Sunday, June 26, 2011

Lesen L macam Lembu Jer

Assalamualaikum & Salam Ceria ....



Tetiba nak persoalkan isu "LESEN". Bukan lesen nak masuk minang tau. Lesen kereta la dewwww.. Bab minang cepat je duk fikir kan? Gatal bebenar nak pikat anak gadis orang , ilmu tak berapa cukup lagi kat dada. Aiseh! Tuntut dulu ilmu pasal kekeluargaan okey. Jangan fikir nak kahwin jer.


Pasti yang dah umur 18 tahun ke atas , yang perasan dah besar kan? Perasan dah cukup syarat nak kahwin. Tapi tak pun sebenarnya. Mangkuk maggi betul.


Disini nak imbau kembali kisah ambik lesen kereta. Firstly , korang kena pergi kelas pasal lesen kan? Ke cam mana sekarang , tak tau. Sebab dulu amik lesen time tunggu result SPM. Dekat 4 tahun dah (korang boleh campur tolak untuk kira umur tuan belog ni haa).


Bila dah masuk kelas pasal undang undang lah. Memang sangat bosan. Kan? Kalau ada geng tak lah bosan. Dulu Pelangi alone, tu yang bosan. Dah pergi dengar cikgu kat situ membebel pasal undang-undang jalan raya dan papan tanda lagi. Korang plak dibekalkan dengan 2 buah buku. Satu buku untuk undang-undang jalan raya dan segala jenis akta. Satu buku lagi tu pasal contoh soalan yang bakal korang jawab nanti. Kalau yang rerajin , mesti study habis habisan.



Pinjam dari abang google. 



Pelangi belek mana yang tak tau jer. Nak study & nak hafal segalanya macam tak mungkin jer. Nasib baik ujian berkomputer tu lulus dengan cemerlangnya. Takde ter-sangkut pun. Dengar khabar yang ramai asyik duk repeat banyak kali pasal ujian tu. Pelik.

Fikir logik dah okey kan. Tak perlu nak hafal satu buku. Kalah SPM korang duk study. Hehehe :)

Bila dah lulus cemerlang ujian tu , korang dah boleh lesen L kan? Mesti happy campur tidur lena. Sebab otak duk fikir tak lama lagi dah boleh drive kereta sendiri. Wah , seronoknya.

Dah lulus ujian tu , kena masuk bengkel kereta plak kan. Tau la jugak part mana yang patut. Tapi semua dah lupa segala jenis part dalam enjin. Kat mana part minyak hitam. Semua dah lupa.

Bila dah dapat lesen L. Oh Tuhan , cikgu Pelangi tu suruh duduk kat seat driver. Mana lah boleh bawak Pelangi cakap. Mula lah muka seram sejuk. Dah la tak pernah drive , disuruhnya bawak. Sangatlah skema masa tu , step by step sampai step bawak kereta dihafalnya dengan baik.

Dengan step betulkan kerusi , betulkan cermin sisi , betulkan seat belt. Haish! Rasa cam lawak pun ada. Dengan kena check signal okey ke tak , check lampu , check memacam. Bagus sangat. Sekarang takde pun buat macam tu before nak memandu. Hahaha ..


Dah dapat lesen L , boleh drive kat luar litar kan. Dengan bangga weh drive , walau tertampal besar gedebak huruf L. Hahaha.. Lesen L kena drive bersama cikgu je kan. Pelangi pernah kena tegur dek cikgu , sebab bawak lebih speed time kat jalan raya. Seronok sangat drive , sampai tak tengok speed. Hehehe :)

Dulu Pelangi memang cari cikgu perempuan lah yang mengajar. Lebih suka kaum perempuan. Tak minat nak belajar dari lelaki. Perempuan lebih lemah dan lembut sikit. Hehehe :)

Nak grap lesen P , kena penuhkan masa dalam 8 jam kot untuk test dengan JPJ. Masak lah petang petang duk terjah bukit , bahagian parking. Sampai sebelum tidur , duk  bayang step step nak masuk parking. Putar stearing belah kanan kiri.

Pengalaman yang tak boleh lupa time kat litar belajar memandu tu , Pelangi ternampak ada someone tu bawak kereta sampai naik atas divider. Fuh ! Terkejut gilews time tu. Time tu tak dapat lesen L lagi. Dah rasa cam tu dah kasi hati gua cuak sangat. Rasa tak nak amik lesen pun ada.


Apa plak pengalaman paling ngeri atau paling lucu korang time nak amik lesen. Kalau tak kisah , meh la share sedikit sebanyak. Nak tau jugak , buat sesama tergelak baca pengalaman korang. Nanti ada sambungan kisah mengenai lesen ni. Nantikan. Terima kasih ye daun keladi. Jaga diri.


Bagi sesapa blogger yang belum daftar kat nuffnang , jom lah join. Tak rugi korang register , boleh dapat duit baik punye kan. Yang dah join , jom login kat nuffnang untuk usha berapa views kita dapat untuk hari ni atau hari sebelumnya.

Nak dapatkan CASH sebanyak RM 50 000 , klik sini. Temkiu :)



xoxo
kiss and big hug

10 comments:

saya bukan tomato said...

takotnya nak amek lesennn .. hehe

Syarafina Zaini said...

waktu amik lesen ialah waktu paling ditunggu sejak kecik.. hehe~

Syuxer said...

emm bila nak ingat balik detik2 ambek lesen neh..saya ceritakan secara ringkas ye hehe

-ambek lesen motor dulu..yela duit xde nak ambek dua2.:)..belajar motor okey je tapi failed sekali ambek test komputer tuh..hahahh lucu weh..
-pahtu bila test JPJ motor tuh..ahahha lucu kena wat isyarat tangan cam lambai2,gaya stop,brek mengejut(mujur tak rebah)..alhamdulillah sekali je test..
-bila abes je belajar diploma tuh,saya belajar kereta plak..kali neh x perlu test komputer dah..hehe cuma kena msuk bengkel je..
-pahtu ada bro suh saya bawa kereta..gila nervous dowh..saya x pernah langsung bawa kereta,terketar2 kaki hahaha..gear pun panjang woooo baru nak masuk yang gear lain..
-tapi yang bestnya syok plak bawa kereta kali pertama tuh..rupa2nya kalau pandai men gear,lori pun boleh bawa..;p
-saya test JPJ kereta tuh 2x coz failed kat parking 3 penjuru langgar benteng..wooo rugi..
-kali kedua..vrooomm lulus dengan cemerlang..
-bawa kereta ngan bro JPJ paling syok..:)..dia bereh tapi dalam hati dia rasanya dok mengucap banyak2 kali kot hahaha..

TAPI SEKARANG

fobia bawa kereta pi jalan2 bandar kerna takut eksiden..:)..maklumlah eksiden neh cam taruhan nyawa gak..

Acik said...

lesen oh lesen. Acik dah ada lesen!

cunndaa said...

terkejut ade kete potong laju kat depan, tp x breekkk. mulut je melopong, nasib cikgu sebelah ada...^^

HAZWAN17 said...

kalau moto ade L dah boleh bawak dah

apik pehe said...

hehehe..nanti kalo ujian dari jpj..try ngorat nga abg jpj deh..hehehe

aiman farhan said...

Hehehe.. sye baru Form 4 dah boleh bawak kete..
tp Lesen xley ambik..
tak sabar nak ambik lesen..
bwk awek g sunway lagoon..
hahahahaha :D

salwaismail said...

dulu kecik2 ingat P tu utk perempuan. L tu utk lelaki. hahaha.
http://salwaismail.blogspot.com

CALL ME NEPH said...

pasal lesen xder masalh..tp lepas dapat lesen ader masalah..wakakaka

time;11:00a.m day: dah lupa

time tu nak pergi beli no pin masuk u kt bsn...mata dah melilau cari parking..puas mencari x jumper...then terpaksa la masuk tmpat parking berbayar....
kena rm 1 untuk satu jam..Dalam mata melilau mencari parking..elok sini belok sana.eh xlepas pulak..kemudian guna gear reverse..

bedebuk bunyinyer...kuat pulak tu..dalam hati da fikir masak akue kali nih...ayayaya.aku langgar buntut kereta orang da...teruk la keter honda kena..abis merekah cat..kiki.
Mujur keter aku kebal bagai nak rak..x calar langsung...

sebab aku nih skema aku tunggu la tuan punyer keter nih..nak setle..tapi x jugak muncul..dah lama sangat tunggu, aku pun bal jew la dengan perasaan yang kurang enak..

selang beberapa bulan lepas tu..keter aku lak kena sodok...depan mata aku pulak tu..huhu..dah berbalas rupernyew..

tapi yang pasti keter akue still maintain..egegege..i love my lancer fiore..

the end

Related Posts with Thumbnails