Menaip dengan muka senyum ala-ala pelakon korea yang tengah di lamun cinta.. Chewah !! Suwitttttnyewwww.. Auwww .. Auwwwww (Kalau cikgu bm baca ayat tu , mesti kena baling kapur . Punyalah ejaan salah kan) ..
Ni bukan entry berkasih dan bercinta bagai la.. Pelangi masih solo. Takde lah story pasal keluar makan berdua, tengok wayang, jalan - jalan ambik gambar sana sini. Walau takde si kumbang hati, tapi Pelangi tetap akan gembira sebab adanya keluarga tersayang. Mereka nadi hidup ku. Si kumbang hati tak bermakna akan bersama kita sampai akhir hayat kan. Sebab kita tak tau jodoh kan, tapi keluarga , sampai bila-bila. Tak kan berpisah walau onak duri melanda. Air yang dicincang tujuh ratus empat belas pun tetap tak kan putus :)
Oh Aiskrim ... Tu sebenarnya motif entry kali ni .. Tu memang kegemaran ku bila melangkah ke shopping mall. Mesti perut ni nak jugak mengidam benda alah yang sejuk tu ..
Aiskrim kan banyak perisa.. ada coklat, vanilla, strawberry, anggur , sarsi, epal, oren dan macam - macam perisa lagi lah .. Tapi bagi Pelangi lebih suka coklat. Fulamak ! Best tau waa cakap lue .. Atas taste masing - masing lah kan.. Lain orang lain ragam.. Sapa tak suka aiskrim ... ?? Sila gerakkan hidung cepat. Rugi betul kalau tak suka makan aiskrim.
Makan aiskrim tu nikmat tau. Makan sambil tutup mata. Fulamak, hayati aiskrim dengan sebaiknya kan..
Aiskrim yang dirindui sejak dah meningkat kedewasaan ni.. Aiskrim pertama makan. Time kecil dulu kan. Korang pernah makan tak.. Best woooo aiskrim ni. Dulu balik je fardu ain, terus kayuh basikal cepat-cepat, sebab nak basahkan tekak dengan aiskrim pong ni. Dulu seposen je. Kalau bagi duit syiling seringgit yang warna macam warna emas tu, dapat 10. Memang heaven lah masa tu duk makan. Dah la aiskrim ni leh plak main jimat. Boleh patahkan kepada dua. Satu untuk saya, satu untuk awak. Heeee.. Rasa nak makan la plak. Kat mana nak cari ni .. Huuu ..
Ni pun di antara golongan aiskrim yang paling murah dalam kamus kehidupan masa bebudak dulu. Sebab yang ni pun seposen satu jugak. Murah kan. Tapi yang jenis ni, aiskrim yang tuan kedai buat sendiri. Ada macam macam perisa. Ada rasa air sirap, jagung, oren, anggur, pisang, pandan, sarsi, ada yang letak asam masin, ada yang ada mangga.. Sedap tul dimakan waktu petang. Aiskrim ni nak makan dia, main gigit jer hujung yang bukan tempat ikatan. Sambil kayuh basikal nak balik rumah, boleh lagi mulut duk mengunyah aiskrim ni.
Okey, yang ni kiranya dah maju sikit lah kan. Aiskrim potong. Memang ada macam-macam perisa jugak. Pelangi paling suka yang kacang merah , coklat dan jagung. Best best ! Yang ni harga dia dah lupa la plak. Tapi zaman moden sekarang, harga dah jadi seringgit dah kan. Biasalah semua benda mahal.
" Mat Kool , Mat Kool kawanku. Mari kita ikut Mat Kool . Main-main selalu.(Ayat seterusnya dah lupa)... " Ingat la jugak lagu tu. Dulu dalam tv asyik dengan iklan tu kan. Memang bila keluar iklan aiskrim baru, terus pergi kedai. Nak rasa yang latest la konon. Aiskrim ni plak takde lah yang harga seposen. paling murah limapuluh sen kot atau tujuhpuluh sen. Dah lupa la plak. Yang ni makan time balik dari kelas tambahan. Memang menyejukkan tekak di waktu penat mengadap buku ..
" Nak yang tu.. Yang warna warni tu .. " kata ku pada si jurujual. Ingat lagi time tu. Memang suka paddle pop yang rainbow tu. Aiskrim jenis ni Pelangi memang suka beli dekat rumah. Sebab ada abang yang pakai cermin mata hitam naik motosikal yang jual. Motor dia comel tau, ada payung lagi, pastu ada pasang muzik. Kiranya macam up la skit dari aiskrim lain kan. Pasang muzik iklan paddle pop la. Tapi Pelangi dengan adik-adik suka nyanyi lagu ni bila dengar abang jual aiskrim tekan loceng. " Paddle pop, Paddle pop, menghabiskan duit mak bapak .." Heee.. Kita orang memang nakal. Takde lah menyanyi depan abang tu. Nak kena lempang laju-laju kot kalau nyanyi depan dia..
Aiskrim cornetto plak yang sekarang punya tiptop kan. Bebudak zaman sekarang dah tak makan aiskrim pong. Dia orang duk makan cornetto jer bila balik fardu ain. Biasalah zaman dah berubah kan. Cornetto memang mahal lah kalau nak dibandingkan dengan aiskrim pong tu. Berbagai jenis perisa jugak ada, siap ada kacang , jeli strawberry la, hazelnut la .. macam-macam ada :)
Baskrin Robbins pun dah tak asing lagi pada dunia kanak-kanak kan. Sedap tu memang sedap. Tapi bab harga memang hebat la jugak. Mahal la jugak kan. Kalau pergi kat mall, memang ramai lah orang duk beratur nak beli aiskrim BR ni. Heeee..
Aiskrim ni kan boleh hilangkan tension. Cuba korang pergi beli aiskrim time korang tengah tension. Pening dengan assignment yang berlonggok-longgok, final projek yang belum complete, esok lusa nak final exam ke.. Pergi lah menikmati aiskrim. Mesti korang punya tahap bengang tu hilang :)
Ada jugak kan nak melamar. Kononnya sweet kan. Memang suuuwiittt pon. Heeeee .. Letak cincin dalam aiskrim. Chewah ! Pastu makan aiskrim kongsi dalam mangkuk yang sama.. So sweet :)
Makan aiskrim pun, jangan lah makan setiap hari. Nanti tak elok jugak asyik makan selalu kan ..
Kalau makan aiskrim tu, ingat la jugak kat Pelangi ni. Pelangi nak jugak. Hek Hek Hek ...
Sampai sini dulu kisah aiskrim.. Heeee .. Memang entry dah mencecah lantai dah ni. Korang suka makan aiskrim perisa apa yewww .. Saja nak tau, ada tak peminat aiskrim perisa coklat... Gambar aiskrim kat atas tu semuanya dari abang google. Terima kasih abang google .. Babai ...
xoxo
kiss and big hug
6 comments:
alahai...pelangi2!! belanja ai eskerem satu dozen boleh???pliss!!nk baskin ribbin au!hahahah
aiskrim 10 mmg best, kalau jumpe kat U nie mau kene gelak der. ahh, janji sedap n hilangkan tensyen nak2 lagi chocolate. tp time nak suasana romantik makan drumstick ad jeli stoberi *padahal xde pakwe -..-'
omg...tetibe tringin aiskrem potong durian!
haha
wahh !!!
sedapnyeeee .
sye memang addicted dengan aiskrim .
ouh , alangkah indah kalau boley makan sume aiskrim tuh ! ;)
heee ~
slurrpp..terliur tgk aiskrim tu...
errr nyilu tgk aiskrim T__T
Post a Comment