, esok nak kena submit thesis & laporan teknikal. Nanti update untuk next entry pasal kerja keras dalam siapkan thesis ni haaa  -__-


Take care :)


xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 30, 2013

Gomo Kelate Gomo



Assalamualaikum      . .


Alhamdulillah ---- Dah settle final exam, segala mak nenek report, draf thesis pun dah hantar, tunggu nak viva je this week, lepas tu unofficially graduate. InsyaAllah dipermudahkan. Takut jugak nak present fyp, walaupun dapat tau pemeriksa tu lecturer yang dah kenal. Harap dia ok ok jer tanya soalan dan pemurah dalam bagi markah.


Hurmmmmmm. . . ...


Nak bukak cerita pasal pengalaman kali ke-2 tengok bola dekat stadium. Dan kali ke-2 jugak lah tengok perlawanan bola. Mana la minat tengok perlawanan bola ni. Memang tak minatttt! Hahaha . Hari Jumaat, 28062013 pergi stadium bukit jalil, semata-mata nak cari tiket. Alahaiiiii ramai giles orangggg. Ingatkan takde orang, sebab hari Jumaat, hari bekerja kan. Dah beratur panjang-panjang, tengok-tengok tiket dah habis. Kecewa disitu. Berpanas, berpenat lelah menunggu, berpeluh jugakkk.




Esoknya, 29062013 baru dapat tiket, tu pun nasib ada tiket. Huuuuu Giles ramai orang kat stadium. Macam-macam aksi ada, ada yang warna rambut la, tampal sticker dekat pipi la, warnakan badan pun ada, ganti baju kononnya. Kreatif benarrrr rakyat Kelate! Hihihi -_-


Second time pergi tengok bola. Nasib menang jugak. Aritu pergi pun, menang jugakkk. Yeayyyyy Gomo Kelate Gomo!



Dah la kelmarin dengar khabar pagar roboh. Giler ganas! Sampaikan masuk dalam stadium free free jer. Patut la ramai giler yang duk tolak-tolak nak cari tempat duduk. Nasib time tu dah memang dah duduk, kesian kot masa tu, ramai yang duk tolak-tolak. Sampaikan ada perempuan tu nangis-nangis. Bahaya betul macam tu. Suka hati je tolak orang. Dah pagar roboh, ramai masuk free agaknya. Tu padat macam sardin. Tengah duduk atas kerusi pun jadi padat. Okey la duduk kat dua-dua belah, kanan kiri, orang yang kenal. Kalau orang tak kenal, rasa macam tak sanggup nak duduk situ. Dua-dua semangat bersorakkkkk. Kita je terhengeh-hengeh pandang orang sana sini. Hahahaha Tak minat nak bersorak sangat. Hanya mampu tengok orang yang semangat je.


Hari ni hantar laskar ku balik hometown. Rinduuuu nak bergaduh 24jam. Kalau depan-depan, ada je yang tak puas hati. Best jugak ada masa kita bergaduh. Baru ada slot muncung mulut-mulut, sambil pandang arah lain. Drama sangat. Hahahaha ^__^


Lepas tu hari ni jugak check out untuk bilik semester akhir. Check in semula untuk sesi luar semester, kan ada join program yang akan bermula esok, 01072013. Dapat blok baru ni, okey sikit. Kereta pun parking dekat je, nak pergi cafe pun lagi dekat. Alhamdulillah diberikan blok ni, walaupun nanti ada roomate. Kejab je pun, dalam 20 hari macam tu. Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan. Bila Ramadhan, memang makin rinduuuuuu dekat rumah. Sedih kot berbuka puasa sorang-sorang, macam tahun lepas. Time tu tengah buat short sem, sahur berbuka puasa, semuanya sorang. Giler sedih. Makan pun tak selera. >,<


Macam mana la nak letak dalam DBK bila balik rumah nanti -,-


3 tahun kat UKM. Barang banyak yaaa ampun. Dah internship pun stay kat kolej. So, barang asyik bertambah-tambah. Harappppp muat la dalam DBK nanti nak balik rumah. Takkan nak buang semua barang. Membazir membazir. Sayangggg semua barang kot. Semua pakai duit nak beli, bukan pakai daun kering. Walaupun nota-nota yang print pun sayang nak buang. Ilmu tu. Huwaaaa~~~


Okey dah. Sampai sini dulu. Masa untuk rehat. Penat berkemas, angkut barang dari sana ke sini. Take care:)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 23, 2013

Last Paper | Last Semester



Assalamualaikum . . . . 


Yeayyyyy update entry lagi. Untuk kenang kenangan bila dah habis belajar. Ada satu paper lagi yang harus dilalui. Last payperrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! Wajib excited. Sebab nanti tiada lagi bebanan untuk final exam. Dah habis final exam nanti, nak kena prepare untuk viva plak. Cuak, takut, tidur tak lena -fikir pasal fyp ni. THESIS lagiii lah. Selagi tak jilid, selagi tu duk tambah, buang part itu ,part ini. Harap semuanya berjalan lancar.





27hb nanti last paper, tarikh tu jugak kena submit draf THESIS uollssss! Sekarang ni bila mengadap nota, minda fikir THESIS. Bila mengadap THESIS, fikir exam plak. Selagi tak settle dua-dua tu, selagi tu hidup tak senang bagi budak tahun akhir ni weh. Sebab tu kemuncak dalam masa tiga tahun ni. Kalau THESIS or fyp ni tak lepas, alamaknya extend la jawab dia. Sape la nak extend kannnn. Walaupunnnnnn, fakulti ni bagi masa satu sem je untuk siapkan final year project & THESIS. Kalau fakulti lain, siap dua sem lagi untuk siapkan THESIS. Tapi kita orang, satu sem je. Satu sem tu ada berapa bulan je pun. Awal-awal sem aritu, sibuk fikir tajuk projek lagi. Cabaran sungguh !


Hari ni, jerebu dah mula menyelubungi UKM. Pagi-pagi dah bau asap. Ingat mata ni haaaa yang makin rabun, rupanya jerebu. Tak selesa betul jerebu ni, nak bernafas pun rasa terseksa je dengan bau asap.



-_- 


Ingat nak pergi Bukit Broga lepas habis final exam ni. Macam best. Nanti dah habis belajar, takdenya nak pergi sana. Lagi pun Semenyih dengan Bangi, tak jauh sangat kot. Hew Hew Hewww  (^,^)


Masa untuk mengadap THESIS lagi, siapkan isi kandungan dan segala mak nenek dalam THESIS tu. 2 minggu lagi nak tamatkan zaman bujang. Eh zaman pengajian sebagai seorang student. Semoga dipermudahkan :')



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, June 18, 2013

Final Exam | Final Year



Assalamualaikum    :')


Nomnomnomnomnom. . . .  Alhamdulillah, dah lepas 2 paper. Tinggal 1 paper lagi. Waaaaa tak sabar nak habiskan segala jenis tanggungjawab semester akhir ni. Harap ok ok je la result semester ni. InsyaAllah.


Ni subjek untuk 1st paper aritu -_-


Walau soalan objektif, soalan susah kemain. 100 soalan pulak tu. Tawakal je lah dapat gred apa nanti. Hewwww Hew Hew. . .




Ni plak untuk paper arini (Pengurusan dan Strategi Pembuatan). Banyak sangat kena hafal pasal strategi, harap-harap ok la result untuk subjek nih. Sesaja nak mengada update pasal ni, buat kenangan. Nanti dah habis belajar, baca entry-entry lama. Best wooo. Mengimbauuuu kenangan katakan . Hahahaha ^^


Okeyyylahhh masa untuk rehatkan minda sambil melayan THESIS. Selagi tak hantar draf, selagi tu lah tak tenang jiwa pasal THESIS nih. Miss youuuuu awak ! 


Okbye! Hihi



xoxo
kiss and big hug

Monday, June 17, 2013

Semangat Yang Hilang



Assalamualaikum  . Eh haiii. Tetiba rajin nak update blog. Seriously, rasa macam takde mood nak study dah. Dah la ada 2 paper lagi yang kena lalui untuk final exam untuk final year nih. Mentang-mentang dah final year, takde mood nak study konon. Konon je laaaaaa   -___-


Bukan apa, dah jarak setiap paper tu jauh giles. Sebenarnya ada 3 paper je untuk final exam kali ni, tapi dah lepas satu paper, lastweek. Tiga paper, dalam minggu yang berbeda. Eh, berbeza. Memang la ok kan kalau tarikh exam ada gap, membolehkan study smart and rilex sikit. Tapiii, dah masuk sem akhir, rasa macam tak sabar nak habiskan final exam, sebab nak fokus pada THESIS plak nih.




Sebenarnya, dua hari lepas supervisor dah attach semula THESIS yang dia dah betulkan. Kan dah kata, lama sangat tak mengarang, amik kauu thesis banyak kena perbetulkan ayat. Ayat ke lautttt dah tu. Nasib dia tak complain dalam email tu yang ayat macam budak sekolah rendah. Kiranya senang kerja je, just betulkan balik part mana yang dia highlight kan. Kena siapkan esok la, lepas exam. Nak ngadap THESIS hari ni, hati rasa gundah gelana plak, fikir exam esoknya. Bila nak ngadap nota, fikir THESIS lagi.


Memang pegang itu tak kena, pegang ini tak kena. Hahahaha . . . . .


Ok lah masa untuk study. Harap esok dapat jawab dengan tenang dan segala ilmu yang diajar dan dibaca boleh diluahkan pada kertas jawapan esok. Esok paper - Management and strategy of manufacturing. Seronok belajar subjek tu sebab pasal manufacturing, tapi memang banyak kena ingat dan faham.

Lebih kurang 3 minggu lagi nak kena hadapi sebelum mencapai masa untuk MERDEKA kan diri dari belenggu THESIS, REPORT, FINAL EXAM, PRESENT FYP.. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan sabar hadapi cabaran..


Dan, pasti akan merindui saat ini, bila dah masuk alam pekerjaan nanti   :-)



xoxo
kiss and big hug

Sunday, June 16, 2013

Alhamdulillah



Assalamualaikum .


Tahniah dan alhamdulillah dia dah berjaya habis latihan. Tahniah sekali lagi. Tak beli bunga or bebear pun, rilek la, kata masuk tentera udara, mat askar tak main bunga-bunga ni kan. Takpe, dah bawak coklat cadbury dan kitkat. Kesiannya, sebab dah cair. Cuaca panas, letak dalam handbag pun still boleh cair. Kalau letak dalam kereta, lain lah. Tunggu jumpa nanti, kita makan snickers banyak-banyak. Tak sempat nak cari kedai aritu.


Lololo.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Amin :-)


Ini dia gambar-gambar kat sana -Institut Tentera Udara, Ipoh.


Ni awal-awal, semua cari anak-anak masing-masing. Alololoo rindu lama tak jumpa kan.

Robot sangat .

Terbaik lah kawad depa. Semua sama. Macam tengok robot. Hahaha


Pertunjukan waktu akhir-akhir. Perghhhh hebat. Lompat sana sini.

Nomnomnom :')

Kasut berkilat kemain. Bagus disiplin cam gini. 

Tahniah awakkkk   :')


Okey dah boleh start study dah. Fokus untuk exam plak. Tak sabar nak habis final exam yang ada dua paper je lagi ni, 18hb dan 27hb, semoga diri ini sentiasa rajin dan dimurahkan rezeki, cepat-cepat dapat kerja plak. Amin  :-)


Dah jumpa pun still rindu rinduan. Happy dapat attend majlis macam tu, tak pernah lagi tengok depan mata majlis hebat camtu. Thanks kerana sudi jemput , lepas tu dapat kenal family --oh hooo sedikit malu disitu, eh bukan sikit, banyakkkkk. Malu gila. Dah la tak pandai nak sembang-sembang secara serius. Hahaha Btw, everything ok , family dia pun ok ok jer, asyik suruh bergambor sama-sama je, maluuuu kot. Hihihihi Cepat keluar, nak ajak suruh belanja mekdi plak nih. Lalalalalaa~~ Masa untukkkk studyyyyy   -__-


Tunggu saya konvo bulan 10 plak . Heeeee....



Fightingggggggg !


xoxo
kiss and big hug


Wednesday, June 12, 2013

Bila Hati Berbunga Riang



Assalamualaikum .


Senyummmmmmmm sampai penat. Hihihihihihihihi   : )

By the way, rasa macam nak menjerit dekat pantai. Hohoiiiiii Alhamdulillah dah siap taip-taip THESIS. Berapa malam tidur dua tiga jam je, adat orang berstatuskan S T U D E N T. Kan? Lebih-lebih lagi tahun akhir, banyak kerja uols. Projek tu kena hantar, assignment ni kena hantar, THESIS kena proceed untuk bab tu bab ini. Takpelah, redha je, kan tak lama lagi dah nak habis belajarrrrrr.


Seronok sangat . Heyyyy hati. Rasa lega je bila THESIS dah hantar kat supervisor untuk dia check. Tunggu apa nak diperbetulkan jelahhhhh. Harap banyak tak salah. Semua pakai bedal je taip, lama gila tak buat karangan skema cam tu kan. Tabah je lah -____-


I miss youuuuu so much .


Dah tiba masa THESIS dah dihantar ke supervisor. Dia plak call, apakah. Inikah jodoh. Saat hati lega bila kerja dah settle, dapat plak bercakap dengan dia. Hurmmmm double happy nih. Rinduuuu sangat. Dekat enam bulan tak bergaduh. Rinduuuu nak sembang sembang. See you this saturday.


Dia kata nak bagi hadiahhhh nanti. Mulut ni kata tak nak , tak payah susah-susah konon. Kononnya. Hati kata nakkkkkkk! Hahahaha.   Siap pesan suruh bawak coklat plak nanti. Okeyyy saya beli coklat best best untukkkkk awak. Jangannnn kongsi dengan kawan ok. Just for youuuu. Kekekeke~



Much love .


xoxo
kiss and big hug

Friday, June 7, 2013

Detik Terakhir



Assalamualaikum . . . Moshi-moshi  !

Detik terakhir sangat. Boleh dikatakan --- drama sangatlah kau. Anyway, sekarang ni waktu kemuncak student tahun akhir, tiada lagi istilah nak ambil angin kat shopping complex, nak gelak sambil gosip itu ini, nak bazirkan masa dengan tengok drama korea dan seangkatan dengannya. Itu semua terbantut. Ini kerana THESIS. THESIS. THESIS. All about THESIS !


Kiranya ni saat-saat terakhir student fakulti saya. Fakulti teknologi dan sains maklumat. Waktu ini tiada lagi istilah nak rilex sambil makan popcorn depan laptop, tidur pun berapa jam je, masa itu penting untuk siapkan THESIS masing-masing. Final exam pun bakal menjelma, study pun tidak lagi. Studyweek diisi dengan menyiapkan THESIS. InsyaAllah dipermudahkan. Think positive !







27hb nanti kena submit draf THESIS dah. InsyaAllah sempat siap dalam masa terdekat sebelum exam pertama menjelma. 11hb ni dah start exam, good luck untuk diri sendiri . Tak sabar nak siapkan THESIS, lepas tu boleh bebas kejab, rasa lega kot kalau dah siap. Sekarang tengah mengarang untuk bab 4 - bab yang penuh dengan hasil kajian dan analisis data. Berpuluh-puluh page kat situ aje, masak lah kalau THESIS tebal sangat. Harap ok ok je. I love you , THESIS. Hihihi .


I love mama abah too. Also love my siblings. Actually love him too  (>,<)


Happy for 19 dear. Take care. Imy .





Much     l o v e .
xoxo
kiss and big hug


Sunday, May 26, 2013

Jalan Jalan Semester Akhir



Assalamualaikum . Macam tak percaya je, dah nak berakhir sesi kuliah untuk semester akhir. Lebih kurang 3 tahun pengajian untuk degree dah nak sampai penamatnya. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menuntut ilmu. Walaupun pada awal-awal sem, ada masalah sebab dapat course yang tak sama apa yang dipilih. Dorongan mama abah, belajar je la. Terima kasih mama abah sentiasa doakan kejayaan kakak. Jasa mu tak dapat ku balas, hanya Allah yang dapat balas. I love both of you. Forever and ever   :')


Ok stop pasal layan perasaan.

Fakulti kami - 

Dah semester akhir, memang stress ---- mana nak fikir pasal final year project, mana nak siapkan thesis, mana nak siapkan segala projek / assignment untuk setiap subjek. Awal-awal sem aritu, takde lah rasa stress sangat. Dah saat-saat akhir ni, makin stress. Nak buat kerja ni, teringat kerja sana. Biasalah dunia pelajar tahun akhir. Jadi, rakan kelas plan untuk trip ke Port Dickson, lepas tu adakah bbq. Kan dah semester akhir, nanti bila plak nak bersama kan. Bila dah habis belajar, semua ada jalan masing-masing. Bukannya semua dalam negeri sama, negeri lain-lain, lagi lah susah nak jumpa. So, 18 May yang lepas berpusu-pusu ke Port Dickson, dalam 6 buah kereta jugak. 


Indah indah. Romantika sangat .

Ni apartment tu - siap ada astro. Kita orang layan masterchef lagi. Hewhew~

Dari beranda- buka pintu, indah je tengokkkk pantai. Kannn?

Buat masa sekarang, bab pengangkutan tak jadi masalah, sebab kebanyakkan rakan kelas ada kereta sendiri. Jadi, part nak ke sana sini, tak jadi masalah. Kat sana, kita orang sewa dua bilik kat apartment, satu untuk gegadis dan untuk the boys. Sewa apartment, sebab nak senang untuk masak-masak, segalanya ada kat situ. Jadi, tak payah nak bawak dapur ke apa, kan senang tu. Bilik pun selesa, luas sangat, everything complete. Stay kat sana satu malam je, nak lelama kat sana, time tu kerja berlambak-lambak. Tak boleh nak bercuti sangat lah kan. 

Dah sampai bilik, boring jugak lepak bilik. Petang tu naik bot kat Pantai Teluk Kemang !
Super ganas abang tu bawak bot. Saje je kan .

Best moments :')

Much love . 


Kat apartment tu pun, keluar je dekat beranda, nampak pantai. Indah sangat. Part paling takut malam tu, dalam pukul 1 pagi kot, angin kencang, macam ribut, dah la duduk depan pantai, mesti la ada perasaan cuak takut, sape tak takut tengok pokok kelapa macam nak tercabut je, kuat sangattt angin malam tu, ombak pun menakutkan, otak fikir -tsunami. Nak tidur pun tak lena malam tu, takut kejadian yang tak diinginkan tu berlaku. Angin terlampau kencang sampai bunyi, walaupun duduk dalam bilik. Selipar semua nak kena masukkan dalam bilik jugak, sebab nanti terbang dibawa angin. Sapeee tak takut kalau macam tu, first time lalui kejadian macam tu wei. Kuatkan hati, fikir positif.


Malam tu kan, sebelum part angin kencang tu, ada bbq. Makan sampai padat perut, makanan banyak sangat. Kata nak berseronok- jadi perut turut seronok sekali. Dah lepas makan tu, saya dengan geng berlima ni, saje je duduk dalam bulatan, buka sesi tentang masa depan. Masa depan kauuuu! Heee~


Masanya untuk tanya kawan-kawan dengan lebih serius , tentang kekasih hati. Chewah! Dalam kelas, tak sempat nak sembang secara serius. Maybe! Kalau sembang hal personal camtu dengan kawan baik, takde hal punya kan. Nak sembang pasal personal tu dengan kawan yang so so tu, rasa sedikit segan, dan macam tak perlu sangat kot. Hihi .. Bila kita berlima ni duk gelak sakan, lepas tu sorang-sorang sengih gembira duk cerita pasal hero malaya masing-masing, tetiba masuk sorang-sorang budak kelas lain dalam bulatan gembira kita orang. Takde lah masuk serentak, mula-mula sorang, lepas tu dua tiga orang, akhirnya semuanya dalam bulatan gembira. Memang saya dah agak, mesti semua akan join bulatan gembira - yang mana setiap orang perlu bercakap benar apabila ditanya soalan. Nampak tak daripada lima orang, terus jadi bulatan gembira yang besar-besaran. Hihi . Seronok jugak dengar cerita masing-masing. Masa depan itu perlu diangankan, tanpa angan-angan, semuanya takkan berlaku, dalam angan-angan tu, perlu la berusaha. Mana nak menjadi realiti angan-angan tu kalau tak usaha kan. 


Rasanya detik bulatan gembira tu la yang paling seronok malam tu. Sebab masa tu kita tau rahsia hati setiap orang. Takdenya kita nak menyoal semua rakan kelas bab hati dan perasaan. Lainlah kita dah rapat dengan semua orang. Sebak pun ada malam tu, bila la dapat berkumpul lagi macam ni kan. Mesti dah habis belajar, masing-masing punya agenda tersendiri. Mungkin ada yang sambung belajar, ada yang kerja, ada yang akan kahwin. (Y___Y)


Okey sampai sini sudah karangan kali ni. Tunggu settle kerja, baru up entry lagi. Take care. Have a nice day. 



xoxo
kiss and big hug


Saturday, May 18, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Assalamualaikum . Kembali menaip, tetiba rasa takde mood nak mengadap segala jenis kerja. Okey , nak buka cerita pasal "Sebenarnya saya isteri dia". Eh ! Saya tak kahwin lagi, tu tajuk novel dan drama yang tengah HOT dekat tv3. Peminat drama ni kemain lagiiii excited nak tengok bila hari Jumaat malam. Semua mesti mengadap tv la masa tu, yang mana kena berebut remote dengan adik-adik or anak-anak tu. Pasrah je la.. Hihihihi .


Tengok dekat page penulis novel tu, boleh dikatakan macam semua peminat drama tu mesti dah baca novel dia. Setiap orang siap boleh bagitau part mana yang tak sama dengan novel, part mana yang missing, part mana yang ditambah dan dot dot dot lagiii. Semua jadi pengarah katakan. Seronok jugak bila excited camtu. Ohhhh Firash .

:)
Ni episod awal-awal lagi haaa ^^

Yang ni episod minggu minggu lepas punyaaa -_-

Ni yang episod hari ni. Kekeke~



Sebenarnya dah ada entry sebelum ni yang review novel tu kat SINI. Memang kebanyakkan keywords yang masuk sekarang ni pasal novel tu. Terima kasih sudi singgah sini. Ime acih anyak anyakkk  (^.^)


Baca novel ni pun sebelum drama tu diterbitkan lagi. Sebab tengok review orang pasal novel tu yang best, tu yanggg habiskan masa hanya 2 3 hari je baca novel tebal tu haaa. Buku belajar tak habis plak baca. Walau sekarang ni dekat kolej, sanggup kau tengok tv online semata-mata untuk drama tu. Nampak tak semangat tu. Tiz Zaqiah cantik je kan bertudung, Izzue lagi lahhh menawan kalbu. Kito anok kelate kan ! Hihi




Esok berjimba-jimba ke PD dengan budak kelas. Ok. Sambung buat assignment.


Peminat SSID, give me five sekali. Heeeeeee~


Tata titi tutu . . . . . .


xoxo
kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails