Assalamualaikum dan Salam Seceria Pelangi ....
NERD ? Semua orang mesti tau kan cam mana perwatakan atau rupa paras seorang yang dicop sebagai NERD. Bukan nak pertikaikan isu ni, tapi rasa nak selongkar je pasal gadis/jejaka yang dicop NERD. Macam menarik. Yes! Pelangi tertarik dengan itu.
Pelangi ada duk search pasal nerd. Konon nak ketahui memacam pasal tu. Jari terus google beb! Camni lah, guna internet pada benda yang betul kan? Ni asyik duk ber-facebook jer. [perasan lebih ..]
Nerd ni merujuk pada orang yang bijak dan taksub atau mengejar pada sesuatu hobi. Biasanya nerd dianggap janggal, segan / tidak menarik perhatian sekeliling ,sebenarnya tanggapan itu salah. Namun, nerd biasanya nerd selalunya dikecualikan daripada aktiviti fizikal dan dianggap menyendiri daripada orang lain, atau berada sekumpulan dalam golongan yang sama, walaupun sedemikian, ia tidak semestinya betul. [dicekup dari sini]
Biasanya ciri ciri yang biasa bagi seorang bergelar nerd, yang selalu ditonjolkan dalam drama atau movie adalah seperti :
- Semestinya jejaka/gadis memakai cermin mata yang saiznya agak besar. Dan mungkin manusia yang sangat sangat rabun. Yang mungkin power dekat 800++. Cermin mata tu, kalau boleh nak sebesar mungkin. TAPI, dizaman sekarang, remaja suka memilih cermin mata bingkai besar seperti si nerd untuk bergaya kan?
- Memang rambut skema yang amat. Belah tengah dewww, ini untuk lelaki. Bagi sang gadis plak, rambut sentiasa dikepit dengan kemasnya. Rambut sentiasa berkilau depan lampu, minyak rambut punya pasal.
- Pakai pendakap gigi. Nerd ke macam tu? Mungkin.
- Manusia yang mempunyai penuh jerawat kat muka. Nak cakap yang duk study 24jam, nak jaga cuci muka pun takde masa la tu kan?
- Berkepit dengan buku dekat 24jam setiap hari. Bagus apa selalu membaca kan? Ish ish. Orang suka membaca sikit, terus cop 'nerd'. Nak tambah ilmu, kena lah sentiasa membaca kan.
- Pakai seluar singkat. Yang itu lawak okey. Ke sebab asyik membaca je, nak pergi shopping pun tak sempat. Tengok tengok tinggi dah meningkat. Tu yang seluar singkat, tak sempat nak ganti yang baru. Ke jimat punya pasal?
- Butang baju sampai ke leher. Baru kacak woo macam tu. Hahaha (Mungkin pandangan bagi si nerd). Dah namanya baju tu ada butang, kena gunalah. Takkan sebagai perhiasan plak kan.
- Manusia nerd yang lebih sukakan subjek atau sesuatu yang komplek. Tak ramai yang minat bahagian tu, tapi manusia itu sukakannya. Lebih mencabar itu lebih seronok.
- Pendiam. Sukakan kedamaian. Tak suka muzik muzik bising. Lebih seronok menyendiri dalam bilik sambil baca buku. Kalau ada kawan pun, mungkin kawan semuanya jenis yang sama iaitu nerd. Semua ulat buku dan mempunyai ciri ciri di atas.
- Betul ke si nerd ni terlalu gemuk dan ada yang terlalu kurus? Disebabkan mereka lebih suka menyendiri dan tidak suka aktiviti luar.
- Sentiasa kena kacau oleh geng budak nakal bila berada di kolej. Atau boleh dikatakan sentiasa dibuli. Sebab nerd biasanya tak suka melawan. Dan sentiasa menjadi robot bagi geng budak nakal, dipaksa siapkan assignment dan sebagainya..
Dicekup dari abang google
Apa pandangan korang pasal NERD? Ce cerita sikit. Ada tak kawan kawan korang termasuk dalam kalangan NERD ?
## Pelangi suka boy yang pakai cermin mata ala nerd nerd. Nampak comel tau. Macam gambar kat bawah. Tu artis korea peveret Pelangi. Kacak kan? Lebih lebih lagi pakai cermin mata cam gitu. Terpesona!
xoxo
kiss and big hug
21 comments:
budak nerd comel la..hehehe... tp pendiam sgt..mmg pyh la nak ajak lepak...huhuhu...
kdg-kdg jadi nerd ni bagus gak. hihi..
budak nerd mcm senang kene buli je.. :D
udak nerd kaki study kaw2 kot..bijak!
saya budaknerd ! :D
nerd tenang jangan disangka dorang kool..heheh kan dorang meletup, perghhh berdarah hidung orang yang cari pasal dengan dorang..heheh
jgn cari pasal dengan nerd..x pasal terkejut beruk tengok nerd lebih saiko dari kita heheh
budak nerd kadang2 kelakar je...mesti dorg selalu kena bahan =]
aku nerd
kurang tahu sgt la psl nerd nih. tapi apa yg diandaikan selama nih lebih kurg yg mcm pelangi bgtau kat ats tu la.
n gmbr yg last skali tu mmg buat i terpesona tau. huhu.
saya nerd -_-
Tak semua yg pakai spek camtu nerd.. Just mengikut fesyen pun ada..
yg last tuuu..
mna dpt pic aku hah ?!
AHAHAHAHAHAHAHAHHAHA
hohohoohooh..pelangi pun nerd kan??ngaku je la....cpt!!
bukan nerd selalunya budak2 pandai..pastu rabun..sebab asyik membaca je..
macam aku..haha(perasan..)..:p
hehe ! nice entry ni :)
nerd...susah kot nak cri kawan nerd....
nerd x best
tp spek diorang tu best
ahaha
btw.sy bru perasan
kita berdua tak suka budu dan saling letak benda tu kt header
hehe
salam knal
sis suka lelaki pakai spec..tapi hubby tak pakai..pakai time panas je hohoho
Sy nerd noon inesen..
Oh nmpk sunguh sy berbohong...
Hahahahahahah~
salam hi thanks melawat sy! =) neway skg org y pkai speck besau tu la y dpanggil stylo lak kn..hahha
org korea je leh jadi nerd coz diorg tu makin nerd makin hencem...tp kalau melayu...kalau nerd...nk tgk pun xlalu...huhu~ =.="
Post a Comment