Sunday, June 5, 2011

cuti cuti kelate mari.

--  Assalamualaikum & Salam Ceria  --



Hari ni Pelangi dengan baikhati menjadi driver tak berbayar adik. Hantar dia pergi bandar. Cheh ! Tu bukan isu untuk kali ni. Tapi isu ramai nom plat kereta dari negeri luar. Fuuuuhh ! Berderet - deret kereta. Nak park bukan main susah kalau lah anda pergi sesaja just nak makan mcd kat bandar tu. Baik tak payah pergi. Nak kena round 3 4 kali. Bazir minyak. HAHA


Anda anda dan anda , yang bukan penduduk tetap negeri cik siti wan kembang. Memang suka ke melancong ke negeri itu. Saya selaku penduduk tetap , walau tidak mencintai budu , merasakan sungguh pelik dan asyik tertanya - tanya mengenai itu di benak hatiku. Namun , tiada jawapan yang keluar. Hanya imiginasi kosong dan jawapan palsu dari lubuk jantung.


Bagi Pelangi kan , tempat biasa lah menjadi kunjungan orang luar (bukan penduduk tetap negeri kelantan) tak banyak pun dalam list. Sebab Pelangi tak sure tempat mana menjadi kegemaran pelancong. Bagi yang selalu melancong dan melencong ke negeri tu , sila bagitau kat mana korang pergi eh. Pelangi nak tau jugak sedikit sebanyak. Dan boleh bagi idea untuk para manusia yang nak datang situ.


List tempat yang Pelangi rasa tempat kunjungan manusia yang bukan orang kelate :


Wakaf Che Yeh 
Yang mana selalu berkunjung , mesti dah tau suasananya macam mana kan. Tempat tu bukannya boleh pergi waktu tengah hari. Lebih baik anda pergi waktu malam. Dalam pukul 11.00 malam baru best. Sebab ramai orang. Gerai kat sana dalam pukul 5 or 6 pagi baru tutup. Kiranya macam up town ke eah macam tu. Pelangi pun tau nak cakap. Macam - macam dijual di sana , antaranya pakaian , makanan , buah buahan , sayur sayuran dan macam - macam. Kalau orang luar datang , mesti datang sini kan. Pelangi pun tak tau kenapa ianya seperti wajib dah dalam list pelancong. Mungkin sebab murah kot , dan pelbagai kan.

Depan wakaf che yeh pun sekarang dah ada MCD. Sesapa lepas melencong kat sana. , rasa nak makan double cheese burger , dah siap boleh drive tru kan. Senang. Tak perlu masuk bandar semata-mata mau isi perut. Wakaf Che Yeh sekarang pun senang dah nak pergi , sebab dah banyak tempat untuk park kereta. Tapi , parking pun dah berbayar sekarang ni. Dulu tak pun. Dasar nak ambik untung betul.

Diculik dari abang google. 



Pasar Siti Khadijah
Boleh dikatakan segelintir atau semua pelancong suka pergi situ. Kat sana macam biasalah. Dah namanya pasar. Tak perlu lah nak bagitau semua yang ada kat sana. Kalau sesiapa yang nak beli / merasa kuih muih dari kelantan. Boleh pergi ke sini , disebabkan macam - macam kuih ada dijual. Mesti korang teruja nanti. Sebab warna warni lagi. Biasalah rakyat kelantan memang suka dengan kuih muih yang manis. Tu gadis kelantan semuanya manis (kecuali Pelangi).

Kat sana juga , memang dapat tengok ramai makcik dan pakcik yang berniaga. Walau nampak dari segi umur , patutnya duk rehat kat rumah. Tapi masih segar bugar dan aktif dalam aktiviti perniagaan. Rakyat kelantan memang seperti itu. Suka berniaga. Itu seperti adat.

Walau ianya seperti pasar biasa , tapi orang luar tetap ramai mengunjunginya. Kat sana , korang dapat dengar bahasa kelantan yang sangat pekat. Makcik bercakap dalam slang yang mungkin korang kena dengar elok - elok. Hehe :)


Diculik dari abang google.

Rantau Panjang
Disini memang ramai pelancong datang. Kat sini pelbagai barang ada dijual dengan harga yang berpatutan. Barang dari Thailand pun banyak dijual di sana. Macam - macam korang boleh tengok. Susah nak diperkatakan dengan selanjutnya. Kalau dah pergi , anda akan mengetahuinya.

Diculik dari abang google.

Pengkalan Kubor
Tempat membeli belah. Boleh dikatakan sama seperti rantau panjang. Anda boleh memborong barang dengan harga yang berpatutan. Pengkalan kubor merupakan sempadan kepada Malaysia dan Thailand yang merupakan di Tumpat. Tempat ini juga adalah kawasan bebas cukai.

 Diculik dari abang google.

Bazar Buluh Kubu
Merupakan bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah. Biasanya pelancong bila pergi ke pasar , akan terus ke bazar bulu kubu. Penat memang lah penat , sebab dalam tu memang jenuh nak jalan kan. Lepas tu mata asyik terpegun dengan seni batik , ukiran dan macam - macam. Di sini , anda juga boleh mendapatkan kraftangan dan songket.

Diculik dari abang google.

KB Mall
Bagi yang datang , mungkin kot akan pergi Kb Mall. Walau tak sebesar Mid Valley. Tapi , boleh la kan. Macam mall yang lain , pelbagai kedai dan butik di sini. Tapi yang lainnya , disini tiada panggung wayang. Hanyalah tempat membeli belah dan makan bersama keluarga.

Diculik dari abang google.

Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Dulu nama pantai ni adalah Pantai Cinta Berahi. Mungkin nama itu seperti tidak elok didengar kot. Saya tak pasti. Tu namanya bertukar kepada Pantai Cahaya Bulan. Kat sini , anda boleh makan ikan celup tepung , udang celup tepung , sotong celup tepung , keropok dan minum kelapa. Dapat plak bermain wau sambil menghirup udara dan angin sepoi-sepoi.

Diculik dari abang google.


*
*
*
Kan sekarang cuti sekolah , tu yang ramai duk melancong ke sini. Terima kasih sudi baca ye kalian. Semoga ceria selalu. Senyum sokmo. Ok lah Pelangi kasi korang layan dikir barat. Mentang mentang nama sama dengan penyanyi tu. HAHA. Pelangi memang suka dengar lagu ni. Pernah gak dulu admire siap hantar lagu ni melalui voice msg masa awal awal masuk belajar kat politeknik dulu. Sekarang dia tu tak tau hilang kemana. Sebab Pelangi tak suka nak melayan. Grrrr ! Babai.








Kalau tak faham. Tanya lah Pelangi. Kot - kot ada perkataan yang blur ke. Hehe :)

xoxo
kiss and big hug

16 comments:

M.Sya.R said...

banyaknya tempat shopping...haha~
myb sbb tu ramai org g sana..=)

NNAA said...

bestnyeee.. lusa nak gi ganu. tgkla kalau-kalau TERpergi klate skali. hehe. :)

nanad said...

fuyooh..pelangi dah boleh jadi pemandu pelancong dah ;)

penaberkala said...

ambo oghe qlate, tp KBTC kat bandar tu pernah gi lg sejak bukak,haha

adeii, bila la nk cuti panjang sikit ni

Abang Long said...

Salam...lama gak dah tak g kelate ni. Tapi skunk ni barang2 kat sana pon xde la murah sangat, tak mcm dulu2 tu..

http://abanglongonline.blogspot.com/2011/06/nombor-telefon-bohsia.html

Auni Aizie. said...

syurgaaaaaa beli-belahh tuw ~ :)

..aZhAri.cOm.. said...

salam... o.. memang kawasan tu selalu ade pengunjung.. sy tau coz sy tinggal kat situ.. dekat je ngan umah..hehe.. sesape nk p sane hello2 la ye.. sy bleh p tnjuk tempat2 menarik.. - dr ore klatey sngoti..^_^

Pencari Qurratuaini said...

yeye..semua dah pi tempat yg dinyatakan khususnya gambar2 tu 2 minggu lepas..

Unknown said...

bnyk tmpt shopping kan yg famous d kelate nie.hehe

Unknown said...

hehehe..promote tu..umah pelangi tak promote ker?hahhaha

ain akasyah said...

teringin nak g kelantan lg..heee jom g melaka awak

JOM BACA DRAMA NORA ELENA VERSI NOVEL..RUGI KALAU TERLEPAS BACA

munGe سلواني said...

teringin nk p kelantan..ta penah lg sampai :)

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

hehe .. xpernah g kelate ... boleh gak g tmpt yg dh d syorkn ni.. atleast thu kn .. hooho

Semut Senyum said...

rindu nak gi kelantan lagi... 11hb ni semut gi sana, kwan semut bertunang.. eheheh...

syuxer said...

ai pemandu pelancong..;p..wah dah "master" hafal tempat2 menarik kat kelate yo..hok aloh la demo neh biso sungguh nah..

dikir barat pun ada gak eh..demo x bubuh so tempat lagi..mano??tuh stadium sultan muhammad ke-IV tuh..;p..tempat ore ramai gak situ hahaha

Addin said...

wahhh best2 . nak kena pergi ni ! haha

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails