Wednesday, October 12, 2011

6 Jenis Ubat Jadi Hidangan


 ... Assalamualaikum ....


Masa mencemburui ku untuk jejak dan usha-usha blog korang semua. Dah la kot wei tak blogwalking. Rindu tahap dewa dewi pelangi. Kalau aritu, cuti lelama kat rumah kan, sampai awal pagi duk ber-blogwalking.. Sekarang dah masuk alam belajar kembali, so masa rehat terbatas. Sobs Sobs Sobs..


Pasal tajuk entry tu, sebenarnya Pelangi demam. Demam rindu mama kot. Lama lagi nak kena duduk dunia Bangi ni. Hati dah parah rindu Kelate !!


Dua hari lepas lagi dah mula rasa macam tak sedap badan, bila dalam kelas, rasa memang tak leh nak fokus. Asyik pening campur ngantuk. Nak kata kurang tidur. Tak jugak. Tidur tak de lah dalam 2 3 jam jer. Kelmarin lah rasa macam sangat teruk sekali..


Bangun pagi nak solat. Aduhai, rasa badan tak larat. Nak tidur semula pun dah tak selesa dengan tekak ni. Batuk dan batuk. Dalam pukul 8.30 pagi camtu, pergi Pusat Kesihatan (PK). Nasib PK depan kolej jer. Jalan kaki jer pergi sana.


Dah sampai part doktor comel check Pelangi. Dia kasi plak MC & suruh rest kat bilik. Mengadu segala jenis apa yang dirasa kat doktor comel tu. Tu haaaa, sampai ubat pun dah 6 jenis. Hik Hik Hik :)



Alhamdulillah arini dah okey. Takde cam kelmarin. Dah kembali pergi kuliah.. Cuma tekak masih dalam keadaan tak selesa. Pagi-pagi rasa nak teguk je ubat batuk tu, kasi cepat baik tekak ni. Tapi fikir nanti dalam kuliah mesti mengantuk. Makan ubat nanti sebelum tidur jelah. Huuu..


Duk tengok orang duk teguk air sejuk. Walawehhh.. Terliur ok. Nak buat camne tekak sakit. Takleh nak teguk air sejuk lagi. Tunggu minggu depan, mesti dah baik. Insya-Allah :)


Sekarang ni, makan je, order air suam jer. Huuuu =.=


Kelmarin dah borong epal. Sedap makan epal yang sejuk. Aishhh! Demam demam best makan buah buahan camtu. Hirup sup pun sedap gak. Cam mana eh nak kasi tekak ni baik cepat eh? Suara pun dah makin rock..



xoxo
kiss and big hug

12 comments:

SoLy SoLicious said...

kalu pegi PK, kite suke mntak vitamin C... ade jugak doc pakistan tu, bila org mntak vitamin c die bg vitamin ntah ape la..haishshhh

El-Janna said...

erm mkn la gula2 strepsil^^

Namee Roslan said...

banyak nya ubat pelangi! :D semoga cepat sembuh ya pelanagi. kalau rindu mama, video call lah dgn mama :D

nick dot anis said...

get well soon dear...tak mo sakit2 da tao..

sama la kite..tak de ms nak bw dah..makin bz ngn esemen n kelas2...lau dl dr siang smp ke malam duk bw..sonokkkk...huhu..

but rini nak luangkan ckit masa bw:-)

H.J said...

aha..demam ubat dia tido je...haa

Cik Tqah said...

alala..cian dear..mkn ubat jgn skip k..take care..muuahh

Adylia Qarissa said...

ramai yang demam...musim kot..

makan ubat yea..jangan sampai melarat :)

Acik said...

banyaknya ubat! kesian die ...
cepat sembuh taw!

JIJI YU said...

syafakillah

Wani said...

warna warni ubat.
semoga cepat sembuh :)

[sutera kasih] said...

ciannya pelangi..tak sihat ekk..rajin2 mkn ubat tau, bykkan berehat, get well sooooooon dear :)

Totie@Tomy said...

wah banyaknya ubat nak kena makan..moga cepat sembuh..

Related Posts with Thumbnails