Saturday, November 10, 2012

10.11.12



Assalamualaikum  .


10.11.12, pandainya mengira (senyum manis-manis).

Btw, tu tarikh hari ni. Mesti ramai yang melangsungkan majlis perkahwinan hari ni kan, tambah-tambah lagi sekarang ni dah masuk musim cuti sekolah. Cuti sekolah dengan orang kahwin tak dapat dipisahkan, macam KL tak dapat dipisahkan dengan traffic jam. Hehehehe  :')


Sekarang pun pra-siswazah (degree) seronok bercuti seminggu (ayat penuh dengan kejelesan melampau). Sapa tak suka cuti kan? Zaman sekolah pun suka tengok kalendar yang ada mention pasal cuti sekolah. Best kot cuti sekolah, sebab boleh rilek kat rumah, tak payah susah susah everyweek kena basuh baju sekolah, kasut sekolah. Tapi, cikgu saje je kasi kerja sekolah yang berlambak lambak. Sayang betul cikgu, tak nak kasi anak murid dia lupa pada subjek yang dah belajar. 


Dalam cuti sekolah je, memang tak dapat rehat sangat jugak. Dulu kena pergi tuisyen sana sini. Kesian abah mama always kena hantar pergi tuisyen, tak kira pagi petang malam. Kadang-kadang sehari tu ada dua slot, pagi dan malam. Bila cuti sekolah lah, cikgu yang mengajar dekat tuisyen tu la nak cepatkan habis topik, sebab bila dah habis, boleh buat latihan banyak-banyak.


Tapi, saya tak masuk tuisyen yang ada iklan kat sana sini. Tuisyen dekat rumah cikgu, memang cikgu tu cikgu yang berpengalaman pada subjek tertentu, iaitu 'Add math', 'Math moden' dengan 'Fizik'. Kat situ pun dia panggil cikgu yang berpengalaman untuk ajar 'Kimia', memang rasa tak susah bila belajar dengan dia. Ramai gak yang tuisyen situ, sebelum dapat masuk situ, memang kena motivasi plak oleh wife dia. Kalau betul betul nak belajar, baru boleh masuk, yang nak main-main pergi cari tuisyen lain, dia yang kata. Kat situ pun bayar duit pada hari kita datang kelas je, bila kita datang kelas tu, habis kelas, cikgu datang kutip duit, RM5 je masa tu. Sekarang tak tau dia buat lagi tak kelas tu.


Dua orang adik kita pun sempat tuisyen kat situ, sebab mudah faham, lagi pun dia berpengalaman dalam 'killer subject' tu. Rindu plak zaman tu, kadang kala ada juga ponteng, kata kat abah kelas batal, tapi sebab nak tengok drama korea 'Full house'. Nakalnya saya.   Hihi


Alhamdulillah, sekarang pun dah masuk alam universiti demi segulung ijazah. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Dah cukup 2 bulan juga dekat Fujitsu, dalam masa 2 bulan lagi nak habiskan sesi internship ni ;')


Ni baru nak settle kan pasal borang penangguhan kontrak dan borang lapor diri pada JPA. Habis belajar diploma tahun 2010 lagi, sekarang baru nak settlekan benda tu. Kesian saya baru terdetik pasal tu. Diploma dulu saya dapat biasiswa JPA, lepas belajar wajib hantar document pasal dah tamat pengajian. Tapi, saya tak hantar lagi, Hihi  2 tahun lepas,ada rasanya orang dari pengajian tinggi call tanya pasal status sekarang, saya pun tengok sistem sekarang ni, status saya sekarang 'sambung pengajian'. Hihihi

Kan best kalau degree pun saya dapat biasiswa JPA. Sebab dekat 5k dalam satu sem, best wooo. Yang masa diploma pun best dah. Rasa tak mampu nak target pointer setinggi awan, tu tak apply. Akhirnya penaja dari pama sendiri. Hihihi. No more shopping like usual. (-,-)


xoxo
kiss and big hug

19 comments:

Unknown said...

JPA tu...tahniah2...pama pon di kira kaya kot...mesti parents kaya?

Unknown said...

wuahhhhh

THE AWAN♥ said...

Tahniah:') All the best with your life! moga suksess selalu!

Miss Butterfly said...

kawan eyda dapat degree JPA . perghh best gile . tukar henfon cemtu je . huhuh



tajuk entry kite same . hikhik

Liyaa Mf said...

Wahhh! Mid term break best kannn? Err memang laa best tp thesis punya kerja dah berderet kut menunggu. Huuu

Bagusnya cekgu tuisyen tu. Nampak sgt dea mengajar ikhlas & betul2 nak student dea berjaya. Siap wife dea bg motivation lagi. Untung2 dpt kenal cekgu camtu. Mesti leh score subject2 killer tu. Kan kan? :D

Wadi AR said...

akak kat bangi ni :)

cilipink-ieqa said...

wahh best nye dapat sambung belajar , hope one day i'll be just like you .btw please follow me ye ? i already follow you . thanks kak .

Mas Sani said...

tarikh yg sgt cantik kan... :)

wahhh tahniah semoga terus bejaya dan berjaya ye :)

hazanis said...

wah JPA.untung la awak. :))

fifie said...

Kawan fie ada yang dapat scholar JPA dulu lepas tu bila masuk degree diorang nak apply PTPTN tak dapat, adalah sebab yang ptptn bagi. Lepas tu lama jugak lah baru dapat JPA tu balik. Kesian jugak sebab dia dari family susah.

LuN@_aiDi said...

semalam baru bajet nak buat tajuk entry 10.11.12
tapi maleh lak nk menaip
tak per tunggu taun depan ler wat entry
11.12.13 lak.. hihihi



si robot comel said...

nanti kita degree nak try apply JPA lah, hehe

Namee Roslan said...

sabar lg sikit je. hehe. tup tup habis dah belajar. nanti mesti rindu nk belajar balik. sebab alam study yg paling best. :)

boni kacak said...

tahniah tau awak...semgoa terus sukses!!! hehehe

Unknown said...

smoga semua dipermudah kan :)

Hafizin Jamil said...

demi segulung ijazah je..? hihi

Mizz ErMa said...

teringat pulak kenangan2 msa sekolah dulu..hehe

wisata bakti alam said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

Anis said...

Wah , best nya masuk U kan ? ;)

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails