.... Assalamualaikum ....
Moshi-moshi semua. Doakan korang sihat , jangan ada yang litar putus sudah. Kalau litar dah putus , patut masuk hospital bahagia. Baru bahagia selalu kan? Hehe
Topik hari ni , tak la sehangat Hot FM. Tapi hangat jugak la kot , atau pun suam suam kuku jer. Apa korang fikir pada manusia yang berhasad dengki pada seseorang yang berjaya , sampai sanggup mulakan aktiviti bodoh. Aktiviti bodoh disini bukannya pergi Mall tak pakai selipar. Tapi sanggup bomohkan someone yang dia tak puas hati. Sanggup ketepikan hal agama demi perkara bodoh camtu.
Nak senang cepat , atau nak tengok orang tu menderita. Sanggup dia habiskan wang demi perkara kolot camtu. Memang akal cetek ke apa manusia camtu. Tengok orang berjaya sikit , tengok orang cantik sikit , tengok orang bahagia sikit , mula lah nak bomohkan orang tu.
Gambar asal dari Pelangi. Litar untuk projek dahulu kala. Litar motor.
Mungkin ada manusia yang terpercaya mengenai aktiviti bomoh bomoh ni. Bagi Pelangi plak , memang percaya gilews dengan aktiviti bodoh camni. Benci gilews dengar bab camtu. Kerana tak puas hati , sanggup abaikan hal agama. Sanggup pergi jumpa bomoh yang mengarut duk bela syaitan ataupun jin kafir. Kadang kala , kawan baik sendiri yang bomohkan orang tu. Dengki sebab naik pangkat punya pasal.
Manusia Oh Manusia..
Apa pendapat korang mengenai manusia akal cetek cam gini ataupun litar terputus dalam otak dia ni? Menyesal kemudia tak berguna kan. Bahagiakah kita selepas melihat penderitaan orang lain? Zalimnya manusia sekarang.
xoxo
kiss and big hug
22 comments:
manusia akhir zaman.sanggup wat pe je.minta jauh la ye :)
Hmm.. sampai bila orang macam tu akan rasa 'bahagia'.. Hidup ni macam roda je, kejap atas kejap bawah...
Kalau tak kena diri sendiri, dia tak fikir ke anak² dia tengah membesar...
Ada sorang kawan cerita yang sedare dia kena benda macam ni. Sampai meninggal orang tu..
Abah Usop dulu pun bukak warung. Dah senang sikit tiba² ada orang tak boleh tengok saudara se-Islam dia senang, dia buat benda KARUT camtu... ;|
*CANTIK gambar litar tu... Like!
betul tu, suke sgt ambil jln pintas tanpa usaha..
mandrem-mandrem nih mmg org suke sekarang :D
kalau dah hasad dengki wujud dalam hati, makin senang lah iblis setan nak hasut suh buat itu, buat ini yang terang tang2 menyimpang dari agama. isk..
mintak dijauhkan dari benda2 camni.
BENDA2 MCM NIE BUKAN SEKARANG AJE...DARI DULU LAGI LAGI HEBAT AKTIVITI KEPERCAYAAN SIHIRNYA.
orang camni memang x akan tenang hidupnya nanti..
saya benci orang dok men santau2,bomoh2 neh..bak kata orang..tindakan pengecut dan maha zalim..
semoga kita semua dilindungi dari kuasa sihir jahat..
btol tu..ada pengalaman tahun 2009 tapi alhamdulillah sempat berubat :(
manusia akal cetek. pelangi jgn buat macam tu kat mish tauu,......dosaa! hahahaha....
pelik juga dengan manusia yang suka dengki mendengki dan penuh dengan perasaan iri hati.
mereka ni macam suka sangat tgk orang menderita
tu la kan cik pelangi..bila hasad dengki dah menghantui diri,sanggup agama diketepikan..langsung tak fikir kesan dan akibatnya..hmm..mmg kesal dengan sikap mereka camni tapi tu la..cik pelangi,bile nak pergi facial lagi ? :P
aiyo , manusia tak pernah puas .
nauzubillah~~ mintak di jauhkan.. ingatlah akan balasan Allah tuh.. bersyukur ngan ape kita dapat.. jangan nak dengki ngn org..:)
manusia yang sentiasa ada phD dalam diri..itu la..kalau harta dan pangkat jadi raja dalam diri..
bangga sangat dengan main main bomoh ni . huhu tak tau la org yang sanggup buat macma tu .
nafsu syaitan bila diatas akal pemberian tuhan...manusia jadi bodoh...sebodoh haiwan...malah lebih teruk dari itu..
sentiasa lah mintak pelindungan dari Yang Maha pelindung=)
org skg pelangi susah nk cakp..dah xtaw mana haram mna halal mna baek mna xbek..yg sgup bt mcm tu yg xde didikan agama dan imannya xkuat huhu^^
perbuatan itu sgt keji! sedara penah kne, kesian tgk die menderita~
ni sumer bermula dari hasad dengki..kalau dipadamkan sikap camtu..tak mungkin sumer ni akan berlaku..
yes setuju. susah betul njak usaha, takder untungnya hidup manusia mcm tu,huhu
pelangi..diorang yang macam tu takkan berhenti selagi diorang tak rasa puas hati dengan sesorang..
Post a Comment