Saturday, June 11, 2011

secret garden

Assalamualaikum


Hari ni , dengan baik hati nak review drama korea "Secret Garden" Mungkin orang lain dah lama review kan. Tapi Pelangi baru habis mengadap drama tu petang tadi. Bila part nak akhir , sangat sweet macam gula gula. Rasa nak cepat kahwin pun ada. Hehehe :)


******



Kisah yang berkaitan antara lelaki kaya dan gadis ganas. Si hero adalah Kim Joo Won (Hyeon Bin)  manakala heroinnya Gil Ra Im (Ha Ji Won). Berkisarkan si Kim Joo Won sebagai anak orang kaya dan CEO di sebuah syarikat dan Gil Ra Im anak kepada ahli bomba. Ayah Gil Ra Im sudah beberapa tahun telah meninggal dunia , dan Gil Ra Im bekerja sebagai stuntwoman di action school. Mereka berdua asyik berdua , Kim Joo Won memang mengetahui bahawa Gil Ra Im amat menyukai sepupunya , Oska (Yoon Sang Hyun). Iaitu artis. Sampaikan Gil Ra Im memakai stoking bercorak muka Oska. Memang peminat fanatik.


Pada suatu hari , Kim Joo Won dan Gil Ra Im sesat dalam hutan , dan seorang pakcik telah memberikan minuman yang menyebabkan mereka berdua bertukar jiwa. Jiwa Kim Joo Won dalam badan Gil Ra Im dan sebaliknya. Terdapat part yang sangat kompleks di mana mereka bertukar jiwa. Mereka dapat menukarkan balik kembali pada jasad masing masing apabila hujan turun.

Akhirnya cinta timbul antara mereka. Mendapat tentangan hebat daripada mak Kim Joo Won. Saksikan babak babak yang akan mengalirkan airmata.

*****

Pelangi ada jugak lah ter-menangis dalam siri tengok drama ni. Walau boleh dikatakan banyak minggu jugak lah baru habis tengok. Tak sempat nak tengok. Tu yang lama baru habiskan. Alhamdulillah. Boleh tahan lah drama ni. Walau pada mulanya , bagi Pelangi , drama ni boring sangat. Tapi bila dah banyak episod. Rasa teruja. Mereka comel :)

Part akhir , dapat 3 orang anak. Comel gilews. Sumpah comel :)



Sekian sudah kata kata manis dari drama ini. Jom habiskan masa korang mengadap gambar plak. Memang entry review drama korea akan cecah ke lantai. Maaf di pinta.


















semua gambar diculik dari abang google



Terima kasih daun keladi. Lain kali datang lagi. Luff you :)


xoxo
kiss and big hug

15 comments:

thecomradz said...

aku tengok mana-mana pun drama korea...adik aku pun dah giler drama korea (perempuan terutamanya)...last dulu aku tengok winter sonata jer...sekarang??? per pun tak tengok

~Kenanga Suchi~ said...

tetbe tingin nak nengok lak...ngeh3...ramai gak membe ckp best citer ni...hehehe...

Admin said...

er gambar cantik..

Syukri Mohtar said...

fenomena betul drama ni..

HaNa Hani said...

haha..hana tgk bape episode je
then xtgk dah
^_^

Unknown said...

cite ni dah lame ade dlm lappy, tp xtengok2 lg, sebab sebok carik 49days~ cue cite ni lepas 49days habes =)

najihah sahami said...

pelangi..jom layan city hunter lak!!!

izyan dzuL said...

secret garden is the best?da tgk playfull kiss?ag sweet..xpun you're beautiful..sgt besttt!

Puan Besar Shag Yahaya said...

Mana tgk cite ni? Online ke? Nak link. Keke :P

Unknown said...

tak semapt aku nak tgk nye

cunndaa said...

mmg best cite ni..cunndaa pun suka...
tang die tertukar jantina lepas tersesat kat hutan tu...auwwww..... sweet sour btul diorang..like 10x

Lissa said...

hehe, selalu pak cik google, incik google, kali nie abg google :D

syuxer said...

saya layan gak citer korea..yang lastnya ialah My boss my hero..hehehe..

lama weh x layan citer korean neh..sekarang dok layan citer tvseries omputih je hehe

Prettyvrach said...

citer ni memang best gile!ML pun suke^^

reyna said...

ahhh cerita ni dah habis erk,,
tak sempat nak ikut kat tv
tak pa tengok internd tak pun beli jer cd
sweeet kann

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails