Monday, June 13, 2011

dari hati ke hati

Assalamualaikum dan Salam Ceria :)



Alhamdulillah arini sihat walafiat , walau badan ontheway nak demam. InsyaAllah tak demam. Mencegah lebih baik dari mengubatikan. Kesihatan itu adalah nikmat. Segala puji Yang Maha Kuasa , kita perlu bersyukur di atas kesihatan yang diberikan.


Bicara tentang cinta? Sungguh merumitkan untuk dipersoalkan. Semua manusia memang inginkan kesempurnaan dalam kisah cinta mereka. Mana mungkin ada manusia yang inginkan penderitaan melalui kisah cinta kan? Mustahil itu semua.


Diculik dari abang google.


Bak kata pepatah  " tak kenal maka tak cinta ". Betul kah pepatah itu mengatakan sedemikian? Kalau lah anda berkahwin dengan seseorang yang anda sendiri tidak kenal. Tidak kenal hati budi , tidak kenal perangai , tidak kenal segalanya. Mungkin raup wajah pun anda masih ragu ragu. Itu orang kata perkahwinan ditentukan oleh ibu bapa. Tapi kalau dah jodoh , Allah akan tetapkan hati.

Mungkin di zaman sekarang , ada yang mengatakan kita perlu bercinta sebelum kahwin. Betul ke pernyataan itu bagi pendapat anda? Perlu ke bercinta 8 hingga 10 tahun , bercinta macam nak rak. Tengok akhir sekali putus di tengah jalan. Perlu ke seperti itu?

Saya selaku ketua rumah di PELANGI CHENTA , bukannya pakar cinta , malah bukan pakar hati untuk merungkai segalanya. Tapi hanya bertanyakan pendapat anda semua. Bagi saya , cinta lepas kahwin lagi indah dari sebelum kahwin. Bila dah kahwin , walau kita tidak pernah bercinta dengannya. Tapi kita mencuba menyintainya. Boleh share segalanya. Boleh share makanan , share tempat tidur , share mimpi indah , share makanan kegemaran , share berus gigi , share tuala , semuanya dah halal kan. Sangat manis bila difikirkan.


Bila dah lepas kahwin , dah menjadi tanggungjawab suami isteri membina keluarga yang bahagia. Dengan apa cara sekalipun , dia telah sah menjadi suami/isteri. Dengan itu , wajib patuh dan cuba menyintainya secara slow slow. Pasti akhirnya membuahkan bunga. Seronok kan.

Sangat suka dengan ayat ni :

" Cintailah seseorang itu pada kekurangannya. Kerana suatu saat nanti kita akan bahagia dengan kelebihannya. Dan jangan pernah mencintai seseorang itu pada kelebihannya. Kerana pada suatu saat nanti kita akan kecewa ketika mengetahui kelemahannya ".




Lagu peveret :)

xoxo
kiss and big hug

17 comments:

syufaa said...

heee..sweet!
tp ssh kan nk bercinta lpas kawen zaman skrg ni..
huhuhu.. :(

Semut Senyum said...

Allah lebih tahu siapa yg terbaik utk kita.. n akal kita adalah yang terbaik utk menilai n mencari penawar segala masalah...

PinKy MoMMa said...

sweetnya ayat tuuuuuu ;)
nak bgtau kat encit papa akak la hukhukhuk

Amie said...

assalam,
cinta selepas kahwin?... sepanjang perkahwinan, perlu disemai, dibaja dan dijaga agar sentiasa terpelihara utk hidup bersama sepanjang usia...insya-Allah

Anak Wak Mail said...

semoga saya dapat bertemu dengan dia yang betul2 mencintai saya dan dapat menerima segala kelemahan saya..aminnn=)

suka ayat yang awak suka tu..=)

syuxer said...

yeah saya setuju..mencintai selepas kahwin adalah jalan yang terbaik untuk diredhai oleh Allah s.w.t..:)

semoga saya temui jua gadis idaman saya suatu hari nanti..bisa mencintainya selepas kahwin..

eh video lagu tuh adalah lagu kegemaran saya gak..mana awk dapat tau neh..;p..

najihah sahami said...

huwaaa....mish pun suka gilessss lagu tu...sweet!!

Unknown said...

tapi...

NEPH said...

setuju......fulstop

Mohd Hazwan said...

cinta?tak pandai nak bercerita bab-bab ni hehehe ;p

Unknown said...

bg pendapat abg ironman kan, apabila kedua-dua lelaki dan wanita td sudah betul2 bersedia rohani dan jasmani nyer untuk berkahwin. Mereka telah bersedia menerima kekurangan masing2. jadi perkara2 buruk Insyaallah tidak akan berlaku. bak omputih kata "give and take" lah...

Unknown said...

anyway loves this song very much..sll berangan bila dgr lagu ni..

emieysandra said...

suke sgt lagu tuu^^

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ko add kakD kat FB satgi kakD ajar ko..

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

oppss..nasib terprint screen sekali..ko p tngk kat komen kakD

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

dah jadi dah la ni...

Scha Nazri said...

setuju. tapi, depends on jodoh kita kuat ke tidak.

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails