Sunday, July 31, 2011

Terkaku Beku Tengok Sandra Azwan

Assalamualaikum ...



Terkaku beku di kala kesejukan? Ni bukan blog novelis. Ikut sesuka hati jer nak mengarang karangan tingkatan empat. Esok dah puasa kan? Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada rakan rakan semua. Semoga kita melakukannya terbaik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah :)



Kaku beku tu bukan apa. Tapi terkaget. Ehh ! Terlebih sudah. Heheeee ...


Sapa tak kenal Sandra Azwan? Sila tampar pipi masing masing, kasi merah. Tak payah nak pakai blusher lagi. Free-free jer dapat kemerah-merahan.


Sandra Azwan merupakan fashion designer okey. Sumpah tak tipu. Rekaan yang perghhhh! Terbaik. Merupakan blogger juga. Ni entry untuk ucapkan thanks pada beliau sebab sudi singgah pondok pink ni. Walau tak seberapa pun kan.


Dah la beliau sudi komen okey. Dan siap FOLLOW. OMG!! Sangat sangat terharu :)




Mana yang tak pernah jejakkan IP Address korang kat blog beliau, jom terjah kat SINI.Trimas :)

Kan best kalau beliau tolong design baju untuk raya nanti. Heee. Gurau jerk ye tuan empunya badan..


Jom usha budak cina awesome di SINI. Tak lupa jugak usha roadshow Vios Diserable di SINI, bila la boleh pakai benda ni. Mengidam. Glurppp~ Peminat drama korea, boleh jugak anda tengok online kat SINI.


xoxo
kiss and big hug

Saturday, July 30, 2011

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum ...



Asyik karang entry, lepas tu publish. Dan terus lesapkan diri. Bagus sangat perangai camtu kan? Mohon ampun ye kalian, masa untuk blogwalking sana sini tak cukup. Kena habiskan masa dengan sebaiknya sebelum masuk bulan Ramadhan..


Semalam pun, sempat singgah dalam 20 blog jer. Dah la banyak lagi tak balas jejak blog sorang sorang. Dah 5 hari camtu tak blogwalking, tu lah akibatnya. Dasyat betul. Tak larat nak habiskan kesemuanya dalam satu malam.


Kelmarin pun seharian balik kampung. Ada sesi buat makan sikit. Fuh! Agak ramai kot semalam. Dekat 18 dulang. Kat kampung, tak main lah nak buffet. Makan beradap tau. Duduk bersila. Auwwww !


Masih mengekalkan adat sopan santun. Dengan 8 jenis hidangan, antaranya daging kerutuk, gulai nangka, ayam goreng, ikan keli goreng, kerabu pucuk paku, budu, buah jering, tembikai dan sambal. Super duper seronok makan ramai ramai. Pelangi biasalah kalau part macam tu, akan ambik kontrak basuh pinggan. Tak main pakai pinggan kertas, tapi pinggan kaca.


 Kerabu pucuk paku. Sangat sedap ! [dicekau dari abg google]


Haaa.. Rezeki kemunculan Ramadhan tak lama lagi, Kak Su beranak. Baby Ramadhan. Kak Su bukan gelaran untuk orang ataupun manusia tau. Tapi, untuk si meow. Dah kat rumah dah ramai sangat meow meow, sampaikan ada gelaran " Kak ". Korang pelik ke? Ke tak?


Kan aritu ada meow nama Vince dah beranak. Ni yang ni plak. Memang ramai plak baby tahun 2011 ni. Nak baca cerita pasal si Vince, klik SINI.


Esok habis sehari, dan lusa muncul, kita akan menunaikan Ramadhan. Alhamdulillah, Pelangi dapat masih bernyawa dengan baik dan insyaAllah akan dapat berpuasa kalau umur masih panjang..


Asyik meow jer beranak. Tuan empunya meow tak beranak lagi kan. Heeee. Nak kawen! Nak kawen! Bak sini stok mamat korea sorang dua. Giles miang macam daun keladi. Kalau mama tau. Mesti kena bahan dewww.. Betul pe, mama kawen umur 22. So, taun ni umurku 22. Heeeeeeeeeee.. Miang !!!


Jom terjah budak cina awesome kat SINI. Korang dah update ke profile kat NUFFNANG ?


xoxo
kiss and big hug

Friday, July 29, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang

Assalamualaikum & Salam Jumaat ...



Tak lama dah kita semua akan masuk ke bulan Ramadhan yang dirahmati. Dalam 3 hari lagi, insyaAllah.. Entry kali ni bukan nak wish untuk kekasih hati la. Tapi untuk jantung hati Pelangi yang sentiasa menyokong kiri kanan belakang depan. Semestinya Abah Mama tersayang !


Ulang tahun perkahwinan yang ke 23 pada 27 Julai yang lepas. Alhamdulillah dah 23 tahun bersama dan berjaya membesarkan 5 orang cahaya mata yang sihat tubuh badan dan memberikan sepenuh kasih sayang. Dah berjaya membesarkan anak, sampai 3 orang dah menjejak-kan kaki ke peringkat Universiti. Tinggal 2 lagi yang masih di bangku sekolah menengah..


Walaupun 27 Julai lepas merupakan hari last Pelangi join program, tapi sempat tempah cupcakes yang tercomel untuk anniversary. Cupcakes untuk surprisekan mama. Lepas program, terus pecut pergi ambik cupcakes. Memang excited tau time drive tu, sebab tak sabar nak tengok cupcakes bentuk pelangi. Heee :)


Malas merepak banyak banyak. Nak tayang cupcakes comel tu. Kan ada sang blogger tanya, "Ada ke pelangi waktu malam ? ".. Dengan itu, Pelangi dengan otak ligat terus tempah cupcakes corak Pelangi dengan background hitam. Walau pelangi tak kan muncul waktu malam, tapi jika kita inginkan ianya muncul, walau muncul hanyalah di cupcakes. Heeeee..

 Pelangi waktu malam. Ngeeee ...


Memang 4 hari sebelum tarikh ulang tahun tu, sibuk duk search pasal cupcakes. Susah kot nak cari dalam masa yang terdekat. Nak plak cari yang area Kota Bharu kan. Susah gilews. Sebab ramai yang dah tutup untuk tempahan. Lepas raya baru buka. Memang terkejut jugak sampai macam tu sekali.


Akhir dapat jugak tempah dengan akak ni. Nasib dia boleh terima tempahan. Dah la dia buat comel sangat. Kalau nak tempah area Kota Bharu, boleh usha kat SINI. Korang boleh nak order mengikut citarasa sendiri. Tak perlu risau. InsyaAllah akak tu boleh buat punya. :)


Yeah. Ada plak pasal promosi Perodua Tweckbot untuk pemeriksaan kereta di waktu musim perayaan nanti, dalam iklan NUFFNANG , nak tau klik SINI. Untuk roadshow Vios Diserable, check SINI untuk kawasan anda. Terima kasih daun keladi.


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, July 27, 2011

UMK Oh UKM

Assalamualaikum & Salam Bahagia ....



Harap semuanya sihat walafiat. Syukur dengan nikmat kesihatan yang dianugerahkan. Dekat 4 ke 5 hari camtulah tak jejak kotak chatbox korang. Dah hadirkan untuk program. Walau program tu hanyalah 3 hari. Balik dari program, terus tak larat nak usha segala blog. Sempat jeling facebook je.


Kan Pelangi ada cakap yang ada kursus dekat UMK. Universiti Malaysia Kelantan. Program Pembina Negara Bangsa. Alhamdulillah dah berakhir program tu tengah hari tadi. Walau hanyalah dalam jangka masa yang tak lama. Tapi otak tengah ligat fikir pasal "bangsa melayu" yang hampir layu dimamah zaman.

 Ni time tengah kemas barang, meow masuk dalam beg tetibe. Dia memang nakal.

Wakil dari kiri : USIM, UKM, USIM, UUM,UUM :)


Jika kesedaran bangsa melayu tak diasah, mungkin negara kita akan mudah dipermainkan bangsa lain. Fuh! Dah macam nak jadi datuk bandar plak. Heeee :)


Program kesedaran ini, ada sikit sikit macam program yang Pelangi telah join kat Pulau Pangkor aritu. Nak usha, klik SINI.


Pelangi wakil UKM untuk join program tu. Tak silap dalam 5 orang je wakil UKM. Aritu punya dengar khabar yang UKM hantar 20 orang. Program tu mengambil pelajar IPTA yang tinggal di Kelantan. Dalam 6 IPTA yang terlibat, iaitu UKM, UMK, UUM, UNISZA, USM dan USIM..


Jom layan lagu kat bawah. Jangan melayu jadi LAYU !! :)











Lirik - Layu ~ Malique

Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri


Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu


Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu


Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai








Kan dah banyak hari tak update entry & tak usha NUFFNANG. Walau tak jejak chatbox korang, traffic setiap hari not bad. Thanks korang yang sudi singgah sini, walau entry tak berupdate. Thanks sesangat. Dirimu begitu berharga. Dah usha belum pasal video budak cina awesome? Kalau belum, klik SINI. Pelangi nak sangat try testdrive kereta ni kalau boleh, tadi tengah isi minyak jumpa gak kereta ni. Cantik oh perempuan pakai. Nampak bergaya kan?
 
## Maaf entry cecah lantai. 



xoxo
kiss and big hug
 

Sunday, July 24, 2011

Cinta Tak Direstui


Assalamualaikum & Moshi - Moshi ...


Cinta tak direstui? Bukan cinta Pelangi lah. Cinta orang lain kot. Pelangi ada cinta Allah. Cinta mama abah. Cinta adik-adik sekalian. Cintakan para meoww. Cinta laptop. Cinta myvi. Cinta kamu kamu. Eh ! Cinta tak bermakna perlu kahwin kan. Cinta itu kasih sayang. Pelangi cinta & sayang kawan kawan Pelangi tau :)


Saja nak share lagu peveret Pelangi sekarang ni. Pasang je lappy, lagu ni wajib di-repeat selama banyak kali. Sampai naik ingat lirik. Dasyat !

Dicekau dari abang google..

Sapa tak pernah dengar, jom dengar. Jiwang sikit lah lagu tu. Mood sedih sedih kan. Layan lagu tu sambil makan aiskrim paddlepop yang rainbow tu sedap gak kan.


Lirik - Cinta Tak Direstui ( ST12 )


Hari ini aku putuskan
Untuk jauh ku langkahkan kaki
Untuk pergi dari dirimu


Biarkanlah kan kubawa
Sejuta harapan yang indah
Yang pernah kita lalui
Saat bersama
Ku harap kau bisa mengerti
Cinta kita tak direstui
Malam ini harus
Rela ku pergi


Maafkanlah kekasih
Ku harus tinggalkanmu
Meski ku tahu ini menjadi
Kau sakit hati


Relakanlah kekasih
Tutup air matamu
Semua ini aku lakukan
Untuk kebaikanmu

Dengarkanlah kekasih
Ku harus tinggalkanmu
Meski ku tahu ini menjadi
Kau sakit hati
Relakanlah kekasih
Tutup air matamu
Ini semua aku lakukan







Nak download mp3, boleh klik SINI. Fuh, dekat 2 hari dah tak jejak blog korang. Esok plak ada kursus. Dah la dari pagi sampai malam kat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Rasa rugi angkat phone last week, pihak pengurusan UKM call suruh attend program tu. Dah la nak masuk bulan puasa. Takde geng plak tu. Huuuuu..


Ada masa terlebih Pelangi akan terjah korang. Hari ni rasa nak rest. Tak sempat jugak nak terjah korang. Ada masa free, Pelangi akan usha entry korang. InsyaAllah :)


Jom login NUFFNANG untuk tengok trafik korang. Ada masa terjah lah tengok budak cina ni, sangatlah awesome, klik SINI. Bila lah Pelangi dapat pakai benda ni. Huuuuu ..


xoxo
kiss and big hug

Friday, July 22, 2011

5 Amalan Ramadhan Yang Terbalik. Muhasabah Balik! #1

Assalamualaikum & Salam Jumaat ...


Bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi. Jom kita muhasabah diri masing-masing. Perbetulkan mana yang tidak baik ke arah kebaikan. Pelangi ada terbaca pasal 10 amalan Ramadhan yang terbalik, bukan terbaik okey. Penting sangat ni. Tu Pelangi share untuk korang semua. Ada juga cam Pelangi buat salah satu daripada tu. Muhasabah diri. Renungkan dengan sebaiknya.   :)


Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Al Baqarah : 183






1. Memenuhkan awal Ramadan, meninggalkan akhir Ramadan

Biasanya kita memenuhkan masjid dan surau pada awal Ramadan kerana seronok menyambut ketibaan Ramadan
tetapi pada hujung2 Ramadan banyak yang tidak ke masjid lagi malah akan meninggalkan tarawih kerana sibuk membuat kuih dan persiapan raya yang lain seperti menghias rumah, membetulkan tempat letak peralatan2 rumah, membasuh cadar, langsir dan sebagainya.


2. Bersolat tarawih sebanyak mungkin

Biasanya kita di Malaysia dan beberapa tempat lain di dunia Islam, umat Islam hanya melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat saja, diikuti oleh solat witir sebanyak 3 rakaat, atas alasan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat tarawih bersama para memang malas beribadat, termasuk pada bulan Ramadan (sebab dah terbiasa malas). sepatutnya kita membanyakkan ibadat sahaja pada bulan Ramadan ini tanpa mengira berapa rakaat solat tarawih itu hendak didirikan. Bukan soal 8 atau 20 yang jadi isu, tetapi sikap kita yang malas itulah yang perlu dikikis.


3. Melaksanakan tazkirah atau usrah atau seumpamanya antara solat tarawih dan solat witir

Biasanya kita lihat sekarang ini semacam sudah menjadi trend antara solat tarawih dengan solat witir diadakan kuliah agama oleh orang2 tertentu, baik yang dilantik oleh pihak masjid mahupun oleh individu itu sendiri. Kalau hendak juga buat tazkirah, buatlah pada waktu siang, seperti selepas usai solat subuh, pada waktu duha, selepas solat zuhur atau selepas solat asar. Kalau mahu juga dibuat pada waktu malam, buatlah selepas berbuka, antara waktu maghrib dengan isyak.

Tazkirah itu sememangnya bagus dibuat, sebab menuntut ilmu itu dituntut agama, hanya masanya dan tempatnya biarlah betul. idak pernah ada mana2 ulama dahulu yang berkata bahawa belajar dalam bulan Ramadan lebih baik dari tidur, dengan alasan kalau tidur pun boleh dapat pahala, belajar lagi banyak pahala yang dia akan dapat. Salah!Sebab banyak hadis yang menyatakan tidur orang yang puasa tidak sama nilainya dengan tidur orang yang tidak puasa. Orang yang tidur pada bulan puasa itu letih sebab 3 perkara, iaitu:

(1) tidur kerana kelaparan dan kehausan disebabkan panas cuaca atau panjang masa bertahan dari makan dan minum

(2) keletihan sebab telah beribadah hampir sepanjang malam pada waktu malamnya, sebab itulah dia mengantuk dan tertidur

(3) ia sengaja tidur dengan tujuan khusus untuk menguatkan tubuh badan agar dapat beribadat pada malam nanti dengan lebih selesa dan kuat.


4. Tidak bersahur kerana mampu bertahan tanpa perlu bersahur

Biasanya banyak orang yang tidak bangun bersahur pada waktu sebelum subuh. Antara alasan yang diberikan ialah untuk diet kerana mengurangkan makan lebih baik pada bulan puasa ini. Ada juga yang makan dan minum puas2 sebelum tidur, dan selepas itu tidak bangun2 lagi untuk bersahur, walaupun sudah terjaga sebelum masuk waktu subuh. Banyak yang berkata mereka bekerja di tempat berhawa dingin, maka tidak terasa lapar dan
dahaga seperti yang dialami oleh orang2 yang bekerja di tengah panas. Kerana itu, kebanyakan orang yang berpuasa meninggalkan amalan sahur pada waktu sebelum subuh. sepatutnya setiap umat Islam bangun sahur, walaupun dia mampu bertahan sepanjang hari tanpa bersahur, dia kena bersahur juga. Bersahur itu sunnah Nabi s.a.w., bukannya saja2 bangun sahur.


5. Berlebih-lebih menyambut malam tujuh likur tetapi bukan dengan ibadah

Biasanya orang Melayu-Islam, terutama di Pulau Jawa dan beberapa tempat di Malaysia, begitu beria-ia menyambut ketibaan malam Tujuh Likur dengan menyalakan lampu2 dan pelita di sekeliling rumah, dengan kepercayaan malaikat akan datang ke rumah yang terang kerana malaikat suka kepada cahaya dan dicipta dari cahaya. Pada malam 7 Likur itu juga mereka mengadakan beberapa aktiviti yang tidak dilakukan pada malam2 lain pada bulan Ramadan, dengan kepercayaan pada malam itulah diturunkan Lailatulqadar yang dijanjikan. Pada malam itu mereka menyalakan api, memasang lampu di luar rumah, membuka tingkap2 dan langsir, membuka mulut tempayan. sepatutnya kita mengikut apa yang dibuat oleh Nabi s.a.w. iaitu membanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, bukannya merayakan malam 7 Likur sahaja. Nabi s.a.w. tidak pernah menyambut malam Lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.

Malam Lailatulqadar tidak tertentu pada malam 27 Ramadan sahaja, walaupun dalam Quran disebut malam itu terjadi bersamaan dengan malam turunnya Quran kepada Nabi s.a.w. dan malam berlakunya Perang Badar Kubra. Tidak ada pengkhususan muktamad mengatakan Lailatulqadar itu berlaku hanya pada malam 27 Ramadan atau 7 Likur itu.


Dicekau dari abang google.

xoxo
kiss and big hug

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

Assalamualaikum & Salam Ceria :)



Rerajin plak nak join GA si gadis cantik ni. Dear, tahniah sebab dah konvo. Hadiah GA ni dari Moscow tau. Bukan buatan Malaysia yang pasti. Kalau dah rezeki Pelangi, kita tak tau kan. Fuh Fuhhh nak menang.. Amin ..


Kalau kamu si cantik & si kacak nak join GA ni. Klik kat banner kat bawah ni. Tak susah pun. Kot-kot hadiah tu akan jatuh ke tangan korang, sapa tau right? So jom mencuba nasib.




Fuyoooo dekat 291 orang join GA ni. Baik korang cecepat sebelum tarikh tutup. Tarikh tutup GA ni 30th August 2011. Siapa cepat dia dapat..


Memang Pelangi suka sangat baca blog si ML tu. Gambarnya yang cun melecun tau. Dah la penuh dengan pelbagai informasi berguna. Chewah! Resepi nak buat kek coklat pun ada tau. Peveret tu kek coklat. ML pun suka sangat jejalan, memang suka lah baca pasal tu. Best betul dapat main snow kan.


ML ni bakal doktor tau. Bestnya kalau jadi pesakit ML, seronok berurusan dengan doktor cantik dan manis rupawan. ML, cepat cepat kahwin ye. Heeee :)


Pelangi join GA ni, nak jugak tengok kawan kawan dapat hadiah dari ML. Pelangi nak paksa rela kawan terbaik Pelangi ni wajib join. Takde sebab tak join. Pelangi nak si empunya diri link kat bawah.. Good luck !







xoxo
kiss and big hug

Thursday, July 21, 2011

Giveaway Dari Korea @fasihah.com

Assalamualaikum ...


Ter-excited nak join GA dari Korea. Dah memang hantu bab Korea ni. Kalau ada rezeki, alhamdulillah kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tau. Nak sangat hadiah dari sana. Amin :)



Kalau nak join, klik pada banner kat atas. Trimas :)

xoxo
kiss and big hug

Spontaneous Thursday # 2 - DUNIA

Assalamualaikum ...


" Hari ini kau rampas hak orang, esok lusa tidak mustahil hak kau pun dirampas. Hari ini dia sanggup meninggalkan pasangannya untuk kamu, esok tidak mustahil dia akan meninggalkan kamu untuk pasangan baru. "




p/s : Cekau dari status kawan. Suka ayat tu. Adat dunia kan?

xoxo
kiss and big hug


Wednesday, July 20, 2011

Saya Dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Assalamualaikum ...


Terlebih rajin nak join segmen ni. Meh reramai kita join ye. Nak join, klik je kat banner tu. Trimas :)




Nama panggilan ?
Kalau kat blog ni, ramai duk panggil Pelangi. Yeayyy ..


Universiti yang tengah belajar atau dah habis belajar ?
Semestinya sekarang masih menjadi anak didik UKM. UKM Bangi tau, bukan kat Cheras. Masih ada 2 tahun lagi. InsyaAllah. Sebelum menjejakkan kaki ke UKM, merupakan pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang terletak di Dungun Terengganu.


Kolej ?
Burhanuddin Helmi.


Course ?
Mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Komputeran Industri) di UKM manakala Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di PSMZA.


xoxo
kiss and big hug

Wordless Wednesday # 5 - KAWAI

Assalamualaikum ..






xoxo
kiss and big hug

Tuesday, July 19, 2011

Kami PAKATAN KOREA

Assalamualaikum & Salam Bahagia ...



Pakatan Korea? Bukannya pakatan parti politik la. Bukan juga pakatan membenci negara sendiri, dan mencintai negara Korea. Heeee :)


Tapi, geng empat serangkai. Geng zaman sekolah dulu. Kami ber-empat, sentiasa dilabelkan Pakatan Korea sejak zaman sekolah. Sebab, asyik asyik cerita pasal drama korea, mamat korea, negara korea, dan segala-galanya. Doa kami nak pergi Korea sesama nanti dengan izin Allah. Amin ..


Arini hang out lagi, sebab salah sorang geng kita orang nak balik kolej dah. So, nak tunggu dapat kuar lagi tak tau bila lah. Yang sorang lagi plak nak balik jugak, sebab dah kerja. Susah nak jumpa bila masing masing busy kan. Rindu betul zaman sekolah dulu.


Dekat 5 tahun dah tinggal zaman sekolah. Rindu cikgu cikgu. Rindu nak buat nota sejarah. Heeeee :)




Memang kita orang punya makanan bila hang out adalah Mekdi ataupun MCD. Kita orang abiskan sisa berjalan dan bergosip bukan main lagi kan. Dah lama tak kuar cukup group. Duk kata group macam dah group kpop pulak.


Kalau dah pergi Kbmall, sudah semestinya pergi Popular. Ter-beli pulak lagi novel. Novel yang dibeli aritu pun tak sentuh lagi. Buka plastik pun tak lagi. Duk bersusun je atas almari tu. Tadi bukan beli banyak. Satu jer. Novel "Stanza Cinta". Beli awal, takut habis. Heeee :)


Duk tayang gambar Mekdi, meh nak tayang gambar Pelangi dan kengkawan. Sila abaikan pipi Pelangi dah 4 kilo setengah. Nasib badan duduk rumah je kan. Memang manis perangai anak mama abah. Asyik makan jer..






Budak pakai tudung koko & purple tu, mereka kembar. Pelangi plak kembar dengan tudung Pink. Memang kami berdua gila Pink. Haha.. Pelangi bukan kembar bebetul dengan si tudung Pink tu. Hanyalah kembar nama. Nama kita orang sama. Syazwani nama diberi. Sila ingat nama tu yea. Tak nak cakap banyak kali kalau korang tanya nama. Tu yang duk suka warna warni. Nama cam bunyi warni kan?

xoxo
kiss and big hug

Monday, July 18, 2011

TOYOTA Moving Forward

Assalamualaikum ...



Moshi moshi warga alam maya. Jom terjah roadshow untuk Corolla Altis & Vios Diserable. Baik punya. Korang terus ke nuffnang untuk lihat jumlah traffic. Yang pasti semua dah ada akaun nuffnang kan. =)






Nak lebih lanjut, boleh klik SINI. Trimas. :)






xoxo
kiss and big hug

Dah Macam Ular Lah Kau. Siot !

Assalamualaikum & Salam Bahagia ...



Kesihatan tak sepenuhnya dalam keadaan baik. Masih batuk. Minum plak ais. Awesome! Terliur punya pasal. Semenjak dua menjak ni, entry berperasaan je kan. Aritu entry asyik makanan jer. Dasyat betul..


Ni nak share pasal manusia yang mulut macam " ULAR ". Fuh ! Berbisa sangat la kot. Pelangi tahun ular gak. Tapi takde lah nak jadi ular, suka belit belit orang.


Dicekau dari abang google.


Belit-belit disini bukan belit macam ular tu okey. Belit cerita. Faham ? Belit macam india, orang kata. Pelangi tak kata. Hehehe ... Cuba cakap dengan orang india, dia memang cakap belit belit. Tak faham wei. Lambat kot nak faham pe yang dia orang cuba ceritakan. Ke tak bagi korang?


Bila dah cerita tu belit punya pasal, peratus nak menipu tu mungkin tinggi di situ. Comel sangat la tu nak menipu, Pelangi memang PANTANG kalau orang menipu. Bukan benci sangat. Allah tak suka umatnya membenci sesama  umatnya kan. Tapi, memang Pelangi TAK SUKA/TAK GEMAR/MENYAMPAH dengan manusia yang mulut macam ular. Belit sana sini.


Tak kemana pun belit belit punya cerita. Akhirnya akan dapat tau gak. So, tak perlu nak belit sangat lah. Pepatah ada mengatakan "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua". Chewah, dah lama tak guna peribahasa. Dulu zaman sekolah, wajib letak peribahasa dalam karangan, nak dapat extra marks.


Kalau dah sekali kau menipu, pasti ada kedua, ketiga dan seterusnya. Dengan itu, tak perlu lah nak mulakan perangai belit-belit cerita. Nanti diri sendiri merana nak pulihkan segalanya kepada yang asal. Ada ke eak menipu sunat? Damn !



p/s : Pergggghhhh ! Jom usha vid bebudak cina awesome! Korang boleh pergi usha game ni mengikut negeri. Klik SINI. Bukan main lagi kalau menang dapat RM5 000. 


xoxo
kiss and big hug

Sunday, July 17, 2011

I'm Coming Blog. Tell The World.

Assalamualaikum ..



Betapa bersemangat dah ni taip entry. Yeayyyyy ! Lepaskan segala beban. Alhamdulillah, walau ianya tak sepenuhnya dilepaskan lagi, tapi dah okey sikit dengan izinNya. Mungkin sempena Nisfu Syaaban.


Semestinya sangat merindui nak jejak korang punya chatbox, rindu nak komen entry korang jugak. Rindu sangat-sangat. Walau ianya adalah kawan alam maya, namun korang pun bagi ku semangat. Mekasih sangat ye kawan. Hanya kuasa Tuhan dapat membalas keikhlasan korang tu ..


Aigoooo! Kelmarin terasa badan sangat lemah. Dengan tekak yang pedih, nak makan pun sakit. Minum pun air suam jer. Dah minum air suam, bibir plak pedih, sebab bibir melecur. Nak tidur semalam, menitis jugak la airmata ku.


Pengubat hati lara. Meow yang tersayang.


Allah bagi kesakitan, nak hapuskan dosa dosa kan. Dah la jiwa sakit, boleh plak badan rasa demam camtu. Alhamdulillah sekarang dah tak rasa cam lemah sangat. Just sakit tekak.


Semalam baik punya, sakit tekak, batuk dan selsema. Fulamak! Pakej lagi kan. Nak tidur pun tak selesa. Korang, pe petua eak kalau bibir melecur dan sakit tekak nak menelan? Ni pun tengah duk seksa lidah dengan strepsil. Strepsil yang regular pun dah rasa pedas. Huuuuu.. Tak suka pedas! Korang ada petua lain tak?


Ni paksa jugak kemam streapsil, nak suruh tekak berjalan lancar. Sebab tak syok seharian tak minum ais. Heeee :)


Kelmarin teman mama pergi Pasir Mas, dalam 3 buah Myvi baru dapat tengok. Part lampu belakang tak cun mana lah. Cun yang Myvi lama lagi. Tapi part dalaman tu jela yang suka. Kelate dah sampai plat DBW, cepat betul. Kaya lah rakyat Kelate, asyik beli kereta, kejab je dah DBW. Pelangi tetap sayang DBK :)

DBK? Ada kengkawan cakap DeBoK. Hahaha :)



xoxo
kiss and big hug

Saturday, July 16, 2011

Air Mata Tertahan

Assalamualaikum ....



Terasa nak meluah perasaan kat sini. Tapi untuk jejak korang, Pelangi tak kuat lagi untuk semua tu. Tengok lah dalam masa 3 4 hari lagi dan semuanya akan pulih seperti sedia kala. Walau ianya sangat pedih..


Terima kasih sangat pada semua. Komen korang sedikit sebanyak memberi new spirit pada diri. Thanks a lot korang. Tak lupa juga di facebook, ramai kawan-kawan memberi kata-kata semangat. Terharu sangat. Hanya kuasa Tuhan dapat balas jasa korang..


Hari ni, macam nak demam, dengan kaki sakit la. Walau kaki sakit, tapi kat hati lagi lagi sakit. Perit dah nak merasa itu semua. Tekak ni pun dah mula menunjukkan mau demam. Nak menelan nasi pun sakit. Tak nak demam. Huuuuu .. Kejab lagi nak pergi beli streapsil. Ingat lagi final exam yang lalu, cam gini lah demamnya. Sampaikan doktor kasi 5 jenis ubat. Dah tau tekak sakit, degil lagi minum ais...


Rasa nak pergi pantai jer. Amik angin petang. Sambil tengok ombak. Bestnya. Tapi, kawan baik yang tu tak balik lagi. Masih di Shah Alam. Tak sabar nak tunggu dia balik. Sebab dia memang kaki pangkah Pelangi, suka sangat kenakan Pelangi. I miss u friend.






Tersedih plak dengar lagu ni. Aduhai, sakit tol jiwa ni. Bukan sakit jiwa la. Lau sakit jiwa, dah lama tinggal kat hospital bahagia. Walau ianya sepahit peria, namun ianya adalah kenangan dan pengalaman dalam kehidupanku. Bukan selalu kita akan happy kan. Tuhan jadikan kadang kadang kita bersedih, ianya akan kuatkan kita lagi. 


Sekarang Pelangi tanpa warna. Mungkin warna kelabu asap. Atau pun warna hitam. Warna warni pelangi sudah pudar dimamah airmata. InsyaAllah warna akan muncul dengan izinNya :)


p/s : Ada plak kan iklan pasal handphone samsung yang kiut miut. Takde lah mahal sangat. Kalau warna pink Pelangi dapat kan best. Nak tengok rupa handphone tu, klik SINI. Touch screen lagi. Dah la kecil molek ..


xoxo
kiss and big hug

Thursday, July 14, 2011

Speechless....

Assalamualaikum ....



Nak berhenti berblog selama beberapa hari. Hati sedih, parah dan segalanya sakit. Semoga Pelangi cepat baik. Doakan yea.. Speechless okey .


Mungkin hikmah sebab berpuasa hari ni kot, semuanya terbukti. Allah Maha Kuasa, masa yang menentukannya. Benci memikirkan pasal perasaan.


Akan ku ingat tarikh 14 Julai 2011 , 2:00PM.. Sungguh menyedihkan. Moga dia tetap bahagia. Walau diri sendiri terseksa. Tak nak nangis lagi, tapi termenangis lagi. Ya Tuhan, tabahkan hati ku .......







Memang ada hikmah layan lagu ni untuk minggu ni. Tak sangka. Ianya akan berlaku pada diri sendiri.... Terkaku .... Boleh plak meoww duk nak cium cium pipi time orang nangis. Huuuuu.. Thanks meow sejukkan hatiku yang tengah panas ni ..

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, July 13, 2011

Konvo Menanti

Assalamualaikum & Salam Bahagia ....




Pelangi dapat tau pasal tarikh konvo. Konvo untuk diploma je. Untuk degree lambat lagi, proses belajar tak habis lagi. Dalam 2 tahun baru habis. Insya-Allah :)


Dapat tau tarikh tu pun, PA yang duk update status kat facebook. Dah masuk belajar untuk deg pun dekat setahun, tak konvo lagi. Kesian tol. Tengok budak dip lain dah lama pakai jubah konvo. Jeles tau !


Dah la tarikh tu dah daftar masuk untuk tahun 2 kat UKM. Bagitau mama yang macam tak pergi je konvo tu nanti. Tapi mama cakap pergi je. Bukan selalu pun akan alami detik konvo tu kan..


Daftar uni dalam 2 minggu lepas raya. PA kata konvo pada 26 hingga 28 September. Tunggu surat sampai jela pasal ni. Kena lah ponteng kelas. Malas betol bab memonteng ni ...


Merindui zaman itu. JKE (Jabatan Kejuruteraan Elektrik)..

Love it .. Baik punya pergi library. Heee


Yang pasti konvo nanti nak family belikan teddy dengan bunga. Pastu capture gambar bebanyak. Awesome!


Result kemasukan deg bulan 9 ni dah keluar ke eah? Duk tengok ada yang duk update pasal cam mana nak check pakai sms. Good luck !


Ingat lagi tahun lepas, abis belajar akhir bulan 5, tuptup masuk belajar degree bulan 7. Rezeki boleh sambung cepat. Orang lain kena tunggu 6 bulan duk tanam anggur kat rumah. Syukur :)


Sapa nak dapatkan tiket percuma ke MTV World Stage 2011. Klik SINI. Ada Pop Shuvit tau !

xoxo
kiss and big hug

Wordless Wednesday # 4 - MCD

Assalamualaikum ...







xoxo
kiss and big hug

Tuesday, July 12, 2011

Nasi Kuning Ayam Kerutuk

Assalamualaikum & Moshi - moshi ...



Ni orang kata, kalau dah kenyang, senang hati. Mana tak kenyangnya, tadi buka puasa makan nasi kuning dengan ayam kerutuk. Fuh ! Maveles okey... Sedap sungguh !


Dicekau dari abang google... [Sila terliur... heeee]


Walau ianya hanyalah nasi bungkus. Tapi menyelerakan. Korang pernah rasa tak? Ke hanya pernah makan pulut kuning je? Nak rasa, datang Kelate, pelbagai hidangan boleh dirasakan. Dah la sedap, murah plak tu. Tak rugi punya..


Tadi mama call tanya nak makan nasi apa kan. Pelangi selalunya suka nasi kuning dengan ayam kurma. Sedap sungguh. Pastu nak bahagian paha..


Korang pernah tak makan kuih yang hijau nie? Gambar pertama panggil ulat bulu, gambar kedua, tak tau panggil apa. Yang penting Pelangi panggil kuih ada pisang kat tengah. Kuih tu peveret tau. Memang mama selalu beli kalau pergi kat kedai tu.



Dicekau dari abang google [Sedap sungguh....]


Sekarang korang boleh pergi tengok drama korea kat SINI. Punyalah senang. Siap drama Full House ada sekali tau. Peveret peveret drama tu. Siap sanggup nak ponteng tuisyen lagi zaman sekolah dulu. Heeee :)


p/s : Kota Bharu uje lebak wei.. (Kota Bharu hujan lebat wey..) Translate tu. Hahaha :)

xoxo
kiss and big hug

Duit Raya RM2,222

Assalamualaikum dan Salam Bahagia ...




Senyum lah kamu sebelum kamu disenyum kan oleh kambing. Ada ke? Senyum kambing kan. Heee.. Happy jer sejak semalam. Sebab ada jugak manusia alam maya berkunjung kat pondok buruk ni haa.. Walau tak secantik mana pun. Trimas :)


Pelangi sangat hargainya. Yang paling Pelangi nak berterima kasih pada warna yang bernombor 2222. Cantik nombor tu. Walau tak secantik 6767. Tapi ianya memang superb! Nak kata 22/11 pun superb jugak. Sebab tu birthday girl. Catat dalam reminder handphone masing-masing yea. Heee :)


Terima kasih sekali lagi pada Izzar. Korang wajib terjah Green Sky dia tau. Tak rugi punya tambah kawan. Kawan boleh sampai beribu riban. Kasih biar satu. Nak terjah ke sesawang budak 2222 tu, klik pada header beliau kat bawah ni.




Punyalah cute header dia. Baru punya header. Semalam takde lagi. Tajuk entry tu memang takde kena mengena dengan kisah kali ni. Kan best kalau dapat duit raya sebanyak tu. Boleh Pelangi beli external hardisk banyak-banyak. Walau dah ada dua. Sengal ! Tahun ni pun umur dah 22, berapa sen je dapat duit raya nanti..


xoxo
kiss and big hug

Monday, July 11, 2011

Pulut Durian Ke Puluk Duye ?

Assalamualaikum dan Salam Ceria ...



Senyum sokmo. Ada masalah pun jangan duk buat masam muka. Senyum lah sikit. Baru kacak bergaya. Haaa.. Kan menawan macam tu. Senyuman kan sedekah :)


Ni entry pasal makan lagi. Tak habis-habis duk bicara pasal makan. Dasyat Pelangi menjelang bulan Julai ni. Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan kan. Tak sabar nak pergi bazar ramadhan tau. Sebab tahun lepas, tak sempat mana nak usha ayam golek. Berpuasa kat kolej biasalah. Hidup perantauan katakan. Walau Bangi dengan Kelate je pun. Heeee ..


Malam ni satu family duk ber-dinnerkan pulut durian. Walau aromanya menusuk kalbu dan hidung. Sikit pun Pelangi tak terliur. Memang tak makan durian. So, berkaitan dengan durian, no way lah.


Mama masak nasi untuk Pelangi. Pelangi ber-dinnerkan nasi dengan sup tulang. Sedap tau. Campur plak dengan kicap. Awesome !


Sekarang dah masuk musim durian kembali ke eak. Dalam family, Pelangi sorang je tak makan buah tu.. Nak hidangkan untuk pulut durian, kena ada santan sebagai kuah, gula, gula melaka (ore kelate panggil nise), pulut dan semestinya kena ada durian..


Dicekau dari abang google. [Terliur tak ....?]


Tetibe lak malam ni duk buat air laici. Fuh! Sedap yang amat. Sejuk tekak. Auwwwww.. Hilang dahaga..

Dicekau dari abang google..

Gambar semua dicekau dari abang google.. Tak sempat nak capture capture bagai. Nanti tak pasal kena bahan dengan abah. Memang daku sentiasa kena bahan. Tu ke disebabkan Pelangi hanya sorang perempuan dalam adik beradik. Ades ! Nak adik perempuan dari dulu. Tapi tak dapat. Mama tak kasi. Heeee...


xoxo
kiss and big hug

Lidah Lembu Goreng Kicap

Assalamualaikum ...



Entry pasal makanan lagi. Memang pipi genap 4kilo betul kan. Semalam, ber-dinnerkan lidah lembu goreng kicap. Korang pernah makan lidah lembu? Bagi sesiapa yang first time dengar. Mesti fikir dua puluh dua kali. Ni rekaan ke realiti kan?

Dicekau dari abang google [geli geleman tengok lembu ni haaa]

Sebenarnya ini realiti. Bukan rekaan semata-mata. Bagi orang Kelantan, rasanya tak pelik dengar menu tu. Kan kan kan? Bagi orang luar, belah belah KL kot. Mesti pelik dan terkejut sebab lidah lembu boleh makan ke dewww...? Terkesima tak ?


Kelmarin abah balik dari kerja, beli lidah lembu. Selalunya makan menu tu time hari raya korban lah. Entah abah terasa nak makan la kot, tu yang dibelinya. Mula-mula mama bakar dulu atas para dapur. Baru mulakan sesi potong memotong untuk digoreng bersama si kicap.


Dicekau dari abang google. [please, terliur lahhh..]


Pasti nak tau cam mana rasanya kan? Sedap lah. Macam daging biasa jer. Geli ke bagi korang tak pernah rasa? Hehehe ..


Orang Kelantan, semua nak makan kan. Perut lembu pun makan. Sup perut la, perut buat air asam la. Fuh meleleh tau tak. Sedap bangat !


Kadang-kadang tak rasa pelik pun bila makan kalau korang tak tau yang dimakan tu lidah lembu. Sebab rasa dia cam sama dengan daging je. Cuma kenyal kenyal sikit. Auwwww !


Asyik entry makan dan makan. Nahas lah kau Pelangi. Takkan nak beraya muka bulat macam bola golf ? Sambil guling-guling atas katil tu ngadap blog memasing, meh la jenguk vios viserable baik punya. Terbaik dari ladang Toyota weh. Klik SINI. Trimas. Sayang korang !


xoxo
kiss and big hug

Sunday, July 10, 2011

Nasi Ulam Bersama Budu

Assalamualaikum ...



Rasa malas nak update sebenar arini. Tapi nak gagahkan jugak. Kalau gagah macam badang kan best. Boleh angkat benda berat. Tak ke bagus macam tu?


Arini Pelangi dengan sesuci lebaran dah macam mak orang dah wei. Pergi sekolah adik untuk jumpa cikgu dan dapatkan result. Tak ke tu kerja mak orang? Ada bakat jadi mak orang tak?


Dengan ayu berbaju kurung pink dan kasut bunga bunga warna pink jugak, jalan dengan penuh sopan masuk kawasan sekolah. Malu tetap ada, orang lain mak ayah datang. Ni saya selaku muda lagi ni join aktiviti tu. Hahaha.. Please jangan gelakkan saya, biar saya gelak sorang-sorang..


Ramai jugak bebudak duk pandang memandang. Malu jugak. Ke sebab cun melecun dia orang pandang? Heeee. Mama abah kerja, so tu yang Pelangi selaku kakak yang baik hati pergi jumpa cikgu.


Tengah hari tadi ber-lunch-kan nasi ulam. Nasi ulam kat kraf tangan. Orang kota bharu mungkin tau kot tempat tu. Femes amous tau. Memang selalu ramai orang kat sana. Budu? Tadi makan ayam cicah sikit-sikit je. Mama suruh try, gasak kena gelak sebab nak cicah cicah tu bukan main lagi sikit je cicahnya. Memang tak leh jadi penggemar budu kot Pelangi ni..




Dicekau dari abang google. Nak usha kat mana tempat tu, lihat pada pic 1.


Nak tau pasal budu. Boleh tekan SINI. Kalau makan ulam, memang berselera jer makan. Sapa tak makan ulam korang sangat rugi lah. Dah la ulam boleh kasi awet muda. Boleh ke eak? Ntah, dengar kata orang tua jer.  Sambil baca entry, jom usha vios viserable baru. Baik punya. Cun melecun. Klik SINI. Trimas :)

p/s : Asyik entry pasal makan je kan. Mana pipi dah macam 4kilo jer.


xoxo
kiss and big hug

Saturday, July 9, 2011

Chicken Chop Chop Chop

Assalamualaikum dan Salam Mesra ....



Entry kedua untuk hari ni. Terasa diri begitu ketagih nak taip entry. Sebab kenyang perot kot. Campur dengan semangat waja wira myvi nie haa. Kalau ada semangat vios kan best. Vios baru beb. Cun yang amat. Nak usha, klik SINI. Telan air liur je tengok vios viserable tu, nak beli tak mampu beb! Student biasa lah, nak beli makanan pakai duit sendiri pun tak mampu. Apatah nak beli kereta. Huuuu .. semput !


Tajuk entry bukan main banyak Chop kan. Sengal banyak tol Pelangi malam ni. Happy dengan family kot. Tu jadi sesengal macam tu. Duk gelak tawa jer dalam kereta tadi. Kita orang ber-lima (dua orang lagi duk hostel). 


Tu nikmatnya duk rumah, boleh makan best best. Kalau duk hostel, telan air liur je yang dapat bila mama call cakap pergi makan sana sini. Kan? Hehehehe ...


Terliur tak? (kejam plak rasanya)


Kita orang pergi ber-dinnerkan kat kedai kuew teow kerang kat Panji. Tiptop jugak kot kat sana. Memang selalu ramai orang. Kedai tepi kubur cina. Sapa pernah pergi angkat siku please. Pelangi dengan rakusnya order Chicken Chop tau. Kami adik beradik duk order Chicken Chop. Mama abah je duk makan kuew teow kerang special.


Nak habiskan satu pingan memang penat kot wei. Tu pun Pelangi dengan baik hati kasi mama sikit, kalau tak, tak habis dah wei. Air plak order ice blend Chapucino (tak reti nak eja, pandai minum jer)..


Korang dinner malam ni makan apa? Esok, pasti muka depan paper duk cerita pasal BERSIH kan? Hek..Hek..Hek .. (tetibe jerk).. Merindui itu adalah suatu penyeksaan. Huuu (^-^)

xoxo
kiss and big hug

Panah Asmara

Assalamualaikum ... (tak jawab dosa[macam bebudak tadika je])



Sekarang tengah bising pasal BERSIH 2.0 kan? Dalam facebook, sibuk status ada manusia yang duk sokong dan ada yang sebaliknya, dalam blog lagilah, penuh entry pasal keadaan kat KL sekarang, dalam tv pun duk sibuk perkatakan pasal isu tu.. Memacam lah sekarang. Semuanya kerana politik !


Malas nak cakap pasal benda tu. Kan tak pasal kena saman ke apa. Undi diri sendiri je tau. So tak payah nak bising-bising? Wakluuu Pelangi nak jadi Datuk Bandar.. Hahaha


Tajuk entry wow! Panahan Asmara. Bukan duk gila bayang nak berasmara la sengal. Tapi, ades! Malu malu nak mengaku. Yeah! Saya merindui sang kumbang itu. Manisnya senyuman si rama-rama ni bila duk rindu rinduan. Si rama-rama memang memahami sang kumbangnya yang asyik busy. Semoga kumbang sihat sihat selalu dan selalu rindu si rama-rama jugak. Dah macam cerita kartun tv2 jer ni. Sesuai untuk budak umur 4 tahun.


Kalau korang sayang orang tu. Mesti korang rindu kan? Ke tak? Ke macam mana? Banyak soal plak.


Pelangi memang suka dengan boboy yang pakai spek ala nerd. Awesome okey! Nak tau pasal nerd, klik SINI. Maka, Pelangi memang ter-suka & ter-jatuh hati pada si Afgan. Oh yes! Dia nampak nerd kan? Hahaha ..


Jom layan vid kat bawah ni. Suka lagu ni. Best Best :)







Kalau rindu seseorang tu korang buat apa? Ke termenung je 24jam? Heeee.. Pelangi lebih suka baca novel sekarang. Tu koleksi novel makin bertambah dalam almari. Yeay. Baca novel jadi makin jiwang. Daripada melepak kat mall, baik duduk rumah baca novel kan? 

Jom terjah vios viserable di SINI. Cun tau tak, kalau dah kerja, memang rasa nak rembat hari ni jugak..

xoxo
kiss and big hug

Friday, July 8, 2011

Budu Oh Budu

Assalamualaikum dan Salam Jumaat ..



Arini semangat waja wira myvi, semualah nak cerita pasal makanan kegemaran korang. Bukan kegemaran Pelangi. Sapa tak kenal "budu", maka tak kenal lah kelate (kelantan) kan?


Chewah! Dah la tak suka budu, tapi berani mati nak cerita pasal budu. Lepas balik pasar dengan mama, terus rasa nak kupas isu budu. Heheee :)



Ni diambil dari akhbar beberapa minggu yang lepas..



" Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Diculik dari abang google.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosiskoroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung danhipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. " [boleh merujuk kat sini]
Bagi peminat budu, korang mesti duk bangga kan sebab korang makan budu. Pelangi jugak yang tengok jela orang makan. Kalau pergi makan nasi ulam dengan mama, memang budu lah dia ambik. Tapi Pelangi tengok jela dia duk cicah dengan ikan la tempoyak la..
Pelangi bukan anti budu ke apa. Memang tak makan. Tak diajar dari kecik kot. Heeee.. Makan budu pun dalam nasi kerabu jelah. Tu pun mana rasa sangat kan. Hehe..
Ada lagi tak manusia rakyat Kelate yang tak makan budu? Ce komen sikit. Nak tau gak. Hehehehe :)
Nak usha vios viserable , KLIK SINI. Jom login nuffnang.

xoxo~kiss and big hug

Related Posts with Thumbnails