Thursday, July 25, 2013

Berakhir Sudah



Assalamualaikum & Salam Ramadhan :')


Nak dekat seminggu dekat rumah, baru nak update bloggg. Ohhoiiii seronok sangat bercutiiii sakan dekat rumah. Cuti yang tak tau sampai bila penghujungnya. Penganggur katakan. Alhamdulillah , dapat lalui tiga tahun kat UKM dengan jayanya. Siap join program lagi lepas habis viva projek akhir. Tahniah untuk diri sendiri  (Y___Y)


Balik rumah aritu, kereta padat dengan harta karun. Tiga tahun kat UKM, dah namanya gegirl, barang harus banyak. Setiap kali balik, setiap kali tambah barang. Bila dah habis belajar, nak bawa balik rumah, baru tau erti penyesalan bawak barang banyakkkkkk. Bertolak lepas solat Subuh macam tu, dengan kereta penuh barang di segenap seat. Tak cukup space dah. Drive sorang plak dari Bangi sampai Kota Bharu. Alhamdulillah selamat sampai. Dulu memang dah biasa drive sorang dari Dungun ke Kota Bharu, sekarang catat record baru-- Bangi ke KB. Syabasssss beteyyyy! Nak berjaya, jangan mudah susahkan orang. Cuba dulu berdiri dengan kebolehan diri sendiri. Belum cuba, belum tau. Kan ?




Btw, bila dah seronok buka puasa kat rumah. Lupa plak diri ini dah habis belajarrr. Kena cari kerja la pulakkk. Aigoooo.. Semoga dimurahkan rezeki, nak cepat-cepat dapat kerja. Sekarang ni dapat feedback dari company untuk sesi interview dah. Kena pergi KL la pulak, aduhai.. Dugaan bulan-bulan puasa ni kan. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Berdebar jugak wei nak kena attend interview ni.




Semalam siap kena interview by phone. Tu pun dah gelabah walau tak nampak muka orang yang bertanya. Nanti nak kena face to face interview plak dah. Harusss cuak! Do the best je la, dapat tak dapat tu belakang kira. Asal diri dah mencuba kan  :-)


Minggu depan tu interview. Dua interview sedang menanti. Semoga berjaya untuk diri sendiri.


Hati fikir nak kerja lagi , berbanding nak beraya. Tahun ni 4 pasang baju kurung. Apahal? Mentang-mentang next year, kena guna duit sendiri beli baju raya kan. Ermmmmm tahun depan mesti kena bagi duit raya kat adik-adik dah kan. Rasa macam tua plak. Agak-agak dah boleh kawen tak? Hihihihi .



Kasi poket tebal dulu, ilmu penuh di dada. Baru fikir kawenggggg. Auuuuwwwwmmm -,-

xoxo
kiss and big hug

Sunday, July 14, 2013

Unofficially Graduate


Assalamualaikum & Salam Ramadhan ;)


Selamat berpuasa untuk hari yang ke-5 pada bulan Ramadhan. Serius rindu nak menaip dekat sini. Nak share everything pasal itu ini, sebab nanti memang suka baca balik bila dah rindu ;-)




Alhamdulillah, diberi peluang dan nikmat masih dapat berpuasa di bulan Ramadhan untuk kali ini. Tahun lepas, puasa dekat kolej jugak, sebab buat shortsem. Sekarang, puasa pun still kat kolej, disebabkan program semata-mata. Orang lain dah start cuti panjang, berpuasa dekat rumah bersama family. Nak buat cam mana, ada program. Program summer school, under IBM. Program ni bakal habis nextweek, harap-harap habis 18hb Julai, nanti 19hb dah boleh balikkkkkkkkkk! Balik rumah kali ni, barang penuh dalam kereta. Segala jenis barang ada, dah tiga tahun kat UKM kan. I gonna miss you, UKM  :)



Tak lupa jugaaaaaa nak bagitau, yang saya dah unofficially graduate ! Alhamdulillah. Semua ni jasa mama abah, yang sentiasa bagi support dari A to Z. Dari dulu yang memang taknak proceed with this course, akhirnyaaaaa berjaya habiskan, walaupun selama 3 tahun. Lepas tu tanpa ada pinjaman dari mana-mana. 100% family support. Mencabar kot kehidupan kat UKM tanpa ada pinjaman, dalam usia camni , serius rasa segan , malu nak mintak duit setiap masa kan. Dengan bawak kereta kat kolej plak, makin duit mengalir bagai air yanggggggg laju.




Thesis pun dah siap jilid. Alhamdulillah ;')


Raya tahun ni, dah tak sebagai student dah. Sebagai penganggur terhormat. Heeeee^^ Nak kena siapkan laporan teknikal ni, esok nak kena submit thesis & laporan teknikal. Nanti update untuk next entry pasal kerja keras dalam siapkan thesis ni haaa  -__-


Take care :)


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails