Assalamualaikum dan Salam Sayang ...
Suatu destinasi yang memenatkan bila diimbas kembali. Tu perjalanan semata-mata untuk hadirkan diri pada majlis konvokesyen. Oh yeah. Alhamdulillah berjaya sampai dengan selamat dan sempat manjakan diri bersama mama abah. Adik-adik tak dapat nak join untuk konvo ku. Sobs Sobs Sobs..
Adik kedua dah mula bertapa di UTM, yang ke-tiga plak di Uitm , ke-empat plak kat sekolah berasrama penuh yang sibuk untuk SPM nanti dan yang bongsu plak yang bakal hadapi PMR 4hb ni. Sayang mereka. Mereka hero dunia akhiratku :)
24hb Sept - Bertolak dari UKM pada pukul 9.00 pagi dan sampai di Kuantan dalam pukul 12.45 tengah hari. Berehat sebentar kat rumah kawan. Dah namanya lama tak jumpa, dan namanya belajar kat Universiti lain-lain. Semestinya banyak cerita nak disembang. Dalam 2.00 petang bertolak ke Kemaman. Tidur sana malam tu. Nak tidur pun sembang lagi. Sembang sampai tertidur...
25hb Sept - Bergegas bangun awal pagi dari Kemaman ke Dungun. Ada raptai konvo pukul 9.00 pagi. Tapi, pendaftaran pukul 8.15 pagi. Dalam pukul 7.00 pagi baru bertolak. Sangat rush disitu. Sempat lagi drive thru Mcdonalds Kerteh. Tu semua plan saya. Dah namanya Hantu MCD. Ngeee ..
Raptai pun sampai petang around 2.00 petang. Lepas raptai, terus pergi ambik jubah konvo. Oh yeah. Memang dalam kepala otak, kasi idea kat geng nak posing dengan jubah kat pantai. Konvo bukan selalu kan. So, kena hargainya dengan sebaiknya. Tu bukti 3 tahun habiskan masa muda belajar untuk diploma. Korbankan masa yang sangat lama. Suka duka gembira semua ada.
Dalam sehari tu, dua excident area Bukit Bauk dapat tengok. Memang area situ ada jer kes excident. Dah la waktu tu hujan. Dah la yang tu kereta myvi dengan saga. Dua-dua kereta baru siot. Habis segala enjin terburai. Huu....
26hb Sept - Hari yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah dah berjaya naik pentas. Sejuk tangan tau. Cuak nak naik pentas. Heee.. Dapat bunga yang pertama dari mama. Sayang mama abah sesangat. Dan dapat bunga dari kawan yang terbaik, sentiasa menyokong dari segala aspek. Terima kasih kawan. Segala jasamu hanya Allah akan membalasnya, sebab diriku tidak dapat membalasnya.
Plan nak ke Mesra Mall. Berhenti di Paka, makan nasi kukus. Hujan hujan makan nasi kukus. Sangat heaven! Tapi pedas, tu pun dah tak letak sambal belacan. Part hang out dengan geng adalah yang terbest. Sampai Mesra Mall, pergi karok kejab. Pakai baju kurung tau. Baju dari konvo pagi tu. Hek Hek Hek..
Karok lagu " Bila Aku Sudah Tiada " by Hujan ..
Dalam pukul 12.45 baru naik bas. Sampai Kajang dalam pukul 5.40 pagi. Pagi tu kelas plak kul 8.00 pagi. Memang seharian tu, asyik menguap jer dalam kelas. Tak cukup tidur punya pasal. Hohoho ...
Sampai situ dulu ceritera pasal konvo. Memang hobiku, bila dah lama-lama. Suka sangat usha entry terdahulu. Nanti entry ni jadi kenangan buatku. :)
xoxo
kiss and big hug
15 comments:
nasik kukus yg sangat menyelerakan!
pernah makan kat penang dulu^____^ sangat yummy kan?!
urrmmm btoi tuh konvo bukan slalo, so hargai ler waktu konvo ituu..hihihi
kenangan terindah ke?
tahniahhhh cik pelangi :)
hero je ke sayang..?heroin tak de eh..?haha
ok, sangat sweet! kita lagi 3 tahun. hehe. time matrik tu, ambil gambar sorang2 je sambil pegang sijil.haha.
TAHNIAH buat dia =)
diari yang sangat memenatkan!!
heheh.
nasi kukus tu tak sesedap nasi kukus kat kelate.
TAHNIAH YE PELANGI!!
SEMOGA TERUS BERJAYA NANTI!!
amboi seronoknya dia. :D saya dah lama x keluar tgk dunia.
wahh adik-beradik memasing cedik. okeylah tu mehhee
jauh perjalanan luas permandangan.
tapi penat la skit.. ahakss
aikk?? dop ahu pn ade majlis konvo ari tuh kt dungun ..sh -.-"
panjangnya perjalanan...
makaih,dah lame gile x karaoke nih.tulun~~
aku tak pernah karok
perghh XPDC yang padat lagi jauh perjalanan dengan aktiviti2 yang menghiburkan..bab makan nasi kukus tuh paling best..
Post a Comment