Tuesday, August 23, 2011

Hanya Doa Menjadi Jalan Terakhir Ku

Assalamualaikum .....



Moshi-moshi, dah 3 hari tak karang entry. Takde mood punya pasal. Mana nak ada mood bila jantung hatiku tidak gembira. Bukan pakwe makwe lah, Pelangi masih single okey. Bukan gaduh manje ke apa. Tapi masalah. Glurpppp ..


Setiap orang mesti ada masalah. Right? Dah memang lumrah dunia. Kalau sapa takde masalah lagi sejak dia dilahirkan, ce bagi alamat rumah. Nak pergi beraya nanti, pasti nak adakan sesi soal selidik. Ada tak?



Sememangnya dugaan tahun lepas, masih melekat dalam kepala otak ni. Ada plak dugaan mencabar untuk tahun 2011. Kadang-kadang bila fikir, mesti dah give up dengan segala jenis masalah ni. Bila fikir rasional, apa guna menjadi hamba kalau Allah uji dengan sedikit dugaan, terus nak give up.


Kuatkan hati itu yang wajib. Selalu tabahkan jiwa raga seperti kata-kata, Allah berikan kita ujian, dugaan, masalah, untuk kita lebih tabah menghadapi dunia, untuk kita sentiasa mengingati Yang Maha Kuasa walaupun dalam keadaan gembira dan sedih, masalah / dugaan juga akan mematangkan kita. Manusia memang tidak sempurna. Tapi, sentiasa mengubah diri untuk menjadi yang sempurna ..


Dalam Allah menguji hambanya, bukannya hanya berdoa dan berserah segalanya pada yang Kuasa. Berusaha sedaya upaya dengan sabar.. Suatu kejayaan mana ada datang bergolek.


Doakan Pelangi dan keluarga semakin tabah menghadapi dugaan ni. Hanya pada Mu tempat ku mengadu. Keluarga ku adalah yang paling ku sayangi dari segalanya. InsyaAllah berkat bulan Ramadhan yang mulia ni, semuanya berakhir dengan kegembiraan. Amin ...


xoxo
kiss and big hug

25 comments:

GadisNotaPelekat said...

sbar ye sys ..!! ade hikmah d sebalik sume tu kan ... :)

syafa said...

hamba terpilih j akan diuji.. kna3?? hehe

gud luck. b strong ya. ikhlaskan diri :)

Namee Roslan said...

hey, :)

ape2 pun sabar ye menempuh dugaan mahupun kecil atau yang besar. Allah uji umat dia sebab Allah sayang :) kita hanya mampu berdoa untuk kuatkan hati kita. InsyaAllah everything will be ok. :) smiles okay :)

came from nameeroslan. :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

biler kiter di duga makanya kiter dekat denganNYA....insyaAllah lepas diri dugaan diri akan lebey tabah... don't give up yer

Nurul Iman Rosman said...

banyak2 sabar.
think positive :)

K said...

aminn, semoga pelangi dan keluarga tabah. insyaAllah =)

Syazwan Che Deraman said...

bakpo ni?.

cara Allah sayang hamba dia adalah dengan menguji hambaNya itu.

think positive :).
semoga awak dan family tabah.
semuanya akan ok..

Hanim Irsyad said...

dear, bersabar laa.. ade hikmah disebalek sume yang terjadi :)

http://irsyanim.blogspot.com/2011/08/editing-header-for-natasya.html

LuN@_aiDi said...

kenapa neh adik pelangi?
tak mau cedey cedey yea (:
nnt tak leh jadi pelangi, kne jd hujan lak ^___^
setiap dugaan yg Allah berikan musti ada hikmah
disebaliknyer^^
bersabar & bertawakal ler dengan ujian daripadaNya ^^_
insyaAllah ada penyelesaian ^^

Unknown said...

kuat okeh pelangi! kuat! pelangi boleh! yeaaahhh <-- kata2 semangat yg tak berapa nak semangat XD

Unknown said...

perghh..mcm parah je dugaan tahun lepas tuh..

Anonymous said...

semoga tabah ye.. sabar~~

Hafizin Jamil said...

oo..pelangi single lagi..

Taufan Bin Ribut said...

assabruminaliman ye ^_^

Entri Terkini : Shopping Raya yang sakan

Entri terdahulu : Mercun rocket buat aku terbang tinggi-tinggi

Unknown said...

pasti ada hikmah semua nya tu~

syufaa said...

cik pelangi kite ni kuat!
you can get through it.
chaiyokk2! :D

Dorky Guy said...

saya tak pernah ada masalah. sila la datang beraya ok?

xoxo
kiss and big hug

Anonymous said...

yes..penyelesaian ngn doa..

btw dok tanjong chat gk ko?? jupo dh taman jaya tu mane??hehe

Unknown said...

betol..berdoa dan berserah

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ada hikmah disebalik yg berlaku tu dear....byk2 bersabar ok...

samat hari raya....

Qaseh Dalia said...

dalam kita di uji..Allah ingin mengajarkan kita sesuatu .. hepy2 je syg

tomatokering said...

aminnn ~ dugaan mematangkn kite .. ecehh ;)

Shida Radzuan said...

pelangi byk kn besabar..dugaan tu sentiasa ada tuk kita ~

syuxer said...

emm wanie..banyakkan bersabar tau..emm tak nak la family n wanie serabut perut hehhe..

memang benar,lumrah kehidupan kita tak akan dapat lari masalah..apapun syuk doakan wanie sekeluarga dapat settle masalah itu dengan seelok2 jalan..amin..

Anak Wak Mail said...

aminnn..dugaan tu mematangkan kita..:)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails