Assalamualaikum ....
Golek - golek depan tv. Syioknya uollssss sekalian. Mana tak seronoknya, sedut udara negeri sendiri. Maka, boleh dibuat konklusi, " Pelangi dah selamat sampai rumah manis rumah" ( home sweet home)..
Alhamdulillah selamat sampai :)
*Senyum manis manis. Taip entry pun tengah senyum*
*Kalau bebudak ni tengok, cakap apa plak kan? Duk senyum sorang depan lappy. Damn!*
Untuk pengetahuan adik manis, abang kacak, kakak cantik, pakcik hensem, makcik menawan & semua lah.. Memang tak terdaya dan tahan jari dari up entry buat beberapa hari. Paksa rela kot. =,=
3November2011 (Khamis) - Fuiiiii. Ada midterm, dua paper lagi. Malas fikir pasal paper Java. Susah nak gila kot. Rasa nak jadi pembunuh !
*Bunuh nyamuk je yang mampu .. Hehehe ..*
4November2011 (Jumaat) - Hari yang ditunggu-tunggu untuk pulang ke syurga tersayang lagi tercinta. Chewah! Setiap hari duk pangkah tarikh tau tak ? Semangat nak balik sangat. Ni lah bila universiti jauh dari rumah. 8 minggu tak balik. Semestinya, dirindui sangat sangat. Walau happy bersama si kawan, lepak kat rumah lagi heaven tau !
Balik bertemankan abah & si atia. Pelangi selaku tukang drive. Dari UKM sampai Kota Bharu tau. Dibuat hitung tambah tolak darab bahagi puncakuasadua, dekat 10 JAM okey. Fuuuuuhhhhh ! Semput bila dapat jumlah jam tu. Mahu tak lama. Sampai radio hilang siaran, lepas tu cucuk pendrive. Layan lagu dekat 50 lagu. Siap lagu tu leh repeat kali ke dua dah. Bayangkan ......
Nasib baik abah ada meeting dekat KL. Boleh teman dan jadi co-pilot untuk Pelangi yang masih tak ingat jalan area KL. Jakun kan ? *angguk angguk manje*
Nanti dah biasa tu. Ingatlah segala jenis jalan KL tu. Insya-Allah :)
Semputttttt ...... Korang semua. Jalan punyalah jem. Lupa nak beli roti. Hehehe ... Dah la bertolak pun dekat pukul 9.00 pagi. Jalan kat KL pun dah padat cam sardin. Nak lepas jem kat KL pun dah ambik banyak masa. Kasi gua panas jer, walau dah pasang aircond..
Harus ada tayang Pelangi a.k.a tuanbelog. Walau tak tayang muka. Heee:)
Bila dah lepas lebuhraya semua. Tuptup, jalan kat Bentong, Raub pun kasi gua geram. *penggunaan perkataan gua - menunjukkan diri ni sangat geram dan semput*.. Dah lepas segala jenis jalan yang kasi gua panas hati. Jalan biasa plak ada problema masing-masing. Kereta sana sini. Dah macam buat rombongan meminang. Panjanggggggg jer..Nak memotong pun dah kasi gua rasa penat nak tekan minyak, lepas tu buat muka ketat sambil rasa jadi Raja jalan. Hahaha =D
Ni area Raub kalau tak salah. Dah jem. Semput jer. Terus capture sana sini..
Bila lagi kan korang fikir nak jadi Raja jalan. Asyik kasi kat mat rempit jer jadi Raja. Kasi diri lu jadi Raja jugak la kekadang, lu kan bayar roadtax jugak. Hik Hik Hik ....
Ni pun kat Raub. Jalan otw ke Gua Musang asyik tak henti dengan kereta. Huh!! STRESS!
Macam dah semua stesen minyak, semua penuh dengan kereta. Nak kata yang ramai giles balik kampung la. Memang Kelantan bila raya Aidil-Adha sangat seronok dan sangat meriah dari negeri lain. Itu terbukti disebabkan ramai kawan-kawan negeri lain yang perkatakan isu itu. Anda bagaimana ? *macam iklan produk kecantikan. Choiii..*
Dekat pukul 7.45 malam baru sampai kat rumah tersayang. Alhamdulillah takde berlaku perkara yang tak diingini. Dah la 2 3 kali jumpa kes kemalangan masa dalam perjalanan. Fuhhh. Setiap port kebiasaannya jadi tempat accident pun abah bagitau satu-satu tau. Gerun mendengarnya wei..
Sampai jer kat Gua Musang, fulamak! dapat makan nasi kukus. Pergghhhhhh ! Sangat best. Part lagi best, tengah drive tu kan. Bangga jadi rakyat Kelantan, disebabkan ramai orang luar kahwin dengan orang sini. Pandang sana , pandang sini. Laki cakap kelate, isteri cakap bahasa baku. Plat kereta Kelate. Ramai eh orang luar minat orang Kelate ?
Yippi. Seminggu tidur atas katil hak milik kekal. Syiok habis. I lebiu lah katil , lebiu bantal pooh, lebiu bebear semua & semualah benda benda comel yang lain. Lebiu banyak banyak :)
" SELAMAT HARI RAYA AIDIL-ADHA."
xoxo
kiss and big hug
24 comments:
alhamdulillah..dah sampai akhirnya..:)..memang penat gila survive dalam 10 jam tuh..jem lagi..jauh plak tuh hehe..
jangan wanie plak gi makan banyak2 pula hhehe..;p..
selamat hari raya aidiladha dan puasa hari arafah
waa..laju jugak pelangi bawak eh. leh a drift nanti...:P
selamat hari raya pelangi sayamm!
wah , syiok nye dye ..! hah , bru la trase nk raye kn klu dah jem bgai tu ... hik3 ..
selamat bekorban , eh silap .. selamat hari raye KORBAN kak ... :P
stress stress pun, dah home sweet home jugaa kan..
sy? terkandas kat hostel lg ni. sobs!
rindunye nak kelik kelate jugop..wahwah semua pakat balik kampung nih dah meriah macam raya puasa kan...alhamdulillah slmt smpai=)
huyoooooooo,dah balik kelantan :D
lama tu 10 jamm..
btw, alhamdulillah da slmt smpi :)
wow 10 jam..hehe
Alhamdullilah selamat samapai.=)
Wah pengalaman berharga tu :)
selamat hari raya :)
hehe, untunglah naik kereta :p
pergh.h.. lama gila
baru nak ajak dtg beraya..rupanya dia pon pakat balik kg.hahaha padan muka jem!! :D
wah..10 jam..hebat lah
mau kebas kaki owh
ayooo, sis capek dalam perjalanan saja..:'D
btw, salam idul adha to you and family yah..;)
Alhamdulillah slmt smp... Wahh lamanya 10 jam huhu...
benda yg plg aku x suka adalah drive kete.. klu 2jam pun mesti rase nak pitam..
wah bestnyer dapat blk kelate....
Selamat Hari Raya Pelangi....
wahh slmt smpai alhamdulillah..:)
salam aidiladha..
baguslah dah sampai kampung. semoga seronok beraya.. salam aidiladha
dasyatnya jem !! hehe, tp dah selamat sampai kan? Alhamdulillah. selamat hari raya Aidiladha :)
tu dia budak kelate menyambut aidil adha dengan penuh riang
happy eid mubarak budak tomey har3 .. XD XD XD XD XD XD XD XD ( senyum manyak2 )
mau kematu duduk lame dalam kete,.huhuh,.
selamat hari raya aidil adha pelangi,.:)
no plat kete bape??senang aku nk hafal kot2 jmpe tngh jalan ke..hehe
hihi. sampai jugakk kan! adventure sungguh! :D
p/s : selamat hari raya aidiladha! :)
Post a Comment