Monday, November 28, 2011

Masih Belajar dan Pertunangan



Assalamualaikum ... Manusia yang menuntut di UKM dan semua agensi kerajaan di KL dan sewaktunya, hari ni cuti kan. Kecuali Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kalau tak silap Pelangi la.. Mana yang cuti tu, beronok-ronok kat rumah itu suatu yang paling best. Memang semua orang suka bila cuti. Takyah fikir pasal stress kerja, stress mengadap assignment, dan segalanya.


Ada yang plan nak pergi bercuti sana sini. Tak lupa juga yang save the date dengan pakwe makwe. Memang kalau pergi Midvalley hari ni, pasti penuh dan padat. Dalam KTM pun mesti padat juga. Cuti biasalah, semua nak habiskan masa dengan yang tersayang.


Dicekau dari abang google .



Pelangi je melepak kat bilik. Uruskan bilik yang tunggang terbalik. Bila hari cuti lah baru boleh uruskan pasal bilik. Kemas sana, kemas sini. Dah bila hari ada kuliah, habis kuliah pun dah pukul 6petang la. Malam plak sibuk nak buat kerja itu ini. Dugaan sebagai student camni lah.


Pertunangan ? Ataupun dengan kata lain. Mengikat perhubungan dengan lebih serius sebelum melangsungkan urusan perkahwinan. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum haram halal seperti mana hubungan bukan muhrim. Ikatan pertunangan juga bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa yang ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. 


 Dicekau dari abang google .


Apa pandangan korang mengenai pertunangan di alam masih belajar. Memang pandangan bagi setiap orang berbeza-bezakan. Ada yang setuju, ada yang kurang setuju, ada yang tidak setuju langsung. Bila bertunang lama - lama, dugaan plak macam macam yang kena lalui. Kan kan kan ?


Bila lelaki menampakkan hubungan mereka lebih serius, memang si dia akan cuba untuk yang terbaik dalam hubungan. Berjumpa dengan keluarga si gadis dan inginkan pertunangan. Lelaki yang sudah merasakan kerjayanya sudah stabil dan ingin jadikan si gadis sebagai teman hidupnya yang halal. Tapi, si gadis masih di alam belajar. Kebiasaannya, ibu bapa si gadis kurang bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dikala usia anak gadis yang masih suam suam kuku untuk menjadi isteri, dengan kata lain juga, masih dalam proses menuntut ilmu. 


Memang, dah si gadis di alam menuntut ilmu, lelaki sentiasa risau / takut gadisnya disambar kumbang lain. Tu yang lelaki tu nak " to be serius " dengan ikat hubungan dengan pertunangan dulu. Adakah releven macam tu? Bagi Pelangi kan " Jodoh tak kemana kan ." Hehe :)


Dicekau dari abang google .

Pandangan Pelangi plak camni, belajar sampai habis, kerja dan kerjaya pun dah stabil, baru boleh langsungkan perkahwinan. Tapi, kita hanya merancang, Allah yang akan menentukan perjalanan rancangan kita tu cam mana. Berdoa dan berusahalah kan :)


Kat UKM ni pun, ramai je yang duk sebut " Haaa.. dia tu pun dah jadi tunang orang, patut lah muka berseri-seri, tunggu masa lepas belajar nak kahwin lewww tu ..."


Kat sini pun ramai jugak yang dah kahwin. Baru masuk semester dua untuk tahun 1, terus kahwin, umur pun baru 21 tahun. Dah jodoh dia awal nak buat cam mana kan. Semakin dewasa diri kita, semakin kita merasakan diri kita kurang ilmu dan kurang sempurna. Memang semua tak sempurna, tapi mencuba yang terbaik untuk menjadi sempurna. Insya-Allah :)


Cinta itu sesuatu yang suci. Datangnya Islam demi memelihara kesuciannya. Cinta itu ibarat pelangi. Yang memberi warna kepada kehidupan ini. Cinta itu ibarat pelangi. Menenangkan mata, pendamai jiwa. Cinta itu ibarat pelangi. Siapa melihat pasti terinspirasi. Ya, cinta itu ibarat pelangi. Hanya cinta Ilahi itu, cinta yang hakiki.


" Saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai. Akan tetapi, saya akan mencintai orang yang saya nikahi... " [ suka sangat ayat ayat kasih sayang ni. Heeee~ ]


Ada info terbaik punya pasal Windows kat SINI. Thanks :)


xoxo
kiss and big hug

30 comments:

syamsid dhuha said...

haha jap . skang KTM dah baru tau .. dlu 3 gerabak jer kan . skang 6 gerabak ... pastu train die baru .. hik3

mmg selesa la ktm skang . hehehe at least lepas ni aku nak g rawang ke seremban dah xde hal la .. haha

Namee Roslan said...

tunang ? em banyak dugaan tunang ni. seeloknya nikah terus kot. cuma takut prgnant time belajar jelah. tu lah masalahnya. sbb tu org tunang. boleh je kalau both mmg commit dgn relationship tuh :)

Wanie said...

kalau dah jodoh awal kan..rindu pulak nak lepak2 kat mid valley..huhu

ayat tu mmg sweet je la pelangi..:)

Asmara said...

ayat last tu paling suka dan paling betul. hehe..

aimaniman said...

salam kenal dan salam folo dik
alaaa rindunya ngan ukm,... dah 10 taun akak tinggalkan dah... dulu akak kamsis B,.. atas bukit nuuunnn

kura said...

buah hati pun xada. mcm mana ni nk bertunang di alam belajar. hahah

merahitujambu said...

nk tunang tp x nk tunang..nk kawin trus.=p

afzalsukasuki said...

eh wani nak tunang ke tu?hehehe :D pada afzal, kita buat perancangan yang terbaik.mana tau pihak si lelaki dh ada kerja bagus..stabil :) hehe

sesegar said...

apa2 pon,semua terletak kepada pegangan yang dipegang,jika kuat berjaya,jika tidak kecundang. sekadar pandangan :)

Saiazuan said...

tunang, sebaik2nya jgn bgtau orng lain yg kita dah brtunang, hide your relationship.. :)

NANA KEC!K said...

haha , nak tunang tuu nana ase bek jgn lame2 , lau lame sgt susa t , mcm2 dugaan datang .

sea_lavender said...

nice entry tentang pertunangan~~
erm bg kte kalau da nk tunang better dkt2 nak kawin~ coz salu org kate ble tunang nie byk cabarannya..pe2 pn kte merancang sebaik mgkin..Hanya Dia Maha Mengetahui dan menentukan~ =) kawan kte ramai je kawin umo 20 tahun =) dalam dip lagi nie~~

Rtp Farra Arisha said...

pertunangan dan perkahwinan tidak menunggu masa, bahkan mereka yang melangsungkannya berperang dengan masa..it will be fine then kerna ianya sudah menjadi takdir mereka..hehe. i agreed what have zuan said..

Lai Qma said...

tunang??wahh beshnyerr,tp asenyer lbh 0ke klu da abes blja kutt..hee

Ct Aja said...

bagi saya, usia tu tak menjadi halangan, cuma perlu ty pada diri sendiri, betul2 dah bersedia ke belum....

MZ said...

bagus study dulu baru kawin or tunang.

shida'R said...

xkesah janji pndai bhgi msa belajr dan phubungan ^_^

sha my heart said...

mak kite tak bagi kahwin masa belajar. T.T

budak penjara said...

cam aku bertunang lps abis belajar dah..tp tunang aku skang masih lam beljar..so aku xleh nk ckp la cmne bertunang lam bljar ni..yg penting, ak x penah ganggu dia study..hehe

El-Janna said...

tp kalau dah jodoh. yg muda muda ni makin matang. apa salhnya kan^^

El-Janna said...

tp kalau dah jodoh. yg muda muda ni makin matang. apa salhnya kan^^

::Wardatul Shauqah:: said...

moge berbahagia selalu yaa..di smping ny.. ^^

PUAN SUE said...

kak su dah stabil dah ade keje baru pikir nak tunang.alhamdulillah..semuanya dah selamat..

kakchik@ella said...

Pandangan KC lak camni .. bab kawin dan pertunangan ni, tak yah pening2. Bila dah terdetik dengan pilihan hati, automatik timbul rasa ingin memiliki. Terus rasa nak kawin dan tunang gitew..

aTy _faRed~ said...

sebenarnyer tunang awal ker lambat ker..tak kisah ar time belajar atau biler pon..semua tu urusan Allah..asalkan tak memudaratkan semua pihak termasuk hal belajar...tak de salah pon.. nak membina mesjid Allah suker dan insyaallah akan dipermudahkan semua..:)

blog-tips-kurus said...

biasanya tunang sekejap terus nikah. jangan tunang lama-lama, ok kot.. ;)

Abg Stalker said...

calon da ada.nk tunang tp x bole lg sbb dia masih bljr.bkn sbb kewangan.tp sbb xnk la hal peribadi tercampur aduk dgn pelajaran.seeloknya klu syg baik diam je,cuma jaga hubungan tu sebaik mgkn dekat dgn Allah.insyaAllah ada jodoh x ke mana. :)

pelangi sepi said...

jangan bertunang lama-lama,atau nikah terusa pn boleh jugak

Anonymous said...

http://everyoneweb.be/spymobile1988a74/#cell_phone_gps_tracker mobile phone spyware removal [url=http://spymobile-wqf8876.eklablog.com/lucky-link-reversephonetrace-org-highest-rated-cell-phone-spyware-a67867383#cell_phone_interception_techniques]cell phone spy voice recorder[/url] spybubble free download pc phone spy telephone recording system serial best cell phone tracker iphone app http://everyoneweb.com/spymobile1971a263/#wireless_invisible_spy_earpiece_gsm_bluetooth_earphone how to find lost iphone 4 in india [url=http://everyoneweb.be/spymobile1989a149/#track_my_phone_for_free]mobile spy software[/url] motorola mobile phone tool descargar gratis play spy vs spy game boy wild planet spy gear night goggles australia http://everyoneweb.be/spymobile1979a20/#spy_on_any_mobile_phone_for_free bluetooth mobile spy software free download [url=http://everyoneweb.be/spymobile1989a140/#intercept_cell_phone_text_messages_for_free]text spying software[/url] track a cell phone location now for free free mobile phone tracking online free programs to spy on cell phones
http://everyoneweb.be/spymobile1980a231/#video_camera_baby_monitor_iphone [url=http://everyoneweb.be/spymobile1973a181/#how_to_track_a_cell_phone_number_using_google_earth]best free spy software for android[/url]
#intercept_sms_messages_online

Muhammad Khairuzzan said...

Assalam muaalaikum.semuA sbut psl tunang/nampak gigi semua hihihi.. ops... pde pendapat sye,tak salh pun,lgi mcm sye ini.
haha.. ss pulak.skrag sya umur 20 thun. dn berazam nk tunang tahun depan.. so sye bertambah semangat nk blajar lagi.. 3 tahun lagi bru habis belajar nak dapatkan pw4 elektrik ... so fikir2 la bye...

Related Posts with Thumbnails