Saturday, August 4, 2012

Iftar bersama Tersayang



Assalamualaikum   .


Salam Ramadhan yang ke-15.
Cepatnya masa berlalukan, dalam dua minggu lagi nak masuk Syawal. Alhamdulillah  :')


Ramadhan ke-14, iftar bersama yang tersayang dan tercinta.
Yang tiada siapa dapat tukar ganti, walau diberi emas ataupun segunung duit. Bestnya sangat dapat berbuka puasa sama-sama, sambil gelak tawa bersama. Seronok lagi bersembang. Bersyukur sangat diberi peluang berbuka puasa sesama. Nak tunggu balik hari raya nuh nanti, lama jugak la lagi. Rezeki bulan Ramadhan. Happy sangat sangat.


**gambar dicekau dari abang google.

Berbuka puasa dengan ikan siakap tiga rasa, udang celup tepung, tomyam campur, kerabu sotong, telur dadar dan fresh orange. Yummy sangat. Tak bermakna pun sebenarnya kalau makan best best tapi kalau takde si dia. Love love love  :)


Lepas solat maghrib je, terus pergi KLIA sebab nak hantar yang tersayang tu. Alhamdulillah yang tersayang selamat sampai walaupun flight delay, dekat pukul 10.55pm baru dapat fly. Tak sabar nak balik rumah. Rindu lagi. Sampai bila-bila saya rindu. Sampai bila-bila saya cinta. Dialah kekasih hati, dialah kawan baik, dialah tukang masak, dialah tempat mengadu susah senang, dialah ibu, dialah mama, dialah ratu hati, dialah idola saya. Semuanya dia. 

**gambar dicekau dari abang google.

Terima kasih ya Allah bagi kesempatan berbuka puasa sama-sama dengan my mama. Tak sempat nak bawak mama pergi jejalan dekat Alamanda, masa mencemburui kami pulak. Kan ada bagitau entry lepas, yang mama datang KL untuk interview. 


Tahun ni, kain baju raya, semuanya mama belikan. Iyelah kan anak dia duk kolej, tak dapat balik. Sekali dengan kain, lepas tu tudung bawal lagi. Tak sabar nak tengok corak camne mama belikan. Tak sabar nak balik. Huu ^___^


Hari ni iftar bersama mak saudara yang kat Puchong pulak. Tidur sana malam ni. Yeppi.. Nanti malam ni nak belajar masak kek karamel. Kalau menjadi, boleh try buat untuk hari raya nanti. Yummy..


Minggu depan busy sikit, ada mock exam, presentation lagi. Go go fighting !




xoxo
kiss and big hug

22 comments:

hafiz hafizol said...

bestnyeee.. sy x menyempat lg berbuka ngan mak tahun ini.. :'(

zOeY zAu YaH said...

syoknya iftar beramai2...selamat berpuasa ya ;)

Rara Nasiha said...

wahhh, bz betul. hehe. goodluck dear :)

fifie said...

Sekali mama, mati-mati ingat kan tu bf. hehe. Fie dduk di pasir puteh pelangi, near KB.

Dezee said...

I said it before..bila pasangan hati kita jauh..perasaan rindu itu yang membuatkan sesuatu hubungan itu lebih istimewa..Dezee yang kata.. XD

Iffah Afeefah said...

erm jauh itu lebih baik

FnF Simple Life said...

Alhamdulillah seronoknya dia... dapat berbuka puasa dengan ibu tercinta. Takpe... sikit lagi nak balik cuti raya dah... ;)

xila riston said...

slmt beposeeeee jgn nakal2 erkk

Zie said...

seronok berbuka dgn family... memng merindui saat itu..

Hans said...

alhamdulillah
bersyukur lah hendaknya :-)

Leeya Hezlin said...

seronok kan dapat berbuka dengan yang tersayang..
lagi2 ibu dan family.. :)

IntaNBerliaN said...

best dpt bukak pose dgn mak kita kan :-)

Liza Razak said...

seronoknya dapat spend time dengan mama..mesti happy gile kan

ღKekunangpelangiღ said...

Seronok bila dapat bersama family sentiasa, kan. Tambah-tambah masakan mak, perhhh. Selamat berpuasa. :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronoknya dpt berbuka dgn yg tersayang.. akak belum lagi sempat nak berbuka ngan ma tersayang.. kesuntukan masa.. insyaAllah mungkin di penghujung ramadhan ni..

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

anak manja ni... =)

boleh tak emailkan alamat kat nurulhusnamohdhassan@gmail.com, ada kad raya =)

http://nurulhusnamohdhassan.blogspot.com/2012/08/pin-pin-kad-raya-kad-raya.html

Hanie Dew said...

mmg xde galang ganti kebest-an tu.

tgu turn aku next week. 7 more days to come.now i'm counting days. yeeahuuu..

Asmara said...

bestnya.. akk dpt tengok kat skype tiap mlm je. jdlah pelepas rindu. take care! ;)

Namee Roslan said...

bulan puasa seronok kalau dengan famuly semua. tapi nak buat macam mana...kena berjauhan dgn family. sabar ok :) selamat berbuka si comel :)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kad raya dah dipos pagi tadi ;)

boni kacak said...

wah..ikan siakap 3 rasa tu.. adoi.. sedapnya

Related Posts with Thumbnails