Saturday, March 23, 2013

Proposal Projek Tahun Akhir


Assalamualaikum (^,^)


Asyik review novel je, ni dia entry macam biasa dah. Ni nak share pasal "Proposal" untuk Projek Tahun Akhir (PTA), dah namanya tahun akhir & semester akhir, maka haruslah ada projek tahun akhir sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah. Phiuewwwww ayat macam skema je....


Fikir pasal PTA. Makan tak kenyang, tidur tak basah, tidur tak lena. Kalah orang bercinta. Seram sejuk wei. Yela, kalau tak lepas PTA ni, kena repeat, bebudak kelas semua konvo bersama, kita jer terhegeh-hegeh siapkan PTA sorang-sorang. Sedih kot. Malu pun ada. Kan kan kan ?

Minggu kena present proposal. Huru hara bilik  >,<

Baru rajin nak pergi library bila kena mengadap proposal -__-

Masa diploma dulu, PTA berdua, maknanya secara berkumpulan gitu. Sekarang degree, kena forever alone, takde istilah nak secara berkumpulan dah. Dulu diploma, buat projek berkaitan dengan elektronik, dengan busy pasal board, solder komponen, kena tebuk papan litar la, susah jugak dulu, ada kawan sekumpulan, boleh la tolong mana yang patut, kalau kita 'blur' ataupun tak tau nak jawab bila kena present dengan penilai. Sekarang, semuanya sendiri.. Kena hentam dengan penilai, sorang-sorang, fikir idea pasal PTA sorang-sorang, siapkan report akhir, sorang-sorang. Kata dah degree kan, pasti mencabar sikit. Kalau master, lagi lah up sikit pada degree. 


Sebenarnya, dua minggu lepas berlangsungnya peristiwa kena present tajuk PTA kepada dua orang penilai. Untuk tahu tajuk kita tu diluluskan ataupun di-reject ! Takut jugak kalau kena reject, dah bukan senang nak fikir plan seterusnya nak buat PTA, dah la satu semester je untuk PTA. Satu semester tu, dalam 14 minggu je, dah tolak semua semua, berapa minggu je tinggal. 


Alhamdulillah tajuk PTA tu, okey okey je penilai kata. Tajuk tu pun supervisor yang kasi. Hihihi. Dah takde idea sangat. PTA yang akan disiapkan tu berdasarkan kepada statistik. Kena rujuk balik semua pasal statistik, dulu awal awal sem tak sukanya subjek tu, akhirnya ambik kau, buat pasal statistik jugak. Hahaha.

Nak buat latihan ilmiah dalam BM, masuklah UKM   :-)


Saya pelajar 'industrial computing', projek akhir boleh tumpukan pada manufacturing, quality control, statistik, dan selainnya. Takde lah tertumpu pada buat sistem, kalau student 'computer science', memanglah ramai yang buat sistem. 


Sangat istimewa UKM, kena buat thesis dalam Bahasa Melayu. Hari tu nak siapkan proposal pun, terkial-kial nak bina ayat, dah lama tinggal kelas BM. Tu pun supervisor jadi cikgu BM, tanda part mana ayat betul, ayat salah. Hahaha (-___-)


Degree, tak kata thesis lagi, sebab undergraduate, kat sini panggil 'Latihan Ilmiah'. Thesis tunggu master nanti. Semoga berjaya untuk diri sendiri, untuk mengharungi semester akhir, harap PTA dapat A. InsyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan..


Alhamdulillah dapat BE  lagi dari Nuffnang, memang suka makan aiskrim Magnum pun :')


Terima kasih sudi baca. Take care.


xoxo
kiss and big hug

7 comments:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

final2 ne la waktu yg genting.. n banyak betul dugaan.. rumah kedua adalah library yg sejuk..hahahah.. penat tp bila dapat siapkan seronok sgt

Amanina said...

Salam..1st time singgah sini :)
Dudluck..final year memang mencabar

Azhafizah Md Nor said...

takpe,bersusah payah sekarang.lepas dah settle boleh bersenang lenang..selamat menempuh segalanya dengan sabar ye.

MarnieyZ said...

wahhh, good luck! kami pula masih terkapai-kapai nak amik aliran apa utk masuk U nanti. hehehhe

cik nana said...

dulu kite ada pilihan sama ad nak buat report final project dlm bm/bi. tapi bila nak try wat bm rase mcm pelik terus report tu. hehe. btw gudluck ye..

Namee Roslan said...

enjoy ur finals ! :D hehe. lepas ni mesti rindu nak study. hiih :D

Noorul Amera Adnan said...

Salam. Tengah mencari tajuk sesuai untuk projek akhir terjumpa blog akak. Dulu saya pun diploma elektronik sekarang sambung degree dalam matematik dan statistik. Maaf kalau akak tak kesah boleh share tak tajuk/data yang sesuai untuk projek akhir (statistik). Terima kasih :)

Related Posts with Thumbnails