Monday, June 17, 2013

Semangat Yang Hilang



Assalamualaikum  . Eh haiii. Tetiba rajin nak update blog. Seriously, rasa macam takde mood nak study dah. Dah la ada 2 paper lagi yang kena lalui untuk final exam untuk final year nih. Mentang-mentang dah final year, takde mood nak study konon. Konon je laaaaaa   -___-


Bukan apa, dah jarak setiap paper tu jauh giles. Sebenarnya ada 3 paper je untuk final exam kali ni, tapi dah lepas satu paper, lastweek. Tiga paper, dalam minggu yang berbeda. Eh, berbeza. Memang la ok kan kalau tarikh exam ada gap, membolehkan study smart and rilex sikit. Tapiii, dah masuk sem akhir, rasa macam tak sabar nak habiskan final exam, sebab nak fokus pada THESIS plak nih.




Sebenarnya, dua hari lepas supervisor dah attach semula THESIS yang dia dah betulkan. Kan dah kata, lama sangat tak mengarang, amik kauu thesis banyak kena perbetulkan ayat. Ayat ke lautttt dah tu. Nasib dia tak complain dalam email tu yang ayat macam budak sekolah rendah. Kiranya senang kerja je, just betulkan balik part mana yang dia highlight kan. Kena siapkan esok la, lepas exam. Nak ngadap THESIS hari ni, hati rasa gundah gelana plak, fikir exam esoknya. Bila nak ngadap nota, fikir THESIS lagi.


Memang pegang itu tak kena, pegang ini tak kena. Hahahaha . . . . .


Ok lah masa untuk study. Harap esok dapat jawab dengan tenang dan segala ilmu yang diajar dan dibaca boleh diluahkan pada kertas jawapan esok. Esok paper - Management and strategy of manufacturing. Seronok belajar subjek tu sebab pasal manufacturing, tapi memang banyak kena ingat dan faham.

Lebih kurang 3 minggu lagi nak kena hadapi sebelum mencapai masa untuk MERDEKA kan diri dari belenggu THESIS, REPORT, FINAL EXAM, PRESENT FYP.. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan sabar hadapi cabaran..


Dan, pasti akan merindui saat ini, bila dah masuk alam pekerjaan nanti   :-)



xoxo
kiss and big hug

6 comments:

najihah sahami said...

semestinya! mish pun skang bila stress keje je konfem teringat zaman student. indah sangat walau terbeban dengan kelas dan esaimen. skang ni rasa macam..pffftttttt....huhuhu

pelangi namo hilangg2 mood. kan baru je jumpa ehem2. semangat yokkk!

inspirasiizra said...

waaa seronoknya da masuk fasa akhir jadi student . . smoga dipermudahkan urusan =)

the malay male said...

good luck n semoga dipermudahkanmenjawab soalan.

asHa Zain said...

gud luck..wt yang terbaik sis! (:

Rain said...

study dahnak habis, kita masih belum ketemu? :)

Topik said...

wat yang terbaik sis. Insyaallah kan ada hal baik menanti.

Related Posts with Thumbnails