Sunday, June 30, 2013

Gomo Kelate Gomo



Assalamualaikum      . .


Alhamdulillah ---- Dah settle final exam, segala mak nenek report, draf thesis pun dah hantar, tunggu nak viva je this week, lepas tu unofficially graduate. InsyaAllah dipermudahkan. Takut jugak nak present fyp, walaupun dapat tau pemeriksa tu lecturer yang dah kenal. Harap dia ok ok jer tanya soalan dan pemurah dalam bagi markah.


Hurmmmmmm. . . ...


Nak bukak cerita pasal pengalaman kali ke-2 tengok bola dekat stadium. Dan kali ke-2 jugak lah tengok perlawanan bola. Mana la minat tengok perlawanan bola ni. Memang tak minatttt! Hahaha . Hari Jumaat, 28062013 pergi stadium bukit jalil, semata-mata nak cari tiket. Alahaiiiii ramai giles orangggg. Ingatkan takde orang, sebab hari Jumaat, hari bekerja kan. Dah beratur panjang-panjang, tengok-tengok tiket dah habis. Kecewa disitu. Berpanas, berpenat lelah menunggu, berpeluh jugakkk.




Esoknya, 29062013 baru dapat tiket, tu pun nasib ada tiket. Huuuuu Giles ramai orang kat stadium. Macam-macam aksi ada, ada yang warna rambut la, tampal sticker dekat pipi la, warnakan badan pun ada, ganti baju kononnya. Kreatif benarrrr rakyat Kelate! Hihihi -_-


Second time pergi tengok bola. Nasib menang jugak. Aritu pergi pun, menang jugakkk. Yeayyyyy Gomo Kelate Gomo!



Dah la kelmarin dengar khabar pagar roboh. Giler ganas! Sampaikan masuk dalam stadium free free jer. Patut la ramai giler yang duk tolak-tolak nak cari tempat duduk. Nasib time tu dah memang dah duduk, kesian kot masa tu, ramai yang duk tolak-tolak. Sampaikan ada perempuan tu nangis-nangis. Bahaya betul macam tu. Suka hati je tolak orang. Dah pagar roboh, ramai masuk free agaknya. Tu padat macam sardin. Tengah duduk atas kerusi pun jadi padat. Okey la duduk kat dua-dua belah, kanan kiri, orang yang kenal. Kalau orang tak kenal, rasa macam tak sanggup nak duduk situ. Dua-dua semangat bersorakkkkk. Kita je terhengeh-hengeh pandang orang sana sini. Hahahaha Tak minat nak bersorak sangat. Hanya mampu tengok orang yang semangat je.


Hari ni hantar laskar ku balik hometown. Rinduuuu nak bergaduh 24jam. Kalau depan-depan, ada je yang tak puas hati. Best jugak ada masa kita bergaduh. Baru ada slot muncung mulut-mulut, sambil pandang arah lain. Drama sangat. Hahahaha ^__^


Lepas tu hari ni jugak check out untuk bilik semester akhir. Check in semula untuk sesi luar semester, kan ada join program yang akan bermula esok, 01072013. Dapat blok baru ni, okey sikit. Kereta pun parking dekat je, nak pergi cafe pun lagi dekat. Alhamdulillah diberikan blok ni, walaupun nanti ada roomate. Kejab je pun, dalam 20 hari macam tu. Tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan. Bila Ramadhan, memang makin rinduuuuuu dekat rumah. Sedih kot berbuka puasa sorang-sorang, macam tahun lepas. Time tu tengah buat short sem, sahur berbuka puasa, semuanya sorang. Giler sedih. Makan pun tak selera. >,<


Macam mana la nak letak dalam DBK bila balik rumah nanti -,-


3 tahun kat UKM. Barang banyak yaaa ampun. Dah internship pun stay kat kolej. So, barang asyik bertambah-tambah. Harappppp muat la dalam DBK nanti nak balik rumah. Takkan nak buang semua barang. Membazir membazir. Sayangggg semua barang kot. Semua pakai duit nak beli, bukan pakai daun kering. Walaupun nota-nota yang print pun sayang nak buang. Ilmu tu. Huwaaaa~~~


Okey dah. Sampai sini dulu. Masa untuk rehat. Penat berkemas, angkut barang dari sana ke sini. Take care:)



xoxo
kiss and big hug

5 comments:

Anonymous said...

Bestnya dah settle. Kita ada lagi dua paper :(

najihah sahami said...

hammmboiiiiii minah ni. siap g stadium lagi oit. jelesss! haha.

kenapa kena stay 20 hr lagi?

Namee Roslan said...

wah wah...lepas settle terus free.happy. namee xpernah tgk bola....mcm sesak gila je. takut pengsan pulak. hihi

J.Syazwana said...

rugi la tak bersorak sampai sakit tekak. wakakakaka.

weh len kali kene amik gambar sesama jugak. baru legend. hahaha

umairah safiyyah said...

salam ziarah :))

good luck!

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails