Wednesday, December 8, 2010

orang perempuan tidak pandai masak menjadi isu. pabila lelaki tidak boleh menjadi imam. bagaimana plak.

.Assalamualaikum dan Salam Ceria.

harap korang senyum ye. jangan masam-masam. tak manis nanti. ni ha, pelangi nak share satu isi begitu BESAR kot bagi pelangi. bagi anda semua cam mana plak. ni pelangi terjumpa isu ni. so, apakata kita sama-sama renungkan dan bagi cadangan atau pun komen ke arah kebaikan. terima kasih :)



Apa yang ditulis di sini bukan untuk sebelah mana-mana pihak. apa yang penting kita sama-sama berubah ke arah jalan yang lebih baik. Ingat yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datang dari manusia itu sendiri..


Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"


Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga.


Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.


RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL..(^_^) 

notakakiwangi : terima kasih sudi baca dan bagi sedikit komen berkaitan isu ini. semoga dirahmati olehNya.

xoxo
kiss and big hug

15 comments:

A.I said...

phew.
aku tak pandai mask lagikk! sobss...

halaa, tapi laki jadik imam lagik penting dr masak. eh, dua2 pon penting laa. sendiri2 ingt laa kan. hee~

newayy, smart la font2 kat blog nih.

Tiqiezaidi :) said...

jangan cakap gurl je laki pon same jugakk...
masing masing ad tanggungjwb sendiri kn...
Jgn la pndng sblh pihak je :)

kn cik pelangi :)

laskar rainbow said...

@AISHA SAAD : eheeee! jgn lupe bljr masa yeee;)
ehek ehek..pelangi pn dalam misi bljr mana yg ptt =)
a'a conclusion pada smua nie..dua2 pn penting kan. dua2 ada tanggungjawab masing2. sama2 bertolak ansur dalam membentuk keluarga yang harmoni..;)

thanks yeee;)

laskar rainbow said...

@Nur Atiqha Zaidi : betol tu dear. dua2 ada misi yang perlu dilakukan. sepakat membawa berkat katakan :) betol tu sayang. have a nice day !

farah said...

totally true =) yg penting kedua2 pasangan haruslah paham memahami antara satu sama lain =)

laskar rainbow said...

@farah farhana : ha'a jangan salahkan kepada satu pihak sahaja =)

fazaira said...

bagus artikel ni cik pelangi oii, moge-moge sape yg bace ni dpt amek iktibar, baik lelaki mahupun pempuan.... sape makan pedas dia yg rase cili....
eh ! btol ke pepatah tu....

tu la dunia dah makin ke penghujung, manusia lebih menitik beratkan kepentingan dunaiwi dr ukhrawi... yer lah kannn... akhirat tak nampak tp dunia depan mate tetapi seronoknye hanye seketike sahaje....

k selamat mengambil iktibar yer semua, termasuk ngan diri sy gak lah kan....

laskar rainbow said...

@zaidi zaim : eheee! tol tu..sama2 jdkan ia sebagai iktibar dalam mengharungi hari-hari yg penuh liku kan. pepatah tu cam betol dah. tp cam terbalik lah..ehehehe =)

tuela,zaman skarang.mcm2 yang berlaku. smua nampak ke arah duniawi..

yela lah sama2 renungkan mana baik buruk diri kita termasuklah diri pelangi jugak nie=)

YanaRzl said...

Terdetik saya nak belajar memasak bila tengok cerita ' Dalil Kasih ' kott =.= luper .. then pastu terus belajar masak , lei la sikit² . Lelaki pada masa depan kuat makan , lau ta masak nnti bising .

laskar rainbow said...

@yana lee : eheee ;) tol tu. lelaki masa dpn yang kuat makan. so, kena expert la bab masak2 kan. ehehe =)

laskar rainbow said...

@yana lee : eheee ;) tol tu. lelaki masa dpn yang kuat makan. so, kena expert la bab masak2 kan. ehehe =)

Unknown said...

Kan? kan? kan? kan? xDDD

laskar rainbow said...

@yui_wani : eheee ;)

mizi said...

fuh..panas..tp bernas...tul gak apa yg awak kata tu...kalau dah duk asrama mmg jarang ada kat umah...ssah search je resepi kat internet..he3...lalalala..."goreng lempeng..lempengnya hangus"...lalalalala

laskar rainbow said...

@mizi : ehehe ;) HOT kn isu nieyh. ehehe...try usha-usha kt internet pun tak jd masalah kan;) bila balik rumah. cuba jela..eheee=) goreng lempeng hangus pada mula2 xpew... ehehe...salah satu cara belajar.. berubah menjadi yang lebih baik lepas tu kan :)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails