Wednesday, December 1, 2010

berbahagialah menjadi seorang Muslimah.

.Assalamualaikum dan Salam Sayang.

entry kali ini, aku nak kongsi info yang terjumpa tadi. kalau ada masa, korang bazirkan masa sedikit baca eak. 

terima kasih :)





Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini:


1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.


2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.


4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.


5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.


7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.


8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.


Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?


Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.


Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.


Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.


Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

xoxo
kiss and big hug

18 comments:

shapoji said...

nak tambah sikit, wanita ade koc KTm sendiri, sekarang campur bas rapid utk wanita sahaja, perlu bersyukur jadi mane2 pihak pon, lelaki perempuan...

Lina CahNdeso said...

Alhamdulillah, ini postingan yang sangat bermanfaat bagi ummat Islam, khususnya untuk kaum muslimat. Semoga ridlo Allah sentiasa menyertai dikau... Amin.

Cik Aqilah Wardah said...

saya sangat berbangga menjadi MUSLIMAH!!! :D

una said...

mulia nye wanita di sisi agama :)

laskar rainbow said...

@shapoji : yup2. memang rasa bertuah lah :) tp yang sakit hati.si jejaka pn ada bt muka xmalu naek ktm port wanita...dah la main berebut2...hu3

laskar rainbow said...

@cahndeso : insyaAllah. terima kasih sudi komen ;)

laskar rainbow said...

@wardah : yeww;) kita harus bersyukur menjadi MUSLIMAH :)

laskar rainbow said...

@una : yup dear;)

Dhea Ahmad said...

terima kaseh untuk artikel yg menarik ni.... Alhamdulillah saya bahagia menjadi perempuan Islam...Syukur pada Allah lahirkan sebagai seorang Islam...

farah said...

terima kasih sebab post ni ! :)

D'China Store said...

nice sharing...

ANISRAHIM said...

alhamdulillah..ana muslimah..harap x hanya pada nama je muslimah..Amin

Anonymous said...

this is totally correct and feel happy with that. jaga aurat. tudung xleh pendek. pakaian xleh ketat. kuar jgn pakai selipar sampai npk kaki tu, pandai2 pki stokin, n ingat, aurat wanita tu adalah seluruh anggota badan kecuali MUKA n TAPAK TANGAN sahaja. barulah namanya tutup aurat. wanita mmg byk kelebihan.!

laskar rainbow said...

@Nadia arRumaisha : alhamdulillah. sama2 bersyukur kita sebagai umat Islam :)

laskar rainbow said...

@rainbowskittle : hehe;) thanks sudi baca...

laskar rainbow said...

@encik luncai : thankx sudi singgah snie.semoga diberi keberkatan olehNya =)

laskar rainbow said...

@PhotoGraphic : yew btol;) hrap semua menjadi yg terbaik. amin

laskar rainbow said...

@novembertwelth : amin =)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails