Friday, July 6, 2012

Walau Seketika



Assalamualaikum dan salam ceria   >,<


Dah datang mood rajin menaip, dah bosan sangat, rindu rumah, rindu meow, rindu family, rindu nak masak-masak, rindu segalanya. Tiada yang lagi heaven, selain rumah sendiri. Yang mana tak suka balik rumah jumpa family, ruginya alahai. Tanpa mereka, siapalah kita, tanpa mereka, tak kemanalah kejayaan kita, doa ibu bapa adalah sebaik-baik doa ;')


Nakkan sesuatu, kena banyakkan bersabar. Iye, saya sabar even kena berpisah beberapa minggu dengan mama tersayang. Aritu balik rumah dalam 4 malam 5 hari je, dah la dekat 11 minggu tak balik. Kalau tak balik masa tu, mesti tunggu balik raya nanti lah jawabnya. Biarlah orang kata 'manje' ke apa ke, memang hilang 'stress' bila balik rumah. 


Even drive berjam-jam, dah sampai rumah, takkan rasa penat pun. Selalu jugak kena bebel dengan mama, dah memang baru sampai rumah, bukannya nak makan, bukannya nak rehat, bukannya nak pergi mandi awal-awal, nak lepak dan gelak tawa dengan adik-adik adelah. Lepas tu manje-manje dengan meoww.


Entahlah, dah memang kalau balik rumah, memang camtu. Indahnya kurniaan keluarga. Hargailah ketika mereka yang tersayang masih didepan mata, jangan dah tiada baru nak menyesal untuk happy happy. Kalau saya tiada orang lain pun takpe, asal saya ada keluarga. 

'Kita orang sederhana je,alhamdulillah cukup makan minum'

'Kekasih hati bila nak drive balik rumah'


Kalau boleh senyum dan gelak-gelak kat rumah, kepenatan drive tu memang hilang. Serius, terasa begitu ajaib. Hihihihi  ;')


Balik rumah aritu, memang lasaikan habis apa yang rasa mengidam nak makan. Nak capai dekat Bangi, tak semuanya dapat. Ada satu hari tu, pergi cari ABC special, lepas tu colek buah lagi. Yumyum sungguh. Walau makanan tu tak seberapa sangat, tapi hargai dapat makan. Negeri kelahiran sendiri lebih baik dari negeri orang lain. Tak gitu?

'ABC Special. Alhamdulillah :)'

Balik kejab je pun, sempat la jugak masak untuk sehari tu, masak masak ayam pedas. Tak menyempat nak buat puding bagai. Akhirnya sebelum balik Bangi, mama dah order puding karamel dan creampuff. Sungguh yummy dimakan sejuk sejuk. 

'Terover merah kot, sebab gatal nak blender tomato'

Panjang pulak merepak, tak paksa pun untuk orang baca. Sebab bila dah berlalu, suka baca entry yang lepas-lepas, boleh dijadikan as a diary. Yang nak lagi tergelak, baca entry awal-awal berblog dulu, lawak benar, buat perkataan warna warni lagi. Sakit mata jugak bila baca sekarang.



'Spesis suka ambik gambar selipar'
'Aritu, lepas je final exam, selipar putus. Nah ada yang baru dah =)'

'Balik kejab pun, sempat terjah wedding anak kawan mama'


Untuk si dia, tahniah untuk kejayaan step pertama, good luck untu step seterusnya. InsyaAllah jika ada kesabaran dan usaha serta tawakal, pasti kejayaan untuk awak dan kita. Bukannya kejayaan itu datang bergolek depan kita, kena gigih untuk capai semua tu. Fighting ! 


*bajet nak korea sangat, padahal orang kelate je pon (',')


Dah tak lama kita semua nak masuk bulan Ramadhan. Jadi, shortsem ni memang presentation dalam bulan puasa la ye. Go go go power ! Ehhhh.. Babai   -,-

*maaflah entry ni, terlalu banyak ternak gambar. peace !


xoxo
kiss and big hug

16 comments:

.eypgonzales. said...

dah lame tak terjah sini.. :) kene shortsem eh.. sabar2, yang penting raye nanti tetap balek kampung jugak kan.. =P

Wadi AR said...

teruskan aje eh. semangat time study

Nina Ayra said...

cantik pulak selipar tu..heheh

fifie said...

I know what you feel, even though I was studying at Dungun only. Hahaha. Dungun je pun tapi ingatan dekat rumah selalu mengada-ngada datang

syakey said...

sandal comel. suka style tali2 gitu, nampak kaki cun sikit. hahah. tp malangnya tali2 tu nyusahkan aje bla nak pakaiii -__-

tkpa. kuatkan smangat!! berkorban demi ilmu. insyaAllah berbaloi (:

Gadis Gingsul said...

sedaaapnyeee aiscreaammm

zera eira said...

wahh, semuanya menarik. bersederhana pon da mencukupi kalau da bahagia. :)

Amyna said...

Haihai pelangi... akak Alhamdulillah sehat seadanya.. Ya kan dah lama kita tak jenjalan bersama². Akak harap pelangi pun sehat juga..InsyaAllah.

Betul tu kejayaan tak kan datang tergolek sedebuk tanpa usaha... :-)

Namee Roslan said...

bila kat campus rse stress gila...bila dah sampai rumah tbe2 rse takde stress langsung.kan kan.hehe. namee skang ni duk rumah je. taknak keluar2. hehe

najihah sahami said...

haha...mish bersantai kat umah ni plangi sayamm..bestnyaaa..nyam nyam. hehe..

okey..dah dua minggu Mish mengidam abc. huwaaa

J.Syazwana said...

Kite x suke puding karamel sebab macam rasa telur sangat lah. Huhu

chemija said...

wahh, comel sandle ijau tu. i loike :)

FnF Simple Life said...

haish...homesick T-T

Zie said...

sedapnya nampk ABC tu.. Hukhu...

Nur Aischa said...

kak, saya nak makan semua makanan tuuu, boleh?? semuanya sedap, terliur dah ni :( salam ramadhan kak pelangi comel ;)

IntaNBerliaN said...

bila bersama keluarga kita xprnah rasa penat kan.. seronok je memanjang :-)

Related Posts with Thumbnails