Sunday, June 12, 2011

seronok makan nasi kenduri. tapi lagi best kalau ....

Assalamualaikum dan Salam Pinky :)


Horay ! Ni entry baru lepas lelah dari semua penat. Dalam 4 5 hari memang busy sangat. Tidur pun awal siot. Pukul 10 malam dah terlena dibuai mimpi. Abah mama pun terkejut burung hantu tidur awal semalam. Hek Hek Hek.


Kan selalunya Pelangi tidur di awal pagi. Tu yang dikatakan burung hantu. Dah penat , semua benda tak hirau dah. Hari khamis yang lalu (9Jun2011) , Pelangi attend wedding kawan. Kawan zaman sekolah. Kita orang sekelas form 4 dan form 5. Dalam hati punyalah jeles sebab dia dah kahwin. Pelangi jugak yang mem-bujang. Nak kahwin jugak. Nak jugak. Nak jugak. (miang tahap dewa).


Tu mulut je cakap nak kahwin. Tapi hati. Banyak lagi kena belajar okey untuk memikul tanggungjawab seorang ibu dan bakal menjadi seorang ibu. Kahwin bukan untuk suka-suka. Namun suatu kehidupan yang baru bukan dibawah tanggungan ibu bapa tapi seorang suami. Memang rasa tak layak lagi untuk menjadi seorang isteri. InsyaAllah dalam masa dari sekarang mencuba terbaik. Kita tak tau seru kahwin tu datang bila kan. Jodoh tak kemana , walau ke negara China sekali pun. Kalau dah berjodoh , pasti Allah akan temukan kamu.


Pelangi pergi kenduri tu dengan 2 orang kawan baik. Biasanya kami ber-empat. Yang sorang lagi tu ada kat KL. So , kami ber-tiga jelah. Pelangi selaku driver , dan 2 lagi tu penumpang yang tak henti berpot pet. Biasalah girls , dah jumpa kan. Semua nak share. Share is caring right ?


Cantik je pengantin dengan warna purple. Naik seri je tengok si pengantin duk bersanding. Aura kahwin tu harap harap cepat datang plak untuk Pelangi. Heee.. Yang menjadi masalah sekarang , Pelangi MALU nak bersanding. Aiseh! Malu weh. Semua mesti tengok kita kan. Memang malu lah. Cam mana lah Pelangi nanti ye.. (ish ish ish berangan lagi.. )

Lepas pergi kenduri , Pelangi dengan excited-nya mengajak si gadis 2 orang tu pergi pantai. Dengan berbaju kurung lagi tau pergi Pantai Cahaya Bulan. Wowooo.. Walaupun mata asyik duk tengok para manusia bawak boyfriend memasing. Memang kita orang lepak sebelah pasangan duk layan jiwa. Nak amik gambar pun naik segan dibuatnya tau. :)

Sampai sini dulu luahan hati Pelangi buat kali ni. Jom usha gambar.





Ni plak gambar masa kat pantai. Sangat ayu disitu dengan berbaju kurung kan.



Trimas sudi singgah ke PELANGI CHENTA. Walau kat hati sangat sedih , bagai ditusuk sembilu. InsyaAllah akan baik. Entry ni Pelangi pura pura senyum. Huuu. Take care. Babai :)




Sambil baca sambil layan lagu pengantin ni haaa. Baru MERIAH !!! Hehe =)

xoxo
kiss and big hug

5 comments:

Jo Qusary said...

Suka kaler purple tu, huhu...

yann miryann yann said...

sape yg kawen 2 cik pelangi?hehe..comey..pepel gtu..;)

~Kenanga Suchi~ said...

tadi pom g kenuri gak...makan manyak gile lapo...ngee...puas ati... :P


senyuman yang pedih di wajah pelangi itu...terlihat sekali...

kebetulan pula...
http://kisahhatiberbicara.blogspot.com/2011/06/senyum.html

Isteri Encek Bard said...

cantik.. Insya Allah satu masa nanti giliran awak pulak

MissyNursy ♥ said...

hehe..cik pelangi dh pasang angan2 2!! purple mmg selalu menawan n cantik okeyhhh..hihi..

adeeii..best betull la gi pantai..kitorg kt sini jauh ngan pantai..plg dkat pn dlm 2jam..yg dkat seungai or air terjun je la..hehe..

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails