Saturday, August 13, 2011

Siti Pelangi Binti Hujan


Assalamualaikum ...



Moshi-moshi. Senyum sokmo tau. Kalau ada masalah sekali pun, senyum la sikit, baru lah manis muka tu. Walau muka tak secantik Lisa Surihani dan tak sekacak Aaron Aziz. Alhamdulillah kita dah selamat berpuasa selama 12 hari. Cepat masa berlalu. Kan? Dan dan jer fikir nak raya..


Tengok si adik-adik duk beli songkok, rasa bahang nak raya makin dekat. Nak beli tudung baru, nak beli selipar baru, nak tu, nak ni. Macam bebudak yang tak baligh jer. Sengal ..


Rasa nak tukar style sikit boleh. Pakai tudung indon. Ala, tudung tu la, yang senang, tak perlu nak gosok bagai tu (malas sebenarnya nak meng-iron). Tadi mama duk beli tudung tu, dengan rakusnya, ku mencubanya. Muka ada pipi temtem macam ni susah nak sesuaikan dengan tudung yang pelik-pelik tau. Dah la manusia yang berkaca mata. Lagi lah susah nak sesuaikan. Nak rembat shawl pun selalu fikir empatratussaat.


Ni la Pelangi duk kata tudung indon. Hik Hik Hik (dicekau dari abg google)




Seronok dan teruja jer tengok gadis, awek dan kaum hawa kat luar sana yang comel bangat pakai tudung yang comel tu. Hanya mampu melihat & telan airliur saja.


Nanti lah nak kena beli satu dua tudung tu, senang nak pergi kedai. Tak perlu nak iron dengan sepenuh hati. Memang Pelangi manusia yang tak berapa rajin bab meng-iron ni. Walau kekadang dengan rela hati iron baju kemeja abah setiap pagi. Anak solehah kena ikut cakap ibu bapa kan :)


Eleh tajuk entry tu bukan nama sapa pun. Saje jer nak ter-over lebih bila cakap pasal pelangi. Ada jugak orang asyik tanya nama sebenar kan. Takkan nama " Siti Pelangi Binti Hujan ".. Habis semua nak pelangi. Dasyat. Dasyat. Ada tak kedai cat kereta yang sudi buat untuk cat 6767 jadi kereta warna pelangi. Mesti ceria jer sambil jejalan usha pakwe ensem tepi kaki lima. Hahaha ..


Merepek sudah. Terima kasih pada kaki blogger yang sudi terjah dan kasi sepatah dua kata kat entry. Terharu sangat. Kalau ada salah silap, nak mintak maaf ye. Kot-kot korang terasa hati ke apa kan. Manusia kan tak lepas pada kesilapan.


Ada BE baru lah kat Nuffnang, yang SINI haaa.. Terima kasih Nuffnang.


xoxo
kiss and big hug

21 comments:

EYP_g.0.n.z.a.L.3.s said...

pewiittt~ mst comel kn ..!! na tgok !! hik3 .. skang ni mcm2 jnis tdung kot .. yela , kte specky ni kne brani mencube kan .. na pkai lens tu cm rumit gler kot .. hee~

Wanie said...

hoho..ingat tudung ni name tudung pelangi..haha..wanie suke je pakai tudung berawning ni..first tak payah iron, second senang, sarung je! :)

fahmie firas said...

Best entry nie
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

ridzuan mokhtar said...

sgt style. minat2. nmpk manis je kn kalau perempuan pakai tudung ni. haha

al_hakim said...

tak salah nak berfesyen kan..huu..tp kalau org indon pakai mmg comel..hehe

iMBobo said...

eh, siap model tu?mcm pernah nmpak hehehe

Suria said...

pelangi, suria pon pipi tembab & specky..belasah jgak pakai tudung camni kdg2, senang sbb terus sarung jer..hikhik

sergeant keroro said...

hehe, pakai tudung apa-apa pon boleh. asalkan menutup aurat dengan sempurna :)

p/s : ingat nama betul tadi, haha :P

butik pengantin said...

Yang feymes sekarang tudung saji.Semua mencarinya.

meaw said...

meaw paling malas tudung indon tula duk tibai,hahahahha! fuhhhh,dapat BE siotttt,kerat dua :P

Rtp Farra Arisha said...

owhh tudung indon yg ni? it got many style and design actually. yg lebih cantik pun ada!! ;) meh sini nak tolong belikan!! hikhik.

aiman fanboy k-pop said...

konfem ayu serta merta akak bergaya yg tudung nih..heehee...^^

Liyana Zahim said...

Dun get cheated pelangi.. Mreke lawa sbb mekap, lens n bulu mata pelsu.. Kte pon ley jd cntik lau mekap2 bulu mata pelsu lens sume ni.. Pcyelah!

cik pha said...

seryes aku suka tgok girl y pakai tudung indon tu..nmpak kemas..tapi aku memang tk pakai..sebb klu aku pakai terus nmpak bulat jer muka aku hee

Yui_Wani said...

Yui x berapa berkenan sangat dengan tudung ni... =p

lalalaaaa

suka main pointer mouse kat sini. hahahaha XD

H.J said...

pakai kelambu je buat tudung..aha

sifu im said...

tu name tudung indon ke??tudung jakarta xde ke??

Hans said...

sokong komen Liyana Zahim

Shawn Razaleigh said...

ikut muka jugak rupanya tudung ni.awrr

JIJI YU said...

weyh..aku suke jgk tgk awek cun..normal la kan

amna said...

tudung awning saya pakai bila kena turun bawah beli kicap ke apa kt kedai :D

Related Posts with Thumbnails