.... Assalamualaikum dan Selamat Malam ....
Bila mentari sudah kecundang , diganti dengan tugas sang bulan menerangi awan malam. Indah sungguh ciptaan Yang Esa. Tiada siapa dapat ubah kejadian alam yang sungguh nikmat. Bersyukur lah kita.
Hari ni , Pelangi dah set date nak hang out dengan kawan sekolah menengah dulu. Geng Pakatan Korea (GPK). Cheh ! Memang kaki layan korea lah kita orang. Tu yang dak kelas duk cakap kita orang (GPK). Rindu pulak zaman sekolah. Rindu nak buat nota sejarah (seriyes tipu.. HAHAHA)
Tapi , geng kami tak cukup sorang. Just bertiga jer tadi. Sorang lagi stay KL. Dia kerja. So, terpaksalah bertiga jela. Memang tadi dengan slumber rock pergi kedai buku Popular. Kononnya dalam hati "tak mahu dah tersangkut mana - mana novel dah. novel baru ni tak terbaca lagi..". Namun , semua itu tipu dusta belaka. Last - last , terbang gak duit dek sebuah novel "7 hari mencintaiku" by Siti Rosmizah.
Memang Pelangi tak leh nak kawal dah pasal novel sekarang. Rasa nak lempang je novel baru yang keluar. Adessss !
Nak cerita ni , fuh ! nak pengsan campur lempang sampai pengsan lah. Tadi dekat Popular kan , ada mamat tu. Asyik sangat lalu dan lalang depan mata Pelangi. Dah macam lalang dah bagi mata Pelangi
duk tengok dia lalu lalang. Pelangi buat cool je. Ala , biasalah kan. Takkan nak buat kedai tu macam bapak I punya kan. HAHAHA
duk tengok dia lalu lalang. Pelangi buat cool je. Ala , biasalah kan. Takkan nak buat kedai tu macam bapak I punya kan. HAHAHA
Memang lama jugak la lepak Popular. Sambil tunggu kawan cari novel best. Pelangi pun dah naik jemu asyik baca sinopsis novel yang ada kat situ. So apa lagi , Pelangi saja pusing satu kedai. Pergi tengok buku ibu hamil la , usha pen warna warni la , tapi Pelangi tak plak usha boy hensem tahap dewa dewi. Takde masa nak usha lah. Semua boy hensem dikepit awekkan. Nahas lah Pelangi kalau gatal. Pelangi tak gatal. Sebab Pelangi mandi. HAHAHA
Dah namanya seharian duk jalan satu KBMALL , perut pun dah berdondang sayang lagi. Kita orang punya 'peveret' , semesti MCD. Walau dah tau benda tu banyak kolestrol. Sengal tol Pelangi kan. Makan punya lah lama. Biasalah semua cerita nak 'bukak' time makan tu. Dah lama tak jumpa. Mesti nak bergosip liar. Makan je ambik gambar. Makan je ambik gambar. Habis posing dah. HEHE :)
Dah siap isi perut , so jalan lah kat kedai cendarahati. Punyalah terkejut Pelangi ni haaaa bila disapa oleh mamat yang dah jadi lalang depan mata Pelangi kat kedai buku tadi. Dalam hati punya dialog "Eh ! Awat mamat lalang duk belakang !!". Dialog tu just dalam hati. Dia mintak nak berkenalan. Cheh ! Tektik lama la bro! Dah la siap nak bagi kertas kat tangan dia. Katanya nombor fon dia. Dia punya dialog camni "Awak amik la nombor saya , nak ke tak nak tepon tu lain cerita". Dialog hati Pelangi lak "Mamat ni kenapa. Kena sampuk hantu ke apa. Dah la tadi dah jadi lalang depan mata. Ni nak kenal bagai."..
Pelangi pun cakap kat dia yang Pelangi tak berminat. Takut la , manusia sekarangkan macam -macam. Bukan nak tuduh dia bukan - bukan. Tapi. Tu lumrah hidup sekarang kan. Kawan Pelangi pun cuak tadi. Kita orang cepat - cepat blah dari sana..
Tapi... Hari ni Pelangi ada terjumpa someone yang macam pernah tengok je time Form3 dulu. Memang tak silap. Jantung berdenyut kencang kot tadi. Siyes. Pelik betul. Macam dalam novel plak. Sebab Pelangi pernah ter-suka dekat dia kot time dulu. Time tu sekelas kat kursus untuk PMR anjuran Mara. Arini jumpa kembali. Adessss!
Pelangi pun terperasan dia pun ada terpandang pandang jugak. Haiyo! Tak nak ...
Pelangi dah malu ni. Sorok sorok belakang bantal. Nak akhiri kat sini dulu. Jaga diri. Babai :)
xoxo
kiss and big hug