Tuesday, November 16, 2010

naik kereta. awasi nie !!

.Assalamualaikum dan Salam Ceria.

esok dah raya. so, selamat hari raya aidiladha pelangi ucapkan kepada kengkawan yang blogwalking kat sini. thanks semua naikkan trafik. eheee | btw, tadi duk ngusha web tu. tup-tup jumpa info yang penuh dengan manfaat. so, pelangi nak la share dengan korang. kan mesti nak balik kampung. memang naik kereta kan. so, korang luangkan la masa dalam 5 minit baca info tu. tak buang masa pun. sebab sangat penting untuk kesihatan kita semua. selamat bergembira makan daging yea esok. take care :)






Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan..dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…
 


 
thanks sudi luangkan masa baca info yang begitu penting ni.
.bye.

xoxo
kiss and big hug

3 comments:

aziramsa said...

emm t.kasih utk info tu. kalau masuk kete kan bahang panas kat dalam. memng elok bukak tingkap dulu, biar semua bahang keluar, then baru on aircon.

miera momo chan said...

nice sharing :)
dulu-dulu masuk kete je trus pasang ekon..skang dah xbuat sebab dah tau side effect...lagipun, mmg btol...kena anginkan dulu kete ni..bile dah ase sejuk sket, baru pasang ekon

cekmet said...

ada tag tuk awak.jemput la :)

Related Posts with Thumbnails