Assalamualaikum ...
Dari hari Jumaat sampai kelmarin, Pelangi berkampung di Jeli. Sangat terpencil dari bandar Kota Bharu. Dekat 2 jam baru sampai di sana dari Kota Bharu. Semalam plak, bertolak lepas Isyak, dekat pukul 11.30 malam baru sampai rumah. Haish! Walau baru 2 hari berpisah dari connection internet, dah rasa terkapai-kapai dah..
Sebenarnya pergi sana, selaku peneman mama yang setia. Chewah! Sebenarnya, malas jugak nak pergi tempat jauh ke sana. Lain lah kalau pergi Genting ke, Cameron Highland ke, best jugak kalau pergi area sana kan. Ni ke Jeli...
Kat sana ada program kebajikan bersama rakyat anjuran MIDA KL. Mama plak selaku MIDA KB kena join jugak. Dalam 30 orang pegawai dari MIDA KL datang dengan bas ke destinasi yang ditujui, iaitu di Pondok Moden, Jeli.
Tengok pandangan dan cara orang bekerja ni best jugak. Selalunya bergaul dengan pelajar je kan. Ni dengan pekerja, lain plak cara pemikiran.
Pagi kelmarin (Sabtu 6Ogos2011), dalam pukul 9.00 pagi, dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut setiap Dun iaitu Ayer Lanas, Bukit Bunga dan Kepala Balas.
Pelangi memang pengikut ke mana mama pergi. Hee.. Mama kena pergi Ayer Lanas. Sesi pembahagian barang keperluan kepada golongan miskin, OKU dan ibu tunggal. Memang masuk perkampungan lah. Tak sangka ada kawasan penduduk dalam ceruk kampung cam gitu.
Dengan suasana hutan, masuk kawasan kampung tu pun, memang van tu asyik bunyi calar calar. Sebab kena ranting kayu la, akar pokok la. Mencabar betul. Dah macam dalam "Bersamamu" pun. Heee :)
Setiap Dun perlu siapkan tugas untuk 16 buah rumah. Setiap ceruk rumah bukan dekat. Jauh weh. Dengan jalan berlumpur lah. Sayu jer di hati. Ada yang makcik tu yang OKU, sedih sangat tengok. Dah la keadaan sekeliling yang kurang bersih, rasa sebak je di hati..
Penat gak walau ditugaskan macam tu. Tapi kan sekarang bulan puasa, punyalah dahaga. Cuaca lak yang panas. Memang rasa mencabar hari tu. Dalam pukul 1.30 petang baru kita orang sampai di penginapan. Balik terus baring. Heee :)
Dalam pukul 6.00 petang plak dengan berbaju kurung, ada majlis penyampaian zakat kepada anak-anak yatim yang disampaikan oleh isteri Dato' Mustapha Mohamed. Petang itu jugak, sesi berbuka puasa bersama anak-anak yatim.
Sampai disini dulu berita pasal tu. Hari ni nak rehat dari jejak korang. Esok akan bermula kembali sesi jejak menjejak. InsyaAllah kalau masa :)
Alhamdulillah kita semua dah berjaya menjalani puasa selama seminggu. Tinggal 3 minggu lagi. InsyaAllah dengan izinNya kita dapat menjalaninya dengan baik dan diberi nikmat badan yang sihat :)
p/s : Terkesima pada malam hari Jumaat tu, Dato' Mustapha Mohamed duduk bersila atas tikar je pun. Minum air kopi dan colek buah. Dato' Mustapha Mohamed merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau menteri yang sangat tidak sombong. Memang tabik ah! Hari Sabtu plak, beliau singgah walaupun sekejab, dan ada yang nak bergambar. Bergambar atas tangga pun tak kisah. Memang kagum lah menteri macam ni :)
xoxo
kiss and big hug
28 comments:
sonok nye sys ..!!
camne ase duk bp ari kt jeli.haha etty pnah duk jeli 3taon dear. sumpah bosan glee time tuh
sekali sekala dpt pegi kawasan yg jauh dr bandar KB best gak kn pelangi ^^
bagus betul, memang untung :)
p.s : program camni patut selalu ada XD
MIDA (Malaysian Industrial Developent Authority)
khas ntk sesiapa yg x tau..
bagus nyer mak pelangi ada boss down to earth camtu..
ni ak ase nk bodek menteri neh... hahaha... nk subsidi lebey ker??? hahaha... jem2....
hahaha.... aissshhh...cam bodek menteri jer... ker nk subsidi lebey neh"???? hahahha.. jem2...
berbakti la untuk rakyat negeri kelantan.... chewah!hehe
p/s: rindunya kat orang tu :P
peneman setia mak la ni..?aha
Jeli? rasanyer pernah sampai.
time keje uitm dulu, tp kteorg melawat org asli^^
jauuhhhh kedalam hutan^^
seronok niiii.
btw, ssh nk jumpa menteri yg sporting mcm tu.
:)
even penat tapi best.
:B
bestnya jalan2..^_^..nak ikot!!!
untung lah
:-)
saya selalu jgak ke jeli..dari atas..hehehe.
memang terpencil tempat tu..
dikelilingi bukit bukau.
selamat berpuasa ;)
tak pernah join prog2 mcm ni..teringin gak..huhu
bagusnya teman mama...hehe
kesiannya yg mereka duduk di kawasan pendalaman tu...
alhamdulillah...masih ada kan menteri yg mesra rakyat...;-)
tak pernah smpai jeli lagi dik..tapi sesekali join xtvt camni best juga kan :)
tenanggg~
saya bangga jadi orang jeli hehehe...mesti cik pelangi tu pegi kt Kg. Sungai Satan ke Kg. Legeh kan???
waa setapa mamat
org jeli doe
best join mcm ni..
dapat kenal
pelangi pun join jugak?seronok gak kan join program camni..
seronoknye jalan
:)
tapi best tu ada pengalaman buat kebajikan...dpt jumpa org ramai....
perghh aku salute dgn dato'mustapha tu ..
tak lupa daratan :)
Dato' mustafa ada anak laki yg ensem? Jike ade nk bknelan.. Add sy kat pesbok taww.. Hahhaha~
kalau pemimpin berjiwa rakyat,memang patut kita respek..:)
best kan gi melawat rumah2 orang yang miskin..coz disitu kita akan merasai kesusahan orang2 yang dok dikawasan pendalaman kan..syuk suka sangat aktiviti camtuh..rasa bangga dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan..
Post a Comment