Thursday, May 19, 2011

juara carta cinta.

.. Assalamualaikum dan Selamat Malam ..



Entry kali ni tak nak merepek walau tengah makan kerepek ubi perisa bbq. Nak review sikit pasal novel cinta cintun. Pelangi baru habis baca petang tadi. Nama novel tu , " Juara Carta Cinta " (JCC). Jom ! Pelangi nak review sikit kisah dia :)



*******

Berkisarkan kehidupan seorang anak gadis (Maya Harun) yang merupakan tuan kedai / big boss sebuah kedai cenderahati , yang mempunyai 2 orang pekerja. Kiranya Maya ni merupakan wanita berkerjaya la. Maya juga merupakan seorang penulis novel. Dia duduk seorang diri kat pangsapurinya. Lebih sukakan suasana sorang , daripada kalau bersama si rakan. Susah nak melayan kerenah manusia yang berlainan hati dan perasaan walau rambut sama hitam. Tak disangka yang jiran baru tu adalah bekas kekasihnya , si Haqiem. Tetapi sudah lama tidak mendapat khabar berita daripada lelaki itu. Mimi plak sepupu kepada Haqiem , perangai jenis yang tergedik - gedik , campur dengan seksi. Mimi memang ada hati dekat sepupunya itu dan sentiasa warning Maya tentang cintanya pada si Haqiem , disebabkan dia takut Maya merampas Haqiem daripadanya. Haqiem memang menyesal di atas perbuatan dia meninggalkan Maya dulu selepas mengetahui Maya sudah bertunang.



Suatu hari muncul plak jiran baru sebelah rumah dia lagi. Gadis sopan santun lagi ayu yang bernama Intan. Maya suka bersembang dengan Intan. Intan baru je berumah tangga , tapi suaminya ditugaskan di Australia beberapa bulan. Muncul plak babak dimana setiap pagi mesti ada budak penghantar bunga yang sentiasa menghantar bunga di kedai Maya. Maya sentiasa menerimanya , dan menganggapkan ianya daripada peminat novelnya. Akhirnya dapat tau bahawa jejaka hensem bernama Haiqal yang hanya perkenalkan dirinya sebagai pengawal keselamatan. Banyak detik di mana Maya dan Haiqal ni asyik bergaduh. Pergaduhan itu membawa kepada kasih dan rindu.



Maya terkejut apabila melihat Intan bersama Adnan. Adnan sebagai bekas tunangnya. Dulu mereka putuskan pertunangan disebabkan Adnan mendapat tahu bahawa Maya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain , iaitu dengan Haqiem. Akhirnya , kedua - dua jejaka meninggalkannya. Adnan yang sentiasa ingin bersemuka dengan Maya tapi dia sentiasa menjauhkan diri. Intan sudah tidah menjadi lemah lembut dan bersifat kasar dengan Maya apabila mendapat tahu yang Maya adalah bekas tunang Adnan. Suatu masa Intan memberikan karipap ber-inti kan julap menyebabkan pekerja Maya asyik berulang ke tandas , masa tu Maya berpuasa , tu yang dia tak merasa pun keenakkan karipap.



Maya pening dengan kehidupannya sekarang. Kedua - dua jirannya di sebelah kanan kiri iaitu Haqiem dan Adnan sentiasa mula menganggu kehidupannya. Dia buntu kenapa muncul kedua-duanya dalam masa yang sama. Banyak hari juga dia terpaksa menetap di rumah rakannya , disebabkan mahu menyembunyikan diri daripada dua jejaka tu.



Bila macam - macam telah berlaku. Maya sekarang terperangkap dengan 3 jejaka , Adnan , Haqiem dan Haiqal. Ada satu masa tu , Haiqal bawak Maya berpiknik. Bila nak balik , hujan turun dan kilat memancar - mancar. Haiqal terkejut bila tengok Maya jatuh rebah ke bumi disebabkan terkena panahan petir. Cepat - cepat dia bawa Maya ke hospital dan menelefon kakak Maya iaitu Zana yang sarat mengandung anak pertama. Dengan ketentuan Tuhan , Maya tidak mengalami kesan yang teruk. Sejak peristiwa itu , Haiqal dan Maya sentiasa keluar bersama walaupun mereka sentiasa bergaduh , biasalah dua-dua nak menang , dah la perangai Maya yang degil. Sejak itu jugak , Maya asyik bermimpi ngeri dan asyik pengsan. Mimpi pasal darah , anak kecil , pembunuhan , kedinginan , selendang merah dan macam-macam. Sampaikan Haiqal risau dengan Maya. Maya pun plak dipaksa berkahwin oleh mak ayahnya , walaupun dia masih tidak bersedia. Siapakah suami Maya ....?

 *******



Tu baru separuh daripada kisah  / babak dalam JCC. Nak tau dengan lebih lanjut pasal Adnan yang semakin dingin dengan Intan bila mengetahui Intan mandul dan siapakah pilihan hati Maya. Jangan lupa beli novel tu ye. Tak rugi punya...

Cover depan novel pun comel. Ada teddy bear lagi :)

xoxo
kiss and big hug

21 comments:

uLan said...

nakaL btoL shoutbox chenta hatiku tu tak appear kat beLog chentaku nie.. huhuhu uLan tinggal jejak kat sini ek... tolong uLan!!

NurAfirah FieSwief MdLatif said...

minat bce novel eh??
sme la kite...
da bce soalnya hati - media prima?
xpn bicara hati - alaf 21?
xpn.... kasihku abadi... best gler!

Amni said...

dah lama rutin harian baca novel ditinggalkan.. balik umah amcam tidur lebih best.. or online.. entah...

syufaa said...

klau syufa bce novel..
syufa just bce depan & page last skali..

aduhh =.="

Syaza Aqillah said...

suka gila baca novel. tapi kan masalah nya baru bace bper page dah ngantok. tp, minat tu tak penah hilang. hehe.

xD

norsharmila said...

xsggup nk bce. tebal sgt, nti boleh tertido ;p

bce sinopsis jela..hee

Cik Puan Tqah said...

hoho.. tuh alaf 21 ek?da lama x bc novel alaf..asek beli kaki novel je.. pnjm ley x??

Eyqa Zubir ™ said...

dah lama tak bace novel :(

m!3yr4h_LolLy said...

da lame bebenor tak melayan novel. aishh

MesmeRize Me said...

macam best je novel nieh..kena beli nih...neway..slamat berkenalan..

laskar pelangi said...

@ulan : aduhai. dia nak main-main lah tue=)

thanks ye ulan :)

laskar pelangi said...

@nurafirah fieswief mdlatif : takde lah obses sangat-sangat dengan novel sangat seblum nie..skrg dah bosan sangat.so, jd obses la jugak..heee=)

soalnya hati? tak prnah baca lagi.. tp bicara hati dah baca. memang best sangat2 kan =)

laskar pelangi said...

@amni : heee=) dah kalau asyik on9. bosan jugak. tu yang slow-slow nak bercinta dengan sang novel

(:

laskar pelangi said...

@syufa : hehe! nakal tul si syufa nie =)

laskar pelangi said...

@cik dodol : heheeee~ ce try baca novel tu..layan perasaan. mesti tak ngantuk .. mesti nak baca dan baca=))

laskar pelangi said...

@norsharmila : aduhai.. dah nama novel..kalau nipis tak best gak..

=D

laskar pelangi said...

@cik tqah : a'a alaf21 :) best auw dear =)

pinjam ? leh jerk ..kita duk jauh susah nak bg =[

laskar pelangi said...

@eyka yuca mika : adess! baca la semula :)

pupuk hobi tu kembali..

laskar pelangi said...

m!3yr4h_lolly : heeee=) best la dear

laskar pelangi said...

@mesmerize me : sangat BEST =)

ye. selamat berkenalan :))

fatin shaheera said...

da bce novel nim..klakar....huhu..xsgup nk wat keje lenpas bce cket novel tu...ngadap novel tu je sharian...dri kul 3ptg smpai 3pgi..hahaha....

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails