Tuesday, August 9, 2011

Cinta Kau Dan Aku

Assalamualaikum & Salam Ceria ....



Ni bukan entry jiwang, tapi nak review untuk novel " Cinta Kau Dan Aku " dikarang oleh Siti Rosmizah. Novel keluaran buku prima. Harga RM19.90 dan mempunyai 684 mukasurat.


Bagi Pelangi bagi 4.5 / 5 untuk novel ni. Bikin gua menangis dewww. Jalan cerita mengenai seorang tomboy yang merupakan driver dan akhirnya berkahwin dengan bos sendiri. Amazing right? :)


Tak nak ulas banyak, kalau korang tak percaya mengenai ke-best-an (ada ke perkataan tu), search lah. Mesti ramai dah review novel ni. Untuk novel Pelangi beli ni dah masuk cetakan ke 8,9,10 untuk 2011. Hebat kan? Best seller tu. Rasa nak menangis, belilah karya Siti Rosmizah, pasti tak mengecewakan :)


* * * * * * * * *
Mampukah seorang tomboy menerima cinta lelaki yang juga bosnya?

"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Cinta Kau dan Aku menyelongkar kisah kehidupan seorang gadis lasak pintar; Nur Farisya Iman @ Risya yang mempunyai impian menjadi pemandu. Impian Risya tercapai bila dia ditawarkan jawatan pemandu peribadi pada seorang CEO muda; Farish Hakim. Pertemuan yang tidak disengajakan itu melahirkan cinta pandang pertama Farish pada Farisya. Hubungan yang makin akrab kerana keserasian Farish dengan sifat lurus , tulus juga keselambaan Risya makin melebarkan rasa kasih Farish pada Risya. Keuzuran yang menimpa ibu Risya di kampung dan huluran bantuan segera dari Farish telah membuka lembaran baru dalam kehidupan Risya bila dia diminta ibunya mengahwini Farish selepas selesai ibunya menjalani pembedahan. Risya yang terpaksa akur membuat rencana bersama rakan karibnya, Zack Kapcai dan Zamilah untuk mengelak dari berkahwin dengn Farish, namun rencananya terbongkar tanpa pengetahuannya dan selesai majlis ijabkabul dia dikejutkan dengan penampilan Farish sebagai suaminya!.

 Akur dengan suratan takdir, perkahwinan dilalui dengan redha namun sikap cemburu yang keterlaluan suami, ego, panas baran ditambah kemunculan adik ipar dan bekas tunangan suami memburukkan lagi suasana rumahtangga. Fitnah yang diatur kedua wanita itu akhirnya meleraikan ikatan perkahwinan yang baru berusia 5 bulan dan penceraian juga tragedi keguguran yang menimpa telahmembuka lembaran baru dalam hidup Farisya. Dia bangkit membina hidup baru.6 bulan berlalu, Farish kembali dan pertemuan secara tidak sengaja dengan bekas isteri akhirnya membawa kepada rentetan pembongkaran pakatan keji yang membawa kepada keruntuhan mahligai mereka dahulu. Farish yang insaf, sedar ingin kembali, namun Farisya yang sudah parah jiwa nya sudah tertutup pintu hati untuk memberi ruang untuk Farish kembali bertakhta.


Cabaran! Itulah perkataan keramat hingga tercetusnya ilham saya ini. Selepas terhasilnya novel pertama saya Andai Itu Takdirnya saya telah mencabar diri saya sendiri untuk melangkah sekali lagi ke dalam dunia penulisan ini. Jika dulu anda berendam air mata tapi kini saya cuba untuk membuat anda ketawa, namun sentiasa bersiap sedia kerana dalam tawa akan ada tangisnya. ~Siti Rosmizah~ 

xoxo
 kiss and big hug

15 comments:

emelyne said...

sy da bc novel ni bnyak kaliii ! bestt ! mmg meleleh la.....huhuhu best2....:P

Raihana said...

macam bes je novel nie.kena bace nie!hehe=D

GadisNotaPelekat said...

wah2 .. becinte dgn novel plak ye cik pelangi nieh .. hee~

LiLy @ MaMaQiStInA said...

mcm best jer citer ni..
Dulu akak suka baca Novel..tp skrg since dh anak ..dh tak terlayan dh novel.. ;)

Unknown said...

aaaa...tomboi pon tomboi la..heheh

syuxer said...

syuk jamin boleh menangis baca novel neh..heheh coz baca dari review wanie, dah boleh agak yang citer novel neh memang menarik untuk dibaca coz dia mengupas soal isu rumahtangga,kehidupan yang sememangnya ada berlaku zaman sekarang dan sebagainya...

K said...

sponsor boleh?? macam best pulak XD

Unknown said...

salam..

thanks sudi kunjungi blog alif..

insyyaallah satu hari nanti alif buatkan k..

Hafizin Jamil said...

kalo tebal2 macam ni..konferm lelaki tak baca..aha

Hans Hanis said...

salah tu H.J...aku baca je buku tebal2..lagi tebal dari nih pun penah baca
:-)

skrg sdg baca novel hlovate

tomatokering said...

dah bace !! yupp best !!

ce try baca doktor cinta dgn sayangku merajuk .. tip top !

Muiz Ilusinasi said...

bru je igt nk start bca novel ni..mcm best jer..^^..
p/s : yup sy laki dan sy bca novel..pelik ker? huhu

Unknown said...

tomboy pon pompuan pe

MEGAT ISKANDAR ZULKARNAIN said...

rajin nye lah cik pelangi nie dgn novel bliau kan..hehe

Anonymous said...

nantikan pula di RTM2 cerita "cinta kau dan aku".....

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails