Friday, October 28, 2011

Cinta Hancurkan Cita


Assalamualaikum ....

Apa yang penting bagi korang ? Cinta or Cita ? Suatu persoalan yang hanya diri sendiri boleh jawab. Jangan nak tanya orang lain plak untuk jawapan diri sendiri. Masing-masing ada jawapan tersendiri. Bukannya nak tunjuk lagak or whatever. Sama - sama muhasabah diri, mana baik kita sentiasa dahulukan. Yang tak berapa elok tu, kita ubah menjadi lebih baik. Ambik masa sejenak, ataupun berjenak-jenak untuk korang hayati dan muhasabah diri. InsyaAllah semuanya dipermudahkan :)


Apa yang dikatakan cinta hancurkan cita ? Bukan nak kutuk, bukannnya nak pandang serong dengan awak awak yang bercinta. Ni hanyalah pandangan diri Pelangi dan nak share pasal ni. Untuk jadikan teladan dan pengajaran buat kita yang sentiasa leka dek dunia yang semakin ke akhir zaman..


Ketika cinta masih berputik indah. Semuanya manis dan cantik. Kalau lah awak bunga, saya lebahnya kan sweet camtu. Yang sentiasa bersama awak hidup dan mati. Last-last, awak si gadis mati sorang-sorang. Sebab bunuh diri, si jejaka seronok dengan gadis lain..


Bila dilamun cinta, semuanya manis. Mungkin peluh pun korang kata wangi macam perfume. Dah tak nampak keburukan dan kelemahan masing-masing dah. Semua nak cantik jer di mata. Tak salah tu semua. Tu akan bagi korang semangat yang utuh untuk korang lebih berjaya, dan sentiasa dan sentiasa untuk majukan diri. Nak cepat-cepat habis belajar. Naik pentas, amik segulung ijazah dan pakai topi konvo. Lepas tu, masuk ke alam kerja dan kahwin. Memang semuanya best bila berangan tu semua, sebelum capai masa depan, berangan tu perlu kan?



Bila dah berjumpa yang disayang. Sanggup ke lautan api. Sungai pun tak pernah lepas pun, ada hati sanggup nak berenang ke lautan api...


Angan-angan akan naikkan semangat kita untuk lebih berjaya dan rasa ingin cepat cepat masa berlalu dan boleh kecapi nilai kebahagian. Itu semua kehendak manusia. Semua manusia nak bahagia dan berada di samping yang tersayang. Namun, mungkin.. ada yang terbabas ke zon yang kita semua tidak pinta. Yang kasi kita hilang segala-galanya dalam sekelip mata. Bila dah menyesal dikemudian hari, maka, rosaklah segalanya..


Ni bukan nak jatuhkan maruah sesiapa. Hanya kongsi apa yang rasa benda penting. Dan untuk pengajaran diri sendiri, yang kadang kala leka dibuai arus dunia. Entry ni, sepertinya lebih serius daripada biasa. Ada masanya kita serius, kita gelak tawa, kita bersedih dan macam - macam perasaan lagi. Itu dah lumrah manusia.


Tapi, Pelangi sentiasa mendoakan si mangsa sentiasa diberi petunjuk olehNya. Walaupun, Qiqi (bukan nama sebenar) adalah manusia yang tidak mempunyai pertalian darah dengan Pelangi. Dan semestinya mempunyai pertalian hubungan atas dasar cucu cicik Adam. Walau kita tak sebagai seorang kakak dan adik yang rapat. Dalam masa singkat, semuanya tinggal kenangan bersama ..



Bila semuanya berakhir, si jejaka hilang kemana, si gadis merana sorang diri. Tu yang ada kes bunuh diri la. Macam-macam. Fikir pun dah tak rasional. Yang semuanya manis dah bertukar jadi pahit dan kelat mungkin?






Indahnya lagu ni.. Bawalah jalan pulang kepada mereka yang sentiasa sesat & diri ini. Dan berikan hidayah dan petunjuk dariNya .. Amin .



Di kesempatan ini, tak terluah di fikiran nak cerita overall jalan ceritanya buat kali ni. Maybe, ada part II dan seterusnya. Segagah mana kita pun, iman wajib gagah juga. Dunia kita yang semakin membuatkan kita sebagai manusia yang beragama Islam semakin hanyut. Ramai yang Islam atas dasar dalam IC. Disini Pelangi meluah perasaan ni, bukannya nak berlagak yang diri ni sentiasa perfect dan boleh jadi ustazah. Ni semua juga sebagai nasihat dan pedoman pada diri Pelangi sendiri...


xoxo
kiss and big hug

Thursday, October 27, 2011

GAME : Tag, Tanya dan Jawab

Assalamualaikum .....



Uhuk uhuk uhuk.... Sedih sikit, sebab hari ni dah start kuliah. Tapi petang ni baru ada kuliah, pukul 4 petang. Malasnya. Rasa nak ponteng. Haish! Takleh ajar ponteng-ponteng. Okey okey Pelangi pergiiii.. Huu..


Dah lama tak main sesi tag tag pasal tanya soalan. Seronok gak kadang-kadang. Dapat baca kisah korang dan sebagaimana. Ni kes di-tag oleh si Rain. Korang WAJIB terjah blog dia. Memang suka panggil dia Rain. Hik Hik Hik ...


Dicekau dari abang Google :)


Ada 11 soalan dia tanya. Banyak tu. Jom jawab menjawab. Macam nak jawab soalan final exam plak :)


1. Apakah perkara yang paling korang benci ?
Perkara yang dibenci? Memang tak suka manusia yang muka talam. Bukannya muka depa ada talam yang boleh buat hidang air time hari raya tu. Tapi, depa ni jenis yang depan cakap lain, belakang cakap lain. Apa motif nak ada perangai camtu tak tau. Macam la kita ni bodoh kot. Lastly, dia akan terperangkap jugak dengan kisah dia yang bercabang. Dah macam ular. Hik Hik Hik :)


2. Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan ?
 Aktiviti cam biasalah. Duk diam-diam dalam bilik sambil berangan. Berangan untuk masa depan? Perlu la kan. Ngeee.. Bila sorang-sorang, memang tiba masanya bersama blog :) Memang duk sorang pun sekarang. Bilik sorang punya. No roomate :)


3. Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan ?
Apa ye... Haaaa...Maybe nak tukar sikap pemalas kepada rajin dan rajin. Ni asyik malas nak study. Bab mengadap laptop tak malas plak. Fuh fuhhhh.. Jadilah rajin please. Heee :)


4. Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan ? Kenapa ?
Semestinya keluar dengan kawan. Kawan the best lol. Kenapa? Sebab kawan adalah segalanya. Kalau keluar dengan pasangan, bila fikir balik. Macam membazir masa jer. Rugi plak masa terdahulu diisi dengan pasangan. Chewah ! Sekarang ni single mingle :)


5. Korang suka baca komik tak? Kalau ya watak apa yang paling korang suka ? Kenapa ?
Komik ? Suka jugak la, tu semua zaman sekolah dulu la. Sekarang takde plak nak layan komik. Lebih suka komik ala-ala romantik gitu. Jiwang la sekali sekala. Komik unsur lawak jenaka pun serius best gila. Takde la sambil nak gila. Gelak gelak sudah ..


6. Korang nak pasangan yang macam mana ? (Selain beriman, hormat ibu bapa, bekerja dan blablabla.. -jawapan cliche)
Ewah ! Soalan.. Tak menahan nak soalan cam gini. Cam mana eh? Ok la, tak nak memilih milih kan.. Dah boleh terima Pelangi dengan seadanya pun dah syukur tau. Kalau boleh nak yang pakai spek. Memang terpikat dengan boy pakai spek. Nampak comel la, walau nampak sedikit nerd. Ehehehee..


7. Korang suka cerita genre cam mana ? Kenapa ?
Phewittt ! Mesti lah nak yang romantik.. Syiok woo layan yang romantik. Pastu berangan  3 4 saat. Tu pasal suka sangat layan drama korea. Mereka sweet maca gula gula tau. Dah la muka comel comel jerk.


8. Korang  ni sensitif tak ? Apa yang mudah membuatkan korang terasa hati ?
Takde lah sensitif macam budak manja. Nak cubit sikit dah menangis. Tapi ada la perasaan sensitif tu. Kalau bab kawan tu jenis cakap menipu memang bikin gua terasa hati wei. Lebih lebih lagi kalau kawan baik buat camtu. Kita ni dah la ikhlas punya berkawan, depa duk suka menipu nipu. Macam boleh hidup lama dengan segala penipuan. Tak ke mana gak wei. Kan ? Ce fikir :)


9. Korang terjumpa RM100. Apa yang korang lakukan ?
RM100 ? Ambik buat beli MCD. Eh eh gurau jer.. Takde lah nak jadi pelahap cam gitu.. Usha kanan kiri, kalau ada orang sekitar situ. Tanya lah, kot-kot depa punya kan. Baik tak Pelangi ? Sengal puji diri sendiri.


10. Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama ?
Pasangan masa depan takde lagi. Masih kekosongan. Sapa nak isi kekosongan tu. Sila buat resume ye. Hik Hik Hik :)


11. 1st impression terhadap Rain ?
Rainn !! Aku rasa nak suruh ko belanja makan bila nampak muka ko.. Sebab ko dah kerja. Lagi pun rumah ko dekat jer kan dengan UKM. Jahat tak ? =)



p/s : Sapa nak jawab soalan tu semua. Sila sila lah ye. Share is caring :)


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, October 26, 2011

Hero Sampai Syurga

Assalamualaikum ......



Hoooorey! Arini cuti. Kenapa tak cuti 2 3 hari lagi kan? Kata 1 Malaysia. Ngeee.. Ni sehari jer. Tak habis lagi nak rehat lama-lama ..


26 Oktober again. Happy Birthday for my hero. I love you very much. You so special for me. And I wish that I will success like you. You are the best for me. My life complete and became so wonderful with you. 


# Tetiba nak speaking konon. Heeee..


Serius, sebak dan menitis airmata bila kenang segala kenangan bersama. Dikau lah hero dan dikaulah segalanya. Tiada siapa yang dapat ganti kasih sayang mu. Bersyukur dikurniakan hero yang paling kuat dan sentiasa tidak bosan layan Pelangi. Sentiasa beri yang terbaik untuk ku.


Hero yang sentiasa jugak habiskan masa bersama dekat Mcdonalds. Dah tau Pelangi suka dengan MCD. Walau kena marah or whatever, Pelangi sayang sampai syurga ..


Semoga hero tersayangku sentiasa sihat dan perkasa untuk mempertahankan segalanya. Hero yang paling kacak dalam dunia. I Love You Forever & Ever :)



Dicekau dari abang Google :)


Happy Birthday Abah :)
Kakak sayang Abah :)




xoxo
kiss and big hug

Tuesday, October 25, 2011

Dugaan Tu Macam Lawan Lawan Dengan Ultraman Ke

Assalamualaikum ....



Kalau dugaan macam kisah lawan lawan dengan ultraman tu. Mesti best. Kejab je dah settle. Memang best kan. Tapi, realiti dunia, dugaan datang berlumba-lumba macam air hujan mencucuri bumi UKM setiap petang. Bila dah ada dugaan tu, esok lusa, dugaan ni datang plak.


Kalau dugaan tu macam makanan best jugak. Dapat kenyangkan perut. Hek Hek Hek :)


Arini dugaan comel punya. Pendrive masuk virus. Kalau virus cinta takpe gak. Nak namakan virus tu "Virus Lapar". Nak tau kenapa Pelangi cakap camtu?


Dicekau dari abang Google. Pendrive edisi kasi lapar. Cun gak



Sebab dia makan semua folder. Habis lesappppppppppppppp I punya assignment. I punya coding. I punya segalanya dalam folder. Memang lapar lahhhhh kau si virus.. Geram !!


Terpaksa search dan search kembali nak dapatkan coding untuk assignment OpenGL. Sakit mata tau duk nak usha sana sini. Nak menangis pun ada..


Tu la, sapa suruh tak buat backup dalam lappy. Nahas tol. Dah la kena submit 28hb ni. Kalau kena submit esok camna. Gigih tak tidur la jawabnya.. Orang duk nak beraya esok. Kita duk gigih taip sana sini. Tak ke rugi tu..


Eii. Geram tak habis lagi ni. Rasa nak lempar jer pendrive masuk kolam ikan. Biar rosak. Padam muka dia. Padam muka Pelangi gak. Sebab kena beli yang baru. Hoho ..


Ni kes pc kat lab la ternak virus. Kalau ternak macam ternak ayam boleh jugak buat ayam percik. Ni ternak virus lapar. Lapar dibuatnya nak melayan kes virus hari ni. Dah la sekali scan kat lappy. Amik kauuuuuuuu dalam 84 virus detect...!! 84 ekor kot..


Kalau 84 ekor ditukar kepada RM84. Best gila. Belanja kat MCD hari hari. Haha :)

Perasan tak. Pakai background baru. Suci jer mata memandangnya. Chewah !

Cau dulu. Byebye. Yeahhhh esok cuti .....


xoxo
kiss and big hug

Sunday, October 23, 2011

Indahnya Kasih Sayang Yang Halal

Assalamualaikum ...



Macam apa plak duk buat tajuk entry macam tu. Bajet dah kahwin konon. Alololo..


Semua manusia nak bahagia kan? Ke ada yang nak hubungan yang kucar kacir ..? Kalau ada tu, ada something wrong la tu. Ataupun, urat saraf kebahagiaan dah putus. Heeee ..


Seronok jer tengok kawan-kawan bahagia. Yang tu dah kahwin. Yang ni dah kahwin. Bestnya korang dah ada teman nak tidur. Diri ni jugak yang still lagi bantal jadi teman. Jodoh korang awal nak buat cam mana kan?


Dicekau dari abang Google :)



Tapi, memang tak fikir lagi pun siapa dan siapa jadi lelaki masa depan ku. Kalau dah jodoh tak kemana. Kejar cita-cita dulu, bila cita-cita dah tercapai. InsyaAllah adalah tu rezeki nak naik pelamin :)


Adui.. Entry macam ni plak dah. Ni kes 2 hari berturut-turut jumpa dengan budak kembar. Dah la comel. Eiii geram! Pakai skirt plak tu. Alahai.. Lemah semangat tengok baju baby. Sana sini comel.. Ada riben la, ada yang belang-belang warna pelangi. Haish ..


Suka kata-kata Greg Behrendt ni .. " Breakup are among the most excruciating things that can happen to a person invited the concert called life.. "


Sebelum kecapi kebahagiaan, kita akan lalui kesedihan dan keperitan hidup. Esok ada kena submit proposal. Tapi still merepek kat blog. Ngeeee...

Cau cin cau. Bandung cincau best. # Tetiba jerp..


xoxo
kiss and big hug



Saturday, October 22, 2011

Untunglah Kalau Ada DSLR

Assalamualaikum ....



Jumaat 21Oktober2011, Oh yeah! Sebab takde kuliah. Syioooookkkkk :)

Sapa yang tak seronok kalau hari Jumaat free. Syiok habis! Walau Isnin sampai Khamis kuliah semua sampai petang. Tapi kelmarin petang ada taklimat pasal cyber security. Mengenai security data kita dalam internet, mudah jer orang nak hack kan? Terkedu jugak dengar mengenai tu. Rasa nak mendalami plak course cyber security. Kerja pun dasyat. Boleh mencecah RM125K setahun. Fuyooo !


Dalam pukul 12 tengah hari, DBK dengan lemah lembut meluncur ke Alamanda Putrajaya. DBK(kereta kesayangan). Kelate mari, plat kereta semestinya dari sana. Rindu Kelate!


Pergi sana dengan Kak Nana & Tia. Bertiga jer. Kalau kak Nana baca ni, senyum senyum la tu. Heee :) *segannya....*


First time bawak DBK pergi sana. 7km jer dari UKM. Walau 7km pun, jalan tu semua guna kak G jerk. Bukan kakak Google, tapi kakak GPS. Terima kasih kakak GPS :)


Edisi snap sana sini bila dapat DSLR. DSLR Kak Nana punya. Heeee.. Terima kasih gak, sebab kasi kita orang sentuh dan manje-manje dengan DSLR tu. Bila nak kerja ni. Nak beli. Nak beli. Idaman dari dulu lagi tu... Huk Huk Huk..


Ke ada yang murah hati nak kasi sempena hari jadi tak lama lagi. Sebulan lagi la kiranya, sebab hari ni dah 22 Oktober. Ngeeee ..


Meh usha gambar sedikit sebanyak. Nak upload semua tak leh la. Semua gambar dalam 284 keping berjaya dicapture untuk kelmarin jer. Haha. Gila gambar sangat :D





Taman belakang Alamanda :)


Peminat HUJAN. Siap ada sticker HUJAN kat DBK :)

Cantik bukan ?



Yeah. Tampal muka sendiri. Yang kat tengah tengah tu haaaa tuan blog. Yang pipi dah 40kilo. Hehe

Bubye. Jaga diri. Penat & Hampa dengan something la hari ni. Susah nak kawal orang bila dah 33 orang kan? Semua nak ikut haluan sendiri. Bukan nak suruh dengar 100%, tapi berilah kerjasama sedikit sebanyak. Sobs Sobs Sobs. :(


xoxo
kiss and big hug

Thursday, October 20, 2011

Cucur Udang Cucur Ikan Bilis Cekodok Ce Cerita

....Assalamualaikum....



Senyum manis-manis dah ni. Manis macam gula melaka dah kot. Hik Hik Hik :)

Yeayyy.. Esok dah free. Takde kuliah. Tapi petang esok ada taklimat pasal cyber security plak. Baru nak rehat yang panjang. Syiok habis kuliah hari Jumaat takde, tapi kuliah hari Isnin sampai Khamis memang padat macam ikan sardin. Adat jadi student la kan penat pergi kuliah.

Nasib dah bawak pacuan 4 roda. Tak lah susah nak kena tunggu bas. Kalau tak, mesti asyik merungut lah penat lagi sebab kena berkejar-kejar nak naik bas.


Edisi entry makanan ni. Yumyum !

Cekodok? Jepuk ? Aiseh! Bahasa baku panggil cekodok kan? Bunyi suci dan sedap jer. Tapi Kelate punya bahasa lak, panggil Jepuk *sebut kasi betul...*.. " Nok jepuk duo riya .. " siap bagi dialog lagi ..


..Cekodok Pisang.. 
Walau hitam hitam tak secantik cucur udang, tapi sedap okey :)



Jepuk / cekodok ni ada macam-macam jenis. Ada yang ada ikan bilis, ada yang letak pisang. Phiewwww.. Buat untuk hidangan petang. Syiok tu. Dah la sekarang musim hujan. Lagi lengkap. Makan panas-panas. Habis tu sepinggan dua. Ye kan?


 ..Cucur Udang..
Makan dengan sos. Fuh! Mengancam. Pasti nak lagi..


..Cucur Ikan Bilis..
Rangup rangup:)


Cucur plak. Edisi cucur udang pun ada. Letak udang banyak-banyak. Makan dengan sos. Menjilat jari jugak ni. Heee.. Balik kelas tadi, pukul 6.30 petang camtu.. Beli cucur udang, kelmarin terasa nak makan goreng pisang. Dah nampak cucur udang, sambar terus RM1. Sedap sungguh makan panas-panas..


Kalau jepuk malas? Anda tau? *skema nerd soalan tu.* Bukannya kalau makan jepuk tu, anda akan jadi malas. Itu tidak akan berlaku. Tapi, MUNGKIN akan berlaku. Berlaku, disebabkan makan banyak sangat. Lepas tu, terus malas nak buat kerja. Rasa nak tidur jer. Dah kenyang perut, memang riang ria lah kan..


Orang Kelate memang panggil makanan kat bawah ni jepuk malas. Tak tau lah nape dinamakan sedemikian mungkin. Kalau orang KL panggil kuih tu apa plak? Takkan cekodok rajin kot? Heee =D



..Jepuk Malas..
Tak tau nama saintifik KL bagi kuih ni. Hik Hik Hik ..



Dah beli siap-siap hidangan dinner nanti, nasi lemak ayam berempah. Phuhhhh! Sedapppp ..

p/s: Semua gambar diatas diculik dari abang google :)


xoxo
kiss and big hug

Wednesday, October 19, 2011

Belajar Menghargai Kekasih Ku Assignment

Assalamualaikum ...



Rajinnya nak update entry. Kerja berlambak-lambak. Kalau boleh lelong, dah boleh buat beli iphone dah kot. Yela kan.. Assignment , projek , tu semua tak rasa berharga lagi sekarang. Bila dah masuk alam kerja. Sumpah kau akan rindukan zaman tengah buat assignment.

Ada yang tak tidur malam sebab nak siapkan assignment. Ada yang tidur sejam dua. Tu yang suka buat last minute. Mula lah tak cukup tidur. Mula lah merungut macam-macam.


Pelajar tak boleh nak lari dari assignment kan? Dah namanya daftar masuk belajar. Memang tu lah kerja. Mengadap assignment dan task-task lain.


Macam-macam pengalaman dulu masuk dalam kepala ni haaa fikir pasal assignment. Ada tak yang pernah copy paste assignment kawan? Hik Hik Hik :)


Zaman diploma dulu, pernah jugak buat perangai tu. Dah namanya nak kena submit cepat. Takkan nak dapat markah 0 kan? Rugi woo. Kawan kena tolong kawan kan? Hahaha ..


Waktu sekolah dulu, cikgu suka sangat bagi kerja sekolah kan? Dah masuk alam universiti, Prof plak suka bagi task-task, dan projek. Glurp!

Sem ni pun ada 3 projek kena buat. Bukan senang tu. Nak siapkan proposal pun dah rasa seram. Apatah lagi projek paper. Baru tahun dua tu. Tak masuk lagi final year. Huuuu ..


Sampai sini dulu. Bumi UKM hujan lorh. Rasa nak makan goreng pisang panas panas. Fuh! Sedap tu..



xoxo
kiss and big hug

Tuesday, October 18, 2011

Nak OLe - OLe Korea dari yanayassin.blogspot.com

... Assalamualaikum ...



Mari mari join GA baik punya. Fuhh Fuhhh nak ole ole tu.. *senyum semanis gula gula*..

Orite. Kalau nak join GA ni, klik saje dekat banner kat bawah. Sangat mudah dan tidak sesusah soalan Add Math bila SPM. Hik Hik Hik :)

Dalam list apa yang kena buat. Kena plak cerita pasal tempat percutian yang diidamkan.. Semestinya negara Korea. Dari sekolah menengah, memang ada geng Pakatan Korea. Kami memang kipas susah mati pasal Korea. Semua nak Korea.




Sampaikan digelar "Pakatan Korea" oleh bebudak kelas. Nampak sangat kami memang sangat OBSES. Setiap masa terluang, duk bukak cerita pasal Korea. Orang lain dengar, mesti naik muak dah.


Memang cita-cita kami, nak bercuti kat Korea sama-sama bila dah kerja nanti. Syioknya alahai.. Kami berempat. Semua gadis. Insya-Allah impian kami akan tercapai bila ada rezeki nanti. Amin =)


Tengok plak si Yana bercuti kat Korea, sangatlah jeles disitu. Lepas tu buat plak GA yang merupakan ole-ole dari sana. Fuh! Rasa nak try. Dapat tak dapat, tu lain kira kan?


Kalau lah dapat honeymoon dekat Korea dengan suami pun best jugak. *berangan lagi..*


Heee :) Maaf Yana entry merapu rapu. Good luck for me:) *buat muka tak malu..*

Nak tag seperjuangan. Kasi semua bolot hadiah. Oh yeah:)

Dak eina comot :)
Shida cayang :)
Gadis Bracess :)

xoxo
kiss and big hug

Monday, October 17, 2011

Tengok Sana Sini Situ Sini Sana.

Assalamualaikum ...



Yeah ! Entry ke dua selepas beberapa jam. Jari gilews nak meroyan menaip. Bagi menaip proposal projek malas. Menaip merapu macam ikan kerapu suka pulak. Dasyat !


Otak fikir ligat lakaran warna kuliah esok. Cheh ayat bajet sastera sangat ! Haha :)


Ingat setiap monolog tu adalah ilusi ke? Chewah !


Kes blur mengadap coding OpenGL. Benci benci sayang katakan. Tak boleh kata benci sangat. Nanti tak leh nak study. Kena cakap sayang, baru okey. Huh !


Lab 2 aritu kena cari coding untuk computer design / OpenGL, kena plak tau selok belok setiap coding tu. Sakit mata usha satu-satu. Terus menuju ke pangkal new entry dan menaip dengan gigih. Konon bosan gilews mengadap coding..

Pinjam dengan abang Google. =)


Programming adalah cinta hati bagi student IT ? Omoooo.. Tapi yang tak minat cam mana? =.=


Lap airmata dengan lengan baju la jawabnya. Dah tension mengadap segala coding ni haaaa.. Layan suara kekasih tak dianggap kekasih. Perasan 203 saat je. Bruno Mars? Sapa tak kenal? Meh nak hempuk sikit. Ataupun cubit pipi kasi merah pink pink. Comelnya !


Eh! Banyaknya mengarut. Walau orang tak baca. Takpelah, blog masing-masing kan? Hik Hik Hik ..


Memang bila dah rasa rindu. Baru ku baca segala jenis entry lepas. Pastu senyum dan gelak sorang. Sweet kalau tengah baca dengan suami. Opsss! Tercicir nama suami lak. Tak habis habis dengan jodoh, pastu suami. Haish!

Memang cam gini eh budak 20an yang masih di alam belum jumpa jodoh dan masih lagi belum kahwin. Huuu.. Cinta lepas kahwin. Hai jodohku. *untuk suami nanti. kalau awak baca nanti. walau 6 / 7 tahun lepas dari tahun 2011, awak comel di hati saya. chewah. romantis lagi...*


Takde mood nak blogwalking. Kerja tak siap-siap lagi kan. Tapi kalau rasa teruja pada tajuk entry korang. Memang ku terjah selaju-lajunya. Esok lab Java Programming pukul 8.00 pagi. Bestnya. Perli tu. Heee..


Nak cau cin cau. Rindu mama. =.=


xoxo
kiss & big hug

Wahai Jiwaku Yang Tenang

...Assalamualaikum...


Muncul kembali hari Isnin. Hari yang membuatkan rasa malas nak pergi kuliah. Bila dah muncul hari Isnin, dalam fikiran cepat duk mengelamun pasal "Cepatnya Sabtu Ahad berlalu..., tak puas lagi berehat.." .. Sampai bila-bila pun tak puas nak berehat. Hehehe..


Cuti semester yang dekat 5bulan tu pun ada ke cakap tak puas berehat jugak. Melampau kau nak cuti lelama. Tokey balak bankrup tau? Kih Kih Kih ..


Sem ni tersangat pack jadual kuliah. Pagi petang. Tak leh nak tidur petang cam dulu-dulu. Bila nak berubah tak tau. Shuuhh.. Shuuhhh.. Shuuuhhh sikap malas.. Sila rajin-rajin ye anak mama :)


Pagi tadi, dengan memotivasikan diri. Tatap kalendar. Kira berapa minggu lagi nak balik rumah. Yes. Itu paling best. Dalam 3 minggu lagi berada kat sini. Tak sabar nak makan itu ini. Tengok lah, balik nanti, semua nak makan. Syok tau !


Demam aritu, punyalah nak itu ini. Kalau kat rumah, boleh mintak je itu ini. Kat kolej, nak bermanje dengan sapa? Monyet ? Haha :D


Alahai anak mama. Tetap anak mama jugak. Walau umur dah masuk 20-an. Tak berubah langsung. Walau ada sejuta kawan. Tak sama dengan seorang mama okey. Fullstop. *muka rindu mama*


Toink - toink .. Jiwa nak romantik aje.. Ngade-ngade up status kat page pasal

" Wahai jodohku. Sihatkah kamu. Hari ni mungkin kamu masih belajar. Atau pun kamu sudah bekerja. Moga kamu sentiasa diberkati olehNya :) "








Eii. Geli geleman. Kih Kih Kih :)
Kadang-kadang romantik, apa salahnya kan?
Moga jodoh ku sentiasa ceria bak pelangi. Amin :)


p/s: Maaf tak leh nak blogwalking sangat. Ada masa Pelangi jejak semua ye. Rindu korang!


xoxo
kiss and big hug

Saturday, October 15, 2011

Ekspresi Remaja TV9

.. Assalamualaikum ..



Bila hujung minggu menjelma, memang ada jer aktiviti bab merayau. Dah adat kot. Hari ada kuliah, dah tension dengan projek, dengan subjek itu subjek ini, kuliah sem ni pun pack macam ikan sardin dalam tin. Semua sampai petang. Ni pun baru tukar kelas dari hari Jumaat ke hari Khamis. So, kelas hari Jumaat takde,FREE dari segalanya. Boleh lending-lending sampai tengah hari..


Untunglah kan kuliah hari Jumaat takde. Kalau balik bercuti. Hari Khamis dah boleh bertolak. Syiok tu. Kan?


Walau seuntung itu. Namun, dari hari Isnin sampai Khamis adalah sangat pack. Semua sampai petang. Heaven kot tadah mata dengan ilmu. Semoga rajin-rajin selalu :)


Okey FINE lari tajuk.


Hari ni, 15Oktober2011(Sabtu), ada karnival Ekspresi Remaja TV9, yang berlangsung di UKM. Bab event macam ni, gemor sangat nak pergi. Hehe :)


Pagi tadi pun ada kelas batik sampai tengah hari. Bila lepas zohor, pergi dekat perkarangan panggung seni. Oh yeah ! Kumpulan Forteen ada. Yes! Minat mereka. Comel macam gulagula warnawarni. Kacak lagi satu. Wadus! Suara pun sedap. Macam air milo ais .


Mungkin ada yang tak kenal dengan kumpulan tu. Meh nak publish gambar mereka. Mereka comel. Eiii geram! Boleh macam tu ?





Tak elok geram kat anak orang kan. Okey lah. Geram kat sang meow kat rumah jer. Fullstop !


Lagu yang membuatkan kumpulan tu famous amos adalah "Berdua Bersatu". Korang usha dan search sendiri okey. Ataupun usha kat youtube. Dengarlah. Best !


Yang paling syiok tadi, memang duduk depan depan jer dengan mereka. Eiuuwwww.. Abis bekas jerawat segala kat wajah mereka, nampak okey. Nak kata dekat sangatlah kan. Siap boleh nampak urat leher. Opss!


Dikala dekat, banyaklah gambar-gambar yang berjaya di-snap. Lepas sesi pose sana sini. Menuju ke masjid universiti. Phewit ! Pergi solat asar kat masjid universiti tu, tak nak balik kolej kononnya kan :)

Pukul 5.45 macam tu, sedut udara di DECTAR plak. Tengok GIG Hujan & Najwa Latif. Sapa tak kenal Hujan? Sila lempang pipi gebu masing-masing.




Dah namanya Pelangi ni peminat Hujan. Cepat pergi tengok header blog. Baru korang tau, bagi yang tak tau lagi. Noh comel okey dengar style rambut baru. Fuh Fuh! MizzNina memang jaga elok-elok la tu kan?

Jom layan mata dengan gambar mereka kat bawah sini. Thanks sudi singgah teratak Pink lagi serabut dengan gambar-gambar je setiap entry. Dah macam wajib plak letak gambar untuk setiap entry.

Tadi pun ada masuk sesi bersama Dato' Dr SMS. Bukan Mawi tau. Angkasawan negara tu. Kacak lagi bergaya. Tapi dah kahwin. Siap dah jadi papa. Beliau duk share pasal kat ISS. Serius dia still comel bila gelak walau dah kahwin.


Penat. Nak tidur awal. List nama untuk carta organisasi masih tak settle lagi. Sambung esok lak. Banyak kot nak kena taip. Ada 33 orang. Gini eh kerja Pengerusi ?


xoxo
kiss and big hug

Friday, October 14, 2011

Gunakan Teknologi Dengan Sebaiknya


.... Assalamualaikum ....

Cepat masa berlalu. Dah nak masuk hujung minggu dah. Dah berjaya stay 5 minggu kat kolej. Yes! Dah sebulan lebih. Homesick semua memang takde. Tapi rindu masakan mama. Walau hanyalah ayam goreng. Rindu ayam masak merah. Pasti tambah nasi. Yumyum ...

Diculik dari abang google.


Berbalik pada tajuk entry kali ni - mungkin ada yang terfikir kan? ada yang tak terfikir kot. Heeee..


Sebenarnya nak share, kelmarin 13/10/2011 [Khamis], memang lah hari Khamis akan ada hanya satu kelas. Kelas Kawalan Proses Berstatistik. Tapi kan, kelmarin kan, tak pergi kelas pun. Disebabkan Dr. Zalinda hanya nak tengok kita orang berdikusi di discussion board dalam web jer. So, tak perlu nak mandi awal-awal. Bangun tidur, mengadap laptop, dan discuss something yang related dengan quality or whatever.. Asal ada dalam discussion board tu. 


Memang guna teknologi betul lah. Kata budak IT kan? 


Seronok bukan? 


Dalam pada seronok tu, ada juga kelemahan kat situ. Ada jugak student yang tak leh nak bukak discussion board. Line wifi pun tak selaju stremix kan, faham-faham lah kan. Memang bila nak send satu satu part tu akan makan masa. Kena refresh banyak kali. 


Hari ni plak, ada online quiz untuk subjek Analisis dan Rekabentuk Sistem. Pautan quiz tu dibuka dari pukul 12 tengah hari sampai 12 pagi. Dalam 16 soalan kot. Tak ingat dah. Serius tak cukup masa. Belek-belek buku dah berapa minit. Adess! Masa diberi hanyalah 20minit. Memang kalut duk belek buku lah.


Adui. Penat kot dua tiga hari ni. Proposal projek untuk subjek Metodologi Kejuruteraan Perisian kena submit hari ni. Ni lah kisah budak yang suka buat kerja last minute. Hehe :)


Masih dalam kondisi batuk. Tak boleh nak minum ais lagi. Sobs Sobs Sobs ..


xoxo
kiss and big hug





Wednesday, October 12, 2011

Happy Birthday Sayang. 2 Years Already.

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah. Pelangi Chenta genap 2 tahun. Sorry Pelangi pun tak ingat sebenarnya. Nasib ticket kat bawah sana duk tayang happy birthday. Terkejut already. =)



Pada yang sudi jenguk-jenguk Pelangi Chenta,  mekasih banyak-banyak. Di mana dulunya Pelangi Chenta adalah sebahagian daripada assignment. Akhirnya Pelangi terjerumus dalam lembah blog.Hik Hik Hik :)



Dalam 2 tahun ni, banyak sangat benda Pelangi belajar melalui blog. Dah 2 tahun kamu ye. ILY :)


Ada meeting pasal kokurikulum plak malam ni. Online quiz pun malam ni jugak. Grrrr.. Malasnya :]


xoxo
kiss and big hug


6 Jenis Ubat Jadi Hidangan


 ... Assalamualaikum ....


Masa mencemburui ku untuk jejak dan usha-usha blog korang semua. Dah la kot wei tak blogwalking. Rindu tahap dewa dewi pelangi. Kalau aritu, cuti lelama kat rumah kan, sampai awal pagi duk ber-blogwalking.. Sekarang dah masuk alam belajar kembali, so masa rehat terbatas. Sobs Sobs Sobs..


Pasal tajuk entry tu, sebenarnya Pelangi demam. Demam rindu mama kot. Lama lagi nak kena duduk dunia Bangi ni. Hati dah parah rindu Kelate !!


Dua hari lepas lagi dah mula rasa macam tak sedap badan, bila dalam kelas, rasa memang tak leh nak fokus. Asyik pening campur ngantuk. Nak kata kurang tidur. Tak jugak. Tidur tak de lah dalam 2 3 jam jer. Kelmarin lah rasa macam sangat teruk sekali..


Bangun pagi nak solat. Aduhai, rasa badan tak larat. Nak tidur semula pun dah tak selesa dengan tekak ni. Batuk dan batuk. Dalam pukul 8.30 pagi camtu, pergi Pusat Kesihatan (PK). Nasib PK depan kolej jer. Jalan kaki jer pergi sana.


Dah sampai part doktor comel check Pelangi. Dia kasi plak MC & suruh rest kat bilik. Mengadu segala jenis apa yang dirasa kat doktor comel tu. Tu haaaa, sampai ubat pun dah 6 jenis. Hik Hik Hik :)



Alhamdulillah arini dah okey. Takde cam kelmarin. Dah kembali pergi kuliah.. Cuma tekak masih dalam keadaan tak selesa. Pagi-pagi rasa nak teguk je ubat batuk tu, kasi cepat baik tekak ni. Tapi fikir nanti dalam kuliah mesti mengantuk. Makan ubat nanti sebelum tidur jelah. Huuu..


Duk tengok orang duk teguk air sejuk. Walawehhh.. Terliur ok. Nak buat camne tekak sakit. Takleh nak teguk air sejuk lagi. Tunggu minggu depan, mesti dah baik. Insya-Allah :)


Sekarang ni, makan je, order air suam jer. Huuuu =.=


Kelmarin dah borong epal. Sedap makan epal yang sejuk. Aishhh! Demam demam best makan buah buahan camtu. Hirup sup pun sedap gak. Cam mana eh nak kasi tekak ni baik cepat eh? Suara pun dah makin rock..



xoxo
kiss and big hug

Saturday, October 8, 2011

Bini Biniku Gangster

Assalamualaikum ....



Salam Sabtu semua. Selamat berhujung minggu. Memang hujung minggu adalah hari yang paling digemari oleh student seperti Pelangi. Kalau lah hari minggu kasi up 3 hari kan best. Lagi lama boleh rest. Syok habis !


Tapi, tu kena tunggu jadi Menteri Pelajaran dulu.. Memang tak lah kan?


Semalam pun rajin betul pergi ASEAN Universities Festival of Arts.. Dah jatuh hati plak dengan bahasa Vietnam. Nampak best jer nampak student dari sana duk nyanyi-nyanyi. Walau tak faham sepatah habuk pun.. Tapi enjoy.. Malam esok plak ada majlis penutup. Nak pergi lagi lah :)


Balik jer dari festival tu. Layan movie terus. Biasalah hidup sebagai student. Kan namanya guna khidmat internet dengan sebaiknya. Download jela. Nak layan pergi panggung selalu, memang tak lah. Kan kejab jer lepas keluar kat panggung, mesti keluar part download.


Semalam layan movie " Bini - Biniku Gangster ".. Best yang amat. Duk gelak sesorang jer dalam pukul 2 pagi. Tak rugi lah tidur lewat layan movie tu. Nak jadi bini gangster gak lah. Tapi tak nak lah bermadu. Madu tu manis. Namun akan timbul kelat pahit dan segalanya. Hik Hik Hik :)



Sapa tak download lagi. Boleh klik dekat sini untuk PART 1 dan PART 2. Selamat menonton :)

Password : kakidownload.com

Memang minat si Sam. Dia comel, hitam manis plak tu. Waduussss ... ^__^

Pagi tadi dah start kokurikulum berdasarkan jam kredit. Sem ni masih dalam bahagian seni batik. Pasti ada mengenai batik next entry. Hik Hik Hik ..


Ommmoo.. Kawan duk suggest plak Pelangi jadi kapten lagi sekali untuk sem ni. Glurpp.. Harap tak banyak kerja. Dah la sem lepas dah jadi Pengerusi, sem ni pun sama. Adesssss.. Tak pela, lagi pun dah kenal penyelia. Senang nak bodek markah. Yeye oi jerp.. ^^


Sampai sini dulu.. Esok ada join Picom charity run. Kena berkumpul pukul 6.00pagi dekat fakulti. Kena bangun pukul 5.30pagi la ye.... Uhuk Uhuk Uhuk .. Cian bantal ..


xoxo
kiss and big hug

Friday, October 7, 2011

ASEAN Universities Festival of Arts

.... Assalamualaikum ....



Dalam minggu ni, bumi UKM ni sentiasa bikin ku asyik nak tidur je kerja. Dah namanya mendung, lepas tu hujan. Best weh tidur cuaca camtu. Dah la ada kerja melambak-lambak. Still cool nak layan bantal. Syok habis. Nak habiskan 5 hari pergi kuliah, sangat berat kot nak tinggal katil dan bantal semua. Kesian depa..


Hik Hik Hik ...


Tapi, fikir tanggungjawab sebagai anak mama dan abah, kena gagah jugakkan lah mata ni pergi kuliah. Kengkadang, nope kengkadang la, selalu lah kan, asyik-asyik mengantuk dalam kelas. Cuba korang kasi idea / pendapat pasal cam mana nak hilangkan ngantuk dalam kelas ?


Dah namanya kelas teori. Semestinya mata ni cepat jer nak tertutup. Dalam bilik kuliah pun aircond, sangat membantu proses mengantuk tau. Dah cuba makan gula-gula, tetap ngantuk. Ngantuk tahap dewa kot. Haha..


Kat UKM sekarang berlangsung AUFA 2011 "ASEAN Universities Festival of Arts" bermula 6th - 9th October 2011 di DECTAR.. Event ni disertai dari negara Indonesia, Thailand, Philippine, Vietnam dan juga Malaysia. Yang bertemakan "Magical Colours of ASEAN"..


Ni sedikit gambar dariku, maaf takde DSLR nak kasi kualiti gambar jauh lebih baik. Kalau ada lagi best, duk jauh pun leh zoom kasi nampak lubang hidung penari segalanya. Hik Hik Hik :)



















Tunggu kerja dulu. Maybe 2 tahun lagi. Insya-Allah :)



Mama call petang tadi. Oh yeah. Serius terkinja-kinja bercakap, sampai battery phone habis. Grrrr ! Lepas tu, misscall kembali. Mama terus call balik. Heeee.. Biasalah, save kredit. Lalalala.. Bergosip-gosip kejab dengan mama. Kasih ibu dan anak gadis takkan hilang walau sampai syurga :)

Mama ingatkan anak gadis dia supaya drive kereta elok-elok. Terkejut kes budak Uitm Machang yang meninggal tu la. Terus ingat kat anak gadis dia yang jauh di mata ni, tapi dekat di hati :)


Nuffnang Oh Nuffnang. Apa kata klik SINI , SINI dan SINI.


xoxo
kiss and big hug

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails