Thursday, May 26, 2011

terlanjur mencintaimu.

... Assalamualaikum dan Selamat Penuh Cinta ...



Chewah! Ni entry kedua untuk review novel. Novel yang pertama "Juara Carta Cinta" , boleh pergi baca kat sini. Terima kasih kepada yang baca. Yang hanya intai gambar je , takpe gak. Terima kasih jua ku ucapkan. Senyum selalu :)

Novel ke 2 adalah "Terlanjur Mencintaimu" dari Syamnuriezmil. Keluaran dari karya seni.


********


Novel ini yang terdiri daripada heronya adalah , Johan Iskandar (abang Jo yang dibahasakan kepada si kambingnya) dan Tengku Hanis Zulaikha (anak tunggal yang bersedih dengan kekasih hatinya dulu , Asyraff mencintai kawannya sendiri). Johan berada di ceruk kampung manakala Hanis pula berada di kota raya , Kuala Lumpur. Keluarga mereka mempunyai talian persahabatan yang erat. Kerana konflik dalam syarikat yang terdahulu , nenda Tengku Hanis telah wasiatkan banyak perkara sebelum meninggal. Nenda begitu rapat dengan cucu tersayangnya , si Tengku Hanis.

Dengan berita nendanya meninggal dunia pun sudah menyedihkan Tengku Hanis. Bila mendapat tau semua wasiat nendanya. Tengku Hanis makin tidak dapat menerima kenyataan , merasakan nendanya bersifat kejam kerana memaksanya berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali. Entah hensem ke tak lah. Dalam wasiat tu , Tengku Hanis perlu berkahwin dengan Johan. Johan merupakan cucu kepada kawan baik nendanya. Jika wasiat itu tidak disempurnakan dalam masa yang ditetapkan , semua harta akan didermakan kepada anak yatim. Tengku Hanis tidak sampai hati mahu melihat kedua ibu bapanya merempat disebabkan kedegilannya mengikut wasiat nendanya.

Walaupun sudah berkahwin , Tengku Hanis tidak dapat menerima sepenuhnya suaminya itu. Johan tetap bersabar dengan ketentuanNya. Berbagai part yang penuh dengan romantis. Memang sungguh romantis. Walau Johan bersifat romantis untuk isterinya , namun tidak dapat mendapat tindak balas positif. Walau luaran Tengku Hanis seperti tidak menyukai suaminya. Namun dalam hati , Tengku Hanis suka dengan perangai Johan. Salah satu part yang best , bila Johan sentiasa menyambut ulang tahun perkahwinan setiap bulan. Bukannya setahun sekali , tapi sebulan sekali.

Dalam wasiat tu jugak menyatakan bahawa mereka perlu mendapatkan zuriat dalam masa ditetapkan. Macam mana nak dapatkan zuriat jika mereka berdua berkeras hati tidur dalam bilik yang berlainan.



Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha , tak ada ... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!".

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindui dan cemburu!".



Adakah mereka berdua akan berpisah disebabkan banyak masalah , lebih lagi memikirkan mengenai wasiat untuk mendapatkan zuriat ... ???

******

Memang best novel ni. Tak rugi nak baca. Buku ni terbaru dari Karya Seni. Cetakan pertama adalah Mac 2011. Harga tak mahal pun RM18.00. Dapatkan di pasaran untuk mengetahui babak romantis antara Johan dengan Tengku Hanis.


xoxo
kiss and big hug

18 comments:

amier azrul alias said...

terlanjur?
kekeke.

erm tak minat novel
hehe

pena rozie said...

Macam best jer.. Mesti carik....

Abu Bagi said...

bagus la, banyak2 membaca..membaca jambatan ilmu..:D

syuxer said...

berapa harganya??..:)

syufaa said...

heee mcm best! :)

man yusoef said...

wah..Tengku Hanis Zulaikha...hahaha..cam nama hamis jalikha jek

eZmALiZa said...

ohhh..kaki novel jugakk..ezma cume bace mane yg kawan suggest jee...sbb ezma ni pemalas nak bace novel..ekekeke :D

Unknown said...

wah..bez novel neh..yana pon pminat novel jgak!

cerita kelakar kot :)

laskar pelangi said...

@amier azrul alias : bukan terlanjur ape. terlanjur mencintaimu lah.. hehehehe=D

laskar pelangi said...

@pena rozie : memang best! =)

tak rugi kalau dah beli taw..

laskar pelangi said...

@abu : Heeee=D yeee.membaca jambatan ilmu yeee..

kasi makin jiwang baca novel..

grrrr..

laskar pelangi said...

@syuxer : harga ? rm18 jerp..

laskar pelangi said...

@syufaa : heee=) memang the best la dear...

laskar pelangi said...

@man yusoef : hek hek hek!...macam hamis jalikha kan? hehehe~~

laskar pelangi said...

@ezmaliza : bosan la dear duk umah..bace novel jela..kasi jiwang ada ah;)

laskar pelangi said...

@bungaitucantik: best best best!(:

Nurul Iman Rosman said...

wah! nak kena cari ni. mmg nak kena beli ni, hehe! thanks ye pelangi :)

laskar pelangi said...

@nurul iman rosman : its okey lah dear=)

cari jangan tak cari

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails