Saturday, May 28, 2011

inai di jari manismu.

..... Assalamualaikum ......



Ini bukan entry sebab Pelangi di gerbang perkahwinan. Adessss ! Bab khayal nak kahwin tu memang ada. Tapi belajar pun tak habis lagi. Kejar cita - cita dulu baru kejar cinta kan. Chewah!


Semua orang yang masih membujang mesti ada jugak yang fikir masa depan nak kahwin kan. Tipu lah kalau tak pernah fikir. Tak normal kot sapa yang tak pernah terfikir. Kan?

Bagi pasangan yang baru berkahwin dan akan berkahwin (sekarang musim cuti sekolah dah bermula , so banyak lah kenduri kan) , Selamat Pengantin Baru yea. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Amin..


Pelangi pun ada dapat tau kawan satu kelas dulu akan kahwin awal bulan Julai ni. Tak sangka kan. Cepat masa berlalu. Pelangi jugak masih membujang. Hik Hik Hik


Semalam , entah la Pelangi ni datang angin monsun barat daya kot. Pelangi ada terjumpa sepaket inai dari Mekah. Teringin plak nak pakai. Kahwin lambat lagi. So , terasa gak nak merasa pakai inai kan. Apa lagi , before tidur tu , pakai lah. Cheh ! Bukan main lagi kan.




Tau tak , zaman kecik dulu. Pelangi ANTI inai. Suka tengok orang nak kahwin pakai je. Tapi nak pakai kat jari sendiri hampessss. Suka inai yang tinggal kat kuku je. Tak suka inai yang masih baru tu. Heheee

Macam - macam lah Pelangi ni kan. Semalam siap jari tangan belah kiri semua berinai. Mula - mula kononnya nak pakai jari kelingking je. HAHAHA. Akhirnya kelima - lima pakai. Sengal tol. Tak tetap pendirian kan. Nampak comel plak. Tu yang pakai kelima - lima. Heeee..

Pelangi ada baca dari wall page Ustaz Azhar Idrus pasal inai yang berukir tu dilaknat Allah. Kan sekarang pengantin semua macam dah style suka inai ukir bunga lah kat jari tu haaa , kaki pun sama. Cantik memang cantik. Tapi macam dah betul betul ikut orang india punya dah.



Contoh inai berukir. Dua gambar di atas dipinjam dengan abang google :)


Jom kita merenung hadis kat bawah :


Dari Ibnu Umar ra katanya:Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz : “ inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.



Sama - samalah kita semua saling ingat - mengingati apa yang salah , apa yang betul. Sememangnya kita sebagai hamba tidak sempurna. Tapi kita mencuba menjadikan ianya sempurna. InsyaAllah :)


xoxo
kiss and big hug

12 comments:

syieda said...

uhhh syieda xsuke org mlukis inai. tp syieda suke tgk org pakai inai dgn elok2. nampak lg kmas. seyes ^_^

Miela Tahril said...

yeke.baru tahu ni pelangai

Bulan said...

i pn x suke sgt lukis2 nie.nampak buruk je.

chemay said...

suka tgk orang kahwin pakai inai corak2.
tapi macam nie pulak.
:)

Syuxer said...

inai harus dipakai mengikut syarak..bukan men bedal wat corak pelbagai bentuk heheh

Amoi said...

senang senang tak payah pakai langsung

ini adat je kan?

apik pehe said...

huhu..buat hanya cukup syarat jer..

Taufan Bin Ribut said...

inai tu dalam islam dibenarkan pakai hujung jari je .so kalau inai yg bercorak tu hukumnye haram.kalau pelangi nak kawen jangan lak wat cam ni.tak pon yg ade kat dalam entri ni..http://taufanribut.blogspot.com/2011/05/ade-lagi-ke-amalan-khurafat-zaman.html

Aqilah Nur said...

ouh! thx for the info yeah. :D

アヌム ちゃん said...

tgk inai nih teringin nak pakai inai balik la pulak.hihi

nasri said...

tu la..zmn skg nie mkin pelik2.. dh lukis2 inai da mcm ape lak.. baik pkai kt ujung jari je kn.. xdela serabut tangan tu..huhu.. wanie de wat bulan x kt tpak tgn? haha..

nuruashia ♥ said...

simple laa comey kn..kalo byk2 tu cm serabut jee kn..tp bile mau kwen ni?? ehehhe

Related Posts with Thumbnails