Saturday, September 7, 2013

Mula Terasa Dewasa



Assalamualaikum   :')


Baru rasa dewasa. Selama ni stok remaja-remaja lagi. Alhamdulillah, 2nd September 2013 yang lepas, dah start masuk kerja. Rezeki kerja dapat awal, sebelum konvo lagi. Tak sempat nak jadi penganggur lama-lama. Ni semua jasa mama abah dan keluarga, tanpa mereka- siapalah saya ni  >,<


Btw, baru minggu lepas datang KL untuk interview. Lepas tu awal minggu ni dah kena lapor diri dah. Ada masa tiga hari lebih je kat rumah lepas interview aritu. Semua nak cepat, settle kan pasal medical checkup lagi, segala mak nenek barang-barang. Part nak packing baju dan barang-barang, tu yang SEBAK, MALAS, RASA NAK JADI PENGANGGUR lagi.


Bila jadi penganggur, hari-hari kau usha pasal jawatan kosong. Bila dah dapat, merungut itu ini. Manusia ni ada jer nak merungut. Ahahaha .


Bila tengok mama abah happy anak pertama dia dapat kerja. Diri sendiri pun rasa happy. Dah happy happy tu, part paling tak suka, kena berjauhannnnnn lagi. Mampu tak mampu. Dah rezeki kat situ. Cari pengalaman dulu kat sini, ada rezeki, balik kerja kat negeri sendiri plak. Takpe, tunggu kerja lama sikit, boleh balik setiap minggu. Flight ada kan. Kata dah kerja kan. Ekekekeke~


Sekarang dah jadi pekerja. Rasa dewasa sikit. Takde lagi masa nak enjoy enjoy tanpa buat kerja. Bila dah kerja, dah ada komitmen dengan kerja. Semoga sentiasa rajin nak buat kerja dan sentiasa belajar dari orang yang berpengalaman.

my lucky shoes :)


Dah kerja kat Petaling Jaya, memang tak dapat lari dengan jalan jemmmmm. Wajibbbbb hadapppp setiap masa. Mana tak stress. Semoga dipermudahkan nak cari bilik untuk sewa ni. Stress je rasa bila tak jumpa lagi bilik untuk disewa. Miss you, family!


Alhamdulillah, tahun 2013 beri kegembiraan dari segi kerja kat kita berdua. Moga diberkati olehNya. Dalam gembira, ada kala kesedihan yang telah kita lalui bersama. Jangan give up. Dugaan dan cabaran sentiasa datang bersaing dengan diri kita. Fighting! :-)


Happy 22 months, much  l o v e.

xoxo
kiss and big hug

5 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

good luck awak. semoga semua nya dipermudahkan. insya Allah ada masa boleh kita jumpa kan!

Luqman Zakaria said...

selamat menempuh dunia kerjaya pulak...bile dah feeling dewasa nih byk benda nak kene fikir..btw doakan luqman untuk interview nnti..nebes nih..hehe :)

hana hadi said...

rezeki.. bukan senang nak dapat kerja awal2 ni..

gud luck :)

sufie said...

Tahniah awak~

budak kecik said...

pj mmg selalu jem. kalo tak jem, bukan nama pj. haha. pape pun tahniah sbb dpt keje before grad! saya pun nak keje before grad. doakan saya lulus interview kat shah alam jumaat ni. amin.

btw, pj adalah syurga makanan. trust me. selamat mencuba ;)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails