Assalamualaikum .
Yea yeaaa nak share novel 'Kampung Girl' dari Karyaseni yang dikarang oleh Umi Kalsom. Harganya RM21 je. Best sangat novel ni, ada lucu sikit sikit. Bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Dah la cover depan warna pink, semangat je nak baca novel bila warna pink lagi lagi comel je cover depan. Wehaaaaa :)
Jom baca sinopsis novel ni. Nak baca full, mohon beli novel ok. Hihihi -,-
***
Perkahwinan diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
***
Amacam? Baca sinopsis, ada rasa macam nak beli tak? Hihi Tak rugi lah kalau beli, sebab best. Lagi pun nanti ada drama kat tv3 yang adaptasi novel ni, mestiii lagi best, sebab Akim berlakon sebagai Ashraf Khairi. Hurmmmm tak sabar nak tengok!
*gambar dari facebook & google :')
Bagi yang masih ragu ragu nak beli novel ni, boleh cuba baca online kat SINI. Ada la beberapa part, takde lah semua part. Heeeeeee :')
Kalau beli kat web Karyaseni, dapat diskaun RM3 tau, tak payah susah susah pergi Popular, MPH ataupun kedai buku yang lain, hanya transfer duit dan tunggu abang posmen hantar je. See, senang kan? Jimat masa, jimat minyak kereta. Dah la dapat diskaun RM3 pulak. Best best ! Nak beli, klik SINI. Terima kasih :)
xoxo
kiss and big hug
26 comments:
aiseyman...novel cam best je...nak kena cari gak ni...=D
wh msti best ni kan hehe
done genting dan umobile
mcm best je cite ni, nak cari r :D
cam best jerk tuh :)
rajinnya wani baca novel :)
cam best citer ni..
Haha..hantu novel! Keh3...agak2 lg bes dr setia hujung nyawa tak?hee....
haipp lama tak baca novel genre macam tu hehe...dah serupa macam novel setia hujung nyawa plak...
eyza pun duk baca novel nie...karya ramlee awang murshid...misteri dan mendebarkan hehe...
dah ade buku tu
cite die ringan je
nk tgk la heee
hehehe, tunggu tayang kt tv baru beli, baru feel.. mcm setai hujung nyawa, hehehe :)
Best ea..pinjam boleh..hakhak
alahmaakk..cam comel jek citer die.
bertenggek depan tv la nmpaknye
ohhh nak keluar kat tv ke cite nye.kalau gitu memang x beli la novelnye tgk kat tv jela. ekeke
novel nie mmg best ! wahh , nk kuar kt tv3 ..? msti tgk
nasib la dah balik u. kalau tak, mmg akan layan la cite ni sampai ke sudah. hahha
macam sweet je novel ni..haha.lama dah tak memborong novel ni.boleh masuk waiting list. Hihi. :3
yui sggh pg rabu ya..
nad zainal berlakon ! mest best. kite suka dia berlakon. :)
alah mesti sedih.
tanak lah bace.
hahahahaha
tak sabar nak tgk versi drama. >.<
rasa macam tak sempat nak menovelkan diri ni, kena tggu drama la
nak suweet2 je drama tau..macam setia ujung nyawa aww
suka baca novel ya.. hehe
macam menarikkkk
kaki novel yeh?
yana baca bila ada mood je,hahahahah
tewok kan?
sekarang ni memang musim drama adaptasi novel ni~
mcm best je tp dh lama tak baca novel huhu takde masa sejak kawen ni sibuk urus rumahtangga cewah :p
wow!!!! cm best jerk!!!!! alang2 dpt baucer buku, kena cari novel ni.. huhu :)
Post a Comment