Assalamualaikum & Salam Ceria ...
Alhamdulillah hari ni dah selesai menunaikan puasa untuk hari yang ke 19. Cepat masa berlalu. Tinggal lagi 11 hari untuk kita selesaikan puasa. Dan rasanya dalam kepala duk fikir segalanya, ada dalam 21 hari camtulah masa yang ada di rumah untuk melepak dan duk manje manje dengan sang meoww. Lepas pada tu, dah kena balik ke alam kolej kembali. Sadisnya ...
Hari ni, tentulah ada hidangan berkaitan dengan tajuk entry kali ni. Petai. Semua mesti kenal kan? Tapi, tak semua yang suka. Ada kata sedap, ada kata eiii busuk, ada kata tak sedap la. Macam-macam ragam. Setiap manusia, ada kelainan & kelebihan serta kelemahan masing-masing.
Kepada yang join GA tu. Terima kasih sudi support Pelangi. Terharu okey. Rasa nak kasi semua yang join GA tu je kad raya. Tengok keadaan nanti dulu :)
Rugi woooooo.. sapa yang tak makan petai. Jadi makin berselera makan nasi adalah. Arini mama masak sambal ikan bilis bersama petai. Fuh.. Memang sedap lah..
dicekau dari abang google
Arini hidangan ayam kurma, sambal ikan bilis bersama petai,sup tulang, ulam-ulaman (kacang panjang, timun) dan air ribena. Mama abah berbuka puasa kat luar, sebab ada undangan. Kita orang adik beradik je makan sesama tadi.
Sapa sini makan petai? Share lah masakan apa yang korang suka dimasak dengan petai? Satu lagi yang best dimasak dengan petai, udang masak merah bersama petai. Perggggghhhhh ! Best bro ! ;)
Petai dengan nama saintifiknya adalah Parkia speciosa. Nak sebut pun dah terbelit lidah. Boleh plak duk search pasal khasiat petai tadi. Ni diantaranya :
PETAI DAN KHASIATNYA…
Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
- Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
- Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
- Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi
masalah kegemukan. - Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
xoxo
kiss and big hug
35 comments:
heee tak suka makan petai tp udang masak petai suka eheheh.
sedapnya sambal petai. :9
petai oh petai..suke makan kuah yg de petai je..petai tu x makan..:D
petai yg byk khasiat!
peewitt~ nieh gler petai niey , bkn gler kentang ag dah .. kih3 ..
sedap2 tp shida mkn petai la pelangi :)
tapi sayangnya arisha tak suka petai and sebarang masakan yg bercampurkan petai arisha confirm tak makan..hehehe.
suka makan petai jugak!
kita tak makan petai lah awak
petai dok sedak,hok sedak budu ,hahaha :P
topan sangat suke petai!!!!nak2 masak sambal..wuuuuuu ^_^
Entri Terkini :Meriam buluh versi moden minimalis glamour
Entri terdahulu :Tips untuk bangun sahur versi #haramjadah
byk jugak khasiat petai ni, tp keburukkannye mulut berbau kot hehe..
petai mmbuatkan kencing saya berbau..
petai oh petai~sdp bt sambal udang petai. :)
sayo tak make mano petai.
sebab tak beso make.
try make.
mulut bau..hehehe
nice sharing pelangi ;)
sy suka makan smbal petai dengan udang.. hee
satu je kalo makan petai..jangan kentut suda..haha
ak x penah makan petai..tpi klu tempoyak suka la mkn
kaki petai..:)..good..syuk pun kaki petai..tadi baru makan separuh dari sepapan petai tapi bukan sambal la hehe..makan mentah2 je cicah ngan tempoyak hehe
petai ni mmg best tpi bau dia power hhehehe
kenapa gambar petai tue rasa sgt sedap..hehe;)
Byk khasiat petai ni ye..tp sayang sis x mkn petai..tahan ngan bau dia tu.. ;)
suka makan petai kalau dibuat sambal udang je..kalau makan camtu je tak lalu..hihi..:)
wah, tak sangka petai banyak kebaikan dia! :D saya tak pernah makan petai pun. nnti mungkin kena cuba tp org kata kalau makan petai kentut bsuk. yeke ? heheh. kalau kentut busuk..alaa..takutnya. hehe
Macam biasalah,sambal petai juga yang sedap..hehe
cik pelangi neh saja buat org terliur tau^^_
cedappnyer.. klu wat sambal ngn udang pun besh!
kat cni pun ader jual petai tau, yg frozen! hihihi
sambal udang petai makan la . petai sajo atoiii nanges mkan . haha
oh petai...sungguh enak dimakan begitu saje
lorh..patut ah berak2 bila makan petai. hehe...
petai goreng ngn ikan bilis sedapppp sgt!!bau kencing pun sedappp. haha
tak pernah try makan petai lagi..hehe..
Aaaaaa....Yui xsuke petai >.<
sambal ikan bilis dengan petai memang sedap, hehe XD
p/s : entahla, mood nak menulis tu hilang entah ke mana T__T
dik petai tu memang feberet sesangat tapi jering tak leh telan hahaha..
syg slmt ari raya yer :)
maaf zahir batin!
suka petai hik2
Org ckp petai tu mkruh.. Ek?
Post a Comment