Sunday, May 26, 2013

Jalan Jalan Semester Akhir



Assalamualaikum . Macam tak percaya je, dah nak berakhir sesi kuliah untuk semester akhir. Lebih kurang 3 tahun pengajian untuk degree dah nak sampai penamatnya. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menuntut ilmu. Walaupun pada awal-awal sem, ada masalah sebab dapat course yang tak sama apa yang dipilih. Dorongan mama abah, belajar je la. Terima kasih mama abah sentiasa doakan kejayaan kakak. Jasa mu tak dapat ku balas, hanya Allah yang dapat balas. I love both of you. Forever and ever   :')


Ok stop pasal layan perasaan.

Fakulti kami - 

Dah semester akhir, memang stress ---- mana nak fikir pasal final year project, mana nak siapkan thesis, mana nak siapkan segala projek / assignment untuk setiap subjek. Awal-awal sem aritu, takde lah rasa stress sangat. Dah saat-saat akhir ni, makin stress. Nak buat kerja ni, teringat kerja sana. Biasalah dunia pelajar tahun akhir. Jadi, rakan kelas plan untuk trip ke Port Dickson, lepas tu adakah bbq. Kan dah semester akhir, nanti bila plak nak bersama kan. Bila dah habis belajar, semua ada jalan masing-masing. Bukannya semua dalam negeri sama, negeri lain-lain, lagi lah susah nak jumpa. So, 18 May yang lepas berpusu-pusu ke Port Dickson, dalam 6 buah kereta jugak. 


Indah indah. Romantika sangat .

Ni apartment tu - siap ada astro. Kita orang layan masterchef lagi. Hewhew~

Dari beranda- buka pintu, indah je tengokkkk pantai. Kannn?

Buat masa sekarang, bab pengangkutan tak jadi masalah, sebab kebanyakkan rakan kelas ada kereta sendiri. Jadi, part nak ke sana sini, tak jadi masalah. Kat sana, kita orang sewa dua bilik kat apartment, satu untuk gegadis dan untuk the boys. Sewa apartment, sebab nak senang untuk masak-masak, segalanya ada kat situ. Jadi, tak payah nak bawak dapur ke apa, kan senang tu. Bilik pun selesa, luas sangat, everything complete. Stay kat sana satu malam je, nak lelama kat sana, time tu kerja berlambak-lambak. Tak boleh nak bercuti sangat lah kan. 

Dah sampai bilik, boring jugak lepak bilik. Petang tu naik bot kat Pantai Teluk Kemang !
Super ganas abang tu bawak bot. Saje je kan .

Best moments :')

Much love . 


Kat apartment tu pun, keluar je dekat beranda, nampak pantai. Indah sangat. Part paling takut malam tu, dalam pukul 1 pagi kot, angin kencang, macam ribut, dah la duduk depan pantai, mesti la ada perasaan cuak takut, sape tak takut tengok pokok kelapa macam nak tercabut je, kuat sangattt angin malam tu, ombak pun menakutkan, otak fikir -tsunami. Nak tidur pun tak lena malam tu, takut kejadian yang tak diinginkan tu berlaku. Angin terlampau kencang sampai bunyi, walaupun duduk dalam bilik. Selipar semua nak kena masukkan dalam bilik jugak, sebab nanti terbang dibawa angin. Sapeee tak takut kalau macam tu, first time lalui kejadian macam tu wei. Kuatkan hati, fikir positif.


Malam tu kan, sebelum part angin kencang tu, ada bbq. Makan sampai padat perut, makanan banyak sangat. Kata nak berseronok- jadi perut turut seronok sekali. Dah lepas makan tu, saya dengan geng berlima ni, saje je duduk dalam bulatan, buka sesi tentang masa depan. Masa depan kauuuu! Heee~


Masanya untuk tanya kawan-kawan dengan lebih serius , tentang kekasih hati. Chewah! Dalam kelas, tak sempat nak sembang secara serius. Maybe! Kalau sembang hal personal camtu dengan kawan baik, takde hal punya kan. Nak sembang pasal personal tu dengan kawan yang so so tu, rasa sedikit segan, dan macam tak perlu sangat kot. Hihi .. Bila kita berlima ni duk gelak sakan, lepas tu sorang-sorang sengih gembira duk cerita pasal hero malaya masing-masing, tetiba masuk sorang-sorang budak kelas lain dalam bulatan gembira kita orang. Takde lah masuk serentak, mula-mula sorang, lepas tu dua tiga orang, akhirnya semuanya dalam bulatan gembira. Memang saya dah agak, mesti semua akan join bulatan gembira - yang mana setiap orang perlu bercakap benar apabila ditanya soalan. Nampak tak daripada lima orang, terus jadi bulatan gembira yang besar-besaran. Hihi . Seronok jugak dengar cerita masing-masing. Masa depan itu perlu diangankan, tanpa angan-angan, semuanya takkan berlaku, dalam angan-angan tu, perlu la berusaha. Mana nak menjadi realiti angan-angan tu kalau tak usaha kan. 


Rasanya detik bulatan gembira tu la yang paling seronok malam tu. Sebab masa tu kita tau rahsia hati setiap orang. Takdenya kita nak menyoal semua rakan kelas bab hati dan perasaan. Lainlah kita dah rapat dengan semua orang. Sebak pun ada malam tu, bila la dapat berkumpul lagi macam ni kan. Mesti dah habis belajar, masing-masing punya agenda tersendiri. Mungkin ada yang sambung belajar, ada yang kerja, ada yang akan kahwin. (Y___Y)


Okey sampai sini sudah karangan kali ni. Tunggu settle kerja, baru up entry lagi. Take care. Have a nice day. 



xoxo
kiss and big hug


6 comments:

combi said...

happy moment..lps nie ble sume da bz bkerja that moment mnjadi antara perkara terindah :)

With Julia said...

Seronokkan bercuti....happy holiday dear :)

Wadi AR said...

huyoo. pegi pantai dia

Shawn Razaleigh said...

kemain bercuti ke kerja ke hape ke gua jelesss. hahah

Ez-1 said...

semester akhir yg best!

NIL syaffieyna said...

WAH BESTNYAAA . BELOG PON CUN

Related Posts with Thumbnails