.. Assalamualaikum ..
Bila bosan mula lah nak mengarut atau dengan kata lain. Nak bina minat baru. Nak jadi perunding rumahtangga. Bukan main lagi ye sekarang. Nak kata dah berkahwin , belum lagi. Tapi dengan rela dan suka nak jadi perunding rumahtangga. Diri sendiri takde rumah dan tangga pun lagi , tapi membina angan setinggi bintang di langit hitam.
Sudah sudah dengan imiginasi lapuk itu. Bertapak pada dunia nyata dan dunia sebenar. Bukannya menjadikan dunia maya sebagai dunia eksperimen hidup.
Cinta adakah perasaan kasih bersayang antara manusia. Tidak semestinya cinta itu wujud antara lelaki dan perempuan. Biasalah , bila dipersoalkan mengenai perkataan "cinta". Ia dianggap semangat berkasih kasihan antara remaja muda. Persepsi itu salah sama sekali.
Mungkin terjadi .
Cinta kan Allah.
Cinta kan Nabi.
Cinta kan Malaikat.
Cinta kan Al - Quran.
Cinta kan negara.
Cinta kan kucing / haiwan secomel - comel makhluk.
Cinta kan ayah ibu / abah mama / abi umi
Cinta kan pokok / pepohon menghijau
Cinta kan kereta / benda yang boleh membuatkan manusia habiskan wang ke arahnya.
Ala.. Sweet sweetnya bila boleh minum sesama. Boleh pulak share. Share is caring kan? (sebenarnya nak share sebab leh save bajet. Kan? Heeee)
Itu semua adalah CINTA. Bukannya CINTA itu hanyalah perasaan kasih daripada gadis cantik yang cun lagi comel dalam dunia bersama si jejaka hensem dan tidak berhingus serta telah baligh. Kalau benda itu semua masuk dalam exam SPM , pasti ramai yang salah jika hanya menjawab berdasarkan pemikiran otak tidak kreatif seperti itu. Kan?
Entry ini bukan untuk mengutuk remaja atau manusia yang sedang dilamun / jatuh cinta / sedang berkasih. Tapi hanyalah ringkasan kasar mengenai perkataan cinta , yang boleh membawa banyak maksud.
Bila sudah TER-jatuh hati atau menggerakkan saraf jantung menjadi lebih romantik. Kita akan merasakan semua benda amat manis.Ye bukan. Kalau ditelannya peria pun , pasti mengatakan ia nya sangat manis lagi sedap bukan. Tak mungkin bila kita sedang berada dalam zon romantik. Kita sentiasa sedih. Takkan lah. Mungkin bagi yang seperti itu , saraf otak sudah jem. Perlu dibaiki dan diskrukan dengan seketat mungkin.
Kenapa bila perkataan isu cinta dan kasih bersayang antara dua insan, perasaan rindu tidak pernah pudar. Chewah! Betul ke cinta itu membutakan manusia yang mana sememangnya manusia itu tidak buta. Atau pun hatinya menjadi buta bila berkasih? Menjadikan semua kerja / aktiviti tidak berjalan dengan lancar. Tidak selancar darah yang mengalir di dalam tubuh.
Dan menyebabkan manusia itu tidak dapat tidur lena (boleh teman burung hantu malam-malam kan) , makan pun tidak selera (dapat jimat duit , badan pun dapat diet) , mandi pun tak berapa nak basah (lagi lah untung , dapat jimat air , bil pun berapa ringgit je nanti). Ada faedah juga rupanya. Tapi semua tu mungkin ke berlaku dalam jangkamasa yang panjang seperti 10 tahun. Kalau lah perkara sedemikian berlaku berturut-turut berlaku dalam masa 10 tahun. Pasti duit dari makan , bil air , bla bla bla .. Dapat kumpul duit banyak kan. Lepas tu boleh kahwin cepat. Dapat anak cepat. Bangga pergi hantar anak pergi tadika , sebab dah ada suami / isteri yang hensem / cantik. Anak pun ikut papa mama dia. Cun punya perancangan.
Perancangan itu penting kan. Walau satu kerja pun tak jalan. Damn! Bila dipersoalkan mengenai kasih kekasih. Kenapakah bila cinta bersama kita , kita berasa muak / jemu yang amat sangat. Rasa dah penat nak melalui masalah dan dugaan yang menjadikan kita sentiasa murung. Nak study pun malas kan. Namun , bila cinta itu pergi , kita akan merinduinya. Kita akan tercari - cari ruang untuk itu. Memang manusia tidak sempurna kan. Pelik bila dikatakan mengenai hati dan perasaan. Susah nak memahami setiap situasi.
Betul kan manusia , bila sudah capai sesuatu. Semestinya tidak pernah mensyukurinya. Anggap ianya adalah suatu benda yang biasa. Tapi bila ianya hilang atau lesap , kita akan menyesal. Bak kata pepatah : Menyesal kemudian tidak berguna. Memang manusia cepat leka. Bila dah rasa ditinggalkan , baru rasa apa yang selama ini dikecapi itu adalah yang penting. Manusia tetap manusia.
Sentiasa dengan sikap dan sifat yang seperti sama dengan semua orang. Walau rambut sama hitam kan. Tapi , berkasih itu berpada - pada lah. Bila adanya jodoh , InsyaAllah dengan izin Tuhan. Pastinya kita akan bersama dengan yang tersayang. Walau jodoh itu kita serahkan pada Yang Maha Kuasa , tapi tidak semestinya kita duduk diam diam dan hanya menunggunya seperti bulan jatuh ke riba. Kena juga berusaha kan. Sebelum berjaya , usaha itu penting !
Bagi yang bakal berkahwin , selamat pengantin baru. Yang masih dalam tahap percintaan , terimalah seada lah perangai baik buruk pasangan mu. Yang buruk boleh diubah , bukan menjadikan perangai buruk itu sebagai titik noktah dalam berkasih. Yang buruk itu datangnya dari kita. Yang baik itu datangnya daripadaNYA.
Persoalan : Kenapa kah bila diperkatakan tentang cinta , mesti nak ada unsur berbentuk love. Hati / jantung kita tu berbentuk love ke?
xoxo
kiss and big hug
8 comments:
Good point!!
Nilai sebuah cinta sebenarnya terlalu besar untuk dihuraikan..
Ada yang menganggap cinta itu suatu keindahan, namun ada yang menilainya sebagai anugerah siksaan.
Fikirkan.. hahha..
perunding rumah tangga??jom bina tanga kat umah saya..:p
ahhh kuasa cinta kadang2 menyusahkan manusia kalau terlalu ikut perintah cinta..
bila putus cinta,baru nak kejar balik cinta tuh..huh..dulu xnak hargai..
Jodoh kena cari..memang jodoh ditangan Allah s.w.t..kot2 dapat Lisa surihani kan hahah
jgn terlalu bercinta sebelum diijabkabul takut bila kawen..timbul rasa bosan sekaligus porak peranda rumah anak2 hari2 kena lempang isk isk isk..
Ntah dari mana rumusan kaitan cinta ngan bentuk love hhehe..maybe itu bayangan cinta kot..
Cinta dari Allah. sandarkan segalanya pada Dia. insyaAllah ada jalan yang berkat.
cinta kepada ALLAH adalah segalagalanye kn :)
@yusenze - knight : tuelakan.. nilai cinta susah untuk diungkapkan dengan kata-kata..
=)
@syuxer : HAHA. boleh jugak bina tangga kat rumah awak. =D ngeeee~
cheh! gatai nak lisa surihani..lisa surirumah sudah la =DD
hehehe:)
cinta itu indah je bila org tu tengah angau ke laut kan
@alexandriana alia : ye=) cinta dari Allah lebih agung dari segalanya
(:
@nuruashia : ye;)
Post a Comment