Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H... Alhamdulillah diberi nikmat kesihatan yang baik. Semoga awak dan awak sihat juga. Tak sihat cepat cepat makan ubat. Sekarang memang musim hujan kan. Jangan leka nak main hujan pastu berangan duk berlari lari anak, nak tiru adegan dalam hindustan. Hik Hik Hikk..
Hari ni juga, bersamaan 26 November 2011 [Sabtu], berakhirnya kelas Seni Batik untuk sesi semester 1 2011/2012. Kejab je pejam celik, celik pejam dah hari terakhir. Maka, bila dah hari terakhir, segala karya wajib dihantar untuk pameran nanti. Memang tu selaku projek kepada kelab tu.
Pelangi dan sebahagian ahli dan penyelia :)
Bagi pengetahuan awak dan awak sekalian, di UKM kan, mahasiswa / mahasiswi WAJIB ambik kokurikulum sebanyak 8 jam kredit. Kalau tak habiskan jam kredit tu, tak dapat konvo. Tau ? Memang sangat penting. Nampak leceh bukan sampai ke 8 jam kredit. Banyak tu. Universiti lain semua takde lah macam tu sekali kan?
Gambar1 - Sesi Penyelia tunjuk ajar teknik canting atas kain.
Gambar2 - Candid ! HikHik. Tak ingat nama dia ni sapa. Ramai sangat sapa suruh ^_^
Untuk memenuhi 8 hasil pembelajaran. Antaranya adalah :
- Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban.
- Kemahiran komunikasi.
- Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
- Kemahiran menunjukkan nilai, sikap, etika dan profesionalisme.
- Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
- Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
- Kemahiran pengurusan dan keusahawanan.
- Kemahiran kreatif & inovatif.
Kokurikulum di UKM juga sekarang bermula dengan teknik kontrak pembelajaran atau learning contract. Semua mahasiswa / mahasiswi kena settle kan sendiri. Nak pupuk 8 hasil pembelajaran tu. Bila dah jadi learning contract, untuk penilaian setiap mahasiswa / mahasiswa dengan menyiapkan projek. Projek bagi ahli Seni Batik adalah untuk Pameran Seni Batik UKM 2011.
Untuk sem kali ni, seramai 43 ahli. Sem lepas dalam 10 orang macam tu. Sangat berbeza kot sem ni. Ramai yang amat. Nak handle satu satu susah gila. Kepala mahasiswi sorang-sorang lain kan. Jadi susah lah nak handle. Dalam 43 orang tu, semuanya gadis gadis. Takde jejaka.
Hanya penyelia je jejaka. Best la kan dikelilingi gadis gadis. Sem lepas memang Pelangi join Seni Batik juga. Sem lepas juga jadi Pengerusi. Sem ni pun still lagi Pengerusi. Susah tau nak handle ramai ramai. Bila diberi tanggungjawab sedemikian, fuh.. Naik turun pejabat untuk itu ini. Settlekan kertas kerja la. Hantar learning contract kat pegawai di JPpel lagi. Mau tak muak pegawai kat Pejabat Kebudayaan nak tengok muka Pelangi setiap masa. Rasa dah turun 0.1 kg sebab naik turun tangga. HAHAHA (tipu..nak sedapkan hati la konon..)
Gambar1- Tu kaki Pelangi. Ngeee.. Time nak suruh Penyelia check karya ni diterima ke direject.
Gambar2 - Tu dah siap dikemaskan dengan mounting board.
Minggu depan dah start pameran untuk projek tu. 2 Disember hingga 4 Disember 2011. Dapat full marks bagi dua dua karya. Yeyeah. Alhamdulillah. =)
Tengok ! Sampaikan karya pun nama " PELANGI CHENTA ". ^^
Hari ni serius penat. Kelas dari pukul 9.00 pagi sampai 3.30 petang. Mabuk warna dah tengok segala jenis karya ahli semua. Tapi, warna pelangi tetap comel di hati ku. Chewah..
Ni dua karya Pelangi. ^_^
Sorry entry kali ni panjang macam surat cinta plak. Thanks pada korang yang sudi sudian yang baca. Tahniah pada cousin lelaki kita yang kahwin arini. Tak dapat nak pergi plak. Sadisnya. Dapat plak cousin baru dari Terengganu. Ruginya 28 November tak leh nak tolong sesi majlis hantar menantu. Selamat Pengantin Baru kepada mereka dan awak awak yang nak kahwin musim banjir ni. HEHE :)
xoxo
kiss and big hug
17 comments:
how lovely! i love to see your artwork..hehe..salam maal hijrah kembali :)
wah lama dah tak buat batik..teringat masa ting 5 dulu..
untunglah dpt bljr canting batik ha..
canteq ..!! kreatif n berseni .. :)
selamat tahun baru , salam maal hijrah kak .. ^^
hehe..name pun letak pelangin chenta ye..nape tibe2 ramai join?sume kena aktif koko eh..
love art ^_^ ..lma xmen color2 nih..
tangan berseni..
jadi hasilnya juga ada seni..
lawa2...
Kami Cool
org seniiiii. wah.
salam maal hijrah. hehe
utm 2 jam kredit jek untuk grad :P
kira bgs le jgk koku yg awk amik ni.sgt berseni.secara x lgsg dpt la kita bljr sesuatu. :)
x seni lasum lukisan mg..haha..phni g pata pcb..g ngaji lukis batik nge ore pcb deh..haha
cantik..
dpt kat sy memg jahanam la corak die kan..
apsal warna warnie st niehh...ops luper....dah namer cik pelangi...ngehx
salam maal hijrah,,wah,,sonoknya,,batik! suka suka
cantiknya. teringin nk try buat lahh. :D
macam leceh LC ni.. selalu dengar junior2 merungut.. huhu..
Post a Comment