Wednesday, March 14, 2012

Awak Suka Saya Tak



Assalamualaikum  >,<


Kembali tiba edisi review novel. Novel bertajuk "Awak Suka Saya Tak", hasil karya Melur Jelita. Serius paling terbest dalam koleksi buat masa kini. Dan akan menjadikan tersangat rugi kalau awak dan awak tak beli ataupun tak baca. Ni bukan nak sesi nak promote ke apa, tapi sememangnya realiti.  :)

Novel keluaran karya seni dan pengedar tunggal fajar pakeer sdn bhd. Harga : RM35. Tebal tau 1056 mukasurat. Dah start baca nanti, korang tak rasa 1056 tu banyak. Pasti nak lagi dan lagi. Hihi  -,-
Jom baca serba sedikit sinopsis novel ni :)




****


Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya. Seorang hamba Allah yang penuh dengan kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku.. Sifuku.. Kekasihku.. Kembalilah...

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, disini ...." Hilman Yong.


"Dont worry, I won't kiss you. Saya tak cium sebarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha, saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can see it. From your eyes, your lips.. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan gadis biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.." Damien Yong.


"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien. Saya tak menyembunyikan perasaan saya. Tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium, tetapi hanya di dinding kaca.. Ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan, walau cuba dipecahkan, pasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam.. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubunga. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya.." Intan Zulaikha.




****

Menarik kan jalan cerita ni. Memang bukan novel Islamik, tapi bagi Pelangi ianya seakan novel Islamik. Sangat sangat menyentuh hati. Nak dapatkan novel ni aritu pun, punyalah susah. Asyik habis stok. Akhirnya dapat memilikinya dan berjaya dijadikan koleksi setelah membeli di MPH Alamanda.


Sampai sekarang watak Hilman Yong dalam bayangan. Pinangan novel ASST. Hihi :)


Hilman Yong ni ibarat si pelakon korea nama Daniel Hanney. Peminat novel perlu terjah kedai buku berhampiran untuk dapatkan novel yang sangat sangat terbaik ni. Kalau tak silap kan, ni hasil penulisan novel kak Melur Jelita yang pertama. Percubaan yang sangat sangat the boom. Sangat terbaik. *berapa banyak sangat dah kali ni. winkwinkwink  T_____T


Kak Melur Jelita pun ramah jer. Suka, suka. Pelangi pun pernah chat dengan beliau. Ada masa, InsyaAllah nak jumpa. Rupanya kak Melur Jelita stay kat Kelantan. Lastweek, beliau ada sesi bertemu peminat di KB Mall. Jelesnya alahai. Kalau Pelangi ada kat sana, sememangnya nak jadi nombor satu yang pergi tangkap gambar. Hihihi. Terexcited lebih pulak. :)


Dalam novel ni juga banyak menceritakan pasal kuda. Rasa minat nak belajar naik kuda la plak. Tak nak cerita lebih lebih. Nak tau selanjutnya. Beli novel ni cepat. Tak rugi punyaaaaa. Nak cuba baca serba sedikit pasal novel ni, boleh baca kat sini. Terima kasih  :)





 
 Video gambaran ASST :)



xoxo
kiss and big hug
 

33 comments:

Si Orkid said...

mcam best je..lau dapat voucer buku boleh lah p beli novel ni..ehhe

Si Orkid said...

mcam best je..lau dapat voucer buku boleh lah p beli novel ni..ehhe

Anonymous said...

wahh, macam menarik je novel ni :)

FR said...

Wahhh cam best aje :>

tapi tengok tahap ketebalan dia tu, err merisaukan. takut tak bca dah buku lain nanti, heeee.

Lysa said...

tebalnya novel tu :D sinopsis dia menarik. jarang jumpa cerita cinta macamni :)

reyna said...

eh,,mcm best,,nak kna cari ni,,

saffiya_aleesya @ echa said...

best gak kan..saya sekarang suka beli novel yang tebal sbb lambat sikit nak abis..kalau yang nipis ni cepat je abis baca ;-)

semutsengal said...

Err,


aku takda voucher, cmne nak beli ?


kehkehkehkeh.

Shida Radzuan said...

wahhh rajin pelangi review..shida npvel yg ade pun duk lam plastik lg..xtau nk bca bila huhu..

syakirahmn said...

hilmanku.


rindu dekat hilmanku. rindu nak baca ayat romantik dia. kui3


paling tak boleh belah, sebelum tdo skype baca al-quran. alhamdulillah. susah nak dapat laki macam ni. mau boleh sbelum tdo nak sembang2 manja.

hilman hilman. saya suka awak hilman. HAHA :P

Unknown said...

da bace lame da

best

choclairissa@intan marliana said...

wahh name herion tu intan~ same dgn name saye~

joegrimjow said...

skrg ni lebih banyak baca buku motivasi. dah kurang zaman bernovel dah. huhu

Wadi AR said...

alamak, gua kurang minat novel gini. hihi. btw, teruskan pembacaan

afzalsukasuki said...

haritu pegi kedai buku..ada nampak,ramai gak org beli cuma afzal je usha ketat2 dengan harapan ada org belikan :P

nuyui a.k.a miss YUI said...

sy suka awak =p

nazirah said...

wah dgr awk cie pun da rasa sgt best.. ni yg nak p carik gak novel ni yeahhhh

najihah sahami said...

Owh,tebal jgk nvel kak melur eh.huhu.dh lama mish xbce nvel.

Umi Anaan said...

wah, macam sangat best je novel ni. nak try carilah kat kedai buku. dah lame dah rasenye tak bace novel2 melayu ni. mase sekolah dulu selalulah bace, itu pun pinjam dgn kawan.

Pamie said...

macam best je..huhu..

dhiera zainudin said...

kak melur jelita.. terbaek kan?

kajaharuna said...

wahhhh.. nak kene kasi tahu adik saya ni...

Raz Veinz said...

Sedap lagu Anuar Zain ni...

Unknown said...

hoho...cam setailo...

budak penjara said...

tebal giler novel..lambat lagi ak nok baca novel gni haha

Hafiz Hafizol said...

boleh beli nie.. vocer pun x abes guna lagi.. hahaha

Liyana Zahim said...

Ramai suruh beli nvl ni tp takde mse lg nk round2 kedai buku.. Teheee..

Nik said...

wah peminta novel rupanya.akak tak minat st nak baca novel ni,,,hehe

♥ p a a n i ♥ said...

wahh.cm best je novel ni. kne cari ni ;p

shaini said...

memang best sesangat novel ni...berulang kali baca xjemu..setiap bait kata yang diluahkan amat manis sekali..bila baca tu boleh terbayang intan n hilman/damien saat berkuda ditepi pantai...saat mereka bersentuhan di dinding kaca..saat Intan menampar Damien hingga bibirnya berdarah...hemmm..best10x...byk scene romantik...penggemar novel wajib baca Awak Suka Saya Tak.

Anonymous said...

Mmg best...

Jet said...

saya nak tanya sama ada isi novel ni same tak dengan novel online kat penulisan2u hasil nukilan penulis yang same (Melur Jelita).

sebab quote yg ni sy x penah bace:
"Dont worry, I won't kiss you. Saya tak cium sebarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadap dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha, saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can see it. From your eyes, your lips.. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan gadis biadap. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja.." Damien Yong

And sinopsis novel ni jugak agak berlainan drpd ape yg sy bace kat penulisan2u. adekah penulis telah merubah serba sedikit isi kandungan novel sebelum diterbitkan ke novel hard copy?? sy teringin nk beli, tp kalau isipati nye lain, mungking sy akan pikir 2 kali.. dr ape yg sy bace kat penulisan2u, novel nye sgt islamik.. dan itu yg sy mahukan sebenarnye.. tp kalo telah diubah utk diterbitkan, mungkin..

Hamizahhhh said...

to owner of this page,

u nak jual tak novel tu?

i nak beli dr u boleh? brape ye?

email at hamizahanuar@gmail.com

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails