Friday, July 22, 2011

5 Amalan Ramadhan Yang Terbalik. Muhasabah Balik! #1

Assalamualaikum & Salam Jumaat ...


Bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi. Jom kita muhasabah diri masing-masing. Perbetulkan mana yang tidak baik ke arah kebaikan. Pelangi ada terbaca pasal 10 amalan Ramadhan yang terbalik, bukan terbaik okey. Penting sangat ni. Tu Pelangi share untuk korang semua. Ada juga cam Pelangi buat salah satu daripada tu. Muhasabah diri. Renungkan dengan sebaiknya.   :)


Firman Allah SWT : "Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." Al Baqarah : 183






1. Memenuhkan awal Ramadan, meninggalkan akhir Ramadan

Biasanya kita memenuhkan masjid dan surau pada awal Ramadan kerana seronok menyambut ketibaan Ramadan
tetapi pada hujung2 Ramadan banyak yang tidak ke masjid lagi malah akan meninggalkan tarawih kerana sibuk membuat kuih dan persiapan raya yang lain seperti menghias rumah, membetulkan tempat letak peralatan2 rumah, membasuh cadar, langsir dan sebagainya.


2. Bersolat tarawih sebanyak mungkin

Biasanya kita di Malaysia dan beberapa tempat lain di dunia Islam, umat Islam hanya melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat saja, diikuti oleh solat witir sebanyak 3 rakaat, atas alasan Nabi s.a.w. tidak melakukan solat tarawih bersama para memang malas beribadat, termasuk pada bulan Ramadan (sebab dah terbiasa malas). sepatutnya kita membanyakkan ibadat sahaja pada bulan Ramadan ini tanpa mengira berapa rakaat solat tarawih itu hendak didirikan. Bukan soal 8 atau 20 yang jadi isu, tetapi sikap kita yang malas itulah yang perlu dikikis.


3. Melaksanakan tazkirah atau usrah atau seumpamanya antara solat tarawih dan solat witir

Biasanya kita lihat sekarang ini semacam sudah menjadi trend antara solat tarawih dengan solat witir diadakan kuliah agama oleh orang2 tertentu, baik yang dilantik oleh pihak masjid mahupun oleh individu itu sendiri. Kalau hendak juga buat tazkirah, buatlah pada waktu siang, seperti selepas usai solat subuh, pada waktu duha, selepas solat zuhur atau selepas solat asar. Kalau mahu juga dibuat pada waktu malam, buatlah selepas berbuka, antara waktu maghrib dengan isyak.

Tazkirah itu sememangnya bagus dibuat, sebab menuntut ilmu itu dituntut agama, hanya masanya dan tempatnya biarlah betul. idak pernah ada mana2 ulama dahulu yang berkata bahawa belajar dalam bulan Ramadan lebih baik dari tidur, dengan alasan kalau tidur pun boleh dapat pahala, belajar lagi banyak pahala yang dia akan dapat. Salah!Sebab banyak hadis yang menyatakan tidur orang yang puasa tidak sama nilainya dengan tidur orang yang tidak puasa. Orang yang tidur pada bulan puasa itu letih sebab 3 perkara, iaitu:

(1) tidur kerana kelaparan dan kehausan disebabkan panas cuaca atau panjang masa bertahan dari makan dan minum

(2) keletihan sebab telah beribadah hampir sepanjang malam pada waktu malamnya, sebab itulah dia mengantuk dan tertidur

(3) ia sengaja tidur dengan tujuan khusus untuk menguatkan tubuh badan agar dapat beribadat pada malam nanti dengan lebih selesa dan kuat.


4. Tidak bersahur kerana mampu bertahan tanpa perlu bersahur

Biasanya banyak orang yang tidak bangun bersahur pada waktu sebelum subuh. Antara alasan yang diberikan ialah untuk diet kerana mengurangkan makan lebih baik pada bulan puasa ini. Ada juga yang makan dan minum puas2 sebelum tidur, dan selepas itu tidak bangun2 lagi untuk bersahur, walaupun sudah terjaga sebelum masuk waktu subuh. Banyak yang berkata mereka bekerja di tempat berhawa dingin, maka tidak terasa lapar dan
dahaga seperti yang dialami oleh orang2 yang bekerja di tengah panas. Kerana itu, kebanyakan orang yang berpuasa meninggalkan amalan sahur pada waktu sebelum subuh. sepatutnya setiap umat Islam bangun sahur, walaupun dia mampu bertahan sepanjang hari tanpa bersahur, dia kena bersahur juga. Bersahur itu sunnah Nabi s.a.w., bukannya saja2 bangun sahur.


5. Berlebih-lebih menyambut malam tujuh likur tetapi bukan dengan ibadah

Biasanya orang Melayu-Islam, terutama di Pulau Jawa dan beberapa tempat di Malaysia, begitu beria-ia menyambut ketibaan malam Tujuh Likur dengan menyalakan lampu2 dan pelita di sekeliling rumah, dengan kepercayaan malaikat akan datang ke rumah yang terang kerana malaikat suka kepada cahaya dan dicipta dari cahaya. Pada malam 7 Likur itu juga mereka mengadakan beberapa aktiviti yang tidak dilakukan pada malam2 lain pada bulan Ramadan, dengan kepercayaan pada malam itulah diturunkan Lailatulqadar yang dijanjikan. Pada malam itu mereka menyalakan api, memasang lampu di luar rumah, membuka tingkap2 dan langsir, membuka mulut tempayan. sepatutnya kita mengikut apa yang dibuat oleh Nabi s.a.w. iaitu membanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, bukannya merayakan malam 7 Likur sahaja. Nabi s.a.w. tidak pernah menyambut malam Lailatulqadar pada malam 27 Ramadan.

Malam Lailatulqadar tidak tertentu pada malam 27 Ramadan sahaja, walaupun dalam Quran disebut malam itu terjadi bersamaan dengan malam turunnya Quran kepada Nabi s.a.w. dan malam berlakunya Perang Badar Kubra. Tidak ada pengkhususan muktamad mengatakan Lailatulqadar itu berlaku hanya pada malam 27 Ramadan atau 7 Likur itu.


Dicekau dari abang google.

xoxo
kiss and big hug

26 comments:

Azwa Mohamad said...

tenkiu pelangi sebab bagi peringatan ni.... :)

Unknown said...

thx utk info ney... =)

Eddy Ahmad said...

terbaikk :D

jehanfrhin said...

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku lalui dengan sempurna..
~thanks 4 ur info dear.. jom sama2 muhasabah diri ^_^ ~

Fiq Fikri said...

BAGUS!!! tip ini bgus untuk semua org bace...tx berkongsi...sgt berguna~

aiman mania said...

nice sharing..insya-allah aiman akan memperbaiki diri aiman ke arh yg lbih baik...

Wanie said...

jarang g smyg terawih bile dah tua ni..huhu

Alif Haris said...

saya salu buat bende last skali tu ..
tapi bukan waktu mlm 7 likur .. sy pasang lampu pelita mlm raya ..

dgn niat utk ceria menyambut raya bkn utk malaikat datag atau something else .. hehe :)

The Party Paradise said...

terima kasih utk peringatan =)

zaty luvlianncez said...

i love diz entry. nk lagi entry yg cmnie =)

khairul akmal bin azman said...

aku nk amik pedoman dr entry bagus nie

najihah sahami said...

cewwah..boleh jadi ustazah lol..hehe..tak sabar nak tunggu ramadhan kan. tp mish puasa di perantauan..T_____T

rasta said...

nice posting...keep it...
rasta tak sabaar nak menyambut ramadhan....

sambil promote webs baru rasta...
Harap sudi jadi follower rasta...

Rasta amat berbesar hati dan berterima kasih....

Unknown said...

good entry! hehe

Anonymous said...

nice sharing ;D xsabar tunggu ramadhan..

myfirsttime??

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

puasa oh puasa .

ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna .

thanks ya pelangi :)

Ur Other Half said...

teringat waktu kecik2.. mula2 pose penuh..sanggup bgn sahur. dh tengah2, mkn pun dh bantai.. sahur entah ke mane.kehkehkeh

belog|amiyo said...

Allahumma ballighna ramadhan...

YouSOF said...

Semoga ramadhan kali ni LEBIH BAIK dan BERMAKNA dari ramadhan lepas...



1-5 semuanya betul.. sama² muhasabah diri.. lagi²bab tidur tu.. hehe

abglan said...

InsyaAllah, perbaiki tahun nie

rasta said...

singgah di awal pagi cik pelangi....

Mohd Hazwan said...

sama-sama muhasabah diri..semoga ramadan tahun ni lebih bermakna untuk kita semua

Unknown said...

amin..apik akan cuba usahakan

Anonymous said...

hadoi...sushnye..tp insyaAllah sy akn cube.. :D

syuxer said...

sama2 kita muhasabah diri..tq peringatan ini..:)

Mohd Hamdi Awang said...

Inilah yg masalahnya, kekadang mendapat galakan pula dari pemerintah, produk pelancongan kononnya

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails