Tuesday, August 30, 2011

Aidilfitri Tiba Pipi Makin Temtem.

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri....



Alhamdulillah, dah berjaya berpuasa di bulan Ramadhan dan diberi nikmat untuk merayakan Aidilfitri dalam keadaan sihat walafiat. Korang sihat?


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan semua yang selalu menjadi pengomen tegar dan yang tak berapa nak tegar serta yang tidak pernah komen. Ampun dan maaf jika ada salah silap or terkasar bahasa. Manusia tak lari dari kesilapan kan.





Walau kita seceria dan segembira mana untuk hari lebaran yang indah ni, semalam (malam raya) Pelangi dapat tau ada makcik tu kat kampung la, baru meninggal dunia. Arwah meninggal di malam raya, semestinya keluarga mereka tidak seceria kita di pagi hari tadi. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman. Amin ..


Semestinya bila bulan Syawal tiba, memang Pelangi sekeluarga akan beraya kat kampung. Tak syok kot beraya kat rumah sendiri. Tak meriah. Takde ketupat, takde tapai, takde segala bagai keceriaan lebaran.


Kini sedang beronok-ronok kat rumah, kembali dari kampung. Kalau kat kampung, memang tak boleh nak onlinekan diri tau. Heeee..


Kelmarin berbuka puasa yang terakhir kat kampung, makan nasi kerabu. The best lah. Memang yang masak sendiri lagi power dari yang kedai mari kan. Nasi kerabu dengan daging bakar. Perghhhhhh best woooo.. Makan plak ramai-ramai. Dalam 3 talam. Dah nak raya, ramai lah balik. Makan duduk bersila okey. Adat melayu tu. Hehe :)


Pagi raya plak makan nasi beriani, memang setiap tahun, lepas solat raya, nenek akan ajak semua dalam surau untuk berkunjung ke rumah untuk sesi makan-makan. Pagi tadi ada hidangan nasi beriani dan laksa & laksam kelantan. Best bro! Gigih tolong nenek masak sampai pukul 2 pagi tau.


Dah namanya hari raya. Macam-macam makanan muncul terhidang atas meja. Maknanya, perut pun akan terima dengan sebaiknya. Kesian perut hari ni. Mesti gigih duk proses. Sebab macam-macam duk telan. Dasyat lah Pelangi.


Bila raya, apa yang wajib korang nak makan? Takdelah wajib. Tapi mesti nak makan lah. Kalau takde tu, macam hambar sikit. Ce citer sikit. Pelangi bila nak raya mesti nak makan ketupat yang nenek buat. Ketupat yang manis punya. Sedap! Lemak manis. Wuuuuu takde tolok bandingnya dengan kuih raya. Zasssssss...



xoxo
kiss and big hug

Thursday, August 25, 2011

PEMENANG GA Raya Pelangi !!

Assalamualaikum ...



Tahniah kepada 10 blogger yang bertuah yang akan dapat kad raya dari Pelangi. Kepada yang tak terpilih, jangan berkecil hati, korang semua terbaik dan terbagus, terima kasih jugak pada korang, sebab sudi join GA Raya Pelangi ni. GA pertama untuk Pelangi dan capai 34 penyertaan. Terima kasih korang sudi ceriakan GA yang tak seberapa ni. 


Setelah selidik satu demi satu entry GA korang, 10 blog kat bawah ni yang paling tertarik dan menarik sikit. Dalam keadaan otak fikir pasal masalah, baca korang punya entry GA, rasa nak senyum pon dah boleh. Trimas yup. 





















Terjah blog mereka dengan klik pada banner^^


Kepada 10 blogger tu, TAHNIAH sekali lagi ye. Sila emailkan Nama dan Alamat dengan segera. Terima kasih. Emailkan ke : (ejaan wanieerra tu kasi betul yup) Heeee ..


wanieerra@yahoo.com.my



xoxo
kiss and big hug

Wednesday, August 24, 2011

Giveaway Pertama Pelangi Chenta !

Assalamualaikum ...



Okey, ni merupakan GA pertama buat julung kalinya selama Pelangi Chenta muncul di dunia blog. Musim raya muncul, GA ni tak lain, tak bukan, nak hantar kad raya pada yang bertuah. Setiap apa yang ada dalam dunia ni, ada syarat / peraturan right? :)





1 :: Korang nak follow / like fanpage semua tu hak masing-masing. Tapi, kalau nak tau pasal pemenang cam mana kan? (Bukan gi-la follower)


2 :: Buat satu entry bertitle-kan " Giveaway Raya Pelangi ".


3 :: Letak banner tu dan linkkan kat entry ni. (Maaf tak kreatif sangat. Buruk bebenor banner tu).

4 :: Tag? Tag sorang dah cukup (Pasti rakan anda mengetahuinya). Atas diri masing-masing. Tak nak paksa :)


5 :: Apa dalam minda korang pada perkataan PELANGI ?

6 :: Tinggalkan link entry GA dekat entry ni. Trimas :)






Tarikh tutup : 24 Ogos 2011 - 10:00PM (Rabu)




p/s : Hadiah Kad raya hanya limit kepada 10 je. Pemenang dinilai dari segi syarat ke 5. Good luck semua..

xoxo
kiss and big hug


Tuesday, August 23, 2011

Hanya Doa Menjadi Jalan Terakhir Ku

Assalamualaikum .....



Moshi-moshi, dah 3 hari tak karang entry. Takde mood punya pasal. Mana nak ada mood bila jantung hatiku tidak gembira. Bukan pakwe makwe lah, Pelangi masih single okey. Bukan gaduh manje ke apa. Tapi masalah. Glurpppp ..


Setiap orang mesti ada masalah. Right? Dah memang lumrah dunia. Kalau sapa takde masalah lagi sejak dia dilahirkan, ce bagi alamat rumah. Nak pergi beraya nanti, pasti nak adakan sesi soal selidik. Ada tak?



Sememangnya dugaan tahun lepas, masih melekat dalam kepala otak ni. Ada plak dugaan mencabar untuk tahun 2011. Kadang-kadang bila fikir, mesti dah give up dengan segala jenis masalah ni. Bila fikir rasional, apa guna menjadi hamba kalau Allah uji dengan sedikit dugaan, terus nak give up.


Kuatkan hati itu yang wajib. Selalu tabahkan jiwa raga seperti kata-kata, Allah berikan kita ujian, dugaan, masalah, untuk kita lebih tabah menghadapi dunia, untuk kita sentiasa mengingati Yang Maha Kuasa walaupun dalam keadaan gembira dan sedih, masalah / dugaan juga akan mematangkan kita. Manusia memang tidak sempurna. Tapi, sentiasa mengubah diri untuk menjadi yang sempurna ..


Dalam Allah menguji hambanya, bukannya hanya berdoa dan berserah segalanya pada yang Kuasa. Berusaha sedaya upaya dengan sabar.. Suatu kejayaan mana ada datang bergolek.


Doakan Pelangi dan keluarga semakin tabah menghadapi dugaan ni. Hanya pada Mu tempat ku mengadu. Keluarga ku adalah yang paling ku sayangi dari segalanya. InsyaAllah berkat bulan Ramadhan yang mulia ni, semuanya berakhir dengan kegembiraan. Amin ...


xoxo
kiss and big hug

Friday, August 19, 2011

Oh Dikau Wahai Petai

Assalamualaikum & Salam Ceria ...



Alhamdulillah hari ni dah selesai menunaikan puasa untuk hari yang ke 19. Cepat masa berlalu. Tinggal lagi 11 hari untuk kita selesaikan puasa. Dan rasanya dalam kepala duk fikir segalanya, ada dalam 21 hari camtulah masa yang ada di rumah untuk melepak dan duk manje manje dengan sang meoww. Lepas pada tu, dah kena balik ke alam kolej kembali. Sadisnya ...


Hari ni, tentulah ada hidangan berkaitan dengan tajuk entry kali ni. Petai. Semua mesti kenal kan? Tapi, tak semua yang suka. Ada kata sedap, ada kata eiii busuk, ada kata tak sedap la. Macam-macam ragam. Setiap manusia, ada kelainan & kelebihan serta kelemahan masing-masing.


Kepada yang join GA tu. Terima kasih sudi support Pelangi. Terharu okey. Rasa nak kasi semua yang join GA tu je kad raya. Tengok keadaan nanti dulu :)


Rugi woooooo.. sapa yang tak makan petai. Jadi makin berselera makan nasi adalah. Arini mama masak sambal ikan bilis bersama petai. Fuh.. Memang sedap lah..


 dicekau dari abang google

Arini hidangan ayam kurma, sambal ikan bilis bersama petai,sup tulang, ulam-ulaman (kacang panjang, timun) dan air ribena. Mama abah berbuka puasa kat luar, sebab ada undangan. Kita orang adik beradik je makan sesama tadi.


Sapa sini makan petai? Share lah masakan apa yang korang suka dimasak dengan petai? Satu lagi yang best dimasak dengan petai, udang masak merah bersama petai. Perggggghhhhh ! Best bro ! ;)


Petai dengan nama saintifiknya adalah Parkia speciosa. Nak sebut pun dah terbelit lidah. Boleh plak duk search pasal khasiat petai tadi. Ni diantaranya :


PETAI DAN KHASIATNYA…
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
  1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
    masalah kegemukan.
  4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
dicekau dari sini.


xoxo
kiss and big hug
 

Tuesday, August 16, 2011

Sahabat Selamanya

Assalamualaikum ...



Indahnya dunia bila dikelilingi sahabat sejati, yang sentiasa menyokong apa jua yang baik untuk diri kita. Yang sentiasa bersama dengan kita diwaktu kita susah dan senang. Mencari kawan senang, tak semua manusia akan bersama kita bila kita diwaktu susah.


Bila munculnya sahabat sejati, dikala kita dilanda 1001 masalah dan dugaan, dia sentiasa menasihati kita, memberi semangat, dan membuatkan kita senyum walau tengah memikirkan masalah yang datang berlumba-lumba hadir memhempit dunia kita..


Dalam persahabatan, keikhlasan itu amatlah penting. Berkawan bukannya untuk mendapat ganjaran daripada sesiapa. Tapi, sanggup habiskan jiwa raga kita dalam persahabatan yang sejati. Baik buruk diri kita, sahabat sejati dapat menerimanya.


Dalam mencari sahabat sejati. Sangatlah susah, bukannya seperti mencari ikan di pasar *takde kena mengena dengan ikan pun sebenarnya*.. Sahabat sejati boleh dianggap sebagai Pelangi Kehidupan. Bukan senang kita dapat tengok kemunculan pelangi di awan, walaupun ketika itu selepas hujan. Istimewanya pelangi, begitulah juga istimewanya sahabat sejati.


Dalam menjalani dunia yang penuk onak dan duri, dapat kita perhatikan dan renungkan bahawa ada kawan yang hanya sentiasa bersama kita di waktu kita senang, contohnya semasa kita tengah kaya. Duit berlambak-lambak. Kawan bersama kita untuk tumpang kesenangan sahaja. Bila kita susah ataupun miskin, nak pandang pun tak nak. Hinanya bila kita ada kawan seperti itu. Syukurilah kita, jika kita adanya sahabat sejati. Walau guruh dan kilat melanda, dia tetap menyokong dan bersatu padu dengan kita.


Sebenarnya, terkedu melihat video Sahabat Selamanya di bawah ni. Nak termenitis airmata tengok vid tu. Ada orang share dekat facebook, namun Pelangi renungkan detik-detik indah bersama kawan semua. Mungkin kita akan meninggalkan kawan kita selama-lamanya di saat ni, adakah kawan kita itu masih merindui kita atau terus melupakan kita? Renungkan ...





xoxo
kiss and big hug

Giveaway Duit Raya Dari Jepun :)

Assalamualaikum ...



Jom kalian semua join giveaway ni. Boleh buat simpan kenang-kenangan dengan duit dari Jepun beb. Nak tunggu sampai sana, tak tau bila kan. Hik Hik Hik :)


Terasa rajin nak join GA malam ni. Sapa nak join, klik banner kat bawah ni.. Bukan susah pun kan? Kalau ada rezeki, dapat lah kan. Sama-sama bantu kawan untuk meriahkan GA..




xoxo 
kiss & big hug

Pre Wedding Punya Cerita

Assalamualaikum dan Salam Ceria ..


Yang pasti, korang dah tau apa disebalik "Pre-Wedding" kan? Mana yang tak tau, meh nak cubit pipi sampai pipi jadi temtem. Mesti comel, macam meoww meoww yang selalu menjadi mangsa Pelangi. Oh yeah !


Gambar pre-wedding sebenarnya gambar yang diambil sebelum akad nikah berlangsung. Masa tu, kita juga tidak halal lagi untuk pasangan. Walaupun kita memang dah tak lama lagi nak kahwin. Tapi, zaman mula moden kan, dengan itu sekarang wujudnya shoot bersama bakal suami / isteri..


Sememangnya mengimpikan nak ambik gambar dengan belon warnawarni. Comel tau?[Gambar dicekau dari abang google]



Tak dinafikan, memang seronok kan ambil detik detik bersama dan gambar tu semua publishkan di mukabuku, blog dan di-framekan untuk dipertontonkan masa persandingan nanti. Kan sweet cam gitu kan?


Sweet tapi, semua tu salah disisi agama. Pelangi bukan nak jadi ustazah ke apa. Pelangi ada baca pasal ni, tu nak kongsi bersama. Mana baik buruk, sama-sama kita saling ingat mengingati kan :)


Memang Pelangi suka sangat usha gambar pre-wedding orang. Bahagia je tengok. Dah la sweet sangat. Sambil berangan sepukul dua. Heeee :)


Dalam pre-wedding sekarang, memang ada detik-detik peluk la, cium sana sini. Tapi perlu difikirkan, kita bersama pasangan tu masih tidak halal. Kan kan kan ..


Lepas kahwin boleh lah nak amik macam tu pun kan. Sabar jela eak. Lepas je kahwin, amek lah gambar bebanyak.. Sampai habis posing pun takpe sebab time tu dah halal. Kekasih halal katakan. Sememangnya gambar diambil dijadikan kenangan. Bila dah ada anak cucu nanti, boleh tunjuk muka cantik / hensem zaman muda kan. Mesti anak cucu bangga. Heee~


Pelangi dah lama nak tulis entry pasal ni. Asyik terbeku je dalam draft otak. Malam ni tetiba plak nak kemukakan di blog. Pelangi tau pun disebabkan tengok komen Ustaz Azhar Idrus. Kenal tak ustaz tu? Peveret tau dengan ustaz tu. Orang kata tu Ustaz youtube. Hehe :)



Berpada pada lah kita kan. Jangan rasa nak menunjuk-nunjuk, ingatlah kita bahawa dunia ni hanyalah pinjaman. Dalam sekelip mata, semuanya akan hilang bila itu dah ditentukan olehNya. Kalau nak dapatkan maklumat selanjutnya mengenai ni. Cuba lah tanya ustaz & ustazah ye. Kalau Pelangi ada salah silap, mohon ampun dan maaf. Terima kasih atas kunjungan anda. Salam Ramadhan yang ke 16 :)


p/s : Berdarah hidung dapat RSVP di facebook dari kawan sekolah yang nak kahwin lepas raya. Dah sampai jodoh mereka. Alhamdulillah. Dah la 2 orang plak tu. Pelangi berangan jela. Jodoh nak datang tu, tak tau bila. Hehe :))


xoxo
kiss and big hug

Saturday, August 13, 2011

Pencinta Setia

Assalamualaikum dan Salam Sayang ..



Alhamdulillah hari ni dah 13 Ramadhan kita semua lalui, masa berlalu tanpa butang pause pun. Berlalu dengan pantas. Dengan itu, makin tak lama lagi raya dan kena packing barang balik Uni. Uni tu apa? *Universiti.


Kalau boleh hati & perasaan tak nak pun fikir pasal kena balik Uni. Sebab dah lama sangat melepak dan makan tidur kat rumah. Sayang nak tinggal kantil empuk, disamping kekasih hati yang ramai dekat rumah. Sememangnya bila balik Uni, habis gambar dan video dalam phone akan ku tatap, homesick katakan. Mungkin semua orang jadi camtu bila berjauhan dengan kampung halaman. Ke ada yang takpe? Malu nak mengaku?


Stop pasal tu..Jom layan pasal Pencinta Setia (PS). Setiap orang sememangnya mengaku nak jadi PS kan. Ada ke yang nak jadi Pencinta Tak Setia? Pencinta Main-main kot.


Entry ni bukan nak kupas pasal pakwe makwe la. Berkasih lepas kahwin diimpikan. InsyaAllah :)


Nak cerita pasal meowwww! Sapa suka meow, angkat kening sikit. Nak tengok..Memang Pelangi sejak kecil lagi menjadi Pencinta Setia sang meow. Mereka comel. Dah la ada misai panjang, hidung yang seksi, bibir kecil molek, mata bulat macam buah laici. Aduhai, comel yang amat makhluk Allah yang tu..


Tapi, ada jugak manusia yang jadi Pembenci Setia pada sang meow. Ada yang sepak, tendang bila meow datang mengeoww dekat kaki. Meow hanya mahu dimanjai dan disayangi, bukan untuk disepak. Meow bukan bola la mangkuk tingkap!! *Ter-emo & tergarang plak..


Meh tengok meow comel ni. Umur dia baru dekat 4 bulan camtu. Perot mengalahkan meow umur setahun, dah asyik makan jerk. Memang dak ni suka makan. Nasi kering pun dia rembat. Dia comel, ada mata biru laut. Adus! Tergoda..


Ni gambar petang tadi, dia manja manja duk atas ku. Macam budak kecik plak kan? Nak buat cam mana takde adik kecik. Nak ada anak sendiri lagi lambat. HAHA. Comelkan dia? Dengan mata layu nak tidur..


Dah la ada hidung comel. Hidung pink pink. Kalau lapar, hidung pucat jer, bila kenyang, terus jadi Pink. Comel yang amat. Nama dia yea, tak tau nama apa, asyik panggil "budak" dan kadang-kadang panggil "pok-chek". He He He :)

 Ni lepas letak atas paha, tidurkan dia atas si pooh ni. Sempat lagi nak mengintai, nampak orang nak capture gambar. Camtu lah dia. Comel sangat. Tengok lah perot boyot dia tu. Geram tengok hidung tu. Grrrrr!


Walau meowww tu bukan kucing parsi ke kucing arab ke. Kucing kampung je pun. Tetap dihati. Sapa nak sedekah kucing parsi kat Pelangi? Terima dengan hati yang terbuka :)


Sampai sini dulu kata-kata sang pencinta setia meow.. Sayangilah meowww macam korang sayang diri korang. Kalau korang lapar, dia pun lapar jugak. Cuma dia takde akal. Tapi meowww ada perasaan. Anak-anak disayang sampai besar. Tak macam manusia, lepas beranak, buang anak merata-rata. 


xoxo
kiss and big hug

Siti Pelangi Binti Hujan


Assalamualaikum ...



Moshi-moshi. Senyum sokmo tau. Kalau ada masalah sekali pun, senyum la sikit, baru lah manis muka tu. Walau muka tak secantik Lisa Surihani dan tak sekacak Aaron Aziz. Alhamdulillah kita dah selamat berpuasa selama 12 hari. Cepat masa berlalu. Kan? Dan dan jer fikir nak raya..


Tengok si adik-adik duk beli songkok, rasa bahang nak raya makin dekat. Nak beli tudung baru, nak beli selipar baru, nak tu, nak ni. Macam bebudak yang tak baligh jer. Sengal ..


Rasa nak tukar style sikit boleh. Pakai tudung indon. Ala, tudung tu la, yang senang, tak perlu nak gosok bagai tu (malas sebenarnya nak meng-iron). Tadi mama duk beli tudung tu, dengan rakusnya, ku mencubanya. Muka ada pipi temtem macam ni susah nak sesuaikan dengan tudung yang pelik-pelik tau. Dah la manusia yang berkaca mata. Lagi lah susah nak sesuaikan. Nak rembat shawl pun selalu fikir empatratussaat.


Ni la Pelangi duk kata tudung indon. Hik Hik Hik (dicekau dari abg google)




Seronok dan teruja jer tengok gadis, awek dan kaum hawa kat luar sana yang comel bangat pakai tudung yang comel tu. Hanya mampu melihat & telan airliur saja.


Nanti lah nak kena beli satu dua tudung tu, senang nak pergi kedai. Tak perlu nak iron dengan sepenuh hati. Memang Pelangi manusia yang tak berapa rajin bab meng-iron ni. Walau kekadang dengan rela hati iron baju kemeja abah setiap pagi. Anak solehah kena ikut cakap ibu bapa kan :)


Eleh tajuk entry tu bukan nama sapa pun. Saje jer nak ter-over lebih bila cakap pasal pelangi. Ada jugak orang asyik tanya nama sebenar kan. Takkan nama " Siti Pelangi Binti Hujan ".. Habis semua nak pelangi. Dasyat. Dasyat. Ada tak kedai cat kereta yang sudi buat untuk cat 6767 jadi kereta warna pelangi. Mesti ceria jer sambil jejalan usha pakwe ensem tepi kaki lima. Hahaha ..


Merepek sudah. Terima kasih pada kaki blogger yang sudi terjah dan kasi sepatah dua kata kat entry. Terharu sangat. Kalau ada salah silap, nak mintak maaf ye. Kot-kot korang terasa hati ke apa kan. Manusia kan tak lepas pada kesilapan.


Ada BE baru lah kat Nuffnang, yang SINI haaa.. Terima kasih Nuffnang.


xoxo
kiss and big hug

Friday, August 12, 2011

First Segmen From Temoyo

Assalamualaikum & Salam Penuh Ceria :)


Oh yeah! Pepagi lepas sahur, gatal jari duk on lappy. Usha chatbox, ada budak nama si Bobo duk tag untuk join segmen. Mak aiii, memang sebelum ni reramai jer yang duk tag untuk segmen la, giveaway la. Tapi nak join kena ada feel. Ni ada feel, tu yang join tu.



Sapa yang nak join, klik je dekat banner kat bawah. Ada hadiah tau. Hadiah topup wey. Meh sama sama join, pastu sama sama menang. Kan awesome camtu?





Sama sama menang, pastu korang boleh bergayut dengan pakwe makwe sekalian. Chewah! Pelangi join segmen si gadis manis ni sebab nak bantu penduduk baru alam blog ni. Dengar khabar follower si gadis manis ni baru mencecah 200. Tahniah tau :)


Semoga bergembira dan ceria selalu ye cik adik. Pangkat cik adik lagi, tengok dia baru sweet 19. Kalah Pelangi, dah rasa takde sweet sweetnya lagi. Sebab dah masuk zaman kegemilangan 20-an. Meniti hari penuh makna dengan umur yang 20-an ni. Banyak dugaan wooo.. Jangan sangka 20-an tu, terus boleh kahwin & dapat anak. Kalau macam tu, memang very very easy. Tapi kita sebagai anak gadis yang gemilang lagi terbilang dan sambil membilang tahun untuk kahwin, cheh! takde makna bilang tahun sangat. Bilang tahun nak jadi wanita berkerjaya adalah. Nak beli itu ini. Impian tinggi memuncak terus ..


Dah macam update pasal diri. Bukan join segmen plak. Damn! Cik adik manis, tu sebagai nasihat dan pengajaran pada kita semua yea. Moga success selalu. Fighting !


Dengan adanya syarat untuk sesi tag-mengetag ni, dengan ini nak pilih 3 manusia kat bawah yang bertuah. Semoga kita sama sama success. Salam Ramadhan :)




Gadis kat atas sana, rerajin lah join segmen ni. Banyak plak sesi nasihat pagi ni. Mentang mentang lepas sahur. Damn damn damn! HAHA :)
xoxo
kiss and big hug

Thursday, August 11, 2011

Spontaneous Thursday # 4 - INDAH MANUSIA

.. Assalamualaikum ..


" Keindahan bunga pada mekar kuntumnya.
Keindahan kata pada puitisnya. 
Keindahan langit pada pelanginya. 
Keindahan manusia pada akalnya "



ST # 1 - KEGEMARAN
ST # 2 - DUNIA
ST # 3 - FITRAH

xoxo
kiss and big hug

Wednesday, August 10, 2011

Habis Semua Nak Pelangi

Assalamualaikum & Salam Sayang ....



Anyway, nak ucap Terima Kasih kepada kalian, yang mana sudi singgah sini. Walau sakit mata warna pink cam gini. Tak ke si jejaka terasa jambu bila buka blog ni? Hehehe ..


Yang mana sudi tinggalkan jejak kasih korang dekat shoutmix dan chatbox, mekasih ye kawan. Memang akan ku balas semuanya. Walau kekadang naik banyak weh nak jejak sorang sorang, tu nahasnya bila lama tak blogwalking..


Pada yang aktifkan jari selalu di kotak komen. Memang terharu, sesangat weh. Nak menangis boleh? Terharu maru tau. Walau sepatah perkataan atau dengan icon senyum dan segala apa yang korang tinggalkan di kotak komen. Amatlah saya hargai. Memang sayang para peng-komen lebih lah. Raya datang rumah tau. Nak jamu air bujang :)


Ok, straight the point.. Tak mau nak banyak merepek, macam korang suka baca bila panjang-panjang kan. Hari ni, dengan rajinnya buat Agar-agar Buih Pelangi. Bukan pakai buih sabun. Nanti next entry atau next pada next entry, akan ku share resepi. Kalau ada yang mintak la. Resepi mudoh mesek tu gak. Budok jah limo pom bulih wat. Malu kokre jah kalu tok reti.. (Hahaha. Amacam ada yang terbelit lidah tak..??)


Dah malam, takdelah menjadi dugaan pada nafsu makan korang kan. Lain lah duk tayang waktu pagi. Mesti pakat telan air liur. Heeee.. Jom tengok apa yang Pelangi buat. Habis semua benda nak PELANGI. Dasyat betul. Kalau boleh, nak semua barang dalam bilik ni warna warni. Dinding pun nak catkan warna warni. Mesti meriah !


Dah la themes google chrome & mozilla firefox memang dah warna warni. Hehehe :)


Sedap dimakan dalam keadaan sejuk. Penyejuk tekak. Fuh. Tu yang lepas buat jer, terus masuk dalam peti ais. Ni sempat buat 4 lapisan jer. Warna lain takde. Malas lah nak beli pewarna biru. Nampak over gilews jer bila makanan warna biru. Rasa takut nak telan.^^


Tulisan macam cakar kucing dah. Lama sangat cuti. Kan dah rasa kekok nak menulis. Asyik menaip je kan. Ada rupa tulisan doktor tak? Cita-cita zaman kecik nak jadi doktor. Tulisan malas ni. Tulisan orang puasa. Heheeee..

Panjang sungguh plak dah entry ni. Maaf ye. Ter-over plak kan. Bagi yang tak baca abis / baca separuh jalan, terima kasih. Bagi yang baca sampai habis, Pelangi terharu sangat weh. Moga korang kacak / cantik selalu. Bodek konon. Taklah, manusia yang dikurniakan olehNya, semuanya sempurna. Alhamdulillah :)


xoxo
kiss and big hug

Wordless Wednesday # 7 - WARNA

Assalamualaikum ....







xoxo
kiss and big hug

Tuesday, August 9, 2011

Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum & Salam Ceria ....



Ni bukan entry jiwang, tapi nak review untuk novel " Cinta Kau Dan Aku " dikarang oleh Siti Rosmizah. Novel keluaran buku prima. Harga RM19.90 dan mempunyai 684 mukasurat.


Bagi Pelangi bagi 4.5 / 5 untuk novel ni. Bikin gua menangis dewww. Jalan cerita mengenai seorang tomboy yang merupakan driver dan akhirnya berkahwin dengan bos sendiri. Amazing right? :)


Tak nak ulas banyak, kalau korang tak percaya mengenai ke-best-an (ada ke perkataan tu), search lah. Mesti ramai dah review novel ni. Untuk novel Pelangi beli ni dah masuk cetakan ke 8,9,10 untuk 2011. Hebat kan? Best seller tu. Rasa nak menangis, belilah karya Siti Rosmizah, pasti tak mengecewakan :)


* * * * * * * * *
Mampukah seorang tomboy menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.

 Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~ 

xoxo
 kiss and big hug

Bila Hati Asyik Nak Ke Dapur

Assalamualaikum & Salam Ceria ...




Alhamdulillah, hari ni dah 9 Ramadhan. Bermakna kita semua sedang menjalani puasa untuk hari yang ke 9. Syukur diberi nikmat kesihatan yang baik. Sahur pun masih berselera lagi. Nanti bila dah nak akhir Ramadhan mesti kes nak makan sahur pun tak selera. Heee ..


Sebenarnya dah lama isi entry ni nak taip, tapi masih tersirat dalam kepala jer. Sebab masa tak merestui untuk ku taip. Hari ni baru rasa nak luahkan.


2Ogos2011 yang lalu, bersamaan dengan 2 Ramadhan kan, Pelangi dengan rasa rajin nak buat " Kek Coklat Kukus ". Selalu asyik makan yang beli je. Nak jugak try buat. Tajuk entry kali ni bukan kes ke dapur untuk ngap-ngap waktu pagi untuk makan tau. Tapi untuk sesi masak memasak. Pewit !




First time masak kek coklat sorang diri. Cuak ada jugak. Dah la puasa kan, nak rasa bila dah masak tu, tak boleh. Kena tunggu waktu berbukak dulu. Heee :)


Nanti next entry Pelangi share resepi kek coklat ni. Senang dan sangatlah tidak susah. Atas diri masing-masing je, nak buat ke tak. Nanti boleh try buat untuk hari raya nanti. Yeayy, pastu boyfriend datang beraya, boleh rasa. Chewah! Pelangi jer yang takde kekasih gelap. Heee :)


Sebelum bulan puasa aritu, Pelangi ada jugak try buat "Apam Polka Dot ". Tapi takde lah menjadi sangat. Sebab tak guna bekas yang sepatutnya. First testing katakan. Takde lah susah mana, namun kena gigih jugak lah nak buat satu-satu. Sampai lenguh tangan. Dah namanya tak beli pewarna lain, apam ku hanya berwarna Pink. Dah namanya obses Pink..



Dah meningkat umur ni, kena lah cuba masak-masak kan? Nanti kot-kot orang masuk minang, sapa yang untung. Bakal suami gak untung, dapat isteri pandai masak. Berangan lagi. Damn! Hahaha ..


Nanti nak try buat kuih lain plak. Suka plak. Heee :)

Haish. Entry pasal makanan plak. Jangan ter-liur eh? Hik Hik Hik ^^



xoxo
kiss and big hug

Sunday, August 7, 2011

Trip Ke Jeli

Assalamualaikum ...


Dari hari Jumaat sampai kelmarin, Pelangi berkampung di Jeli. Sangat terpencil dari bandar Kota Bharu. Dekat 2 jam baru sampai di sana dari Kota Bharu. Semalam plak, bertolak lepas Isyak, dekat pukul 11.30 malam baru sampai rumah. Haish! Walau baru 2 hari berpisah dari connection internet, dah rasa terkapai-kapai dah..


Sebenarnya pergi sana, selaku peneman mama yang setia. Chewah! Sebenarnya, malas jugak nak pergi tempat jauh ke sana. Lain lah kalau pergi Genting ke, Cameron Highland ke, best jugak kalau pergi area sana kan. Ni ke Jeli...


Kat sana ada program kebajikan bersama rakyat anjuran MIDA KL. Mama plak selaku MIDA KB kena join jugak. Dalam 30 orang pegawai dari MIDA KL datang dengan bas ke destinasi yang ditujui, iaitu di Pondok Moden, Jeli.


Tengok pandangan dan cara orang bekerja ni best jugak. Selalunya bergaul dengan pelajar je kan. Ni dengan pekerja, lain plak cara pemikiran.

Malam pada Jumaat 5Ogos2011- Dato' Mustapa Mohamed singgah ke Pondok Moden.


Pagi kelmarin (Sabtu 6Ogos2011), dalam pukul 9.00 pagi, dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut setiap Dun iaitu Ayer Lanas, Bukit Bunga dan Kepala Balas.

Pagi kelmarin, Dato' Mustapa Mohamed sempat jenguk sebelum memulakan sesi terjah orang kampung.


Pelangi memang pengikut ke mana mama pergi. Hee.. Mama kena pergi Ayer Lanas. Sesi pembahagian barang keperluan kepada golongan miskin, OKU dan ibu tunggal. Memang masuk perkampungan lah. Tak sangka ada kawasan penduduk dalam ceruk kampung cam gitu.


Dengan suasana hutan, masuk kawasan kampung tu pun, memang van tu asyik bunyi calar calar. Sebab kena ranting kayu la, akar pokok la. Mencabar betul. Dah macam dalam "Bersamamu" pun. Heee :)


Setiap Dun perlu siapkan tugas untuk 16 buah rumah. Setiap ceruk rumah bukan dekat. Jauh weh. Dengan jalan berlumpur lah. Sayu jer di hati. Ada yang makcik tu yang OKU, sedih sangat tengok. Dah la keadaan sekeliling yang kurang bersih, rasa sebak je di hati..


Penat gak walau ditugaskan macam tu. Tapi kan sekarang bulan puasa, punyalah dahaga. Cuaca lak yang panas. Memang rasa mencabar hari tu. Dalam pukul 1.30 petang baru kita orang sampai di penginapan. Balik terus baring. Heee :)


Dalam pukul 6.00 petang plak dengan berbaju kurung, ada majlis penyampaian zakat kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh isteri Dato' Mustapha Mohamed. Petang itu jugak, sesi berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Datin bersama wakil MIDA KL & MIDA KB :)

Sampai disini dulu berita pasal tu. Hari ni nak rehat dari jejak korang. Esok akan bermula kembali sesi jejak menjejak. InsyaAllah kalau masa :)


Alhamdulillah kita semua dah berjaya menjalani puasa selama seminggu. Tinggal 3 minggu lagi. InsyaAllah dengan izinNya kita dapat menjalaninya dengan baik dan diberi nikmat badan yang sihat :)


p/s : Terkesima pada malam hari Jumaat tu, Dato' Mustapha Mohamed duduk bersila atas tikar je pun. Minum air kopi dan colek buah. Dato' Mustapha Mohamed merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau menteri yang sangat tidak sombong. Memang tabik ah! Hari Sabtu plak, beliau singgah walaupun sekejab, dan ada yang nak bergambar. Bergambar atas tangga pun tak kisah. Memang kagum lah menteri macam ni :)
xoxo
kiss and big hug

Thursday, August 4, 2011

Roti John Punya Pasal

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah hari ni dah 4 Ramadhan kan. Cepat masa berlalu. Tuptup sat lagi dah seminggu. Dan seterusnya. Pewit ! Terbaik lah tajuk kali ni. Roti John oh Roti John ..


Sapa yang Pelangi duk kemaruk singgah shoutbox korang tu, dari kelmarin duk teringin nak makan Roti John kan. Punyalah sadis, pergi usha kat gerai tu. Dah habis. Tengah berbuka puasa pun still duk sebut John tu. Dasyat lah sampai macam tu sekali. Nasib tak bawak dalam mimpi jer semalam. Heee ..


Tapi, hari ni. Dah sms mama awal awal suruh belikan Roti John tu. Petang tadi plak, adik duk ajak pergi beli Roti John, duk fikir yang mama mesti lupa nak belikan. Dengan rakusnya, pergi beli 2 Roti John.


Balik je rumah, tengok-tengok mama dah beli 3. OMG!! Banyak plak rezeki makan Roti John hari ni. Sampai abah cakap mabuk Roti John. Haha ..


Roti John - disangkut pada almari. Haha :)


Masa nak bukak puasa tadi pun, perot diisi dengan Roti John dulu, baru isi dengan nasi. Malam ni makan lah Roti John sampai muak. Heeee


Roti John? John ke yang reka dulu roti tu. Ke cam mana eh? Sapa tau al-kisah disebalik Roti yang diberi nama John. Kalau Pelangi buat roti tu. Mesti jadi Roti Pelangi. Femes kejab orang asyik sebut.


Apa hidangan berbuka korang arini? Pelangi makan nasi dengan ayam percik, petai dan ulam kacang panjang. Superb lah sebab ada petai. Makin berselera. Slurppp :)



Ada iklan di NUFFNANG mengenai "Lebih Ikhlas Lagi Best" di SINI dan "Tweckbot" di SINI. Untuk usha budak cina yang awesome dengan singgah SINI. Trimas.


xoxo
kiss and big hug

Spontaneous Thursday # 3 - FITRAH

Assalamualaikum ...


" Seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki "






xoxo
kiss and big hug


Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday # 6 - MEOW

Assalamualaikum ..






xoxo
kiss and hug

Tuesday, August 2, 2011

JUADAH BERBUKA PUASA PALING SYIOK

Assalamualaikum ...



Jom join segmen ni. Nak join klik SINI. Tetiba rajin baik punya petang ni. Sedap woooo dapat berbuka puasa dengan segelas dua air bandung cincau. Fuh ! Hilang dahaga :)

Terima kasih pada yang sudi tag, iaitu pemilik blog NI.


Dicekau dari abang google ..


Terliur plak dah. Walau tengok gambar je, terus rasa nak minum air bandung cincau je petang ni untuk berbuka nanti. heee :)

Nantikan entry pasal kek coklat ye. Arini terlebih rajin jugak sebab buat kek coklat kukus :)

Kenapalah NUFFNANG jadi macam chipsmore hari ni. Jom klik SINI.

Pelangi nak tag :



xoxo
kiss and hug

Monday, August 1, 2011

Tiga Kata I Love You

Assalamualaikum ..



Dah la asyik banyak hari tinggal bab jejak blog korang, tetiba hari ni sangat rajin sikit. Yeah! Habis semua di balas kunjungan. Penat gak nak sakitkan mata tengok blog yang memasing dengan cara memasing. Yang part ada lagu tu kasi bingit jer. Dah la tengah layan lagu, tuptup bunyi lagu sumbang lain. Terus rasa malas nak blogwalking. Adat manusia, ada kalanya benda yang korang suka, diri ini tak suka. Hurmmm ..


Cinta pada Ilahi adalah yang teragung. [Dicekau dari abang google]


Tiga kata I Love You? Bukan untuk kekasih hati okey. Single tau. Tak nak berkasih sayang. Mencintai Pencipta Nyawa adalah yang terbaik :)


Pelangi nak share, suka sangat lagu baru dari KRU yang bertajuk Tiga Kata. Best sangat lagu tu. Kalau korang nak rasakan kehangatan lagu tu, jom download kat SINI. Lagu ni pernah la jugak berkumandang dalam radio Era. Tak lama lagi lagu ter-HOT la kot. Muzik macam ala-ala kpop pun ada. Best :)


Video kat bawah sebahagian lagu tu. Ce try test dengar. Heeee :)







Lirik Tiga Kata - KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar

Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut 






Amacam lagu tu? Best tak? Dekat 6 bahasa pasal cinta kan. Siap boleh cakap tamil eh. Heeee :)

Pernah dengar pasal Music Unlimited? Untuk mengetahui mengenainya, sila ke SINI. Trimas ..


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails