Sunday, July 3, 2011

Shining Inheritance

Assalamualaikum & Moshi moshi ....



Nak review drama korea "Shining Inheritance" atau dikenali sebagai "Brilliant Legacy". Baru jer abis menonton 2 hari lepas. Best juga drama ni. Plot drama yang tak dijangka. Korang dah pernah tengok belum? Drama ni sebenarnya dah lama. Tahun 2009.

Drama yang mempunyai 28 episod. Pelakonnya terdiri daripada Han Hyo Joo (Ka Eun Seung/watak dalam drama), Lee Seung Gi ( Seon Woo Hyun), Moon Chae Won (Yoo Seung Mi), Bae Soo Bin (Park Jeon Se) dan ramai lagi..


**************


Drama ni bermula dengan Eun Seung dan Hwan baru balik dari luar negara. Mereka berdua bertukar beg. Dalam masa terdekat, mereka memang ingin bertemu untuk kembalikan beg masing-masing. Namun, banyak halangan yang telah berlaku..

Tak terduga, Eun Seung mendapat tau yang ayahnya meninggal dunia pada hari kelahiran ayahnya. Ayahnya sememangnya dah muflis. Emak tirinya selaku orang puaka kot dalam drama ni, sememangnya menjadikan pelbagai tektik yang tak terduga. Emak tirinya menghalau Eun Seung dan adiknya, Eun Woo dari rumahnya. Adiknya adalah sindrom dan memang menjadikan piano sebagai pengubat duka bila merindui kakaknya sewaktu kakaknya berada di luar negara.

Sebenarnya ayah Eun Seung tidak meninggal dunia, disebabkan dompet dan jam tangannya dirompak. Dan pencuri itu telah mati dalam satu letupan gas. Mayat memang tidak dapat dilihat dengan jelas. Disebabkan muka hancur, dah disahkan ayah Eun Seung kerana dompet dan jam tangan milik ayahnya.

Selepas Eun Seung dihalau keluar dari rumah, dia bekerja di kelab malam. Di sanalah dia berjumpa dengan Park Jeon Se. Di kelab malam juga, Eun Seung berjumpa dengan Hwan, dan menyebabkan dia kehilangan adiknya, Eun Woo.

Dengan bantuan Hye Ri dan Park Jeon Se, Eun Seung dapat menyewa bilik kecil dan membuka gerai kecil menjual ladu, dalam masa yang sama, dia sentiasa mencari adiknya.

Pada waktu itu juga, nenek Hwan/President tidak berpuas hati dengan cucunya, Hwan kerana tidak menghargai dan tidak mahu bekerjasama dalam menguruskan syarikat. Nenek Hwan telah mengalami kemalangan dan Eun Seung datang membantu. Tanpa diduga, nenek Hwan duduk bersama di bilik kecil itu. Eun Seung tidak mengetahui yang nenek yang diketahui itu adalah president kepada syarikat besar.


Bila nenek Hwan sihat, Eun Seung terkejut bahawa nenek yang ditolongnya itu adalah president syarikat besar dan nenek kepada orang yang dia bertukar beg. Dia juga terkejut apabila nenek Hwan telah mewasiatkan mengenai semua hartanya akan jatuh ke tangan Eun Seung. Semua ahli keluarganya terkejut. Apakah kesudahannya. Eun Seung akan bersama siapakah? Dalam masa yang sama juga, Park Jeon Se jatuh cinta pada Eun Seung, adakah Eun Seung membalasnya? Eun Woo dapat diketemuinya ke tak?

Nak tau, tengok lah drama tu sendiri. Dalam drama ni, memperkuatkan bab "Mak tiri itu seorang yang kejam!".. Dasyat punya manusia. Macam macam sanggup dilakukan demi kebahagiaan anaknya dan kerana duit !!!

Jom sejukkan mata tengok gambar, asyik baca entry panjang ni cecah lantai kan. Jom!







Seung Mi , Park Jeon Se, Eun Seung, Hwan ..

## Pelangi suka Park Jeon Se dalam drama ni. Tapi, cinta dia tak disambut oleh Eun Sung. Sedih sungguh. Jom layan ost drama ni. Terjah !!



xoxo
kiss and big hug

13 comments:

Syukri Mohtar said...

sangat best drama nih..OST love is punishment paling best =]

najihah sahami said...

haha..abang 49 days ade..auww!

Ariffin Abdullah said...

memang best sebab aku suka file cinta+family. Hero ngan HEroin memang menjadi. Nice ending. Tengok belum Will It Snow in Christmas? ini filem family gak.

amirul.fareast512 said...

woot~woot~
stalk cny jp smbil cmnt entry,

hee . da lame da ta tgk cite korea ,lyan lagu2 dr grup korea jea .. rindu lak asenye ..

nway laskar pelangi..,
reyn tgh cnfuse ni,
bole tlg tak?
4more info vsit dis,

http://akmeyruleyna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

tengss sbb sudi visit ..
betul2 konfius .. hee .
tlg pilihkn ...ngeee~

syuxer said...

nak tengok citer neh..dah lama tak layan citer korea..tengok preview wanie..cam best je..heheh..kalau citer bab kekeluargaan memang syuk suka..:)..

PenDekAr LauT said...

baca sinopsis cite tu ada iras2 sikit cite indon "kejora dan bintang"...Tapi x sepenuhnyelah...

Alif Haris said...

tgk preview muvi ni mcm best jew ^^ hehe

nur aisya humaira said...

mcm best je cite ni..tpi nk tgk mne ye..huhu

ZORA said...

wooo..layan jiwang wo...:)

Bella Heuheu ❤ said...

cam beshhh je... nk tgk gak la. huhuhu.

Isteri Encek Bard said...

best, best, best

Sizzling Suzai said...

alemakkkkk SEUNGGI sy!!!! =D

Teacher Hafizah said...

like citer ni. siap nangis2 konon menghayati cerita. huhu

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails